page

Wednesday 18 April 2012

Trifle : 1st trial

Ehhemmmm...
Cewah-cewah, ber-masakan pulak kali ni.
Sebenarnya, saya memang sgt suka makan manisan-manisan ni. Puding, agar-agar, trifle, kek. Urgh! Semua la. Tapi sayang, saya tak pandai sangat nak buat. 
Pandai makan? Absolutely! Oh! Sy paling suka puding roti. Memang gilakan puding roti. Yummy~

Kali ni, saya buat trifle sebab macam senang dan tidak memerlukan sebarang pembakaran. Rumah saya takde oven! (Harap-harap suami baca dan belikan). Hihihihi....

Oh, ya! Saya ada sorang cousin yang sangat suka masak-masak ni. Dan sentuhan air tangannya memang superb! Resepi ni ciplak dari dia. Disebabkan, baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni ku tiru 100% resepinya. Dan saya? tentulah suka makan saja! 

Tak susah pun, sape nak ikut resepi ni boleh je. =)

Bahan-bahan:


Mangkuk yg seharusnya jernih supaya trifle nmpk sexy gitu


Crystal Jelly ( Saya guna perisa strawberry!)
Buahan dalam tin ( Fresh fruit pun boleh guna)
Tepung Custard: Guna 4 sudu besar
Susu cair 1 tin
Swiss Roll (Saya guna vanilla)
Secubit garam
Gula 2-3 sudu besar

Cara-caranya:


Potong Swiss Roll, then susun chantek-chantek.



Tapis air buah tapi jangan buang



Letak buah dalam mangkuk tadi. Susun molek atas Swiss Roll tadi.



Custard kacau ngan air sikit, jadi macam dalam gambar



Susu cair, secubit garam dan gula masak dalam non-stick pan. Then masuk la custard yang kat atas.
Kacau, kacau dan terus kacau sampai pekat dan tidak berketul ya kawan-kawan



Sementara tunggu custard masak, letak dlm fridge dulu bahan yang kita dah buat awal-awal tadi. Bagi sejuk dan fresh. 
Ha, boleh la letak air buah tadi. Jangan banyak sangat, nanti manis.



Okay, Custard dh siap, tuang atas buah tadi. Disebabkan tak cukup custard, jadi gambar agak buruk sikit. Suppose biar byk custard, ratakan dan tutup permukaan buah. 
Baru nampak menarik!

Masak Crystal Jelly, ikut arahan pada kotak okeh? 
*gambar tiada*
Lupe nak snap la pulak!



Tuang Jelly yang dh di masak on top. Goyang-goyang sikit bekas tuh kasi cantik.
Letak dalam fridge.
Dalam 15-20 minit boleh di nikmati




Taraaaa!!!! Hasil nya! Nmpk buruk, tapi sedap.
Puji sendiri.

Monday 16 April 2012

Jatuh Katil

Adam Zafran jatuh katil. Entry yg dah berkepuk tp baru lepas edit untuk kesesuaian umum.
Yup, Adam jatuh katil. Bukan tengah malam, tapi tengah hari. Ketika berusia 5bulan 3 minggu.

Pada suatu tengahari yang suam-suam kuku panasnya.

Makan bubur nasi yang di-blend dengan carrot. Minum susu kegemarannya. Dan seperti biasa, selepas Adam lunch dan diberi susu sampai kenyang, dia akan mengantuk yang amat sangat. Gomol lah macam mana pun, mata takkan bukak, cuma suara jer bunyi tanda marah dan minta supaya jangan kacau. Lebih kurang macam ni la.

"mmmm...arrrr...issshhhh" mungkin maksudnya, " Janganlah ibu..ngantok sangat ni. Gi la main jauh-jauh"

Pandai ek, tak bagi kita kacau dia tido. Tapi kalau kita tengah tido, di sepak-sepak la. Sampai tidur tempat lain la kita ni. 

Disebabkan Adam dah nyenyak tido, aku yang kebetulannya ketika itu, sakit perut yang amat. Salah makan kot. Jadi, letak la Adam rapat dengan dinding dan dibentengkan dengan bantal yang banyaknya lebih kurang 5 bijik la. Walaupun, ketika itu Adam tidaklah hebat sangat meniarap. Baru boleh golek 2,3 pusingan jer. Puas hati dengan susunan bantal, pergi la tunaikan hajat. 

Lebih kurang 8-10 minit

Baru je jengah dari pintu dapur, dengar suara tangis yang nyaring sangat. Berlari, rupanya Adam dh atas lantai. Kuat sangat dia jerit. Angkat, usap kepala, pelok dia, tepuk-tepuk belakang tapi masihmenangis. Amik kain, tuam kat kepala. Seluruh kepala la, sbb tak tahu kat mana sakitnya. Tuam..tuam..tuam...sampai seluruh badan. Jenguh jugak la nak hembus udara kat kain tuh. Dah la tu, tak tahu mana yang jatuh dulu. Kaki ke, badan ke, kepala ke

Lama-lama. 
Senyap... Rupanya tertidur. 

Rasa serba-salah...of course! Baring je tepi dia, tengok dia tidur sambil usap kepala. Then, call husband.

"Abg...Adam jatuh katil"
"Hah? Macam mana boleh jatuh? awak jaga anak macam mana ni? Awak buat apa kat umah?"

Tersentap. Senyap. Terus letak phone.
Nangis sekejap.

Phone bunyi. Tak angkat. Nak redakan hati dan tangisan.

Phone bunyi lagi, baru angkat.

"Adam macam mana? Macam mana Adam boleh jatuh ni sayang?"
" Adam baru tidur balik. Dia nangis kuat sangat... bla bla bla......"
" Pasni, kalau tak yakin, letak Adam kat atas toto depan tv. Takpun letak dalam katil dia, kalau dia nak bole?"

Suami mana yang tak marah, tak terkejut kan? Normal la. Dengan tengah sibuk kat site, aku call bgtau dia anak jatuh katil. Katil pulak tinggi. Tapi baik aku bgtahu awal-awal. Kalau tunggu dia balik baru bagitahu lagilah aku kena marah. Itu suami aku. 

Sekarang, Adam sangat terer la pusing. Kejap kiri, kejap kanan. Jadi, bilangan bantal makin banyak atas katil. Yang peliknya, sekarang dia tidur sorang-sorang atas katil, taklah mengganas. behave jer.  Tapi, kalau kami suami isteri join tidur, di tolaknya kesana kesini. 
Aku ingat, aku takkan alami la peristiwa anak jatuh katil. Rupanya, berlaku jugak. Pengalaman.
So, kenalah beware selalu sekarang.


Saturday 14 April 2012

Ketika anak sedang tidur

Sebagai ibu bapa, kita semestinya menginginkan anak yg soleh-solehah. Mendengar kata, peribadi yang mulia, hormat, dan berdikari. Semestinya, yang baik-baik dan positif bukan? Kita cuba mendidik anak agar lebih baik dari kita dan tidak ikut perangai kita yang tidak elok. Saya sememangnya banyak perangai yang tak senonoh ni. Sejak ada anak ni, cuba la untuk buang yang mana patut. Tapi, bila dah jadi tabiat, memang susah. Tapi, kena jugak! 


Jadi, bila nak anak jadi baik, aku akan google la kot-kot ada petua yang boleh aku ikut. Tup-tup jumpa la satu yang menarik minat dan senang di-applykan. Bukan apa, mestilah nak cari yang senang dan jimat masa. Plus, anak skrg dh makin mengganas, semua kerja nak kene buat macam lipas kudung. Ingat nak jadi Super-mak macam Nasha Aziz tuh tak boleh. Super power takde la pulak. =)


Ini antara amalan yang harus dilakukan dan InsyaALLAH akan ku buat secara teratur setiap malam. 




  1. Wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak mungkin atau 100 kali. Kalau boleh masa tengah dodoikan anak, lagi bagus. Masa dia dh mamai nak lentok tu. Kalau jenis anak yang tidur masa menyusu, masa menyusu wirid ke ubun-ubun. Pun boleh. 
  2. Baca Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali secara perlahan dan lembut di telinga semasa sedang tidur dan seru nama penuhnya. Ianya, adalah nasihat dan pujian untuk anak. Sangat elok!
  3. Sapu air lebihan wuduk, masa tengah basah tu ke muka dan ubun-ubun anak.                       

Ni, antara 3 amalan yang senang untuk dilakukan.  Ada banyak lagi amalan yg boleh dilakukan tapi ni antaranya lah. Lagipun, sampai sekarang, Adam Zafran kalau tidur mesti di dodoi di bahu dulu. Kalaupun, tertidur masa menyusu. Mesti anak terjaga semula nak didodoi. Pandai kan? 

Anak...anak...walaupun berat dh hmpr sama seguni beras yg tiap-tiap bulan ayah beli, digagahkan juga ibu ni.  Demi anak! 
Semoga Adam Zafran membesar jadi khalifah yg soleh dan berguna suatu hari nnt. 
InsyaALLAH. =)



Tidurnya yang pertama


Nyenyak je tidur


Alahai Adam Zafran, dulu senang je nak tidur.



Thursday 12 April 2012

Family Outing : Part II

Okay, sambung citer part I arituh. Baru boleh update entry. Sangat sibuk dgn kerja yg tak berkesudahan, tapi kadang-kadang kene rileks jugak! Enjoice kawan2!

Setelah semalamnya penat ber-sukaneka, pagi ni agak lewat bangun. Dah la baru lepas hujan, angin sejuk menampar pipi, memang syahdu! Bangun, ke dewan then breakfast! again! Tak cukup! Sbb kami kelaparan. Adam Zafran masih tidur tp angkut jugak sbb takut nasi lemak abis. Hahahaha!!!


Nasi lemak 2 pinggan lagi!


Ngantok-nya Adam! Paksa bangun!


Ada apa ek pagi ni? oh! sesi ambil-bagi hadiah, then continued, karaoke! Tapi kami prefer buat outdoor aktiviti. Mau tak, after kawen, mane ade sesi keluarkan peluh sangat. Dua bulan pas kawen, dh lekat si Adam dlm rahim. Jadi, sekarang ambil kesempatan la..=)

Adam Zafran pun sama, aktiviti keluarkan peluh: Main bola. (eh! boleh dikira main ke)


Ni, ibu-ibu dok karok!


Yeay! Adam Zafran tengah praktis 

Mcm kat entry Part I, tak ku duga tempat ni agak best la. Ada ATV, ada boat utk di-row, boleh kayak dan boleh jugak memancing. Actually, midnite tuh suami aku g mancing tp guna dedak sbgi umpan, manenyer ikan nak ngap! Jadi, aktiviti sesaja je la. Sesaje nk bg nyamuk hisap darah yg masih lagi manis. Sebelum aku dan suami pergi meneruskan aktiviti kami, Adam zafran akan diserahkan pada neneknya. Untuk itu, sesi makan minum untuk Adam Zafran harus dilakukan. 


Kasi Adam Zafran kenyang, tidur. baru ibu ayah leh dating.
(Abaikan muka pucat itu!)

After siap semuanya, 1st sekali aktiviti ialah ATV. Supposely, ATV ni kene naek sorg je. Tapi, base degil time ni. hahaha... nak manja2 la konon ngan suami. hihihi...tp takpe, sy kan ringan. Tak bg effect kot kat ATV tuh. RM 30/hour. Tp ada 2 je. 1 lagi tayarnya takdak angin. Disebabkan kami semua nak ber-ATV, jd sekejap pun jadi la. Better dari tak naik langsung. kan?


Panaskan enjin dulu!


Yeah! vrrrommm! vrrrooommm!


Be'am ngan Joe pun selok jugok!

Lepas ber-ATV, kami ke kolam untuk row-row the boat ngan kayaking. Aku? berkayak la. Takmo la row-row boat. hihihihi... Pasanganku siapa lagi kalau tidak, suamiku...hahaha...
Lama d'oh tak ber-paddle begini. Last, 2007. 5 tahun tuh tinggal. Mau tak sengal tangan aku. dah la tulang. kata suamiku! Dia masih tak faham, macam mana aku leh wakil rowing UiTM tuk MASUM. hahaha...actually, aku pun tak paham. =)


Bapa-bapa bersama anak sulung mereka!
So sweet la!


Merekalah lanun, Pari & Chad



Depan: Atok sedara kami, tp kami panggil Pokcik Noor. Masih mmp ber-kayak
Belakang: Ayah Su 



Posing! Abah peluk tiang! 
Nmpk comel jer


Depan: Pakcikku, Ayah Li.
Belakang : Papaku. 
Eh! Eh! Nape ke sana? 


*Malu*


Girls!


Dah ber-kayak dan bergambar, cadangnya nak ke aktiviti seterusnya, memancing but then, suami dapat call dr mak dia. Mak dia demam. So, kami pun bergegas pulang ke Pekan. Alhamdulillah. Takda pape. Demam biasa je. Seterusnya, kami nak ke Melaka. Suami nak g tangok site kat sana. Dr Kuantan lalu ikut highway Kuantan-Segamat. Ntah macam mana, aku pun terlupa, patut ke Melaka kami ikut Segamat, kami terus ikut Kuala Pilah. Jammed yang amat pulak tuh. hahaha... Ade la dalam 2jam lebih kt Pilah je. Dr nak ke Melaka  terus balik KL. hahaha... Bengong je. Lain planning, lain yang jadi.

Tamatla cerita hari ke-dua. Walau kejap jer jumpa tp seronok sangat! Me heart them! Family Outing menjadi acara tahunan Al-Yamani. Jadi, kemanakah destinasi tahun depan? harap-harap la, dapat ke Pulau! =)

Thursday 5 April 2012

Family Outing Part I

Last month, I had a great moment with my big family. Family Outing, diberi nama kerana kami-kami peminat Korea Variety Show, family outing, Running Man dan seumpamanya lah. Drama-drama, filem-filem...penuhla hard disk hny kerana korea! 


Okay, this family outing venue at Kempville, Kuantan on 10-11 March. At first, I thought that, Kempville same with other boring chalet. Seriously! Goggle Google bout it and it doesn't impress me. But, it totally wrong. it wasn't that bad and boring. The owner should do something to interact  attract more people! It's good place actually. 


* Ampun AJK! Biasala, judgement before see it!


Jumaat mlm all the family gather at Kmpg Padang. Umah abah ngan mak except us la : me, hubby, adam n my cousin, Kak E. We arrived at Kmpg Padang next day. Sabtu pg yg hening. Disebabkan mereka tiba awal, they prepared all the things. Mine, supposedly sort the tshirt, since I was late, beam telah mengambil alih.  Oh! sgt bersalah sbb tidak terlibat secara aktif. =(


Saturday afternoon, kami gerak ke Kempville. Kalau tak silap, dlm 11 buah kereta berkonvoi dr umah Mak. Sampai, amik kunci bilik dr AJK Kunci, Abg fdah! Angkut brg, then lunch together di bwh pokok. Activity on first day : 3pm. Rehat, Smbhyang Zohor, berkumpul. Acara dimulakan.


Antara aktiviti yg dilakukan:


  1. Ayah-ayah : Membuat sandwich
  2. Hero remaja : Mkn buah epal di udara
  3. Ibu-ibu : Gubah bunga
  4. Dewi remaja : Susun Epal
  5. Family: Draw in row
  6. Baby: Paling kuat nangis( hahahah! ada ke?)
  7. Pasangan: Sehati Sejiwa a.k.a Serasi Bersama 
Ni la tokey kunci, Abg Fdah!


Roti Sandwich maker by Bapaks...


Makan Epal


Chantek kan gubahan bunga-bunga ni


Turn my family main Draw in row!

Sebelah ptg, menanti maghrib, episod berehat. Menikmati suasana pantai dan row-row the boat. Sebelah malam pula, ada tahlil skit, then dinner yang tak cukup. Harap maklum, keluarga saya ramai hero-hero, kadar makanan yg diperlukan sangatlah banyak! Dan seterusnya, acara kemuncak SeHati Sejiwa. First Round: Senior couple, Second Round: Junior couple. Final: Senior vs Junior. Lebih kurang begitula serba sedikit ceritanya. AKhir sekali, penyampaian hadiah utk acara siang tadi. Ditambah dan diakhiri sesi karaoke. Sempoi la!!



Lama tak dgr mak bg ucapan! Ni pengetua saya dulu.


originally made by sis AYu, red velvet sedap okeh!


Girl's Generation


Bring the boys out!


Okehla, cukupla sampai sini Family Outing: Part I (Day 1).
Nnt sambung di Part II






Wednesday 4 April 2012

:: Home Sweet Home ::

Sudah sebulan tak update blog.
Manakan tidak, sibuk! hey, jgn ingat surirumah dok goyang kaki je kat rumah.
Bulan tiga penuh dgn aktiviti. Akan ku kupas satu persatu dlm entry yg lain.
Cerita hari ini...rumah baru!

Yup, rumah baru. Sy sudah berpindah ke rumah baru. Tp masih menyewa. 
Alhamdulillah, environment okay, neighbour baik dan peramah. Kiri dan kanan neighbour Cina tp very friendly. Biarpun jauh dari tempat lain tp lokasi menarik.

Proses nk pindah, Oh! sangat penat! Seriuosly, sampai skrg rasa letih tak hilang. Pasni, kalau nk pindah kena bersiap sedia sebulan sebelum. Rasenya, barang sikit jer, tp jenuh gak nk kemas. Nak bungkus2, sort according to the type. Tapi, itupun still tak jumpa barang bila cari. hahahah...

Seminggu before masuk rumah, pergi cuci rumah dan angkut barang-barang yg boleh diangkut. Seminggu jugak dok ulang alik Subang - Shah Alam, bayar tol rm 2.20. Nak jimat duit lori katakan! 

Penjimatan yg dilakukan: 
  1. Lori 5 tan, 1 trip = RM 300. Kalau angkut semua naik lori, ade kena 2 trip = RM 600. Banyak seh! Rela kami ulang alik! 
  2. Seminggu angkut barang, seminggu jugak bawak bekal ke rumah baru. Masak siap2, isi dlm tupperware, dinner di rumah baru. Biasanya, kami kalau keluar slalu bg duit kt org. hahaha
  3. Daripada membeli kotak2 utk packing buku-buku yg sedia banyak, dua kotak buatan sendiri hasil dr kotak fridge yang gabak itu. huhuhuh....
  4. Menggunakan khidmat sepupu-sepapat yg dikasihi untuk mengangkut barang2 kecik dan kereta2 mereka! Diorg memang terbaek! Sentiasa membantu bila diperlukan.
  5. Selepas angkut brg, for sure lapar. Jadi menggunakan voucher KFC dan melantak beramai2!
Senangkan?Duit pun tak byk sgt habis...

Now, dh 2 minggu di rumah baru. And still nk kene adapt dgn suasana. Why? rumah ni, byk sgt kipas, tidur pun nyenyak sgt. Bangun pun lmbt jer! No more dgr org gadoh tgh mlm, No more dengar dan bau org mabuk awal pagi. No more enjin motor yg bising giler. Seronok kan? Moh la pindah sini... =)