page

Tuesday 28 February 2012

Abg tak jealous ke?

Patang ahad yang lalu, dalam perjalanan pulang ke rumah

" Abg tak jealous ke tengok kawan-kawan abg? "
" Jealous apa? "
" Wife kawan-kawan abg semua kerja, leh bantu ringankan beban suami diorg."

Conversation di atas after kami melawat officemate husband kat Setia Alam. Tak lama lagi, nak jadi bapak budak. Now, wife die dah mengandung 37 minggu. Bermula topik bila mereka bercerita dan bertanya tentang persediaan nak sambut bayi, kos- kos yang kene keluar nanti. Dan jugak, tentang isu nak bayar sewa rumah sbb kami tengah mencari rumah sewa time tu. =)
Dan semestinya, aku la yang jeles bila isteri dia dapat membantu serba sedikit dalam nak sediakan semua2 tuh.. aku? tiber je rase diri tak berguna sbb semua suami aku yang prepare. 

Bila aku tengok husband-wife kerja, nampak semuanya mudah, teratur dan boleh bantu antara satu sama lain, especially kewangan la. 
Iyelah, duduk di ibu kota ni. Gerak punggung sikit dah kene keluar duit. 
Bukan kemewahan aku maksudkan, cuma bile suami sorang yag kerja, tanggung anak bini sorang-sorang macam derita jer dia..hihih...Mana tak, semua dia yang tanggung. Kan dh beruban di kala baru menjengah 27 thn. Sian suami ku

Tapi, jawapan dari suami seringkali buat aku termenung

" Patutnya sayang, diorg la yang jealous sbb kita tak pening-pening nak fikir cari nursery, cari maid, nak belanja lebih untuk hantar anak ke nursery, beli susu formula, dan duit yang mengalir keluar untuk perkara yang surirumah boleh buat. betol tak? "
" Hmmmm...."
" Tengok, awak bagi 1 je sebab sayang, bantu ringankan beban suami. Abg boleh bagi 100 kalau awak nk. "

Sambil dia tersenyum geleng kepala.

Nampak gaya tunggu Adam dah besar la baru boleh kerja, tp takpe boleh membesarkan Adam dengan tangan sendiri. =)

Tengah berangan nak bukak bisnes ni, tp tunggu modal. hihihi...





Friday 10 February 2012

Cinta lepas kahwin, Cinta sampai Syurga

Cinta lepas kahwin? Sekarang kita sering dipertontonkan dgn filem dan drama berkonsep cinta lepas kawen. Gemersik Kalbu, Nora Elena, Ombak Rindu, Vanilla Coklat... Seringkali unsur-unsur romantik yang comel menarik minat utk terus menanti ke episod akhir kadangkala sampai beranganlah kalau dapat pasangan yang sweet-sweet gitu.
Tak salah berangan tapi jangan terlalu obses!


Nabi Muhammad S.A.W juga bercinta selepas kahwin. Dan sampai ke-akhirnya Siti Khadijah adalah isteri yang terbaik  untuk Rasulullah. Nabi juga romantik, penyayang dan juga contoh suami yang mithali. Betul kan?


Cinta lepas kahwin ni nak related ngan kehidupan aku memang jauh la. Sebab aku bercinta sebelum kahwin lagi tapi disebaliknya wujudnya cinta aku sebenar adalah selepas kahwin. Apa ni? Sebelum, Selepas, mana satu?


Bercinta dr 2005, sampai la sekarang 2012. Lamakan? Tapi orang lain ada yang lagi lama. berpuluh-puluh tahun. Dah 5 tahun kami couple, kami decide nak ikat tali pertunangan. Jadi April 2010 kami pun bertunang.
Cabaran time bercinta dan bertunang lain. Cinta dan sayang yang sentiasa ada cabaran dan rintangan kan? Semua aku lalui manis, masin, pahit sehinggalah aku jatuh dan tak berdaya lagi untuk teruskan. Betul, jatuh tergolek-golek gitu.  
Tapi, pesanan dr seorang ayah, Papa cakap " Bila masa untuk berkahwin dah  tiba, syaitan akan berlumba-lumba untuk mengalihkan hati manusia supaya perkahwinan ank adam akan terbatal. Digoyahkan hati lelaki, disangsikan hati perempuan. Itulah Dugaan. Kena lawan dan kuat ". Nasihat tulah yang membuat aku bangkit mcm kuih bangkit walau masih rapuh. dan Alhamdulillah....aku berjaya menewaskan syaitan sehingga menangislah mereka.


Well, after di ijabkabulkan perasaan sayang dan cinta tu kembali tapi versi yang lain dan sangat berbeza. Lebih matang dan lebih terbuka. Insya-ALLAH di kekalkan perasaan ini sampai kehujung nyawa. Setiap yang dilakukan sekarang atas kasih sayang dan cinta terhadap suami. Memasak, basuh baju semuanya atas perasaan kasih sayang. Itu yang suami makin ke depan perutnya...hihihi...


Inilah yang cinta lepas kahwin yang meluputkan kisah mendungku dulu. Yang memadam sakit hati. Cinta dengan rela dan ikhlas atas nama ALLah dan restu dr ibu bapa. Ianya cinta sampai syurga bagiku. InsyaALLAH... Semoga ke akhirnya.


10 April 2010


27 November 2010