page

Friday 16 August 2013

Sunyi

Minggu ni minggu paling sunyi buat aku. Adam takde. Tinggal kat Muadzam, duduk dengan atuk nenek selama seminggu. Bukan tak best berdua je dengan suami, tapi bila anak takde rasa lain macam je. Setakat setahun 11bulan umur Adam, tak pernah lagi tidur asing. Kalau dulu, melekat 24jam dengan ibu. Cuma ibu dah kerja je, tinggal dia lama sikit. Tapi tidur tetap berpeluk dengan ibu! 

 Bila berdua rasa honeymoon jugak tapi rumah sunyi je. Tengok milo teringat anak, tengok roti gardenia coklat 60sen teringat anak. Belum lagi tgk mainan ngan baju-baju anak. Memang teringat jer la. Mula-mula nak tinggal dia, berat hati jugak tapi takde pilihan lain kan sementara dapat nursery kat sini. Nursery kat ofis ni tak bukak-bukak lagi. Stress aku!

Isnin pagi waktu nak balik rumah, Adam tak meragam pun. Tak menangis macam selalu kalau acah-acah pergi berjalan nak tinggalkan dia. Tapi siap boleh main lambai-lambai lagi. Tak macam ibu dia, keluar je simpang Muadzam, depan petronas dah start nangis. Sampailah ke Setia Alam. Berhenti pun bila tertidur. Mahunya tak berhenti menangis, bila dah okay jer si suami galak menyakat. Sesaje berhenti petrol pump beli kit kat. Sesaje buat-buat suara Adam. Ada je nak menyakat. Aku ni dah la memang cepat menangis. Lagi-lagi berkaitan dengan anak.  

Bila fikir balik, kat kampung ramai orang, pakcik-pakcik rajin melayan. Lagilah atuk. Sikit-skit bawak pergi jalan-jalan. Pergi kedai la, ronda satu perumahan la, pergi masjid la, tengok burung kat rumah Wak Lan lah. Terus hilang rasa resah gelisah. Ye lah, anak kita ni lasak pastu banyak sangat ragam. Takut orang tak tahan nak layan. Bila call mama, papa, angah. Diorang cakap Adam okay jer. Tak nangis pun. Tidur semua okay, xbanyak peel yang ngarut-ngarut, aku dah lega. Lega rasanya Adam tak menyusahkan orang lain. Siap mama lak stress, asyik-asyik call. Hahaha...Rindu anak lak mama!

Eh?? Esok dah hari sabtu ek? Yeay!!! Sabtu ni balik Muadzam nak jumpa Adam. Yeay! Yeay! Ehhemm... Balik naik bas okay. Sebab ibunya sabtu kerja half day, ayahnya full day. Kang nak drive penat. Esoknya nak balik KL dah. Jadi decide naik bas malam sabtu ke Muadzam dari Hentian Putra. Ahad petang, balik KL semula. Dalam bas kalau mengantuk boleh tidur. Kalau drive, ayahnya mengantuk pun xkan bagi ibunya drive. Ikut Bahau sana nun, bahaya. Banyak lori katanya. Lagipun, sejak kahwin tak pernah naik bas dah. Apa salahnya try kali ni. Tapi kena prepare beg plastik la. Sekarang asek mabuk je!

Adam...kita jumpa minggu ni kita gomol-gomol yer! Siaplah awak Adam! TAK SABARNYA nak balik kampung!

 

Thursday 15 August 2013

Sekali lagi!

Dah berbulan tak update blog. Bukan malas. Bukan takde idea. Cuma tak tahu nak cerita yang mana satu. Lepas gugur bulan Mac yang lepas terus banyak mendiamkan diri. Dan banyak jugak perubahan yang kecik-kecik aku buat dalam hidup aku, dan aku harap semuanya kekal ke arah kebaikan. InsyaAllah...

Banyaknya cerita yang nak dicoretkan. Banyak sangat!!! Sabar yer. Nanti diceritakan satu persatu. Satu topik ke satu topik. Satu kisah ke suatu kisah. 

Topik hari ni : SEKALI LAGI. Apa yang sekali lagi? 

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

I'm Pregnant! Yeay!! Alhamdulillah... Sekarang dah 14minggu. Sesuatu yang dijangka tapi tak disangka mengandung kali ni lah. Minggu ke-8, aku disahkan mengandung. Waktu scan, doktor cakap ada dua kantung. Tapi scan sekali lagi ikut bawah, nampak satu jer. Jadi aku dan suami buat tak endah la. 

Minggu ke-11, aku bleeding. Quite heavy jugak, sbb darah mengalir macam air paip jer. 2 jam sebelum berbuka lak tu. Lauk tak masak lagi, nasiblah adik sempat sampai rumah,ada la satu dua lauk dari kampung. Bila tengok sampai malam pun still banyak terus ke UMRA. Nasiblah Dr Karamjit. Dah biasa dengan Dr. Karamjit since die buat D&C aku dulu.  Rupanya rahim lemah. Nampaklah gumpalan darah kat rahim. aku kena banyak berehat sebab risiko buruk untuk baby tinggi. Berehatlah aku. Dan makan Duphaston untuk kuatkan rahim.

Minggu ke-12, pergi follow-up. Scan baby okay tapi tiba-tiba ada dua kantung.
"Eh! Baby u twin la. Tapi satu lagi nampak kantung je. The baby wasn't there. Mungkin jadi mungkin jugak xjadi. Kita scan lagi next month okay. so, u must extra careful from now. Okay, nak mc tak?"
Asek nak bagi mc je doktor ni. It's okay doktor, nak raya dah ni. Lagi dua hari je lagi saya kerja, pastu cuti raya. Excited giler bila tahu pregnant kembar! Sukaaaa sangat!!!

Minggu ke-14, bleeding lagi. Cuma kali ni xbanyak and bukan fresh blood. Jadi semalam ke UMRA again! Rezeki la jumpa doktor yang sama. Then scan, baby okay sihat and sangat aktif. But, the other one memang tak jadi. Bleeding pun sebab rahim tolak darah dia keluar. Tertanya-tanya jugak tentang kantung satu lagi macam mana? Doktor cakap die akan hilang sendiri. 

Jadi...rezeki untuk kembar takde lah kali ni. Ada satu simpan satu. Semua yang berlaku datang dari Allah kan. Pasti ada sebab dan hikmahnya nanti. Aku pun dah redha. Mama cakap "Jangan sedih. Awak dah ada 2 tunggu awk kat syurga. Dah ada yang doakan awak. Bukan semua orang dapat peluang macam tu. Jangan anggap musibah tapi anggap anugerah." Itulah yang aku pegang dan ingat bila-bila masa rasa sedih tu datang.

Okay...itulah kisah hari ni. Saya mengandung lagi dan sudah 14 minggu. Doakan semuanya selamat hingga Februari tahun depan! InsyaALLAH.