page

Wednesday 19 September 2012

Aqiqah

Dh setahun lebih umur Adam zafran baru bkesempatan nk beraqiqah. Kekangan masa dan juga kewangan serta kesihatan yg kurang mengizinkan sblm ni la penyebab kami tangguh majlis aqiqah.
Dr sehari ke sehari,bulan ke bulan...alhamdulillah aqiqah jugak akhirnya. Dan tak dirancang pun. Sepatutnya kami nk buat bulan 10. Tiba-tiba atok nenek ckp buat cuti malaysia la... Sedara mara leh dtg, cuti panjang skit. Kami menurut perintah.
Jadi majlisnya:
Hari: Sabtu malam ahad
Tarikh: 15 sept 2012
Tempat: umah atok nenek
Menu: nasi putih, gulai kambing, ayam berempah, ikan patin masak tempoyak, acar nenas, ulaman.
Banyakkan? Mau tau, aqiqah 3 skali. Adam zafran, Abg yong punya anak dan anak sedaranya. Abg yong ni jiran kami kat muadzam.
Pagi sabtu, sembelih kambing, melapah, dan potong
Tghari, masak....
Malam mjlsnya...
Walau mjls kecik jer tp sgt la penat. Paling penat tentulah lelaki-lelaki iaitu papa, suami dan adik2 aku.
Terima kasih pada semua yg mbantu kami dan mohin maaf atas segala kekurangan kami..

Kambing yg menunggu ajal

Jejaka menjalankan tugas. Seharian bertungkus lumus
Tadaaa...keesokkannya pengsan!

Friday 14 September 2012

My September: Adam Zafran

September ni genaplah anak bujang aku yang sorang ni setahun. Wahhh!!! Dah besar dh anak ibu ni. Setahun jugak la aku bergelar ibu. 6 September yang lepas, Adam Zafran dah setahun. Bila mainkan lagu "Happy Birthday" mula la tepuk tangan sambil senyum yang lebar macam gambar kat bawah ni. Tau-tau jer birthdate die kan? Adam Zafran dh besar. Tapi masih manja. Suka main pelok-pelok.





Celebrate secara rasminya belum lagi sebab ayahnya pun agak busy lately. Ibunya dalam keadaan kurang sihat lagi. Jadi tangguh la dulu. Nak buat macam mana. Hadiah pun belum sempat ibu nak beli lagi. Sian anak ibu sorang ni. Nanti balik kampung kita sambut yer sambil ber-aqiqah kambing 2 ekor! Waahhhh!! Kambing! Ibu suka! Ibu suka! Oh, Ye! Sabtu lepas, kami ke Imbi untuk celebrate birthday officemate husband. Alang-alang, birthday party tuh tumpang sekaki la si Adam ni. Jangan main-main kumbang di antara 3 bunga tuh. Wahhh...seronok sangat die sampai di calit kek kat baju aunty-aunty tu. Sian aunty! 

ANtara gambar yang ada.


Adam with aunty CT and Mummy DH
Kecik-kecik dah senyum romeo yer?


Tengok, Adam diapit bunga-bunga la.



Dah besar anak ibu. Hari-hari gaduh, pastu gelak sama-sama. Dah boleh berjalan tapi takut-takut lagi. Hari-hari praktis tau. Gigi pun dh banyak ni (padahal baru naik yg kedua). Penawar segala duka. Betul cakap orang walau macam mana sakit, sedih, penat tapi bila anak senyum, Ya ALLAH hilang semua. Ada aura happy datang.

Adam Zafran sayang, 
Semoga membesar dengan sihat dan sempurna.  Dijauhkan dari penyakit. Biar ibu sorg je yang sakit yer sayang. 
Semoga menjadi insan berguna bila dewasa kelak. 
Semoga menjadi anak yg soleh ye sayang. Yang boleh menjaga ayah, memandikan jenazah ibu, menjadi imam solat jenazah dan mendoakan ibu bila ibu dah tiada nanti. 
Besar jadi doktor ek? Boleh panggil Dr. Adam. Ibu suka! Ibu suka!