page

Thursday 28 May 2015

Kerja Paling Susah & Liat

Sejak-sejak dah jadi suri rumah (again) ni, makin liat aku nak buat satu kerja ni. Sangat-sangat malas campur tak suka giler. Kena ada satu inspirasi atau satu semangat yang mmbara-bara baru boleh aku buat kerja ni dengan jayanya. Dan kalau dah berjaya, "Terima kasih Ya Allah. Syukur sangat-sangat. Tenangnya rasa. Terima kasih bagi kekuatan untuk melakukannya"

Apa Dia?


LIPAT KAIN

Ya, lipat kain. Paling susah dan paling liat. Aku lebih rela tengok kain tu bertimbun-timbun atas sofa tu. Kadang-kadang nak cari pakaian yang halus-halus (stokin, spender contohnya) pun kena belek. Hahaha...itu bila dah tahap kronik la. Itu lebih kurang dalam seminggu kain-kain bersantai atas sofa.

Macam entry ni, ditulis sejurus habis lipat kain sambil-sambil menonton cerita Munna Bhai kat TV2. Sepanjang 3 jam tulah aku melipat baju tanpa gangguan. Kalau ada gangguan? Itu yang jadi 5,6 jam lipat kain. Baik tak payah lipat terus. Hahahah...

Pernah satu tahap tu, aku punyalah malas melipat sebab banyak gila kain (baru balik dari kampung, faham-faham je lah longgokan baju tu banyak mana), aku suggest pada en.suami kain kita gumpal-gumpal letak dalam bakul je. Nak, ambil je. Kedut gosok. Dengan muka paling innocent "Boleh je. Jimat sikit ruang, jimat duit. Tak perlu beli wardrobe. Beli bakul paling besar sekali" Fuuhhh....Kena setepek. 

Aku ada baca antara tips untuk bagi seronok bila lipat baju ialah ajak la en.suami lipatkan? Sambil-sambil boleh bermanja-manja.

Tak payah la. Kang kain kemana, orang kemana. Hahaha... Takde la, kang aku jugak yang sakit mata. Lepas tu, sakit jiwa nak lipat balik kali kedua. Baik aku lipat semua sendiri. Sekali harung. 

Takpun, lepas angkat kain terus lipat. Selalunya, memang takkan boleh buat macam tu. Angkat kain dalam pukul 4 atau 5. Lepas tu masak untuk dinner, bagi anak-anak makan, main-main kejap. Mandi. Solat. Baca buku. Tidur. Dan selalunya, aku akan tertidur sekali dengan anak-anak. 

Hmmmm....Takde ke orang nak cipta mesin untuk lipat kain yer? 








Sunday 17 May 2015

Menyesal Tak Sudah

Menggigil, menggeletar satu badan petang isnin tu. Semuanya sebab kepala Aina berdarah, terhantuk bucu tangga. Darah meleleh-leleh, penuh tutup mata. At first, aku ingat mata yang berdarah, pergi cuci mata, baru perasan dahi rupanya. Darah mengalir macam air paip dah. Lencun habis baju kami dua beranak dengan darah. Laju aku lari naik atas, cabut baju Aina, cuci darah yang penuh kat pipi dengan mulut, mintak Adam ambilkan minyak gamat (Alhamdulillah..dah boleh diharap). Terus aku tuang atas dahi. Baringkan Aina. Lama kelamaan slow je darah keluar. Cuma kena baringkan, kalau duduk darah tu akan mengalir laju je. (tarikan graviti?). Puas jugak la nak pujuk. Tapi dalam dia nangis, aku pun nangis jugak. Sakit wooo!!!! Bila dah keadaan reda sikit, terus aku susukan Aina sampai dia lena. Cuit-cuit jugak pipi dengan badan, takut-takut pengsan. Lega bila ada respon.

Sedu-sedu suruh peluk, Bila peluk slow sikit dia nangis.

Dalam kelam kabut macam tu, tak tahu nak buat macam mana. Nak pergi klinik macam mana? Takkan nak letak dalam car seat, Takkan nak suruh tokma (mak mertua) yang pegang. Call suami tak angkat-angkat. Stress! Call kali ketiga baru dapat cakap, itupun "Abang, balik sekarang jugak. Adik jatuh. Darah tak berhenti-henti ni. Balik cepat!". Apa dia bebel lepas tu, aku tak dengar dah.... 

Seterusnya, call mama. Aku punya kalut campur laju aku berserita ni, mama dengan rileks je tanya, "ada dalam seinci tak panjang luka tu?" Aku macam...ha??? blur-blur tapi ukur lah jugak guna jari. Lepas aku jawab lebih kurang dalam seinci jugak la, mama suruh letak ibu jari kanan (kiri boleh jugak) pada luka sambil tu baca Al-fatihah dan Surah Lahab (Tabbatyada) sampai habis. mama kata boleh hentikan/kurangkan darah. Aku buat..Alhamdulillah...memang darah dah kurang lah. 

Elok sampai je ayahnya, terus aku capai tudung untuk ke klinik. Adalah ayat yang tak sedap didengar keluar tapi aku buat bodoh je. Kang menjawab, lain pulak jadinya. Hahahah.... Ayahnya pun bawak kereta macam apa dah. Gelabah tengok anak kepala berdarah kan. Dengan Adam yang tak berhenti bercakap. Cerita pada ayah dia apa yang berlaku. 

Klinik first, doktor takde, pergi rehat. Menapak ke klinik kedua pulak. Doktor ada. Register. Terus masuk ke treatment room. Nurse cuci dulu luka. Dan memang nampak dengan jelas, besar weh luka tu! Doktor masuk, letak gam. Siap! Kejappppnyaaa!!! Kekalutan yang sampai nak putus nafas tadi tu, dalam masa 10 minit settle. 

Was-was kenapa kena baring depan semua orang

Rasa tak secure, pandang ayah mintak diselamatkan

Ayah datang menyelamat!

Bertanda dah dekat dahi tu. Dah macam samseng kampung pisang la dik. Oh ya, dapat dua ubat. Antibiotik dengan tahan sakit. Aku cukup xgemar bagi antibiotik dekat budak kecik. Haiiisshhh.. 
Dalam dua malam jugak la lepas insiden berlaku, tidurnya agak kurang lena. Merengek tengah tidur. Aku pun memang tak lena..Kejap-kejap bangun, takut tangan menggaru luka tu. Dan sejak tu jugak lah, kalau aku nak kemana-mana, even masak, cuci pinggan semua la aku guna carrier kendong si Aina. Risau jadi lagi bila aku tak pantau diorang ni main. Padahal, waktu kejadian ada orang lain dengan dia. Bukan dia main sorang-sorang pun. Menda dah jadi, takpelah...pengajaran untuk aku jugak.

Bila terpandang luka tu, rasa menyesal sangat! Sangat-sangat! 





Monday 11 May 2015

PRK: Mengundilah kita

Minggu lepas balik ke Muadzam semata-mata untuk mengundi ni. Dikehendaki balik. Untuk menunaikan kewajipan sebagai rakyat. ;) Alang-alang dah balik ni, balik lama sikit lah. Apply cuti dekat boss. Alhamdulillah...lulus cuti seminggu. Kalau tak lulus, nak mogok xmasak dan xbasuh baju keje boss. Hahahah...

Selasa pagi, 5 mei tu memang pepagi betul bangun...Semangat weh untuk lakukan perubahan. Hahahah...Tapi sebenarnya, anak-anak yang bangun awal. Pukul 6.30 dua-dua dah terjaga. Diorang yang terlebih excited nak pergi mengundi ni. Bangun je pepagi tapi pukul 10 jugak pergi. Pusat mengundi ialah SK Bukit Ridan yang jugak sekolah rendah aku. 

So, eksited la cerita dengan Adam,

"Ini sekolah ibu. Masa ibu kecik-kecik dulu. Bla...bla...bla..."

Dia jawab

"Waaaa...besarnya sekolah ibu tapi sekolah ibu tak cantik. Sekolah along cantik. Ada purple, green. Ada taman"

Ibu... T_T (Yelah...sekolah awak cantik!)

Dengan tiba-tiba jugak adik menangis. Jadi, pass Adam kat Ayah Ngah dia, Saluran dia xkena beratur panjang. Agaknya, ramai tak bangun lagi kot. Saluran budak-budak lagi. Aku ni saluran ibu-bapa yang muda-muda remaja. Yang masing-masing kendong anak, kejar anak, jerit "no..no..no..".Yang tak bawak anak sembang-sembang pasal anak jugak. Tapi yang pasti... ladies kebanyakkannya ber-naelofar xpun ber-AJ. Fesyen tudung jugak yang menarik perhatian aku. Hahaha...




Keadaan dari dalam dan luar. Santai je tempat mengundi. Ada la sesekali dengar jerit-jerit. Tu pun aku rasa bukan dari orang Muadzam. 


Posing dengan Aina sekali. Ini lepas serahkan Adam pada Angah. Bolehlah nak ber-statik kejap. 



Ini saluran warga-warga emas yang masih kuat. Saluran yang paling panjang barisannya. Sepatutnya, kena sedikan kerusi makcik-pakcik ni. Eh, nampak tak mama saya kat situ. Yang posing pandang kamera tu mama saya la. 


Angah yang dah siap mengundi. Adam mana Adam? Apa da Ayahngah posing sorang-sorang.



Dah balik rumah, baru dapat snap gambar. Disebabkan sangat la comot dan berpeluhnya...balik-balik terus mandi. Lepas tu, lepak dengan nenek main belon kat belakang sambil-sambil bagi kucing makan. Ibu dan Aina...tidur! 


Okay, ini bukti mengundi. Dah nak masuk seminggu tak hilang lagi dakwat. Keras weh jari...lepas tu..burukkkk nau kupas sana sini. Nasiblah kuku tu cantik je macam warna inai. Aku syak, dia tambah inai dekat dakwat kekal tu. 

Gambar di atas diambil ketika dalam perjalanan pulang ke kotaraya. Tak sukanya balik kota! See you again kampung! Cuti sekolah maybe? 



Result PRK Rompin seperti yang kita tahu BN menang lagi. Memang sudah dijangka pun keputusan tu. Di Pusat mngundi Muadzam Shah BN kalah la pulak. Kalau di ikut statistik pusat mengundi SKBR ni 2 saluran warga emas BN menang, 4 saluran anak muda PAS menang. Apa maksudnya ye? Hihihi...