page

Monday 29 September 2014

Angah's Solemnization


Assalamualaikum wbt. 
(Ini Cerita throwback)

Finally, angah dah jadi laki orang. Suami ke NurFarahin, kami panggil Ain. On 30th August 2014, after asar prayer at Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati. Alhamdulillah, semua berjalan lancar. Hujan turun untuk merahmati si pengantin. Okay, enjoy cuci mata tengok gambar yang tak ikut susunatur acara. Hahahahah....sorry di atas kemalasan diriku.



Ni dah akad nikah. Berselawat. Muka angah masih nervous?


Cousin, cousin in law, mama, aunties, babies tengah dengar khutbah kawen. Dengar?


King of the day


Kusyuknya awak!


Aduh...blur la gambar. Senyum lega & selesai


Papa & Pok Long. Papa dengan baju baru yang terakhir. Nak warna putih jugak.


My sister in law, Ain. Si comel dan kelakar. Sangat peramah & kuat gelak 


Okay, its about time. Di akad kan oleh pak mertua sendiri. 


Officially, husband & wife


We are family! This is the last family picture with papa.:(


Gelak-gelak pulak mereka ni


Me with adik, bakal pengantin this december.


Anak saudara pengantin lelaki, abang ipar pengantin lelaki, Pengantin lelaki, adik pengantin lelaki, kakak pengantin yang comel. Eh?


Ebi, Raff, Yus, Mama, Angah, Ain, Papa, Adam, Farik, Aina, Wani 
(E.R.Y.M.A.A.P.A.F.A.W)


Pokde(baju cream), Papa, Poklong (baju biru), 


Me with kakyu, mommy-to-be. Nampak tak seri muka ibu mengandung! :)


With special ladies. Cikda, Mama, Mok, Suni, Cik


Ain tengah berdebar. 


last picture. Adik aina, xabis-abis dengan jarinya.

Okay....habis dah.

Bye-bye everyone!

Thursday 25 September 2014

No more mosquitoes



Sejak balik kampung ni, kerap sangat adik kena gigit di nyamuk. Maklumlah, rumah lama dah berpenghuni, nak dekat 2 minggu jugak la. Sejak papa kena admit hospital Muadzam lagi. Mama dengan yus balik sekadar tukar baju dengan solat je. Waktu papa confirm kena hantar ke hospital Kuantan pulak, mama tarik & angkut mana yang dan je. Memang tinggal rumah dengan harapan sok lusa keluarlah papa tu. Jadinya, memang sempatlah nyamuk menyorok balik langsir ke celah kotak ke belakang almari. Dan amek kesempatan lah si nyamuk menyerang anak-anak aku.

Aku pun ke watson, mulanya nak cari mopiko je, tapi jumpa pulak yang ni. Macam best je. Jadi aku smbr je la. Ye...memang best. Kenapa aku kata best. 

Sebabnya:
1. Sticker dia cantik dan comel. Gambar-gambar animal yg comel. 
2. Senang nk guna. Buka dan tampal
3. Selamat untuk bebudak ni. Sticker pun kuat. Yang penting xrosakkan baju
4. Bau dia, best... Bau serai wangi. Macam yang kita semua tahu,serai wangi memang bagus untuk halau serangga. Sebab tu kalau dalam pantang, wajib mandi air rebusan serai wangi tau! Harummmm!
5. Keberkesanan mendalah ni. Sekurang-kurangnya mmg berkesan pada anak-anak aku.

Dalam satu kotak ni, ada 10 pelekat je. Harga dalam Sepuluh ringgit lebih. Jadi aku boleh guna untuk 5 hari sahaja. 10pelekat/2anak. Okay la. Memang agak mahal tapi berbaloi. Apa salahnya kan? Kat bawah ni gambar bungkusan dia. Tengok kartun dia. Cutekan? Hahaha....mak dia lebih sebenarnya.
 


Ada rabbit, mouse, sheep....


Pura-pura tito je ni. Malam ni dia yang pilih, nak sheep.


Budak aina ni memang dah tito. Tengok, pipi tu kena serang dah kelmarin. Eh, singkat dah baju aina sampai nampak pusat dah.hik hik hik...

Aku rasa, nyamuk sekarang ni mutant la. Dah sembur guna ridsect pun masih bernyawa. Pasang yg elektrik pn ada jugak sekor dua. Nasib jumpa ni. Tapi xkn nk beli sokmo kn? Kena cari kelambu ni. Solution untuk jangkamasa yang lama. Tak nak yang moden macam sekarang tu,nak yang stail lama, gantung-gantung boleh gulung. Mana mau cari yek? Huhu...

Okllah, selamat mencari. Semoga berkesan pelekat ni pada kamu juga!

Asalamualaikum

Wednesday 24 September 2014

Masak tak ari ni?

Assalamualaikum wbt...

Dah lama xupdate blog. Bersawang berhabuk bagai dah. Hehehe....

Semalam sudah hari ketujuh 
papa pergi tinggalkan kami. Pergi berjumpa Sang Pencipta. Pergi buat selaman-lamanya. Hampir setiap hari aku menangis. Apatah lagi mama. Tapi mama tidak meratapi. Tangisnya dalam tidur setiap malam. Sejak adik-adik balik kembali bekerja dan belajar, mama tido sekali dengan aku 3 branak. Setiap malam jugak aku dengar esakan kecil. Teman hidup Susah senang gaduh gurau mama selama 30 tahun. 

Semalam, masa aku baru sudah masak untuk tengahari, aku dengar bunyi pintu depan (masih kt dapur basuh pinggan), tiba-tiba dengar macam suara papa tanya "masak tak arini?". Aku trus pusing. Lama aku pandang ke luar. Ya Allah, aku day kenapa. Terlalu rindu papa barangkali. 

Memang rutin aku yang masak tengahari dr aku diploma (kalau cuti sem) 
sampai ke mengajar (kalau cuti sekolah) sampai la ke beranak pinak bila aku balik saja nak berehat kt kampung. Dan memang rutin papa kalau balik tengahari, itulah ayat dia. "MASAK TAK ARINI?" Padahal bau ikan goreng, kangkung belacan, ikan bilis goreng, sambal sotong semerbak bau satu rumah.

Dah lama xmasak Kat kampung. Walaupun aku ni xla pandai sangat masak dan slalu terlebih masin. Tapi papa jamah jugak. Cuma sejak-sejak aku dah kerja memang aku jarang balik dan jarang la masak. 

Sekarang, aku rindu nak masak Untuk papa. Sangat. Cekodok la dia paling feveret. Lagi-lagi cekodok bodoh. Tepung+garam. Bancuh. Goreng. Siap. Ada sardin ialah bonus. 

Really..I miss him. So much. I miss you papa.