page

Tuesday, 7 June 2016

Uhuk! Uhuk! Berhabuk!

Assalamualaikum & Good Morning!

Uhuk! Uhuk! Uhuk!
Aaaaaa....Aaaaa....Aaaaachum!
(Punyalah berhabuk, mahu tak 7 bulan terbiar je rumah ni)

7 bulan ni macam-macam la cerita dan pengalaman baru aku dapat. Seriously, banyak gila!

Pindah tempat baru
Kerja tempat baru
Kawan-kawan baru
Lifestyle yang sangat lain

dan

Dapat baby baru.

Okaylah...nak sambung tido. Bukan senang dapat rehat lama-lama camni.

Bye!

Wednesday, 18 November 2015

Kepercayaan

Percaya
Kepercayaan

Sesuatu yang wujud dalam semua perhubungan. Dan antara sesuatu yang paling penting dalam perhubungan. Tidak kira apa jua jenis perhubungan.

Antara
Ibu Bapa dan Anak
Suami dan Isteri
Sahabat handai
Jiran Tetangga
Rakan sekerja

Dan paling penting dengan pencipta kita, ALLAH
Sebab itu adanya Rukun Iman.
Ingat tak? Rukun Iman?
Haaaaa.....cuba sebut enam isi rukun iman tu?

Hari ni nak cerita tentang bila Kepercayaan itu hilang dalam perhubungan.
Bila Kepercayaan itu hilang, ibarat hilang atau putusnya satu ikatan dalam perhubungan. Yang mana ianya akan menjadikan perhubungan itu hambar. Ianya juga boleh jadi hilang hormat. Dan, paling teruk bila ianya menjadi dendam. Dendam ini paling bahaya sebab ianya macam satu perasaan nekad untuk membenci.

 Banyak kes yang aku baca, lihat dan dengar, dan juga pernah alaminya sendiri. Aku pernah hilang kepercayaan terhadap beberapa individu. Ada yang dah okay, ada yang juga sampai hilang hormatnya aku pada dia. Tapi, taklah sampai berdendam. Cuma, kalau boleh aku akan cuba elak dari jumpa dengan si polan. Kalau jumpa, akan terflashback semua cerita belasan tahun.

Mesti melibatkan dua pihak.
Pihak A, individu yang aku gelar pemangsa (boleh ek?)
Pihak B, individu yang aku gelar mangsa

Bila berlaku hal, hilang percaya ni, seharusnya Pihak A lebih alert dan fokus untuk kembalikan kepercayaan itu. Terutamanya, apabila melibatkan masalah antara keluarga. Usahalah sehabis baik untuk menagih kepercayaan itu walaupun susah. Bukan hanya, berserah dan berharap pihak B akan pulih sendiri dihanyut masa. Dan pihak B kena cuba bagi peluang untuk memaafkan. Yang ini pun kena usaha lebih. Sebab ianya memerlukan satu kesabaran yang super-saiya!

Teringat kes kat rumah lama, bila jiran sebelah selalu mengambil (baca:mencuri) harta jiran-jiran. Dari selipar, ke baju kain dan tudung, pasu bunga, dan apa saja yang boleh dicapai di laluan dia sebelum sampai depan pintu rumah. Sampai aku dah pindah pun dia masih lakukan perkara yang sama. Sudahnya, kena pulau. Asal dia lalu, semua orang tutup pintu. Angkut semua barang-barang masuk rumah. Memang licin la koridor tu. Bila dah tersedar, macam-macam dibuatnya. Hantar makanan, belikan hadiah, pernah juga cuba berborak dengan orang melalui tingkap yang ditutup dan tak dilayan (sedih kan? Aku rasa ini kejam sbnrnya), minta maaf dan mengaku salah. Lama kelamaan, jiran-jiran pun lembut hati dan mula bertegur sapa. Tapi, sebelum tu, memang berdiskusi la. Lama jugak la kalau ikut si pencerita. Dan keadaan dah kembali okay.

Semuanya...usaha!

Tak susah pun. Bak kata mama, antara ego tu tinggi ke rendah.

Tapi...satu yang aku pasti, kepercayaan yang diberi buat kali kedua tidak akan sama seperti yang pertama. Kenalah hadapi yang satu tu.
















Wednesday, 11 November 2015

Kisah merajuk sampai main bubble


Beberapa minggu sudah, aku rasa agak bosan dan sedikit stress. Jadi, bila tibanya hari Ahad, pagi-pagi buta aku ajak Farik keluar pergi jenjalan. Dia kata, penatla...ngantok ni. Aku pun, senyap terus blah, duduk depan TV lipat kain. Sejak-sejak sekarang, aku dah malas nak argue kalau ada berlaku selisih faham atau tak puas hati. Lagi pulak, masa tu memang ada sikit stress, taknak bertambah stress. (dan kononnya merajuk la ni) Dalam pada tu, rupanya, Farik dah siap mandi, siap mandikan anak-anak. Keluar bilik, dia senyum "Laaa...tadi kata nak keluar. Tengok, semua orang dah siap"

Senyum lebar, terus aku siap-siap sambil dengar Adam membebel.

First destinasi ke Putrajaya, kononnya nak buat MyKid Aina. Rupanya, servis untuk hari ahad dan public holiday dah takde. Sabtu pun half-day je. Baru je implement bulan September lepas. Lapar dan perut berbunyi, nak pergi makan tapi teringat, makcik jemput ke rumah dia. Jadinya, ke Puchong la kita. Langkah kanan masa tu, nasi dagang in the house! Yummeh! Bertambah-tambah makan. Thanks Cik, jimat duit belanja. Heheheh...  


Kami berdua anak-beranak kelaparan. Breakfast mihun je. Mana la kenyang kan dik?


Jadinya, makan papadom dalam kereta.


Setibanya di Puchong, kami je yang ada. Makan la dulu. Elok je sudah makan, sampai la rombongan-ronbongan yang lain. Mok sekeluarga, nak pergi konvokesyen Athirah kat PICC. Pun singgah makan dulu. Isi perut sebelum pergi. 



Well, kids always be kids. Rumah yang tadinya kemas, datang Adam dan Aina, habis semua tonggang terbalik. Masuk lagi geng-geng dari Puncak Alam, Keramat dan Kampung Padang. Lagilah bersepah. Tapi yang buat sepah semua ni, Adam dan Aina je. Yang lain tukang main je.


Masa ni, Aina cari gaduh dengan Idris. Gangster jugak anak dara aku ni. haiiiilah...

Dah abis sembang-sembang, perut pun dah kenyang, kami pun geraklah dulu. Hajatnya nak ke KL,cari tiles. Tapi, macam malas je, jadinya, kami ke Home Depot kat Damansara je. Dekat sikit. 

Oh ya! Bila dah kenyang, mesti happy. Jadinya....


Smile. Sampai nampak gigi taring dan gusi!
Damn...aku segan nak senyum sebab sekali senyum memang lebar je nampak. Dulu nak operate gigi sebab berlapis-lapis, tapi bila doktor kata 8 gigi kena cabut sekaligus, cancel lah. Duduk je diam-diam situ. (Eh! melalut cerita gigi la pulak)


Cubaan cover gigi


Tapi, dengan anak-anak, memang kena senyum nampak gigilah rasanya. Baru lah happy. Hahaha....
Tah pape je

Eh...shawl pun dah longgar kat belakang tu.

Balik dari Home Depot, singgah ke Setia Mall dulu. Nak bayar bil DiGi. Lepas tu, nak beli pretzel. Adam nangis-nangis nak masuk Chicken Rice Shop. Melepas pretzel ibu, makan lah nasi ayam. Tapi...bagus jugak. Lega ibu, tak yah masak balik ni. :)


Disebabkan dedua nak dengan ayah, ibu makan dulu. Makan banyak-banyak sampai kenyang. Lepas makan, pun anak-anak taknak jugak dengan ibu. Terpaksalah ayahnya makan dengan keadaan kelam kabut. Kalau datang mood anak-anak nak melekat dengan ayah, memang melekat je lah sepanjang hari. Nak pimpin tangan pun tak bagi tau.

Dah siap makan, Adam ajak main boling. Puas la elak, bagi alasan itu ini, tapi nak jugak. Nasib baiklah, penuh Takde lane kosong siap waiting list lagi. Merajuk la anak teruna tu. Turun-turun muka masam. Ikut je mana ayah dia bawak. Nampak je bubble, terus happy balik. 

Haiii..pandai pujuk yer ayah!

Dah 3 tahun lebih duduk sini, dari Setia Mall tak siap sampai lah dah penuh kedai dalam tu. Sampai dah macam-macam aktiviti terutamanya hari minggu, tak pernah sekali pun kami ke Setia Park ni untuk main bubble ke giant ball ke apa-apa je la. Kalau pergi, main kat taman tu lepas Farik habis kerja. Itupun, awal-awal dulu. Lepas tu, tak pergi langsung dah. Takpun, datang tengok air pancut malam-malam. Tu je lah. Main kat padang ni sekali je, masa Adam baru dapat kaki.

Ini, barulah kami jejak ke sini. Untuk bermain. Main sampai puas. 


Dua-dua seronok dan happy sangat. Lagi-lagi Adam. Walaupun penat sangat seharian keluar.





Sampai tutup-tutup mata Adam seronok yer. 



Sampai lewat petang lah main nya. Penat dan lenguh dah kaki semua orang. Dalam kereta, dua-dua tidur. Padahal, 5 minit je nak balik rumah. Tukar baju seluar, angkut masuk bilik air, basuh kaki, tangan dan muka (dalam keadaan mata tertutup dua-dua), terus sambung pengsan. Sama jugak kami berdua. Lepas isyak terus pengsan. Itupun, solat dah huyung hayang. Takdan cabut, telekung dah tersungkur. Nasiblah, ada hero tolong bukakan telekung. Dan kejut suruh naik katil. Terjaga pukul 2, dengar tiga-tiga berdengkur. Dengan Aina pun! Nampak sangat penat! Hahahah...

Dah makin meningkat umur ni, makin cepat penat lah Kena sambung minum ephyra balik ni. Aritu stop sebab try supplement lain, tapi tak best lah. Ephyra juga yang best! Memang bertenaga. 



Monday, 2 November 2015

Malam-malam ke FunFair

Tahu tak dua minggu lepas ada FunFair dekat dengan Stadium Shah Alam?  Di tapak letak kereta berhampiran Pasar Karat tu. Aku pun tahu sebab pagi ahad tu ke pasar karat, nak beli lauk-pauk yang berkurangan tu. Sampai-sampai nampak la Funfair yang tidak meriah sebab siang kan tutup. Farik nampak sangat excited, terus ajak pergi malam tu jugak. Tak sure ada lagi tak sekarang. Last lalu Rabu baru-baru ni ada lagi.

Last aku pergi Fun Fair masa diploma dulu. Uishhh...lama dah tu. Hampir 10 tahun dah. Nama pun Fun Fair, mainan dia lebih kurang je. Takde yang berbeza mana pun. Yang berbeza, nak masuk kena bayar. Dulu, nak main baru kena bayar guna token. Ni, nak masuk jenguk-jenguk je pun kena bayar. Dewasa, 4 ringgit manakala kanak-kanak, 2 ringgit. Total kami : 10 ringgit untuk masuk sahaja.

Masuk-masuk buat survey mainan mana best, berapa token guna. Oh ye, 1 token 2 ringgit. Berat hati jugak, tapi takpelah. Sekali ni je. Lagi pula, tukang sponsor yang excited. Kita biarkan la. Adam nampak train (roller coaster) terus ajak naik. Excited la mula-mula. Tengok pun takde laju mana pun, dan selekoh-selekoh yang bahaya. Boleh kot untuk budak-budak. Dah naik, mula-mula okay la, bila dah sampai tengah-tengah laju weh! Tengok muka Adam dah pucat. Risau la...Bila lah nak habis ni. Bila la nak habis ni. Habis je turun tanya okay tak? Okay...tapi laju la ibu. Ajak dia duduk dulu. Nampak la kaki dia menggeletar. Lama jugak la.



Inilah train ulat bulu itu (roller coaster). Nampak jinak je, rupanya agak ganas la. Kalau sesiapa yang rasa anak jenis takut-takut tu. Janganlah bawak naik. Jangan jadi macam kami. Hehe...cuma kami bernasib baik yang Adam tak melalak masa tu.


Untuk bagi gemuruh, gelisah Adam tu reda, kami duduk dulu dan bergambar dulu. Then, dia jadi happy. Tapi, kaki masih menggeletar. Nampak je Aina happy senyum melebar macam tu,  sebenarnya, nak capture gambar happy tu, fuh!!!...



Mula-mula, masam. Taknak langsung tengok camera.


Lepas tu, senyum sikit. Itu pun dengan orang sebelah sana. Ada apa ya?


Tadaaaa...hehehe... gigih mak orang tu nak suruh anak dara senyum. Teleng-teleng kepala.


Usaha dah berjaya! Boleh senyum dan ikut gaya Adam dah!


Semua dah senyum! Sorang je tak tayang gigi. Malu katanya. Hihihi...



Budak dah okay! Tapi ajak main yg lain takut. Naik naik merry go round pun 18x ibu ni pujuk. Yes! ibu dia memang excited nak naik kuda! Nasib baik lah dia turut akhirnya. Cumanya, mula-mula tu berpeluk lah dengan ibu. Sampai dah okay, barulah dia main sendiri.

Eh..bukan Farik ke yang paling excited mula-mula tadi.

Aah lah...semua dia nak naik. (Aku pun nak naik semua, cuma kondisi tak mengizinkan.)
Tapinya, dia dapat naik satu ni je. Vortex.


Vortex ni dia pusing-pusing je. Dalam terjemahan versi Adam "Ala...mainan yang number one tu, ada 4 kerusi tu. dia pusing-pusing laju-laju. Orang atas tu asyik jerit je. Tak malu kan ibu?"

Hahahaha....

Takut wehhhh naik tu. Sebab tu orang jerit.


Tanya Farik "Apa perasaan anda lepas naik vortex tu?" (ala-ala wartawan)
"Agaknya, inilah rasa orang yang jatuh bangunan kat site tu"

Ohhhoooiiiii!!! Sampai sini ada fikir pasal site.
Well...married to Civil Engineer yang sign contract berdarah dengan WCT.

Hahahaha....

Dah settle tu, ada lagi dalam 6 token, kita main tembak-tembak. Dapat lah keychai dolphin. Aku excited sampai jerit "Yeay! Dapat whale!!". Adam terus potong "Ibu...ni dolphin la. Bukan whale. Kenapa ibu salah?"

*Malu-malu*

Ditanya lagi...

"Kenapa ibu salah. Ni kan dolphin. Bukan whale"

Berkali-kali

"Ala...ibu salah sebut. Sorry la"

"Lain kali jangan salah lagi tau. Ingat..ni dolphin"

Baiklahhhh!!!

Token habis...kami pun pulang! 

Sampai rumah, semua pengsan!



Limau Nipis


Isnin baru ni, jiran selorong ni ada whatsApp nak datang rumah. Nak hantar barang. Tapi, sayangnya aku br sampai TESCO. Berfoya-foya dengan anak dara ni. Pergi makan aiskrim, donut & cuci mata tengok baju. So, aku reply, aku singgah ambil lepas ambil Adam nanti. 

Dah berfoya-foya, pergi beli biskut then terus ke sekolah Adam nak pick up dia. Dah setel semua, balik rumah, pergi singgah rumah jiran tu. Rupanya....dia nak bagi limau nipis dengan limau kasturi. Banyak giler dia bagi. Sampai tak tahu nk masak apa dah. Hari-hari tomyam bosan laaaa.

Jadinya, aku decide nak cuci rambut guna limau nipis ni. Sebiji, aku belah dua kemudian sental dekat rambut. Dengan xbuang pun biji dia. Lepas tu bilas. Guna sikat kasar, brush rambut lepas tu bilas lagi. Barulah brush guna sikat halus pulak. Bau rambut lepas tu.....wangi!!! Best sangat! Memang lembut dengan licin je. Seharian bau limau...best sangat!

Ada suka sangat! Sekejap-sekejap bau rambut. Aku pun tenyeh kat kepala Adam, tapi guna baki limau yg dah aku guna. Kulit budak-budak kan sensitif. Lagi pulak, yang over sensitif macam Adam. Dan....Adam suka!!!

"Wangi lah rambut along ni ibu"

Heheheeh....

CubaLah! 


Sampai hari ni, ada lagi limau kat rumah ni. Nak buat sental tapak kaki la pulak. 

:)