page

Saturday 29 December 2012

Swimming lagi

Buat kali kedua, bawak Adam Zafran berenang. Again, without ayah. Ayah kerja hari sabtu so, kita tinggal ayah. Kali ni lokasi pergi berenang di Prima U1, glenmarie tu. Actually, gathering ibu dengan kawan-kawan dah alang-alang ada swimming pool, kita terjah pool itu.
Kalau dulu agak takut dan taknak lepas ibu dia ni. Bergayut je kat leher ibu yang jinjang ni. First timer katakan. Tapi this time, he was soooo excited! Nampak air terkinja-kinja nak masuk dlm pool. Sampai terlupalah ibu nak bukak pampers mulanya. Starting bawak masuk kolak kecik untuk kanak-kanak. Tapi sakit pulak lutut ibu nak mencangkuk,melutut lama-lama. Last, pindah ke pool untuk golongan remaja macam ibu.
Ibu ni seronok jugak main air. Tuh yang menjadi dua beranak ni dalam pool tu. Tapi Adam lagi excited. Siap taknak kita pegang dia tu. Ditolaknya tangan kita ni. Siap nak main selam-selam pulak. Haish...ada sekali dia tersedak, dan tak boleh nak keluarkan air dari hidung. Cuak jap. Tepuk sikit belakang dan okay. Terus jerit nak masuk pool balik. Amboi..beraninya awak ni sayang. Nasib ada acik Aa tolong ibu jagakan awak.
Next time kita pergi dengan ayah pulak nak? Kita pergi swim kat wangsa maju pulak. Sementara tu, kita mandi dalam besen dan pool plastik tuh yer. Kita mandi kat luar. Ini yang excited nak cari rumah ada pool. After this, pergi shopping bikini la. Bikini la sangat!


Adam dan Acik Aa. Seluar dah londeh tu. Hihihih...
Baru lepas tersedak! Gigih nak masuk air balik
Adam excited, ibu pun happy la.Sila abaikan rupa ibu!

Wednesday 26 December 2012

si manja yg malu

Selalunya, Adam akan kiss ibu atau ayah bila disuruh je. Jarangla tiba-tiba datang kat kita, terus kiss. Tapi akhir-akhir ni, kalau lepas menyusu, Adam mesti datang kiss ibu. Kalau ibu buat-buat tidur (saja nak tengok), sampai 2,3 kali dia kiss...then kita bukak mata, tersengih nampak gigi kapak. Mula lah malu, pandang tempat lain. Bila disuruh geleng taknak, ibu pejam mata sikit, dia datang kiss. Hihihi... Budak bertuah ni dah pandai malu-malu. Comel jer.

Silap-silap belum masuk sekolah dah warning ibu "Dont kiss here la ibu. Malu kalau kawan-kawan nampak". Warning la, lagi galak la ibu kiss kamu sayang. Pakai lipstik merah menyala kasi lekat sikit. Hahahah....

Satu lagi,

Kalau tidurkan dia dalam keadaan dia mamai (xmenyusu), kiss jer dia mesti tak lama lepas tu kuyu jer mata. Usap-usap sikit lena la. Kalau tak lena lagi, dia bangun naik atas badan, kiss ibu dan tidurla atas badan ni. Agak dah lena barulah letak atas tilam. Itulah si manja ayah, si malu ibu. Tapi bila nak tidur atau bangun dari tidur mesti cari ibu. Ibu takde, meraung la. The power of ibu! Dan ayah.. bengkek jer rasa...

Waktu ni senyum lebar,angkat kening la ibu. Hahaha....

Friday 21 December 2012

Percaya kan kebolehan anak!

Lepas Maghrib semalam, aku sekeluarga keluar ke Tesco. Nak cari kain pelekat untuk bakal pengantin. Klasik kan hadiah? Mama memang kalau anak-anak saudara kahwin, mesti bagi hadiah kain pelekat dan kain batik. Tak pun, kain pelekat dengan kain pasang. Aku diamanahkan mama, cari kain pelekat. Nasib la ada, dekat bazaar rakyat dalam tesco ni. Murah jugak. Jadi, aku sambar untuk suami sehelai.

Okay, macam biasa itu bukan ceritanya, sekadar mukadimmah. Aku memang suka cerita campur-campur ni.

Dalam kereta,

Adam membebel. Tapi dalam bahasanya la. Aku mengeluh campur mengaduh, "Adam, bila nak bercakap ni?". Then suami aku jawab "La, Adam bercakap la tuh"... Senyap ... "Nak Adam pronounce clearly, macam orang lain." Aku jawab perlahan. Sebab aku tahu nada suami aku tu tandanya tak suka aku mengeluh macam tu.

Senyap lagi...

"Nape? Stress? Tertekan bila orang lain banding kan Adam dengan anak diorang? Bila orang asyik tanya bila Adam nak bercakap?"

Aku.. Senyap lagi. Dan jawab ringkas.

"Ada la sikit."

Laju je suami aku jawab.

" Dulu orang compare jugak, Adam jalan lambat. Tapi sekarang bukan main laju. tunggu nak berlari je lagi. Percaya pada kebolehan anak tu."

Aku? Krikkk...Krikkkk...

Betul cakap suami aku. Cuma, kadang-kadang bila orang tanya, compare, terkesan jugak dalam hati ni. Lagi pulak, bila orang pertikai, aku surirumah. Sepatutnya, anak membesar cepat dan lagi sempurna. Agaknya, aku yang belum cukup sempurna untuk jadi perfect mother! Aku kena usaha lagi dan belajar lagi. Semuanya Ilmu. Untuk Adam Zafran.

the smile just for me.


Add caption

Rebut talipon

Sejak akhir-akhir ni, aku memang menghadkan penggunaan handphone, untuk Adam. Sebabnya, makin lama Adam dah jadi taksub main game kat phone. Kalau main fruit ninja tu, dah tahu nak tekan mana, pilih option classic ke time, kalau bowling tu pulak, dah pandai pilih lane mana, type ball, one or two player. Ada jugak dia bukak aBC song, iqra', Muslim prayer, tapi still menghadap phone lama-lama. Nak buat macam mana, salah kami jugak. Jadi, aku dah bertekad siang hari no more games. Memang susah la jugak. Kena sorok sentiasa phone tu, dan silent!

Tapi...

Bila ayah balik, memang raja la jadinya. Ayah tak suka bila Adam menangis, mengamuk. Jadi selalunya beralah. Anak Manja ayah, haruslah kena kasi. Sekarang Adam main game guna phone ayah. Selamat phone ibu.hihihi... Itu pun, kejap je. Sebab turn ayah nak main dengan Adam. Puas-puas. Padan muka Adam! 😜

Hmmm...tapi sekarang, ibu pun sama rebut nak guna phone ayah. Sebabnya, leh browse sana sini dengan lajunya! Kalau ibu punya, slow sikit la. Pulak tuh, quality gambar memang ohsemmm!! Nak adil, ibu bukak YouTube, kita share! Share? Tak boleh!!! Adam sangat kedekut! Ayah's phone is Adam's! Berani lah amek, kena jerit la, tadah la telinga dengar dia bebel dengan bahasanya. Jadi ibu, beralah la... Huhu.... Sian ibu!

Thursday 20 December 2012

di bilik mandi

Dah lama tak cerita tentang perkembangan anak. Makin besar makin panjang akalnya. Makin suka tiru meniru. Berbanding ibu, adam lebih cepat ikut perbuatan dan percakapan ayah dia. Apa saja ayah dia ajar, mesti cepat je dia ikut. Main agah-agah orang, buat macam-macam bunyi. Dan... Adam memang manja dengan ayahnya.
Kisah di bilik air
Biasanya bila mandi, Adam mandi direct air sejuk. Dah tak mandi air suam ni. Dan biasanya aku jirus je dgn paip, no more kolam renang (besen). Tapi...sejak beberapa hari lepas, dia mandi dengan ayahnya. Ayahnya ajak berendam dalam besen. Suka sangat la budak itu. Sampai tak nak keluar bilik air. Huh!! Sejak itu, asal masuk bilik air, diturunkan sendiri besen dia, masuk besen yang takde air dengan ber'balut' lagi montot tuh. Dan sejak itu jugak, aku jadi tercongok dekat tepi dia. 10min? 10min la. 30min? 30 min la... Aku biarkan sampai dia puas. Kalau tak puas, kejap diketuk pintu bilik air tu. Kejap dimuncung mulut pegang pampers celah kangkang. Konon kencing la yer... Dan no more nanges nak ajak mandi. Pegang je tuala, terus ke pintu bilik air. Hihihi... Jom kita mandi Adam!

Monday 17 December 2012

Kenapa Paradigm mall?

Soalan: 
Kenapa kau selalu pergi paradigm mall je? Takde tempat lain ke? Asal update, paradigm. Asal lepak, paradigm. Asal shopping, paradigm. Best sangat ke kat situ? Aku pernah je pergi. Bosan and agak boring la..

Ramai jugak yang selalu tanya aku soalan ni. Terutama kawan-kawan yang baik dengan aku. Yang rapat mostly tahu jawapan sebenarnya. Tapi, biasanya aku senyum je la bila diorang ni tanya.  Aku sebenarnya ada beberapa set jawapan untuk mereka-mereka ni. So, harap-harap berpuas hatilah dengan jawapan aku ni yer. 

Set A:

Barang-barang, kedai-kedai kat sini agak mewah. Mostly, pada aku banyak barang-barang branded dan agak mahal. Jadi sesuai untuk aku. Ber-window shopping. Sebabnya, aku takkan mampu nak beli yang mahal-mahal ni. Just window shopping la. Usha mana yang berkenan, then cari la kat pasar malam ke, downtown-uptown ke, online shop ke, mana-mana yang boleh kita dapat dengan harga yang jauh lebih murah tapi lebih kurang. Tambah pulak, aku memang tak kisah dengan brand. Janji sedap dipakai, cantik dipandang.

Set B:

Fastfood yang berbeza? Kalau dulu, masuk mall aku lapar cari McDonald, KFC, Pizza hut. Walaupun lapar nasi. Ade je Old Town, Chicken Rice Shop, Kenny Rogers, Teh Tarik Place kat tempat lain, tapi aku takkan pandang. Yang 3 serangkai atas tuh jugak aku masuk. Seriously! Dan kalau kat sini, memang takde 3serangkai tu. Lapar, cari nasi. Lagi kenyang. Hahahaha...

Set C:

Sebab utama ialah site suami aku kat paradigm ni hah! Yang 2 atas tu melalut je belaka. Jadi, bila site kat sini, lagi senang dan tidak menyusahkan kami, untuk aku bawak Adam jalan-jalan dalam mall ialah di Paradigm ni hah! Parking, guna season pass. Free di situ. Makan, kalau rasa nak mengada-ngada, manja-manja, text hubby "Abg, jom makan. Lapo!". Hubby akan reply punya. "Ok. 15minit lagi kat Tea Garden". Hah! Sambil kerja, boleh main dengan anak. Tak gitu! Agak-agak nak beli barang, tak cukup duit, call je. Terus hubby datang kasi wallet dia. Bukan duit, wallet terus. hahaha... Surau pun besar dan selesa. Baby room every floor ada. Kalau Adam agak-agak dah nak pengsan, bawak masuk baby room, kasi susu, tidurlah kat baby room tuh. Ibu pun rehat kejap. Agak nak beli barang dapur, pusing-pusing sampai jam 5, pergi tesco kat bawah. Beli la bawang ke tepung ke ayam ke, sat g ayah datang. Shopping sama-sama. Senang! Sekali harung. Hahahah...
 
Satu lagi, kat Paradigm ni aku suka cuci mata kat Kaison. Frame murah-murah, bunga murah-murah. Nak deco rumah, bli barang kat sini je, then DIY. Murah. Senang. Tak serabut. Tak perlu la aku nak berhimpit kat IKEA di hari ahad. Tak perlu habis minyak tol ke nilai sana tuh. Lagipun, senang dua-dua pihak. Kalau setakat pergi dekat-dekat area situ, bolehla nak dihantar. Kalau pergi jauh-jauh tidaklah. Drive sendiri? Setakat ni, lepas beranak, tak pernah aku drive berdua je dengan Adam. Mesti berteman. Sape nak handle Adam? Aku tak pernah ajar Adam guna car seat. Susah la sikit.

Tak kisah kat mana pun aku pergi, janji dengan Adam dan suami. Itu cukup. Spend time tak semestinya bergantung pada kat mana nak hangout, tapi lebih pada kualiti masa tu. DAN, lain orang lain cara spend masa, lain cara berhibur. Ini aku. Dan aku suka dengan cara aku.

----------------------------------------------------------------------------------------------
Selingan!

Sebab tuh, bila ada orang cakap nampak suami aku dengan perempuan lain kat Paradigm, aku gelakkan jer. Bukan apa, kau jumpa suami aku hari apa? Isnin-Sabtu? Itu working days dia. Hari Ahad? Kalau dia kerja Ahad pun, kejap je kat site tu, balik rumah makan. Petang pergi pulak. Itupun bawak kami anak-beranak. Kalaupun dengan perempuan, aku boleh agak suami aku dengan officemate dia la tuh. Ramai engineer perempuan kat sana. Mungkin diorang pergi makan , tak pun pergi check defect ke kat dalam mall tu. Betul tak? Oh, Suami aku pakai safety boot x? Ke orang tu tak perasan kasut suami aku. (Tgk muka je, suami aku hensem! Tenkiu!). Lain kali jangan hentam orang sebelum kaji. Lainlah, kalau mereka melakukan aksi yang mencurigakan. baru betul. Jangan lupa, snap gambar then send yer! 

Gambar lama: Opening week. Jenjalan tengah office hour. Gila kental!

Sempat berposing lagi.





Saturday 15 December 2012

Papa warded, Faris kahwin

Weekend lepas, aku sekeluarga balik kampung. Lama tak balik. Eh? Lama ke? Lama la jugak tak baliknya. Reason nak balik kampung sebab sepupu aku, si Faris kahwin. Tapi nak dijadikan cerita, khamis malam papa warded. Aku dah gabra, ingat sebab jantung lagi. Rupanya paru-paru yang buat problem. Ada air lagi. Bila dikorek-korek cerita, rupanya papa minum air lebih dari yang diarahkan. Tambah lagi, sekarang kan musim hujan. Sejuk memanjang. 

Okay, doktor nasihatkan papa hanya boleh minum air tak lebih dari 200ml, kalau tak silap. Bayangkan 200ml. Sikit sangat. Memang kering tekak la. Dah la baru berhenti merokok, lagi la nak minum air banyak. Tapi nak buat macam mana, banyak tu je. Bila lebih, camnilah jadi. Paru-paru masuk air, kena stay kat hospital. Disebabkan papa tak la teruk sangat, aku decided balik sabtu malam. Husband aku kerja hari sabtu. Full day. Jadi, sabtu malam la.

Patutnya, sabtu pagu aku follow cousin aku terus ke Bentong, belah perempuan. Tapi takkan aku nak tinggal mak dan tok mertua aku. Pulak, dua-dua ngadu pusing kepala. Jadi, cancel la planning aku. Aku gerak sabtu malam balik Muadzam. Ahad pagi, pergi ke Kuantan. Hajatnya nak pergi pagi-pagi. Boleh tolong mana-mana yang perlu, tapi papa tak boleh keluar lagi. Result darah tak dapat lagi. Almost noon jugak la kami gerak. Sampai pun dah siap berarak semua. Sedih. Apakan daya, macam-macam timbul saat akhir. Papa pun sakit. (T_T)

Cerita tentang wedding balik.

Faris dan pasangan, Nadira berbaju biru dan sangat cantik. Pelamin, hiasan katil, hantaran, semua la hasil tangan adik-beradik, sedara mara semua. Semua buat sendiri. Mereka memang kreatif! Sape nak tempah boleh la calling-calling yer. Hahahaha... Dalam banyak-banyak hiasan, paling aku suka tengok, pelamin. pelamin dia cantik sangat walaupun simple. Tapi gigih jugak la nak deco-deco tuh. Plus, unik sangat! Ramai tetamu datang dan puji pelamin. Harussss kembang semangkuk la mereka-mereka tuh. Hihihhi....

Faris ni sebaya ngan adik aku, Angah tuh. Kitorang gelar diorg ni kembar. Dari kecil sampai ke besar, bersama je. Plus, birth date pun selang 3 ari jer. Haaaa! Faris dah kahwin, awok bila lagi Ngah? hahaha... To Faris, Selamat Pengantin Baru cuz! Selamat mengharungi alam rumahtangga. Jadilah suami yang baik dan bimbinglah isteri dengan sempurna ya. 

Aku pulak, gambar tak banyak snap arituh. Plus, camera takde! Uwaaaa!!! Sayang...Jadi enjoy la tengok mana-mana yang ada yer.  

My big family. When we going crazy! Sayangnya, papa mama angah yus acap takde. And a few lagi missing in action. Oh! Tengok pelamin tuh. Cantik kan? Nampak la sikit-sikit kan?

Kami sekeluarga dan pengantin
 
Aku, Adam dan my brother Acap. Budak baru lepas exam. Muka sangat bersinar walaupun tak berapa nak nampak. hahahaah...
    
Di-edit oleh hubby. Pengantin lama tak lama la. Baru dua tahun. =)

Wednesday 12 December 2012

False alarm?

Dah hampir 3 minggu sebenarnya, aku letih, loya dan penat. Muntah-muntah setiap kali lepas Adam breastfeed. Mual semacam. Mula-mula aku takde la nak bagitahu kat husband. Tapi, period tak datang.  Call, suami terus balik tengahari dengan pregnancy test kit. Test. Alaaaa....satu line jer. Takpelah...

This week, tiba-tiba muntah dan loya melampau. Nak layan Adam pun tak larat macam biasa. Main kejap, penat. Main kejap, mengah. Dengan tiba-tiba nak makan jeruk kelubi. Tapi, sampai sekrang tak dapat lagi. Nak makan durian, 6 bijik sambil lalu macam tuh je. Kenyang.

Mengandungkah aku?

Tidak!

Haid datang menjengah cuma lambat


*Hampa!

Takpelah, Adam tak puas nak bermanja lagi tuh. Masih tidur nak diusap, dipeluk. Masih makan nak disuap. Masih main nak dikejar. Aku kena bentuk Adam jadi anak yang soleh danbaik. Bentuk dia menjadi abang yang tegas tapi sayang kan adik-adiknya. Adik-adik? Ya...Aku nak anak 6. Kalau boleh, 3 lelaki, 3 perempuan. 

In shaa Allah...
Hanya jika Allah yang mengizinkan.

 

Jujur aku penat

Lama aku bersabar untuk tidak langsung membalas dan mencoret sesuatu berkaitan kisah yang berlaku beberapa hari lalu. Alhamdulillah, Allah bantu aku dengan tidak membalas sehuruf pun kata-kata, perli-perli dan hinaan-hinaan itu semua. Aku cuma mohon pada Allah, agar aku dibantu. Ya, suami aku membantu dan bercakap bagi pihak aku. Tapi, sebaliknya yang jadi. She's sooo indeniable. Masih tidak boleh terima hakikat yang suami aku membantu aku? Tak perlu banding dengan yang dulu. Sebab dulu aku bukan isterinya. Bukan sah halal untuknya.

Cerita bermula tentang kerja, diteruskan tentang warning tentang berkawan dengan officemate husband, diselangi cerita silam, diakhiri masalah menyentuh dengan perkahwinan aku? Hmmm...panjang kronologi nya.

Bukan nak membuka pekung di dada
Bukan nak memalukan sesama wanita
Bukan taknak akhiri semua ni

Cuma, ini mungkin tulisan terakhir aku tentang hal ini.
No more after this. Cukup noktah akhir disini. 
Di laman ini.

Semua dah habis sayang...
Ianya dah lama habis.
Sebab..
Penat nak melayan perangai tak sudah
 
Aku bukanlah bodoh tegar seperti yang kau kata. 
Bodoh selamanya?
Rosak anak melayu kalau aku gurunya?
Kasar ayat kamu.. Takpe, mungkin itu caranya nak lepaskan geram barangkali.

Hmm...aku tak suka nak bercerita dengan orang yang tidak rapat.
Dan aku lebih suka pada forward dan biar orang nilai cerita itu,
Jahat aku bukan?
Sebab, cerita hanya akan menyebabkan aku jadi berat sebelah dan tokok tambah
Ada baiknya, aku forward semuanya. Kejam tapi adil.
 
Oh! Aku bukan obses, tapi aku percaya pada petunjuk Allah untuk aku.
Aku masih bertahan dan bersabar dulu atas bimbingan Allah juga.
Jangan lupa, kau juga pernah merayu dengan aku
Jangan lupa, kau bersusah payah lakukan pelbagai usaha untuk memilikinya
Jangan lupa, kau juga pernah menangis untuk memiliki.

Aku doakan kau bahagia dengan semuanya.
Dengan hidup cara kau
Jangan persoalkan cara hidup aku
Sebab aku memang dilahirkan sbgi perempuan kampung
Tapi bukan seorang yang bodoh
Dan bukan juga seorang yang bebal
Cuma seorang yang leka dan lalai
Tapi sentiasa insan yang membantu aku keluar dari kelekaan dan kelalaian itu
Sentiasa

Alhamdulillah, Allah tetap menyayangi aku.
Dan membantu aku.

Jangan pernah wujud lagi.

Amin...
 




 

banana cake in the house yaw!


Last week, dapat satu resepi yg sgt mudah, banana cake. The recipe was taken from my good friend's instagram. Ja a.k.a Hafiza hadi. Tengok gambar kat IG dia sangat mengiurkan. Jadi, mintak la resepi. I'm not the person who expert in baking, tapi bila datang rajin...memang bising la dapur. Alang-alang nak balik kampung petang tu, pagi-pagi aku dah mem'baking'. Boleh bawak balik kampung. Memang confirm habis. Adik-adik aku memang makan apa je. Lagi-lagi kalau aku yang masak. Sedap ke tak, belakang kira. Yang penting diorang kena habiskan. Sebab tu aku sayang dengan adik-adik aku, walaupun kami selalu bergaduh, bertekak. Hahahaha... 

Meh sini, aku nak share resepi dia, senang je. Pastila..aku hanya akan buat kalau sesuatu tu senang. Kalau susah tuh, ambil masa sikit la. Hahahaha...

Bahan-bahan:

120g tepung gandum
1 tsp baking powder
90g gula 
50ml minyak masak
2 biji telur

Untuk Karemal pisang:

Pisang, hiris seinci panjang. 
30g gula, 1tbsp air
2 tsp air

Cara nak buat:

First, ayak tepung gandum dengan baking powder.

Second, masuk telur, gula dan minyak dalam tepung tadi. Pukul sampi larut gula. 

Third, buat caramel pisang: Panaskan gula dgn 1 sudu air sampai perang, Tutup api, masuk 2 sudu kecil air. Masukkan pisang yang dah dihiris tadi. Gaul sampai sebati.

Forth, masukkan caramel pisang dalam adunan tepung tadi. Gaul.

Last, adunan yang dah cantik tadi, masuk dalam acuan kek yg dah dialas dengan kertas minyak. Masuk dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180 degree selama 35 min.

Tadaaaa....

Tunggu bunyi beep! Then test dah masak belum. Yippie, dah siap! Makan time!

Selamat mencuba!


Dah sudah, masuk dalam acuan

Process untuk dibaking



Taaadaaaa...nampak sgt biasa. Tapi okaylah. Sebabnya menjadi la jugak. Tapi kalau tengok Ja punya pic kat IG, sangat mengeliurkan...Kena usaha lagi ni..       

Thursday 6 December 2012

Ketika emosi rajanya

Hmmm...emosi? Perempuan memang sentiasa beremosi lagi-lagi bila berkait tentang perasaan. Betul bukan? Aku memang pantang orang ganggu jiwa aku. Dan air muka aku memang susah nak tipu. Aku cukup emosi bila orang lain goyangkan hak aku. Apa dia hak aku? Keluarga, kawan-kawan, prinsip aku dan diri aku. Pulak tu, jika kau bukan siapa-siapa pada aku. Kawan bukan, musuh pun bukan. Cuma sengaja menyinggah. Bukan aku belagak dan sombong tapi aku cukup tak suka. 

Baiklah...kalau masih ingat tentang post aku bertajuk: luahan rasa hati, tentang hati aku yang tengah berkecamuk dan memang penuh emosi. Aku dah delete pun post tuh sebabnya aku nak buang segala jenis tuduhan tak berasas dan melulu yang pernah dilemparkan pada aku. Tapi aku masih printscreen. Kot-kot suatu hari boleh jadi bukti untuk aku buat report polis. hahaah... hebat sangat ke kau ni, wani oiiii smpi nak report-report ni. Hahaha...haruslah! Hah! gangguan tuh...

Pada mereka yang pernah baca tentu faham. Faham derita dan sedihnya aku bukan? Dan aku pun dapat a few feedbacks dr readers. Direct and indirectly. Thanks. Really appreciated it. Hmmm...agak memalukan sebenarnya sebab aku cerita pada public tentang aku dihina sebegitu rupa. Bukan itu saja, ia melibatkan maruah orang lain jugak. Betapa berdosanya aku bila kalian membaca semua tu. Semoga aku diampunkan Allah. Dan kalian yang pernah baca, minta jasa baik dikatup rapat cerita itu. Aku memang cepat lupa bila dalam keadaan emosi. Tambah pulak, tempat aku pinjam bahu sibuk memanjang. Jadi, pendam sendiri dan laju je menaip. Itulah...lemahnya aku ketika itu. Tapi ajaibnya, insiden seminggu yang terjadi pada aku baru-baru ni, aku agak tenang. Dan tidak terlalu emosi. Walau lagi teruk dan lagi terluka, (disebabkan status dah berubahkan) tapi agak santai... Tipulah tak menangis, tapi emosi masih terkawal. Alhamdulillah... Nasib jugak, aku ada suami yang dah berubah, tidak lagi pasif solution. Speak up untuk selamatkan maruah aku yang sekali lagi di pijak oleh orang yang sama... Alahai... Takpe, insan yang berdiam diri lebih bijaksana. InsyaAllah... Aku percaya pada qada qadar dan juga karma. Believe me, what goes around comes around..

15 bulan

Ibu Ayah sayang sangat kat Adam!

Hari ni genap lah Adam Zafran 15 bulan. Besar dah! Dah boleh bebel, dah boleh jalan, dah boleh ajak sembang (walau tak berbutir), dah boleh teman ibu potong rumput (menyibuk!), dah boleh teman ibu jemur kain (menyibuk!), dah boleh macam-macam la. Dan paling best, dah tumbuh gigi kapak yang besar itu! Seronok bila tengok anak membesar. Dari umur nya sehari,sebulan, setahun...macam-macam dah aku lalui. Pengalaman sangat bermakna dan bernilai. Banyak sangat cabaran dan dugaan Nya. Tapi kekuatan tangan menghayun buaian, bisa menggegar dunia. Erk? Bila Adam guna buai? Hahahah...mengarut saja ye. Alhamdulillah, aku lalui semua dengan penuh syukur. 

Aku mungkin bukanlah ibu yang sempurna, namun dari hari ke hari aku belajar. Setiap hari, aku belajar. Bukan senang jadi ibu. Malam tidur tak lena. Sebabnya Adam ni tak boleh peluh langsung dan kering langsung. Garu je. Jadi, memang tak lena. Bila garu, bangun. Sapu losyen. Bila merengek, bangun. Usap belakang sampai lena. Siang, lagi lah tak tidur nya. Mana nak kejar buat kerja rumah semua. Asal bangun je, dah sah-sah kena stop semua kerja.Oh! Pada yang pandai cakap saja tuh, timang anak dan jadi ibu dulu. Ini, belom kahwin lagi dengan so-called boyfriend dah pandai cakap yer tak pandai jaga nak la, apa la..

Adam suka pakai sunglass. Bila pakai mesti pandang ibu, senyum. Pandang ayah, senyum. nak bitau yang dia hensem lah. Well, anak aku memang hensem. Hahaha...Ops! Bahaya! Nanti ada orang kata aku show off lagi. Hadoooiii la... Payah ada suami dan anak yang handsome ni. Hahaha... Alamak! Lepas lagi.

Senyum 1
Senyum 2
Senyum khas untuk ibu!      

Harini, pergi buat check-up untuk 15 bulan. Check berat, panjang, lilit kepala. Adam tak naik banyak berat dia. Sipi je nak masuk line kuning tu. Lepas ni kena makan banyak lagi Adam ni. Dia sekarang dah kuat main, makan kurang. Bukanlah tak makan, tapi kurang dari dulu. Kalau dulu semangkuk sekali makan, sekarang 3/4 habis pun bersyukur sangat. Oh, tadi check-up kat tempat biasa. KKIA Taman Medan. Samapi agak awal, tadi lama gila nak sampai turn. Jam 8 register, Pukul 10 baru checkup. Orang pulak ramai yang amat. Hadoiii...dah la lupa ambil kasut dalam kereta. Berdukung la berjam-jam tuh. Ayahnya pulak kebetulan tak dapat teman, sebabnya semalam tak masuk site, ada training kat tempat lain. Gigih la ibunya dukung sana-sini. Kerusi penuh, yang bapa-bapa duduk dok sibuk main tablet, taknak pulak kasi can ibu-ibu yang dukung anak ni duduk. Ni kat klinik, kalau dalam train camne lah agaknya? Nasib la kali ni tak banyak ragam Adam. Dah besar barangkali taknak susahkan ibu. Terus membesar dengan siaht dan sempurna ya sayang. Ibu akan membimbing kamu jadi anak yang soleh. InsyaALLAH... Takkan rosak melayu mu kalau ibu yang jadi cikgunya. Aik? hahahah....



Penat tunggu turn nak check-up. Padahal datang awal dah. 



Wednesday 5 December 2012

Terima kasih Ya Allah

Hampir seminggu hidup aku di ganggu. Ada juga niat nak buat laporan polis dah. Orang kata kalau kita senyap, lebih bagus untuk elakkan dari perkara lain yang jadi. Tapi makin senyap makin galak pulak jadinya. Manusia yang akalnya sejengkal barangkali. Tapi ada bagus jugak semua ni jadi. Siapa sangka yang buruk itu Allah gantikan dengan sesuatu yang indah.

Betul..bila Allah turunkan satu ujian pada kita, dia memberi 2 kesenangan dalam hidup. Pertama, the true colour of that person Allah tunjuk pada aku. Segala perkataan dan keaiban yang dia keluarkan, menunjukkan tahap pemikiran. Dan secara tak langsung membuka aib sendiri. Masha Allah...malu sungguh aku. Allah dah berfirman 'Andai dibuka aib seseorang,nescaya Allah akan membuka semua aibnya. Andai ditutup aib seseorang,nescaya tertutuplah aib kamu'...
Kedua, mengutuhkan lagi ikatan perkahwinan. Bila suamiku mula mempertahankan aku, stand up and speak up for me. Yang mana sebelum ni suami aku lebih ke arah tidak mahu masuk campur dan tidak mahu melibatkan diri. Dia lebih kepada pasif solution. Namun alhirnya dia menjadi perisai aku. Alhamdulillah, Allah membantu aku.

Terlalu banyak yang berlaku dalam beberapa hari ni. Penat. Sudah pasti. Tiada siapa mahu berada dalam situasi aku. Tapi aku anggap diri ini bertuah. Allah memilih aku, kerana sayangnya Dia pada aku. Indahnya seseorang melalui bahasa. Terlalu banyak bahasa kasar aku hambur sebelum ni. Aku belajar dari sesuatu.

Terima kasih Ya Allah...

Tuesday 4 December 2012

swimming on saturday

The faces of Adam!

Entry ni dh lama aku simpan dalam draft. Lupa nak edit. Alang-alang dah free ni, kita keluarkan cerita ini. Cerita nak bawak Adam swimming ni sebenarnya, ibu Adam ni nak jumpa kawan yang lama sangat dah tak jumpa, Fatma. Last jumpa, Ramadhan tahun lepas la. Buka puasa ramai-ramai ngan classmate kat The curve. Dah setahun lebih jugak la. Banyak kali dah plan nak jumpa, tapi selalu ada halangan dan masa kami tak sama. Aku bz, fatma free. Aku free, fatma bz. Finally, baru ada peluang nak jumpa, dan lepak macam dulu-dulu. Ni, alang-alang nak jumpa, dari lepak lama-lama kat mall, Fatma ajak lepak kat rumah dia di Putrajaya. Sambil swimming. Anak si Fatma, Istajib ni suka swim...Jadi, aktiviti kami ialah swimming dan hangout bersama anak-anak.
Bila lama dah tak jumpa, macam-macam la diboraknya. Dari family, anak dan cerita tentang zaman sekolah. Lepak, swim, borak, makan. Tak sedar dah lewat malam. Masa jalan sangat pantas hari tu. Ntah bila la kami dapat jumpa lagi. Sembang macam ni, sambil layan anak-anak. Seronok sangat!
Ha...Adam pun seronok. Dapat kawan. Iyalah, kat rumah main ngan ibu je. Istajib pulak layankan je si Adam. Istajib sangat well-manner. Baik sangat budaknya. Cerita pasal swimming ni, Istajib dengan mummy dia je swim. Aku dok kelek Adam masuk pool, menjerit saja. Sejuk ye jugak. Bawak keluar pool marah pulak. Hahahah...sepanjang swimming session tuh, Adam bergayut jer sambil tepuk-tepuk air. Dia buat macam besen mandi kat rumah pulak. Takpe la, first time nak masuk pool kan sayang! Sebenarnya, waktu kitorang main kat pool tu, hujan. Tapi rintik-rintik je. Tuh yang sejuk semacam. Baru berendam 15minit. Terketar-ketar Adam minum air. Funny giler muka Adam! 

Next time, kita ajak ayah pergi swim ye sayang. And, thanks to Fatma for the best accomodation! Sepanjang hari lupa segala masalah. Next time kita jumpa lagi ya Fatma, kita memasak pulak pasni. Love you and really miss you darling! 


Ni before pergi swim. Budak-budak main dalam kotak. Adam nanges jer!

Adam ketar-ketar. Sian dia, sejuk!

Ahha! Hero kita, Istajib! Bukan main seronok dapat air. Hujan pun still bergumbira





Saturday 1 December 2012

It's December

Hmmm...disember dah muncul. A few days before tak dapat nak post story. Pada hal banyak kot nak citer. Ni gara-gara perempuan gila punya pasal. Orang tolak offer kerja terus jadi meroyan. Cakap aku perasaan good2 la, ego dan paling best doa cakap alu riak. hah? adoyaiiii.... Aku pun silap juga. Pergi reply buat apa? Tahu pulak bila aku perli balik nak melenting. Ape da...buat orang boleh,kita cuit melatah bukan main. Agak sakit hati la. Last dia text aku pukul 3 pagi semalam. Nasib la aku silent phone. Tak terganggu tidur aku sambil berpelukan dengan Adam dan ayah. The best part, dia text sbb dia tak boleh tidur sebab aku. Wow! Best gila perasaan ni. Hahahah... Okeylah...will update citer tuh nanti. Encik suami nak pergi kerja dah ni. Nak hantar kejap yer, pasti nak muah! Muah!

Bye...

Oh Ye.... Selamat datang disember. Semoga disember ini lebih baik ceritanya!

Wednesday 28 November 2012

Kemas rumah

Weekend lepas, kami sekeluarga balik la kampung sebabnya adik ipar aku nak kawen dah. Pekan vs Chini. Sampai kampung, tengok rumah dah cat baru. Eh...bilik kami dah siap. Tapi...tak gaya bilik, gaya stor. Ye lah, baru jer siapkan. Dengan kayu, plywood, paku merata. Jadi kami dalam penat tetap nekad nak kemas bilik. Hampir 3 jam la jugak nak setel semua. Angkat almari, katil, tikar getah buang. Letih wooo...

Tapi dalam pada tuh, ada cicakman baru muncul! Tengok lah pic cicakman beraksi. Dengan mata coklat yer. Saya Sayang cicakman ni. Jangan culik cicakman saya tau.

Solat Zohor paling lama

Sejak Adam dah pandai jalan ni, bebas sikit la nak solat. Lebih tenang pun ye. Kalau dulu, asal nak solat je letak dalam playpen. Confirm-confirm dia akan mengamuk marah. Menangis macam kena dera la. Tak bebas nak main kot. Sempit. 

Hak bermain hak kami! Erk??

Sejak dah boleh jalan ni, biar je dia atas lantai. Letak setambun pampers die, ralik la dia. Tak kacau langsung ibu solat. Dan senyap jer. Tak bebel, tak nangis, tak merungut. Hormat ibu tengah solat ye sayang. Bagus anak ibu. Jadi anak soleh yer. Tapi kali ni tak, dia siap berdiri sebelah. Mulanya biarkan je, sebab dia tak ganggu langsung pergerakan solat aku tapi tak kusyuk la jadinya. Tengah rakaat kedua, aku tengah ruku', dia datang. Aku nak sujud tak boleh. Adam berdiri betul-betul tengah sejadah tu. Posing tadah tangan. Lama pulak tu nak tunggu 'amin' nya. Bila dah 'amin', dia meniarap pulak. Punya la lama aku tunggu nak sujud ni. Entah berapa minit barulah dia bangun. Itupun sebab dengan bunyi notification tone kat handphone. Adam pergi je, cepat-cepat aku habiskan solat zohor aku.

Habis je solat, aku berdoa. Habis doa, terus capai Adam, geletek smpi nangis..

Haissshhh la anak. Uji kesabaran betol.  

Sejak pada tuh, bila aku ruku' dia mesti intai muka aku, sambil sengih tunjuk gigi kapak dia tuh. Dah la comel. Saje jer. Ishhh...

Tuesday 27 November 2012

2 tahun bersama


Perkenalan bermula masa kami di menengah rendah lagi. Aku form 1-3, sekolah kat rompin. Gara-gara nak duduk asrama. Dapat pulak kelas rancangan khas, memang sukalah. Aku suka belajar bahasa arab. masa tuh la. First aku kenal dia, form 1, masa jadi ajk koperasi sekolah. Sebelum tu aku pernah dengar nama je, sbb ada  a few dormmate and classmate aku kat kelas admire gile kat mamat ni. Hmm..boleh tahan! Patut asal balik asrama je, dengar citer pasal die. Aku layankan jer,sbb aku tak kenal sangat mamat ni. Plus, aku ni takde pulak nak admire sesiapa lagi waktu tuh. Hahaha... Ada la beberapa lagi budak lelaki batch aku ni yang agak feymes. Siap berebut orang nak jadi adik angkat. Yelah, muka masing-masing comel time tuh. Budak lagi kan.

Nak dijadikan cerita, form 3 aku sekelas pulak dengan dia. Dalam 10 orang budak lelaki dalam kelas aku, dia sorang je yang tak banyak cakap ngan aku. Susah giler nak sembang dengan die. Mungkin sbb dia sorang bukan budak asrama. Tapi sebab tuh jugak aku dah mula suka tengok dia. Comel! Patutlah kawan-kawan aku suka kat mamat ni. Tapi aku lebih banyak senyap dari cerita ngan kawan-kawan aku. Sebabnya, dah tentu-tentu kawan aku suka kat dia, takkan aku nak kacau line pulak kan? Tapi...disebabkan aku ni bendahari kelas, ada point la nak cakap. Kalau tak mintak duit yuran, agak susah la nak borak ngan dia. Yelah, aku ni sape la. Budak lain comel, cantik. Aku ni pulak comot. huuuu... Sedey kan? Dah la aku ni pemalu orangnya. Dalam erti kata lain 'sombong'. Hahahah...

Ala...gambar tak clear la pulak, Tapi kami sekelas  la form 3.

Dia duduk depan saya, saya berdiri dibelakangnya, Jodoh kah? Hahahah...

Lepas PMR aku 'dipindahkan' ke SMTMS. Dipindahkan. Paksa tak rela. Aku nak jadi doktor, tapi terkubur harapan. Takpelah, masuk sekolah ni lagi happening. Geng gila-gila aku ada, geng skema aku ada, geng ponteng aku ada. Senang cakap, sekolah ni mewarnai memori aku. Tapi tuhla, terpisahlah aku dari si muka comel tuh. Nak kata lost contact ye jugak tapi aku slalu je dapat cerita tentang die. Kawan-kawan perempuan aku rajin tulis surat dan cerita tentang life diorang kat sana. Ada la terselit satu, dua cerita tentang dia. Tapi sampai situ jer.

Bertahun tak jumpa dan berhubung.

Aku buat latihan industri kat JKR Rompin. Waktu tu tahun 2004 tak silap aku. Aku praktikal sekali dengan kawan dia si Bob. So, dari situ kitorang mula contact balik. Pulak tu, ada friendster kan? Time tuh giler friendster. So, sembang-sembang melalui friendster. Sekali dia mintak number phone. Dari situ, terus rapat dan akhirnya couple. Hahaha...memang tak sangka la wei. Dahla aku minat dia diam-diam. hihihi...Kawan-kawan waktu sekolah bila jumpa dia mesti cakap 'Eh buck, ko ngan wani?'. Kalau jumpa aku pulak 'Eh wani, ko ngan buck?'.  Diorang pun tak percaya la wei. 

Bertahun bercinta, ada pasang surut. Ada luka sembuh. Dan pada 10 April 2010 kami bertunang. Dah bertunang pun lagilah...pasang surut. Bak kata orang, masa bertunang ujian dia Maha dasyat. Untuk sesetengah orang la. Yup..aku akui. Syaitan memang menggangu hubungan kami. Namun, kami di ijab kabulkan pada 26 November 2010 malam selepas isyak. Menangis la syaitan time tuh tengok anak adam mendirikan masjid. 27 November 2010, majlis besar. Dan sahlah aku menjadi isterinya. 
Kini, sudah 2 tahun kami mendirikan rumahtangga. Siap ada si lasak, Adam Zafran. Yang mewarnai lagi hidup kami. InsyaAllah, akan aku pertahankan rumahtangga aku hingga ke akhir hayat aku dan membesarkan zuriatku dengan sempurna. 

Itulah kisah aku dan si dia, Mohd Zulfarik bin Zahari. Cinta hati aku selamanya.

Photo: ;)




Friday 23 November 2012

Jenuh mak di mall!

Adam dah boleh jalan dengan lajunya. Walaupun belom cukup tuff dan masih macam ketam, senget sana, senget sini..tapi lajunya macam lipas kudung. Kadang-kadang terhuyung-hayang. Kalau nasib baik, berdiri tegak lagi, tapi kalau tak, terduduk la. Kalau kita buat muka terkejut, nangis lah. Tapi kalau buat tatsu jer, sengih kemain. Siap gelak-gelak lagi. Konon tak sakitla. Eh, big boy kan?

Kalau masuk mall, semua kedai nak disinggahnya. Kalau datang masa peramah yang amat tuh, semua orang disalamnya. Tapi, yang pasti kalau nampak pak guard (shopping mall kan selalu ada pak guard berlegar-legar), selalunya Adam akan membebel. Macam marah pun yer. Pernah sekali, aku bawak Adam ke mall. Ayahnya masuk office, aku bawak Adam pusing-pusing. Biasalah bila budak baru berjalan, terhuyung-hayang la. Kejap ke kanan, kejap ke kiri. Lagi pulak mana nak didukungnya. Tengah Adam jalan depan aku, sepasang pakwe makwe sedang berpegangan tangan dari arah bertentangan terlanggar Adam. Dup! Adam terduduk. Aku angkat Adam and say sorry. Aku pun memang tak perasan diorang dr arah depan. 

Then that girl merungut. Dengan jelas aku dengar dia cakap:

 "Lain kali, jagalah anak tu betul-betul. Ni biar langgar orang." 

Aku diam. Dukung Adam. Tenung Si awek dengan sgt tajam. Again mintak maaf. 

" I nnt ada anak...... kan B?"

Aku tak brape nak dengar sangat apa lagi yang di komen nya kat boifren die. Kalau ikutkan hati aku, nak jer sound balik, kasi tepek kat muka tuh. Tapi, bila kenang orang ramai keliling tuh, malu pulak budak ni kang. Nasib la aku ni baik hati waktu tuh. 

Alahai budak, berapa umur kau? Tiada rasa hormat langsung. Aku tak hadap maaf dari kau, cuma hormat sikit orang yang lagi tua ni. Terang- terang aku ada anak. Confirm la aku lagi tua dari kau. Tak tahu la pulak kalau muka aku ni 'baby face'. Muka ala-ala lepas PMR. Rasanya tak. Hahahaah....

Takpelah, tunggu la hari kau dah ada anak. Semoga nanti kita jumpa lagi yer aweks bila kau dah ada anak. Nak jugak tengok macam mana cara jaga anak yang sebenar. ;)

 

Wednesday 21 November 2012

Rindu Rowing


Last week, one of my team mates attached this pic(below) in our conversation. Ajak ber-kayak. Perghhh!! Memang teringat la zaman muda remaja yang aktif dan solid dulu. Huh! Memory wei...Walaupun kalah. Of course la kalah, kalau menang memang ajaib. Kami ni instant jer. Practice pun baru berapa kali, tapi takde orang lain yg berminat, kami take as a challenge. MASUM tuh. Ingat senang. Huhuhuhu... Kontigen UiTM mostly budak sport tuh. Aku ni yang bukan sape-sape masuk MASUM, Bangga jugak la! 

Ni last weekend. Memang takla nak join. Stamina ilang boh!
Aku tak ngat sangat cane aku leh terjebak dalam aktiviti sukan air ni. Yang aku boleh recall balik skit jer. Aku dan few members join Karisma. Kelab Rekreasi UiTM. One of the reason, aku sukan aktiviti lasak dan bersukan. Pulak tu, Karisma ada open untuk new member and orientation kat sungai chiling. Aku join then selalu ikut aktiviti diorg. Petang main kayak kat tasek Shah Alam. Daripada tuh la kalau tak silap aku. Then we were introduced with rowing. Practising guna Ei-go kat belakang swimming pool UiTM. And, finally became athlete for rowing. Yang buat lagi seronok, team perempuan and lelaki mostly dari our faculty. So, nak practise senang la skit. Hihihi...

Team members gegurl: Aku, Fara, Lynn, Ina, Nono, Isma
Team members boboyot: Tapong, Idham, Botak, Cha'ong.

Yang seingat aku. Yang lain tak ingat nama. Hahaha... Best ape main rowing. Walaupun aku tak pandai berenang langsung, tapi setakat praktis tuh takde lagi terbalik boat tuh. Seingat aku. Kitorang selalu praktis kat putrajaya. Dalam training room dan jugak kat tasek tuh la. Coach pulak hired yg hensem dan sasa gitu. Mahu tak semangat gadis-gadis dayung ni. Laki bini main rowing. Power dowh! Boss kitorang, aku panggil 'koi'. Nama betul tak ngat. Awek dia, Kak Zila.Itu aku ingat. Hahaha... Giler lama kot tak kontek. Ntah ingat lagi ke tak kat aku.

Gaya perlu hebat!
  
The ladies. Masih cerah wajah kami.

Jeng..jeng..jeng.. Sudah gelap!

Burn tapi manis gitu!

With the suit yang kitorang nak guna waktu game.
Hai..bila lagi la dapat ber-rowing ni. Ntah larat lagi ke tak. Kena kumpul stamina ni kalau nak main balik. Hahaha...angan tak sudah la wani ni! Mencari gambar waktu dinner. Tapi tak jumpa la pulak. Mana la ilangnya gambar-gambar ni. Sayang wooo!!!