page

Friday 16 August 2013

Sunyi

Minggu ni minggu paling sunyi buat aku. Adam takde. Tinggal kat Muadzam, duduk dengan atuk nenek selama seminggu. Bukan tak best berdua je dengan suami, tapi bila anak takde rasa lain macam je. Setakat setahun 11bulan umur Adam, tak pernah lagi tidur asing. Kalau dulu, melekat 24jam dengan ibu. Cuma ibu dah kerja je, tinggal dia lama sikit. Tapi tidur tetap berpeluk dengan ibu! 

 Bila berdua rasa honeymoon jugak tapi rumah sunyi je. Tengok milo teringat anak, tengok roti gardenia coklat 60sen teringat anak. Belum lagi tgk mainan ngan baju-baju anak. Memang teringat jer la. Mula-mula nak tinggal dia, berat hati jugak tapi takde pilihan lain kan sementara dapat nursery kat sini. Nursery kat ofis ni tak bukak-bukak lagi. Stress aku!

Isnin pagi waktu nak balik rumah, Adam tak meragam pun. Tak menangis macam selalu kalau acah-acah pergi berjalan nak tinggalkan dia. Tapi siap boleh main lambai-lambai lagi. Tak macam ibu dia, keluar je simpang Muadzam, depan petronas dah start nangis. Sampailah ke Setia Alam. Berhenti pun bila tertidur. Mahunya tak berhenti menangis, bila dah okay jer si suami galak menyakat. Sesaje berhenti petrol pump beli kit kat. Sesaje buat-buat suara Adam. Ada je nak menyakat. Aku ni dah la memang cepat menangis. Lagi-lagi berkaitan dengan anak.  

Bila fikir balik, kat kampung ramai orang, pakcik-pakcik rajin melayan. Lagilah atuk. Sikit-skit bawak pergi jalan-jalan. Pergi kedai la, ronda satu perumahan la, pergi masjid la, tengok burung kat rumah Wak Lan lah. Terus hilang rasa resah gelisah. Ye lah, anak kita ni lasak pastu banyak sangat ragam. Takut orang tak tahan nak layan. Bila call mama, papa, angah. Diorang cakap Adam okay jer. Tak nangis pun. Tidur semua okay, xbanyak peel yang ngarut-ngarut, aku dah lega. Lega rasanya Adam tak menyusahkan orang lain. Siap mama lak stress, asyik-asyik call. Hahaha...Rindu anak lak mama!

Eh?? Esok dah hari sabtu ek? Yeay!!! Sabtu ni balik Muadzam nak jumpa Adam. Yeay! Yeay! Ehhemm... Balik naik bas okay. Sebab ibunya sabtu kerja half day, ayahnya full day. Kang nak drive penat. Esoknya nak balik KL dah. Jadi decide naik bas malam sabtu ke Muadzam dari Hentian Putra. Ahad petang, balik KL semula. Dalam bas kalau mengantuk boleh tidur. Kalau drive, ayahnya mengantuk pun xkan bagi ibunya drive. Ikut Bahau sana nun, bahaya. Banyak lori katanya. Lagipun, sejak kahwin tak pernah naik bas dah. Apa salahnya try kali ni. Tapi kena prepare beg plastik la. Sekarang asek mabuk je!

Adam...kita jumpa minggu ni kita gomol-gomol yer! Siaplah awak Adam! TAK SABARNYA nak balik kampung!

 

Thursday 15 August 2013

Sekali lagi!

Dah berbulan tak update blog. Bukan malas. Bukan takde idea. Cuma tak tahu nak cerita yang mana satu. Lepas gugur bulan Mac yang lepas terus banyak mendiamkan diri. Dan banyak jugak perubahan yang kecik-kecik aku buat dalam hidup aku, dan aku harap semuanya kekal ke arah kebaikan. InsyaAllah...

Banyaknya cerita yang nak dicoretkan. Banyak sangat!!! Sabar yer. Nanti diceritakan satu persatu. Satu topik ke satu topik. Satu kisah ke suatu kisah. 

Topik hari ni : SEKALI LAGI. Apa yang sekali lagi? 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I'm Pregnant! Yeay!! Alhamdulillah... Sekarang dah 14minggu. Sesuatu yang dijangka tapi tak disangka mengandung kali ni lah. Minggu ke-8, aku disahkan mengandung. Waktu scan, doktor cakap ada dua kantung. Tapi scan sekali lagi ikut bawah, nampak satu jer. Jadi aku dan suami buat tak endah la. 

Minggu ke-11, aku bleeding. Quite heavy jugak, sbb darah mengalir macam air paip jer. 2 jam sebelum berbuka lak tu. Lauk tak masak lagi, nasiblah adik sempat sampai rumah,ada la satu dua lauk dari kampung. Bila tengok sampai malam pun still banyak terus ke UMRA. Nasiblah Dr Karamjit. Dah biasa dengan Dr. Karamjit since die buat D&C aku dulu.  Rupanya rahim lemah. Nampaklah gumpalan darah kat rahim. aku kena banyak berehat sebab risiko buruk untuk baby tinggi. Berehatlah aku. Dan makan Duphaston untuk kuatkan rahim.

Minggu ke-12, pergi follow-up. Scan baby okay tapi tiba-tiba ada dua kantung.
"Eh! Baby u twin la. Tapi satu lagi nampak kantung je. The baby wasn't there. Mungkin jadi mungkin jugak xjadi. Kita scan lagi next month okay. so, u must extra careful from now. Okay, nak mc tak?"
Asek nak bagi mc je doktor ni. It's okay doktor, nak raya dah ni. Lagi dua hari je lagi saya kerja, pastu cuti raya. Excited giler bila tahu pregnant kembar! Sukaaaa sangat!!!

Minggu ke-14, bleeding lagi. Cuma kali ni xbanyak and bukan fresh blood. Jadi semalam ke UMRA again! Rezeki la jumpa doktor yang sama. Then scan, baby okay sihat and sangat aktif. But, the other one memang tak jadi. Bleeding pun sebab rahim tolak darah dia keluar. Tertanya-tanya jugak tentang kantung satu lagi macam mana? Doktor cakap die akan hilang sendiri. 

Jadi...rezeki untuk kembar takde lah kali ni. Ada satu simpan satu. Semua yang berlaku datang dari Allah kan. Pasti ada sebab dan hikmahnya nanti. Aku pun dah redha. Mama cakap "Jangan sedih. Awak dah ada 2 tunggu awk kat syurga. Dah ada yang doakan awak. Bukan semua orang dapat peluang macam tu. Jangan anggap musibah tapi anggap anugerah." Itulah yang aku pegang dan ingat bila-bila masa rasa sedih tu datang.

Okay...itulah kisah hari ni. Saya mengandung lagi dan sudah 14 minggu. Doakan semuanya selamat hingga Februari tahun depan! InsyaALLAH. 

Sunday 7 April 2013

Keek-ing

Yeahhh!!! Now i'm keeking. Short video for 36sec. And my keek of course about my little one, Adam Zafran!

Meh la follow kita!!! Wiwiwiwiwi...

hazwanihussin ini kita!


My space - Friendster - Facebook - Twitter - Instagram - Keek



Friday 5 April 2013

Pantang lepas gugur

Lepas miscarriage last month, aku balik kampung berpantang. Macam orang bersalin tapi agak leceh sikit. Macam-macam tak boleh. itu tak boleh, ini tak boleh. Kalau waktu bersalin dulu memang taklah nak buat macam-macam sebab rasa sakit bersalin, nak jaga yg kena jahit tu, takut terkoyak jahitan. Tapi berbeza yang ni, lepas keguguran, rasa sakit memang takde cuma letih sikit. Letih macam berkebun 3 hari 3 malam. Bila kena dok saje, memang lagi lembik la jadi badan. 

Tak semua pantang aku follow macam tak boleh lalu bawah ampaian, tak boleh langkah bendul, tak boleh jalan bawah pokok cermai, tapi bab makan. Memang aku ikut.

 Dah sebulan, aku still pantang makan ape saja yang direct dr peti ais, sebab sejuk. Contoh: tembikai, epal, air oren susu, puding. Memang taklah..aku kena makan yang panas-panas suam. Kalau nak makan epal, letak epal kat luar peti dalam setengah jam, barulah makan. Air batu jangan harap la. Sabar je nafsu air milo ais aku ni. Dan jus tembikai laici. Perghhh!! Enaknya di tekak!
Makanan dalam tin pun aku tak makan lagi. Kalau dulu, malas je, masak sardin. No more sardin, baked bean, even masak sos spageti pun guna buah tomato, dadukan campur ngan sos tomato. Oklah rasa, tapi prego lagi sedap la. hahaha...

Tapi

Yang pasti, aku kena makan pati herba kat bawah ni. Mostly kawan-kawan aku yang keguguran first trimester amalkan minum ni. Ekstrak kurma, ikan haruan, mengkudu. Rasa pun manis. Sedap. Patut untuk 60 hari, tapi aku 30 hari pun dah habis. Ikut dah sukatan yang betul, 1 sudu besar, 2 kali sehari. Dan aku makan jus delima. Lupa pulak nak snap picture botol tuh. 

Dah habis pantang nanti nak sambung minum collagen pulak la. Oh! Pantang makan selama 50 ari yer.



Genap sebulan

Hari ni 5 April. Genaplah sebulan aku kehilangan anak. Alhamdulillah, dengan izin-Nya aku sihat dari segi mental dan fizikal. Cuma, ade la sakit pinggang sekali sekala. Tapi secara keseluruhannya, sihat. Insya-Allah, kalau ada rezeki lain kali untuk aku. ;)

Terima kasih pada semua yang mendoakan, memberi nasihat dan dorongan, memberi kekuatan, dan segalanya yang membantu aku untuk terus tabah hadapi ujian Allah ini. 

You know who you are, terlalu ramai nak di-listkan :)

KHUSUS-NYA, buat keluarga aku. 
Aku beruntung mempunyai keluarga besar yang sangat supportive. They always for me. ALWAYS.

Semoga Allah memberkati, merahmati hidup korang semua. Dimurahkan rezeki, dilapangkan jalan dari kesusahan. 

Amin...Amin...Amin... Ya Rabb Al-Amin

 

Sunday 10 March 2013

Ianya kosong

Petang semalam, aku ke Umra sekali lagi untuk follow up d&c. Hari ketiga selepas aku d&c. Sesampai je di Umra terus terasa sebak. Bergenang jugak la air mata perempuanku. Teringat kot detik-detik terakhir aku dengan arwah di sana.

Walaupun aku antara patient yang sampai awal, tapi nak tunggu jumpa dengan doktor, punyalah lama. Perut pulak dah berbunyik-bunyik mintak di isi. Makan roti je petang tu, mana nak kenyang. Rasanya, mungkin doktor tuh nak study dulu case aku kot. Sebabnya follow up dengan doktor lain. Doktor aku ade emergency case.

Sambil tunggu giliran tiba, aku pun teman Adam main kat playkids area bawah tangga. Jadi taklah bosan sangat walaupun mainan tak banyak dalam tuh. Layankan jer budak tengah dalam mood happy nak main. Adalah dalam 15minit kitorang main-main tuh, Tiba-tiba:

"Puan Noorhazwani"

Oh...its my turn! Tiba-tiba rasa berdebar la pulak. Kecik-kecik langkah perlahan aku nak masuk bilik doktor. Ala...macam nak sambut pengantin lelaki untuk bersanding tuh. Kecik je langkah, sopan-sopan tuh. 

Bukak pintu, Nampak doktor. Alahai...comelnya doktor. Kecik comel lote!

Then, doktor tanya a few questions, kami tanya pulak soalan, doktor beri nasihat serba sedikit, tekankan tentang family planning. Sembang sikit-sikit.

Now, time for scanning.
Bercampur baur perasaan aku bila doktor nak scan tuh.

"Okay Puan, baring yer. Kita nak check rahim yer."

Disapu gel sejuk tuh (lupa nama dia), scan.

"Okay...semua dah clear, bersih. Selaput pun dah takde yer. Cantik"

Aku tersenyum bila doktor puji kat rahim aku bersih dan cantik tapi perasaan aku? SEBAK sangat. Rahim yg sebelum ni aku nampak isinya. Kini, kosong! KOSONG! Arwah tumpang singgah sekejap je. 8minggu jer. Mungkin aku terlalu berharap kali ni. Aku tahan jer rasa sebak ni. Aku tahan air mata dari jatuh depan doktor. Aku taknak tunjuk aku lemah! =)

Okay, settle semua. Aku keluar, tunggu untuk billing. Pandang suami aku, pandang Adam. Akhirnya, gugur jugak air mata ni. Memang tak tahan lagi, tersedu-sedu aku menangis kat bahu suami aku. Mujurlah aku dikurniakan suami yang kuat semangat dan sentuhan tangannya memberi aku kekuatan dan semangat. Dan aku percaya Allah janjikan yang lebih baik untuk aku di masa hadapan.

His shoulder is for me to cry and to be warm. Not for others, okay!

Hahahahaha....
 

P/s:

Jadi, gegirls yang kat luar tuh, tolong yer, cari lelaki lain ek kalau nak mengadu ke, nak menangis putus cinta, nak share cerita pakwe anda ada perempuan lain ke. Dia suami saya. Dan saya ni tak rela kongsi-kongsi. Sebelum kahwin dulu takpe la sebab takde ikatan sah. Bukan milikku. Sekarang, no more ek! Tenkiu!

Saturday 9 March 2013

The chronology

Isnin, 4 March

Tersedar awal pagi, rasa tidak selesa di bahagian perut dan pinggang. Tambah pulak cuaca agak hangat pagi tu. Bangun, ke bilik air nak mandi sebelum nak solat subuh. Aik?? Ada darah kat seluar dalam. Bleeding? Ishhh...mula risau. Kejut suami, dia pun risau. 

" Nak g klinik ke?"
"Takyah la bang, kalau siang nanti banyak jugak baru kita g klinik"

Petang, darah masih ada tapi tak banyak. Macam period pun ada. Rasa hati dah tak sedap. Macam-macam yang buruk dala kepala ni.

"Sayang, abang kena stayback malam ni. Ada casting. Esoklah kita g klinik yer. Awak tanyalah yayah dulu camne."
"Okay. Nanti sayang tanya yayah"

Jadi, tak pergilah klinik kesudahannya.

Selasa, 5 March

Bangun pagi, still bleeding tapi tak banyak macam semalam. Tapi lepas jer menyapu bilik tiba-tiba sakit pinggang yang amat. Ishhhh...tak boleh jadi ni. Kena g klinik jugak sekarang.

Terus sms suami

"Abg, sakit pinggang sangat ni. Tak tahan ni. Jom g klinik ke hospital ke?"
"Ok, abang gerak sekarang. Siap-siaplah, kita terus g Umra"

Sampai di Umra, buat checkup dan scan perut. Kantung aku cantik katanya. Dahla doktor cantik manis Sejuk mata aku. Aku kena datang 10 hari lagi, 15 Mac. Nak check jantung baby pulak. Dan dibekalkan ubat kuatkan rahim. Aku dah lega bila doktor cakap aku okay. Macam nak melompat dah rasanya. 

Balik rumah aku rehat se-rehatnya. Tapi rehat mana sangatlah, nak layan anak main lagi.

Masa nak mandi maghrib, tiba-tiba ada ketul kecik besar biji saga. Aku dah panik. Terus panggil suami aku. Muka dia dah berubah.

"Sayang, basuh la dulu. Jap lagi kita g klinik."
"Takpelah bang, abang baru balik. Malam skit kalau teruk kita pergi yer"

Lepas tu, kami sama-sama senyap. Suami aku termenung depan komputer, aku terbaring atas katil. Aku takut nak tengok muka suami aku mulanya. Last-last, kami sama-sama terbaring atas katil, pegang tangan masing-masing. Adam kat tengah-tengah tengah main game. Dari sedih-sedih, kami sama-sama gelak layan Adam sambil nak tenangkan hati masing-masing.

Tengah malam,
Disebabkan ni hari kedua aku dalam usaha nak stopkan breastfeed, Adam agak buat perangai la. Taknak ayah tidurkan, nak aku tidurkan. Taknak tidur baring, nak berdukung. terpaksa aku layankan. Dalam tengah tidurkan Adam, tetiba perut aku sakit memulas. Aku letak Adam atas katil. Haa...dah lena rupanya dia. Aku masuk bilik air. Tengok banyak pulak ketul-ketul ni. Menggelabah aku. Terus jerit panggil suami aku. Tengah basuh tiba-tiba aku rasa sesuatu keluar. Aku berdiri, termenung. Ambil dari jamban, meraung aku dalam bilik air. "Anak" aku dah keluar. Suami aku ambil 'anak' kami letak dalam kain. Aku bersiap terus ke Umra. 

Sampai Umra, Doktor check, scan. Memang 'anak' aku dah tiada dalam rahim. Jadi aku masuk wad, tinggal semalaman untuk pemeriksaan lanjut.

Rabu, 6 March

Jam 2.30 pagi, baki 'anak' aku keluar. Aku tak lagi menangis. Mungkin aku dah agak redha dengan apa yang jadi. Nurse datang check dan confirmkan dengan doktor yang itu baki anak aku. My last meal on 3.30am, jadi terus aku puasa untuk segala kemungkinan pagi nanti. 

7.30 pagi, doktor panggil, di scan dan hanya tinggal selaput jer lagi. Proses cuci rahim katanya kul 9.30 pagi. Tunggu punya tunggu, sekali pukul 4 baru aku masuk OT. Aku tak tahu berapa lama dalam tu sebab tak sedar, tapi tak sampai setengah jam kot. Sebabnya, aku sempat sambung tengok cerita Kerana Sarah walau dalam mamai.

Pukul 6 petang, akhirnya aku pun discharge dari hospital. 

Aku kini kehilangan seorang pewaris di dunia tapi peneman di syurga!

Wednesday 6 March 2013

Ianya bukan lagi milik kami

Beberapa minggu yang lalu merupakan antara detik terindah dalam hidup aku. Paling indah. Aku, suami dan Adam paling gembira, paling seronok untuk terima kehadiran ahli baru dalam hidup.

Namun sayang, Allah lebih menyayanginya dan menghendakinya. Allah terlebih awal mengambilnya dari kami. Hanya sempat 2bulan setengah dlm hidup aku.

Inilah dugaan paling hebat,paling besar dalam hidup aku. Tiada tandingan. Tidak setanding dugaan ketika bertunang, tidak setanding kata maki keji manusia.

Ya Allah, kau tempatkan anakku di Jannah. Peliharalah dia sebaik-baiknya. Walau tidak ku tahu jantinanya, ku namakan nya Aisyah. InsyaAllah kita akan bertemu kembali anakku,Aisyah.

Thursday 28 February 2013

Berbeza memang berbeza

Alhamdulillah...hari ni dh 7minggu adik adam dalam perut ibu. Masih dalam trimester pertama. Walau pernah alami keadaan yang sama sebelum ni, tapi masih nervous and still need to do some research, read the related articles and do all the stuff like it first time being pregnant. Hahahaha...

Kali ni, keadaan first trimester ni sangat berbeza ketika mengandungkan Adam. Dulu, paling tidak, tak boleh nak bau minyak yg dipanaskan dan bau minyak yang tengah goreng ikan atau ayam. Cuma itu. Tapi tidak kali ni. Sangat mencabar. Bukan setakat morning sickness, evening sickness pun ada. Hahahhaa... Tidak lalu nak makan nasi putih. Apatah lagi bau nasi yg sedang masak. Sentiasa loya dan mual dan confirm ke sinki. Dengan sakit pinggang yang amat, pedih ulu hati, dan macam-macam la kali ni.  Dan dengan mempunyai toddler yang dlm proses nak belajar, bermain,mengenal, merajuk dan bermain emosi. Sememangnya hanya Allah yang tahu betapa payahnya nak lalui trimester pertama utk kali ini.

Namun syukur aku dikurniakan suami yang banyak membantu. Walau penat balik dr kerja, terpaksa melayan anak yang lasak. Walau letih dengan masalah di pejabat, masih mampu melayan kerenah dan manja ku.
Walau sakit pinggang mengharungi jammed setiap pagi petang, masih boleh minta di urut kaki lenguh ku.

Kali ni, tahap loya dan mual sangat tinggi. Berbeza dengan Adam. Lain anak, lain ragam mengandung. Itu aku pegang sbgi penawar dan pelembut hati bila datang masa aku mengeluh buat perbandingan.

Kehadiran kamu sangat dinanti wahai si kecil. Membesar dalam perut dengan sihat yer.

Thursday 21 February 2013

New chapter

This february really makes me excited and happy. Falling in love again and again. More and more. 

Its all because of this

Tuesday 22 January 2013

Sotong Celop Tepung

Semalam, tekak ni meronta-ronta nak rasa sotong celop tepung. Tahap meronta-ronta. Sungguh ni. Entah semalam kenapa selera jin sotong datang. Nak buat macam mana ni ek? Aku teringat kawan baik aku si lydia atau nama manjanya ejat, pernah share resepi sotong celop tepung minggu lepas. Beria cari, akhirnya usaha gigihku berhasil.Tapi malangnya, kena guna tepung serbaguna. Takde la pulak. Dalam malas nak meng'gugel' tuh. Terpaksa la. Aku ni kalau start tangan di keyboard habis semua aku bukak. Dr gossip, berita, shopping...Huh! Hampit sejam la aku kat depan pc tuh. Jumpa pun. Paling senang dan aku modified sikit ikut selera aku. Jom kita share.

Bahan:

Sotong (hello! Obviously)
Telur putih, telur kuning jangan buang, goreng kasi anak makan.
Tepung gandum
Tepung jagung
(nisbah 1:2, tepung gandum sesudu tepung jagung 2 sudu)
Serbuk kari
Garam secubit
Lada sulah/lada hitam (ikut suka)

Cara:

Potong sotong cantik-cantik, buang dakwat itam dan mata dan bontot(ala yg tengah-tengah antr janggut2.tatau ape tuh)

Basuh,keringkan dgn tisu dapur. Jgn tisu bilik air atau living room sebab tisu tuh lembut sangat. Nanti lekat-lekat kat sotong. Guna kertas atau kain pun boleh. Reason: nanti masal tak la meletop-letop sotong kalian.

Telur putih satu mangkuk.
Tepungs (campur 2 kan,jamak utk tepung), garam, kari dan lada sulah satu mangkuk.

Panaskan minyak, jangan banyak sangat. Membazir. Minyak mahal kowt! Lainlah kalau pastu nak masak ikan celop tepung ke, udang celop tepung ke takpelah.

Sotong, celop dalam telor kemudian gaul dengan adunan tepung tadi. Masukkan dalam kuali yg minyak sudah panas tadi td. Dan agak kuning cantik. Angkat. Tapis.
( Jangan lama atas dapur nanti sotong tu keras, tak sedap!)

Hidang. Siap!!

Senang kan? Jom buat lagi arini.

Bila suami nak balik baru goreng yer. Baru sedap.makan panas-panas. Sedap pun sedap.

Tadaaa....selamat mencuba!

Thursday 17 January 2013

Tersungkur jua akhirnya

Spiderman ni dah hampir 2minggu menetap kat atas sana. Puas anak aku memanggil suruh turun. Taknak pulak tuh turun. Sian anak aku. Tiap kali turun naik tangga, terjenguk-jenguk kat atas. Panggil turun. Dan penat jerit, merayu, menatap suruh turun, last-last dibiarkan kan je. Putus asa ke sayang. Sabar yer...nanti encik spider turun la bila dia lapar.

Dua minggu yang lalu, panjat laju je ke atas
 Tapi, kelmarin tiba-tiba dia turun. Dah la turun laju-laju, kena pulak hentam dengan kipas. Macam punyi perang pulak dalam rumah. Aku, suami dan Adam cepat-cepat lari naik atas. Rupanya tersungkur sudah. Itulah, turun pulak dalam keadaan yang sangat kesian. Bocor sana-sini kena kipas.Tamatlah riwayat encik spider
 
Semoga engkau tenang bersemadi di sana encik spider
 Takpe, ahad ni kita beli baru yer. Ahad lepas nak pergi beli tapi hujan la pulak kat luar, tak dapat beli. Lepas ni takmo dah la beli spiderman, nanti die panjat tinggi-tinggi lagi. Kita beli Doraemon pulak. Boboi boy dah kempis. Bila perut ayah nak kempis pulak? Erk... hahahaha...


Wednesday 16 January 2013

Hot Air Balloon 2013

Next coming activity for my family: Bring Adam to Hot Air Balloon Festive at Putrajaya.
So, Ayah! Save the date. Ibu, please remind Ayah!

Last year, tak dapat bawak Adam jalan-jalan naik hot air balloon ni. Adam kecil lagi kot time tuh. Plus, ayah super-busy masa tuh. Ahad pun kena kerja. Stress ibu! Hahaha...Takpe, waktu tu Adam kecil lagi, kalau pergi pun kena dukung dan Adam tak boleh nak explore sendiri semua sendiri. 

So, this year : SAVE THE DATE! Ibu bernekad! Akan pastikan, kita dapat pergi. Tak dapat naik, dapat tengok dan join aktiviti lain pun takpe la. Hopefully, dapat naik la. Dari mengandungkan kamu ibu nak naik, tapi tak berkesempatan. Eh, bukan. Dari tahun sebelum tu lagi.

Tahun ni, jika diizinkan Allah, ibu nak naik. Weeee~




Ps: Cuti sekolah la sayang, kita ajak atuk, nenek dengan Cu jom. Nanti mesti atuk belanja Adam aiskrim. Hihihi...

Tuesday 15 January 2013

Rutin maghrib


Masa mandi. 
Pegang tangan si kecil, capai tuala. 
Tanggalkan baju, tanggalkan seluar.
 Bagi baju seluar yang masam tu kat tangan dia
Terus terkedek-kedek jalan letak dalam bakul baju kotor.
 Ibu tepuk tangan, Adam pun tepuk tangan datang kat ibu.
Berdiri depan pintu bilik air, sekali lagi ke bakul baju. 
Oh! Nak tolak seluar pendek ayah, sebahagian je dalam bakul. 
Tolak, tolak, sampai semua jatuh dalam bakul.
 Dah siap, tepuk tangan lagi. Yeay!

Sudah mandi, keringkan, balut badan dengan tuala. 
Terkedek-tedek lagi keluar bilik air. 
Sedaya upaya cabut tuala sampai bogel.
 Dah bogel, senyum kemudian gelak besar. 
Pergi almari, habis di tarik keluar semua baju dia.
 Di tarik pulak diapers satu beg. 
Ok, dah pilih baju, ambil diaper.
 Pakai baju. 
Sudah pakai baju, ambil sikat berdiri depan meja solek. 
 
Dah siap
Dah wangi
Dah handsome
 
Ibu pulak nak solat
 
Bentang sejadah. 
Letak telekung atas sejadah
Ibu ambil kain, pakai. 
Dia ambilkan telekung hulur, suruh pakai.
Ibu ambil dari tangan, dia senyum malu-malu
Ibu pakai lengkap.
Solat
 
Sudah solat, Doa.
Dia pun tadah tangan berdoa
Sambil senyum malu lagi
 
Dia tunjuk Quran atas almari
Ibu ambil, nak baca.
Baru satu ayat, terus datang kacau.
Terus, habiskan satu muka, cukup sudah.
 
 Tutup
Junjung, Cium, Rapat ke dada
Dia pun mahu jugak.
Ulang 3 kali junjung, cium dan rapat di wajahnya
Senyum lagi.
Tutup. Simpan. Kemas telekung
 
Habis
Aktiviti bebas
 
Rutin harian ibu dan Adam dari mandi petang sampai solat maghrib
 



Balik Kampung: Kelantan lagi. Yeay!

Ini cerita tahun lepas. Baru sempat nak update, setelah sekian lama bersarang dalam ni. 23 Disember 2012, aku sekeluarga balik kampung aku, Kelantan. Aku orang Kelantan yang ber-ic-kan 03. Tapi menetap di Pahang sejak bayi lagi. Jadi aku anak jati Pahang la kiranya. Sebab lahir di Kelantan? Aku anak sulung, jadi mama nak berpantang di rumah mek (nenek aku), jadi beberapa minggu sebelum mama due, papa bawak mama balik Kelantan.
[Teeettttt...Apa merepek. Takde orang nak tahu pun]  

Tujuan balik kali ni, cousin aku, Abe Ngoh a.k.a Abg Khalil kahwin. Pagi 23 tuh hajatnya nak bertolak awal pagi, sebelum subuh. Subuh boleh singgah kat Raub or Lipis or Bentong. Kiranya, nak sampai ke rumah pengantin perempuan sedang-sedang elok la. Sayang. Tak berkesempatan. Disebabkan, tidur lena yang amat, lepas Subuh jugak sudahnya. Dalam jam 7 kami keluar rumah, pergi isi minyak, beli roti sikit buat alas perut. Singgah di Genting Sempah, breakfast then perjalanan di teruskan. Nasib kami baik kerana trafik agak lancar. (Skema dowh! Macam info trafik pulak).

Tengahari dalam jam 1.30 petang, kami sampai di Gua Musang. Berhenti rehat sebentar bersama kit-kat. Erk? Singgah lunch kat Hentian Gua Musang yang baru. First time dan terbaek wooo!!! Toilet cantik, makanan okay, tak mahal dan sedap. Dan buat kali pertama, MFC. Tak ingat M stand for what, tapi FC tuh friend chicken la. Pizza pun ada jual okeh! Kiranya Pizza Hut+KFC la. Excited nak try ni. Beli la nugget, fries dan mashed potato. Okayla rasa dia, cuma mashed potato kureng la. Sudahnya sampai kat Pasir Mas lebih kurang jam 4 petang.


MFC, Packaging lebih kurang KFC.

Adam layan fries. Semua dia punya. Tak boleh kongsi.

Esok hari, kami pergi ke Pasar besar Pasir mas. Lokasi yang nak dituju awalnya, Rantau Panjang, since hujan, cancel lah trip to Rantau Panjang. Sana murah sikit nak shopping jersi dengan seluar jeans. Jadi, kita shopping la kat pasir mas ni je la. Dapat la suami sambar jeans 2 helai. Itu jer dapat sambar sebab lupa nak withdraw money. Ingat ada banyak lagi dalam wallet. Dah membeli-belah, singgah makan dulu. Pekena mee cambo sekali. Tak lupa, favorite aku, Lokcin a.k.a Satay ikan. Nyum! Nyum! Nyum!

Makan mee cambo. Licin mangkuk
Suami aku, Zul, Aku, Adam, Yus, Amirul


Lokcin

Pergi pasar kena seberang jalan ketapi.

Dah shopping, tiba masa nak beli budu pulak. Nak beli yang ori dari perapan, fresh dari kilang budu. Cedok dari tong tuh. Baru pekat bau dan rasa dia. Memang terbaik la!

Beli budu
Malam...pergi bunut susu. Ada tahlil sikit. Lahpiun, tolong-tolong mana yang patut untuk majlis besar esok hari. Settlekan 'sisa', Kemas-kemas rumah sikit dan sewaktu dengan nya la. Malam tuh cadang nak ke Wakaf Che Yeh, tapi hujan sangat lebat. Cancel la. Nasib dah beli kat pasar siang tadi.

Tumpang pelamin

Hujan lebat, turun tak berhenti-henti. Rumah nenek naik la air sikit. Tapi takat betis jer la. Kenduri kahwin sepupu aku dalam keadaan hujan yang lebat. Dalam pada tu, ramai jugak orang datang tuh. 3 hari hujan tak berhenti. Mahu tak naik air. 

Bersiar-siar. Akhirnya.
Hari nak balik ke KL, air dah  surut. Alhamdulillah...Tengoklah gambar kat atas ni. Adam boleh jalan-jalan atas tanah ni. Sepanjang on way back, hanya di Kuala Krai air naik tinggi. Tapi masih boleh lalu la. Sementara tunggu boleh lalu tuh, sejam jugak la kena tahan dengan polis. Sebabnya air deras. Takut hanyut kereta. Gambar bawah ni, kiri kanan adalah sungai. Air sungai melimpahi jambatan.

Air naik di Kuala Krai

Saturday 12 January 2013

Aku dan lauk

Tajuk tak boleh blah!

Haaaa...siapa ingat tentang bebelan dan sinisan suamiku tentang lauk-pauk beberapa hari lepas. Masa aku masak lauk yang sangat bujang dan sangat malas tu. Tak ingat atau tak pernah baca?  Sila lah baca kat sini. Okay, sebenarnya suami aku bukan lah jenis yang memilih makan orangnya. Janji ada budu ataupun sambal belacan ataupun cili potong dengan kicap. Itu dah boleh buka selera. Tapi kadang-kadang lauk ni jadi peranan jugak, sama ada untuk dia makan sikit ataupun makan banyak bertambah-tambah, sampai kena masak nasi lain pulak.

Aku ni pulak, kalau dia makan sikit ataupun tak tambah mula lah nak merajuk sana sini, jauh hati la. Sangka dia dah makan kat luar sedap-sedap, balik sekadar sedapkan hati bini. Takpun, tak sedap ke aku masak arini? Perasangka sang isteri. Sesaja nak cari masalah kan? Huuuu... T_T

Jadi, Ahad lepas, aku pergi pasar pagi kat Shah Alam. Beli lauk-pauk ni la. Perghhh!!! Boleh tahan mahal jugak lauk mentah sekarang. Takpe, itu aku cerita next entry. Ok, beli la itu sikit, ini sikit. Nampak pucuk paku, aku tak makan sangat, teringin nak masak tapi tak reti. Nak beli ke tak, nak ke tak? Fikir punya fikir, beli jer la. Tak pernah lagi masak ni, kalau masak ni mesti laki aku kagum. Hahahaha...

Dah beli, balik rumah, angkut barang ke dapur, siang semua sekaligus. Senang, sekali kerja jer. Then, cooking time for dinner since tadi lunch makan kat pasar tuh je. Disebabkan hari Ahad kan, jadi aku boleh masak dengan tenang. Ayahnya boleh jagakan Adam. Itupun, macam dah berperang 2 beranak tu, aku dengar dari bawah ni. Aku decided nak masak: Pucuk paku masak lemak cili api, Ikan goreng (wajib, nak ciciah ngan budu dan untuk Adam), dan daging goreng kicap. Dah siap! hidang, Suami aku bukak tudung saji, "Haaaa...ni baru betul lauk. Berselera sikit".

 
Pucuk paku masak lemak cili api/padi. Ikut mana yang korang biasa sebut

Ikan goreng (wajib) dan Daging masak kicap.

Beberapa hari lepas tuh, aku kembali buntu nak masak apa. Dammnnnn! Dilema surirumah yang rumahnya jauh dari kedai runcit. Nak masak rendang, sekali kerisik takde pulak. Nak buat kerisik? Fuyooo!! Susah tuh, sebab kali ni takde orang nak tolong jaga si Adam. Jadi nak masak kena pantas dan tangkas. First, fikir apa yang Adam boleh makan. Okay, kobis masak lemak putih dan ayam goreng. Untuk si Ayah pulak, ni yang part paling susah. Bukak buku resepi, jumpa daging dendeng. Bahan semua ada, senang jer. Nak masak untuk Ayah, tidurkan Adam dulu. Settle semua. Rebus, goreng, potong, tumis. Settle... Jadi siap. Ayah balik. 
"Apa ni sayang?". 
"Daging dendeng.. Rasalah tak tahu jadi ke tak"  Senyap. Sepi. 
"Hmmm.Ok. Sedap je." Yeah! Pass!!


Masih dalam pembikinan. Di atas dapur


Daging dendeng kebanggaan aku. Muahahaha...

Disamping tu, merajinkan diri buat puding karamel. Disebabkan ada roti sikit lagi yang esoknya nak expired, jadi tukar plan. Buat: Puding Roti Berkaramel. Oh! Ini untuk aku dan Adam. Ayahnya makan tapi kurang sikit manis-manis camni, Setakat 2,3 potong boleh la. Yang lain...Aku la tukar habisnya. Dan...ianya first time aku buat. Hahaha...Nak jugak highlight first time tu kan? Ini kalau mama baca, mesti kagum dengan kehebatan memasak anak  perempuan yang sorang ni. hahaaha...Okayla...sampai sini dulu. Sekarang, nak fikir apa yang perlu dimasak untuk dinner kali ni. Haihhhh...pening!

Puding Roti Berkaramel!

Friday 11 January 2013

Riadah



Lama dah tak bawak si kecil ni beriadah. Ibu pun dah lama tak keluar peluh ni. Kena start dah ni keluarkan peluh. Asyik keluar peluh kat dapur dan bilik je, Tak boleh jadi ni. Hahahah... Sejak dah laju berjalan ni, main kat laman rumah je, kesian jugak bila Adam goyangkan pagar luar. Bukan taknak bawak keluar, ibu takut la sayang...Tunggu ayah balik la yer. 

Jadi, kali ni saja nak ambil angin dekat luar, call ayah suruh balik awal. Pukul 5.30 ayah sampai, terus kami ke playground. Tepi Setia City Mall. Petang-petang camni, orang tak ramai lagi. Kalau dah dekat pukul 6.30 atau lepas maghrib, confirm dah ramai orang. Berebut la pulak. Adam ni cinonet lagi compare dengan yang lain. Memang confirm kena tolak jer la. Jadi, kita tukar masa, pergi awal. Balik pun awal. Sampai kat playground, cuaca baik, tak panas, budak lain ada dalam 5,6 orang je. Best la kami, conquer la playground tuh. Hahahah...


Budak betuah tahu dah mana hala tujunya. Jalan tak ingat orang belakang dah.


Muka penuh kegembiraan


Lebar senyum nak slide. Tak kasi ayah pegang tuh sebenarnya


Gelak besar dapat slide. Suka tengok anak happy!


Turn ibu pulak. Muka Adam konon rilex la. Macam abg-abg
Muka super excited dapat slide, Dengan ibu senyum lebar nampak taring. Hahahaha

Well, tiada yang lebih menggembirakan dan menenangkan hati seorang ibu selain dari melihat si manja ketawa dan gembira. Dialah penawar, dialah semangat. Jadi, jangan pandang enteng kekuatan seorang ibu. Nampak lemah macam kucing manja tapi kalau sentuh keluarganya, bisa jadi naga. Anak, cepatnya kamu membesar sayang. Tak puas lagi gomol-gomol, cemolot-cemolot, geletek-geletek. Tahun ni 2tahun.

Takpe, nanti kita buat aktiviti orang besar sesama ek! Ibu dah lama tak buat aktiviti lasak ni. Gian dah ni. nanti kita pergi hiking, water rafting, snorkeling, bungee jumping, marathon, semua la sesama yer sayang. Kalau ayah busy, kita tinggal dia. Tapi ATM card ayah kita kena amek. Ayah kat site ramai orang belanja takpe. Hahahaha...


Monday 7 January 2013

Duck face


Lately, Adam suka sangat buat muncung-muncung gini. Buat-buat duck face yang menjadi trend anak muda sekarang. Eh, anak yang tak muda pun ramai je yang suka buat macam ni. Yang dah boleh jadi mak orang pun ramai suka muncung itik ni. Entah mana Adam ni tiru. Kadang-kadang nampak la comelnya. Tapi menyampah pun ada, rasa nak ikat jer muncung tuh. Bila ditarik, makin galak dibuat muncung itik ni. Alaaahhhh...masih kanak-kanak, buat apa pun comel je. Jangan besar nanti Adam buat macam ni dah la yer. Buruk no gayenye.


Hah! ni kompilasi mulut itik si Adam. Ibu copy dari IG je. Malas nak upload bebanyak. Internet line punya la slow nak upload satu-satu. Jadi, kita compile kan saje. Comel ape. Plus, sorok sikit bilik yang bersepah tuh. Nampak bulu kaki ayah takpe. Hahahah...

Hahahaha...bukan main syok dimuncungkan mulutnya itu.

Saturday 5 January 2013

Flat vs Teres

Tahun baru masihi 2013. Aku mulakan hari pertama di tahun ini dengan masak Soto buat yang terchenta. Segalanya first time. Ini first time aku masak soto untuk suami aku, sejak kami kahwin. Dulu bujang aku selalu buat. Tapi biasanya untuk open house je. Tentulah mama yang head chef. Aku tolong kacau dan rasa. Well, menjadi. Dan suami aku suka dengan sup soto aku. Sukanya!  ^-^

Dan semalam, aku buat donut. Juga buat pertama kalinya. Nak ber-yis bagai semua. 100% ikut resepi. Tapi kali ni, si budak bertuah yang habiskan. Adam Zafran. Ayahnya dah kenyang melantak nasi. Nak dijadikan cerita, semalam balik dari kerja, suami aku macam biasa terus ke dapur, bukak peti, minum air sejuk dia tuh la. Sambil intai-intai lauk-pauk. Aku jarang hidang lauk, sebabnya suami aku balik tak ikut masa. Jadi dia balik, aku panaskan lauk, THEN baru hidang. Kalau dah lewat sangat, aku hidangkan terus nasi dan lauk sepinggan. Lepas intai-intai lauk kat dapur tuh, suami aku ke ruang tamu dan ...

"Sayang, dari awak belajar buat kuih-kuih ni kan, baik awak belajar pelbagaikan lauk. Masak ayam celop tepung 4 rasa ke, tauge masak telur itik ke, bla bla bla...."

Dia dah bagi hint aku masak lauk yang sama la tu. Tapi macam biasa, example lauk yang dia bagi of course ntah pape.

"Bukan apa, kuih-kuih ni abang makan sikit je. Bukan macam makan nasi, penuh pinggan. Bertambah-tambah. Betul tak?"

Sebenarnya, aku faham sangat maksud suami aku tuh. Maklumlah, semalam memang lauk orang bujang. Tauge masak kicap dengan ayam masak merah. Bosan sangat dah. Baik makan kat luar, banyak pilihan. Dan dulu, aku selalu explore lauk-pauk baru. Yang aku tak reti masak, yang tak pernah masak, semua aku try, semua aku masak. Cuma sejak aku pindah rumah ni, segala kreativiti aku terbatas. Sangat terbatas. Ikut apa yang ada jer dalam peti dan kat dapur tu.

Sekarang aku tinggal di rumah teres yang agak jauh dari kedai runcit. Nak pergi kedai je, harus naik kenderaan. Nak masak pun terhad jugak. Kadang-kadang ada jer barang or rempah ratus kecik-kecik ni takde. Bila dah takde, mulalah kan... Kalau beli sekali harung banyak, susah jugak. Kang layu daun purut, daun kunyit tuh. Best duduk rumah teras, surrounding area and environment kat sini pun bagus. Ada laman, boleh bercucuk tanam! Dulu, memang aku nak menanam bagai belakang rumah, tapi sekarang, rumah belakang ni dok renovate, jadi secara tak langsung, pekerja  indon-bangla berkeliaran. Dan, 2 rows in front ada naik teres baru, jadi makin ramai la orang-orang ni. Aku pun berkurung jer la dalam rumah. Jarang la nak bawak jalan keluar. Tunggu ayah balik. Haaii..rumput pun dah makin panjang.

Dulu, sebelum pindah sini aku duduk kat flat taman medan tuh. Haaa...senang dan seronok la. Google resepi, jumpa, turun bli bahan-bahan. Naik, masak.  Kedai runcit lak macam kat kampung, yang susah nak jumpa kat pasaraya ada. Contoh: kapur. Puas aku cari satu tesco kat  sini. Takde. Kat umah lama jugak yang senang. "Macik, nak sekian-sekian". " Ha...kat lorong 2 tuh nak, tingkat atas sekali". Kadang, tak tahu nak masak lauk sekian-sekian, tanya jer makcik tu. Siap diajarnya. Dan, tak pasal-pasal jadi rapat. Asal singgah beli, borak sakan la aku. Jadi mak-mak pulak. Jiran sangatla peramah. Main tukar-tukar lauk. Seronok! Tapi, susahla sikit duduk sana. Rumah kecil, isinya ramai...

Takpela, hal kecik je. Bisa di setelkan selera suami tuh. Pasni kena buat list dah, dalam seminggu tu  nak masak apa. Macam jadual makan kat dewan makan asrama dulu-dulu. Siapa pernah jadi pengawas asrama mesti pernah tahu jadual makanan asrama, lagi-lagi biro makanan.

Disebabkan semalam suami aku komen macam tuh semalam, hari ni aku masak: Nasi Arab! Hoh! hamek kau...sedap ape! First time jugak tu. Balik ni makan banyak-banyak tau darling. Hihihi...