page

Wednesday 12 November 2014

Breakfast of the day: cek mek molek


Today breakfast: cek mek molek

Since sekarang harga kuih agak mahal/melampau, aku cadang nak buat sendiri je la. Bayangkan, sebijik cek mek molek 70sen. Mahal nak mampus! Jadinya, meh kita handmade saje kuih kita. So, Kita mulakan dengan yang paling senang. Yang sangat senang iaitu cek mek molek. Kuih dari Kelantan. 

Bahan-bahan:

Keledek, gula pasir, tepung, secubit garam

Moh kita mulakan

1. Potong keledek, lagi kecik lagi bagus. Lepas tu, kita rebus, lama sikit bagi betul-betul lembut. Dalam 20-30 minit. Api sederhana je. Dah lembut, angkat tos. Dah sejuk, ramas dan gul dengan tepung. Letak secubit garam tadi tu. Uli sampai xmelekit.


2. Bentukkan sesuatu hati, macam kat bawah ni.


3. Picit tengah dia, picit dalam sikit. Letak gula pasir lepas tu seal balik. Seal? Boleh la...katup balik.


4. Dah siap macam kat bawah ni, panaskan minyak dalam kuali. Goreng sampai garing. Ikut sukati la nak garing cane pun.


5. Lastly, taraaa!!! Jom makan!


Lepas ni kena tumpu ke kuih-kuih tradisional. Sebabnya, en.suami suka! 

Okay,Itu saje hari ni.