page

Tuesday 16 December 2014

Tahun ke-4

 November lalu. Sudah 4 tahun rupanya. Atau baru 4 tahun. Yang penting ianya tahun ke-4. Ulang tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah, jodoh kami masih dipanjangkan. Empat tahun, Dua anak. Sepasang. 3 tahun 3 bulan & 10 bulan. Ini, entry throwback jugak. Sebabnya, nak cari idea nak tulis. Kalau tulis dari hati kang, meleleh 5 hari baca. Hahahaha... Cadangnya nak throwback dari zaman perkenalan 16 tahun dulu tapinya, panjang sangat! Kita throwback makan-makan je lah. He he he ...

Macam biasa, small celebration. Dinner. Cadangnya aku nak melantak ribs kat Tony Roma's. Tapi fikir, dah la baru melantak daging, ayam sepanjang minggu tu. Tak boleh. Tak boleh. Encik suami ajak makan kat Fullhouse. Sayangnya...Fullhouse kat Setia City Mall ni dah tutup. Malas nak pusing-pusing, (kebulur weh!), jadinya kita pergi je seberang tu je, The Manhattan Fish Market. 

Kita order platter ni dengan beberapa side dish lain. Nasiblah, tak order banyak. Sebab dukacita dengan makanan kat situ. Tapi, habiskan jugak sebab lapar!!!


Sementara tunggu makanan, layan dua budak bertuah yang sangat la lasak. Mana lah ibunya tak membesar-besar. Halus je.. Hahahaha ....






Habis makan. pergi pusing-pusing kejap. Pastu balik. Kejap je. Takde aktiviti menarik sangat sebab bebudak dah mengantok dan meragam. 

Tapinya, aku ada order kek sebenarnya. Nak buat surprise lah konon. Tak jadi sangat surprise sebab cake tu delivered kat birthday party anak cousin. So. en.suami tahu awal lah. Tapi takpe. At least, dia tersipu-sipu malu depan semua family aku. Hahaha... At first, order chocolate cupcake, tapi my baker lady, ada problem. She baked me this lovely red velvet. Sedapnya! Tebus sekali kekecewaan dinner sebelum tu. That night, inilah dinner kami yang awesome

  

Selamat Ulang Tahun Ke-4 my dear husband. Thanks for being such a wonderful man to us. To me specially. Susah dan senang. Jatuh dan  bangun. Sakit dan sihat. Lapar dan Kenyang. Segalanya lah. Semoga dipanjangkan umur. Dan berjumpa lagi di tahun kelima. InsyaAllah.

This video dedicated from en.suami kat facebook dia. Tetiba...sweetttt sangat! Aku lak senyum sengsorang.

 

Monday 15 December 2014

Ber-potty Train

(Lama sangat simpan sebagai draft entry ni. Sampai intro pun tak sesuai. 
Tapi malas nak ubah la. Hehe)

Assalamualaikum semua...lama jugak aku cuti blogging ni. Hehehe...xsempat. Nak fokus pada potty train si Adam. Huh! Sebelum nak mula, beratnya rasa nak ajar potty train ni. It's like, 2-3 hari sebelum nak start tu tidur sangat tak lena. Macam putus nafas (drama sangat). Keadaan agak kelam kabut. Apa first nak buat? Nak start camne? Apa nak kosentrate dulu? Mama kata buat camni, makcik kata buat camtu, cousin kata kena camni dulu, kawan kata kena tu dulu. Pakcik google kata camtu. Jadi kita himpunkan semua, buat summary.

Asasnya: 

First sekali, mental kena fit. Bayangkan, tetiba je anak kau terkencing atas sofa. Kencing okay lagi. Kalau terberak??? Tak ke naya. Anak sepupu aku dh master la, tak pakai pampers langsung dah la. Kalau nak kencing dia kata "Umi, kakak nak pass urine". Aku ibaratnya... Wow! Kompem nanti sains A+ la. Ingat, mental kena fit. 

Kedua, fizikal kena fit. Ini perlu. Bila anak kau 'Ibu, along nak kencing'..sambil lari kincit-kincit. Dan yang tiba-tiba si kecik menangis nak dukung. Mana nak mengemop satu rumah tuh, mana nak sental segala seluar yang bersilih tukar tuh, mana nak angkut segala perabot jemur kat luar. Hahahaha... 

Persediaan :

Pertama-tamanya, Beritahu awal kat anak. Kalau boleh 2,3 hari sebelum. Aku bitau kat Adam sehari sebelum. 'Along, esok tak yah pakai pampers boleh? Along kan dah besar. Boleh tak?' Dengan penuh konfiden, dia cakap...boleh! Beberapa minit kemudian, 'Ibu...adik?' Hahahaha.... 'Adik tak boleh lagi. Adik xde gigi lagi. Sian adik' 

Keduanya, beli toilet train khas untuk dia. Seperti rajah di bawah. Beli yang macam ni je. Senang nak cuci. Kalau beli sekali ngan mangkuk tu, satu hal lak nak cuci.  Murah pun murah. Ini beli kat DIY. RM 16.90. Ada macam-macam jenis. Ada yang tak telinga, ada yang ada tutup, aku beli yang ada tangkai. Sebabnya, senang Adam nak teran. Hahahaha...tapinya, design untuk dak laki takde pulak hari tu. Jadinya, ambil yang ni la. 

                                      

Excited nak guna. Minggu pertama, excited la asyik nak masuk bilik air je. Kejap-Kejap, ibu, along nak biyak. Kejap-Kejap, ibu along nak kencing. Padahal...nak main air jer tu. Sambil goyang-goyang kaki. Mula-mula letak la bangku dekat kaki takut dia lenguh. Huh! Takdenye, dibuat main pulak bangku tu. Simpan balik bangku tu. Kalau tak, 5-6 jam la dalam bilik air yang kononnya nak biyak tu.


Ketiga, kalau rajin, buat jadual kekerapan. hahahah... Jadual kekerapan. Macam zaman mengajar add math pulak kan. Mid, Mod, Median bagai. Buat catatan, sangat membantu emosi anda. Day one, kencing dalam seluar 8 kali. Day 2, kencing dalam seluar 6 kali. Tak ke bila nak catat day 2 tu, rasa macam teruja gila. Eh...dah pandai pergi toilet. Dah kurang kencing dalam seluar. Tak sabar-sabar nak tunggu hari ketiga. Bila anak dah pandai membuang kat dalam toilet, kita baca balik, rasa macam... "YaAllah...cepatnya membesar anak aku ni. Dah besar rupanya"


Keempat, prepare seluar yang buruk-buruk ala-ala boleh buat kain lap. Takpun, seluar lama-lama yang dah senteng tu. Guna yang lama dalam masa proses nak ajar ni. Sebabnya, diorang akan sentiasa kencing. Yelah...pampers dah takde sebagai pelindung. Sejuk je rasa nak kencing. Pakai yang buruk-buruk, nak sental pun tak fikir rosak fabrik tu nanti. Ingat, air kencing anak dah jadi najis tau. Cuci biar betul-betul  bersih. Kalau terkincit sikit dalam seluar kat atas kerusi. Cuci kerusi itu dan sepanjang ke tandas. Sebab...najis. Tak sah solat nanti.

Kelima, jangan lupa beli spender. Kalau tak asyik dipegang je anu tu kang. Tak selesa kan. Togey je. Tapi aku pun tak beli-beli lagi spender. Hahahah... Asyik lupa je. Lupa anak dah besar pun ye. Kena cari ni sebabnya, sekarang kalau keluar pergi mana-mana pun tak pakai pampers dah. Kecuali nak pergi dalam masa yang lama. Keluar dari kereta, pakaikan pampers. 

Keenam, reward! Jangan lupa. Macam bawak pergi taman octopus ke. Pergi main ball kat tempat ayah work ke. Pergi main motor laju-laju ke. Then, puji dia. Puji. Puji. Dan Puji. Terutama pasangan. Macam aku, aku yang ajar dan mengadap anak utk toilet train, then en.suami balik. Dia akan puji. "Along dah tak kencing dalam seluar yer"... Then....kita akan dengar dia bercerita dengan muka excited. Berulang-ulangkali. Suka sangat.

Adam sebenarnya tak la fully diaper-less. Malam still pakai tapi bila tidur je lah. Kalau dia tersedar, kena pergi toilet jugak Sepupu aku kata, untuk tidur malam. Caranya, tawakal. Aduh! So far, nap memang tak pakai dah. Alhamdulillah lah. Cuma tidur malam la. Belum pernah lagi. Bila dia dah tidur, pakaikan pampers. Buat masa sekarang, siang je. Malam...belum lagi. Soon!!! 

Okay, selamat ber-potty train.







Wednesday 10 December 2014

Penat la ibu


 Sejak-sejak dah banyak cakap ni (banyak menjerit sebenarnya), macam-macam perangai luar jangka dia. Pening dan tak larat jugak nak layan sebenarnya. Tapi...aku cuba untuk terus pegang pada ayat ni 

"Kalau sekarang, ibu bapa malas nak melayan, bercakap dan bergaul dengan anak. Jangan tanya suatu hari nanti kenapa anak bersikap menyisihkan ibu bapa"

Aku tak ingat sebenarnya siapa yang cakap, tapi ade betulnya jugak.

Sekarang ayat favourite Adam, "Ibu, penat la"

First time aku dengar beberapa minggu lalu. Sabtu yang penuh aktiviti. Tapi memang pun penat. Kenapa penat?

Pagi
Bangun awal. Tolong ibu potong rumput yang memanjang kat depan. Ibu potong, dia mencakar rumput. 'Cantik' sangat laman jadinya. Hahaha...

Tengahari
Pergi birthday party Iskandar. Kat D'Kayangan. Anak kawan zaman hingusan aku, Pizan. Temanya circus. At first, aku rasa macam tak dapat pergi. Yelah, sabtu kan? Suami kerja. Nak pergi bertiga, memang taklah...Dengan Adam yang malu-malu kucing parsi. Aina pun dah taknak dengan orang sekarang. Memang tak sanggup nak bawak pergi berjalan kalau xde ayahnya, takpun nenek, takpun pakcik-pakcik dia. Nasiblah, kebetulan hari tu ayahnya kerja malam, jadinya boleh la ambil kesempatan keluar jap. Bawak anak bini pergi birthday party.

Adam enjoy jugak la sebab banyak belon. Tapinya, takut clown. Ayahnya kena teman kesana kemari. Budak ni memang suka explore cumanya takut. Asyik ajak ayah teman. Teman main air, Teman main belon. Sian ayah makan ciput je. Dah la lapar. Tak lunch sebab nak makan kat sini banyak-banyak. Tapi, anak asyik ajak main.  Makanan sedap! Tenkiu pizan! Next time, jangan lupa jemput lagi. Hahaha...

Nak bergambar, tapi malu sebab malu. Orang pandang dia.
Muka ala-ala macho je bila nak bergambar. Ibu tak ready pun kena paksa tangkap gambar.

Iskandar. Birthday boy tengah moody, sebabnya mengantok yang amat. Adam? Menggaru je. Aina, ralik tengok ikan. Suka sangat nampak ikan.

Aunty Aini nak selfie tapi Adam asuruh ambilkan belon.
gambar formal. hahaha...Abaikan muka aku tu. Tudung pun dah senget benget. Nak pakai tudung instant, laki aku marah. Katanya, macam indon je. Walaupun ko pakai jenama Fareeda yang harga 200-300 tuh. Tudung sauk tu ialah tudung indon katanya. Kalau layer-layer lak, nak terbang pergi mana sayang? T_T
Petang
Ayah masuk kerja. Masuk ofis. Kira masuk ofis la walaupun ayah kat sini. Site ayah kan ni. Tempat favourite dia la ni. Hari-hari "Ibu, nak g main ball tempat ayah work x? nak x? nak x?"
Kalau jawab taknak, "Kenapa taknak? kenalah nak. Best main ball tempat ayah work". Aku rasa macam dah ada share kat jkids ni. Kalau dh sebulan tu, 5,6,7 kali kat sini. Staff dia pun dah boleh cam. Aina pun still tak kena charge walau dah 10bulan.

Nampak tu excitednya dia!
Sama naik jugak pun yang ni.
Lagi excited kalau orang tangkap gambar dia. Dia rasa dia sangat comel kot. =)
  Malam
Lepas solat maghrib, first sekali bawak Adam main air dekat dataran tu. Budak-budak kan suka tengok air pancut, ada lampu-lampu. Suka sangat. Tapi disebabkan ayahnya sangat lah lapar tadi, terpaksa potong mood Adam. Kita cari makan. At first, nak makan kat Seoul Garden. Tapinya, weekend kn, ramai orang la pulak. Tengok harga 48++ per person. Cancel la. Nak makan Uncle K dah bosan, (cari makanan yang portion dia besar). Last-last, Serai! konon nak jimat, sekali terorder macam-macam. Nasib lah habis semua aku sapu. Yes...sekarang aku sangat kuat makan Ya Rabbi! Nak kata pregnant tak. Tak tahulah kenapa. Perut pun dah hilang rupanya.
 
Ayah: Serai Platter. Adam: Fish&Chips
Ibu: Nasi Ambang. Makanan ini licin ye. Termasuk makanan Ayah & Adam aku bahan. Sebabnya, membazir kot kalau tak habis. Dah la tak murah. 

Dah siap makan semua, tiba-tiba Adam "Penat la ibu. Along kenyang. Along mengantok la. Jom balik. Along nak tidur"

Okay, tunggu ayah punch card, kita gerak balik...

Dalam kereta "Along penatlah", 5 minit tengok kat belakang, dah pengsan.