page

Tuesday 30 June 2015

Hello Baby Rais

الحمدلله 

My SIL, Ain finally dah bersalin. Syukur sangat-sangat. Senang sangat tu si boboi nak keluar. Sangat senang. Lawak jugak proses bersalin dia. Bersalin sambil berdiri. Dekat pintu bilik wad. Tak perlulah aku elaborate kisah bersalin Ain, nanti rasa nak marah dekat nurse tu muncul balik. Bulan-bulan puasa ni, kena chill je. Kalau ikut amarah ni kang, macam-macam bahasa keluar. 

Boboi ni nama dia Muhammad Rais. Kecik je tapi badan panjang. Berat masa lahir 3 kg. Adam dengan Aina excited sangat jumpa Rais. Masing-masing asyik nak cium je. Aina lebih pada nak picit. Suka-suka tapi jeles boleh tahan jugak. Tak bagi pangku lama-lama. Tapi ni, Adam asyik ajak pegi rumah mak ngahnye. Nak jumpa Rais katanya. Nak main dengan Rais... Ibu Long pun rindu kat Rais. Bila nak jumpa lagi ni???



Inilah Rais. 
Baru sehari usianya masa ni dan masih di hospital. Geramnya!


Sedap sangat tidurnya weh.


Masa ni baru tiga hari. Misi menjaga orang dalam pantang dan menjaga baby Rais. Fuhhh!! berpoluh-poluh den! Dengan Aina dan Adam nye. Mahu pengsan. Kena tunggu 4 tahun lagi baru boleh tambah no.3 kot ni. Hahahah...


Dah bangun!



Yang ni sebijik macam abi die! Kuat nau menganga!


Baik sangat Rais ni. Tak banyak sangat ragam dia. Tapi lasak!!!



Nampak tak, Adam asyik nak berkepit je dengan Rais. Asal Rais bangun, dialah yang eksited panggil semua orang. "Baby Rais dah bangun. Tengok! Tengok" 


Hai semua...saya Rais! Comelkan saya? Halus je mukanya.


Rais dengan Abi ni. "Eh, sejak bila abi pun botak ni?"
Rambut dapat baby. Hehehe...

Adam dah ada geng ni. Boleh la main badminton sesame. Nak main bola tak cukup geng lagi. Apapun, tahniah pada angah and ain. Welcome to parenting world. Tough but happening. Semoga baby Rais sentiasa membesar dengan sihat dan menjadi khalifah islam berjaya. Sama-sama dengan Along dan Kakak Aina. Kakak dah!!!










Friday 19 June 2015

Ramadhan Muncul Lagi

Alhamdulillah...
Diberi kesempatan untuk berjumpa dengan Ramadhan sekali lagi. Dalam keadaan sihat walafiat. Semua orang suka bulan puasa kan?  

Masa ni lah, masing-masing berlumba nak tambah amalan. 

Masing-masing berazam untuk kuruskan badan, boleh pakai kebaya nyonya raya nanti.

Ukhwah terjalin lebih rapat dari berkongsi menu & resepi untuk berbuka, lokasi berbuka puasa yang murah & child-friendly, share gambar juadah bersahur dan berbuka yang memenuhkan album kat phone tu, dapat berkumpul dan berbuka bersama keluarga dalam waktu yang sama. Biasanya, makan asing-asing. Sorang makan, sorang jaga anak. Tapi bulan puasa, dua-dua makan. Anak biar main. (eh, boleh la pulak). Hehehe...

Dan..paling selalu dibuat, "tema baju raya kaler apa? Dah beli/tempah ke?"

-----------------------------------------------------------------------

Ramadhan tahun ni, untuk hari pertama (semalam), aku diberi kesempatan bersahur dan berbuka di Muadzam. Dengan mama dan adik-adik. Sebabnya, kami sekeluarga kena ke Pejabat Tanah Rompin untuk perbicaraan harta pusaka arwah papa. Alhamdulillah, berkat bulan Ramadhan, semua selesai dengan cepat dan senang. Tak perlu ke hulu ke hilir dah. Lancar segala urusan. 

Dan, tahun ni jugak kami berpuasa tanpa arwah Papa. Lain sangat rasanya. Rasa tak lengkap. Rasa kosong je. Sahur makan nasi goreng. His favourite tu. Nampak mama sayu je sahur tu. Makan pun tak banyak. Tapi dengan budak kecik dua orang tu, sekurang-kurangnya tak buat mama menangis. 

-----------------------------------------------------------------------------

Selamat menunaikan ibadah puasa. Jangan curik-curik makan. Jangan sampai naik van jenazah yer. 

Semoga ibadah kita diterima. Jom kita tambahkan pahala!

Wednesday 10 June 2015

Hari Sukan Sekolah Adam

31 Mei yang lepas ialah hari sukan sekolah Adam. Buat di Dewan SMK Setia Alam. Sukan sekolah dalam aircond tuh! Nasib lah buat dalam dewan, petangnya tu hujan lebat. Kalau tak, lencun semua  mandi hujan. Macam biasa, yang paling excited aku lah, si ibunya. Siap ajak ayah dia pergi beli kasut baru, baju baru warna biru untuk en.suami, aku dan Aina. Kiranya nak bagi semangat dekat Adamlah. Dalam kereta, "Eh...samalah semua pakai baju blue". Ulang-ulang 4,5 kali ayat tu. 

Sampai-sampai, register dan terus makan. Makanan adalah ehsan ibu bapa yang sudi bawakkan. Macam-macam ada. Sedap-sedap pulak tu. Ada yang buat roti. Sedap weh! 4 bun jugak la rembat. Lembut je. Dan ada yang bukak gerai-gerai kat situ. Macam-macam ada jual. Hulur duit je. Hehehe...





Sebelum acara mula, dua orang ni bergembira main dengan tali-tali ni. Aina, akan jadi terlampau berani Semua orang nak ditegur dan disentuhnya. Manakala, Adam pula akan escort kemana saja adik dia pergi. Jadi bodyguard. So, dengarlah arahan dan ayat-ayat seperti "Adik..sini adik. Sini kat Along" "No adik..no" "Adik, jangan tarik/lari nanti jatuh" ... Dekat rumah bergaduh, dekat luar, jaga habis. Good job Along!



Gambar atas ni baru sudah perbarisan. Lepas tu nyanyi-nyanyi. Masa ni la dapat tengok perangai Adam bila dengan kawan-kawan dia. Sangat bagus. Kerjasama tiptop. Menari pun sangat bersemangat! Sampai keluar barisan. Bangga sangat. Risau pun hilang. Selalunya, mesti risau. Macam mana la dia dekat sekolah. Malu-malu ke, takut-takut ke. Rupanya, hambekkk! Sangat bersemangat!  Tapi, disebabkan Aina dah pengsan time ni, gambar pun tak banyak sangat. Terbatas pergerakan ibunya ni.


Ni acara untuk 4 years, salah seorang kena involve. Aku paksa en.suami join. Dia dari awal mengelak sebab segan. Sanggup nak pangku Aina. Tapi, kuasa pujukan akhirnya dia mengalah. Dan suddenly, Adam yang tengah bersemangat tu jadi malu-malu kucing. Yeah... Adam kalau ada ibu dengan ayah memang automatik jadi kucing. Hahaha....



Nampak, nak jadi orang first. Eh! Kemetotlah awak ni Adam.


Turn diorang dah sampai


Ready dukung dan lari


Lari atas bench


Ke garisan mula


Finish Line

Terlalu kabur gambar sebab laju sangat lari. Bhahahah....

Seterusnya game 5 years & 6 years ...

Then,

Penyampaian hadiah 
( Okay, biru dapat last place yer)



Dengan penuh confident berjalan dan ambil hadiah. Sebenarnya, time ni dia laju je tinggal ibu dia kat belakang. Berlari-lari anak aku kejar dia atas pentas tu. Disebabkan en.suami yang dah main tadi, aku pulak la teman Adam naik atas. Baru adil katanya. 



Okay, gambar berempat! Memang susah nak bergambar sekarang. T_T


Peace.


My little champion.

Dah habis, balik rumah. 
Rehat kejap, Mandi manda dulu
Nak keluar bayar hutang-hutang pulak.
Lepas tu dinner. Tak sanggup weh nak masak dengan perut dah berkeroncong.

Oh ya!

 Aku bersyukur sangat dengan keputusan hantar Adam ke LC seawal ni. Ada pertikaian sebab aku surirumah dan aku sepatutnya bleh didik dan ajar dia. Yes! Betul. Tapi...apa yang aku nak ialah dari sisi lain Adam. Dari segi pergaulan dan keyakinan diri dia. Alhamdulillah...semuanya melebihi expectation aku.

Tuesday 2 June 2015

Oren Susu Sudah Mahal

Oren susu ni one of our favourite. Dari kecik lagi aku dah minum ni. Arwah Papa selalu beli ni kalau dia kena out-station (keluar dari Muadzam la). Selalunya, kalau ke Kuantan atau Segamat la. Yelah...dulu Muadzam apa sangat la yang ada. Kedai runcit boleh bilang dengan jari sebelah tangan je. Nak beli baju raya ke nak makan sedap-sedap sikit, mesti start enjin ke Segamat. Jaranglah ke Kuantan. Walaupun jaraknya lebih kurang je. Muadzam-Segamat = Muadzam-Kuantan. Lebih kurang macamtu lah equationnya. 

Last year, aku beli dalam 6 ringgit lebih je. Untuk aku sorang minum, lama lah tahan dalam peti Jadinya, jarang lah beli. Lagi pulak, en.suami tak minum sangat. Adam tak boleh minum pulak. Lepas-lepas tu jarang dah beli. Selalu beli susu je (untuk aku). Baru-baru ni, rasa macam teringin nak minum la pulak. Dah alang-alang ke Tesco, belilah. Sekali tengok harga mak aihhhh RM 9.60. Banyaknye naik!!! Tak jadilah ambil. Tapinya, pusing lagi kat area situ. Adalah dalam 7,8 kali aku pusing-pusing. Rasanya, pekerja Tesco tu pun dah perasan dan tertanya-tanya, kenapa lah orang ni ulang-alik banyak kali. 

Semuanya sebab si Oren Susu ni


Akhirnya, aku ambil jugak sambil pejam-pejam mata. Sekali ni je. Lepas ni, bulan 9 pulak beli. Cancellah nak beli daging. Cadangnya nak buang singgang daging tengahari tu. Tak jadilah. Nanti lah ajak en.suami shopping, kita beli daging itu. Sanggup. Demi si Oren Susu yang sudah mahal! T_T

It's June!

Assalamualaikum...

Yeay! Jun sudah tiba! Dalam banyak-banyak bulan, bulan Jun lah paling aku suka. Lagi-lagi hujung bulan. Dalam 28 haribulan camtu. Memang suka sangatlah!!! Hahaha.... Apa yang best bulan Jun tahun ni ye? 

This is my JUNE 

First
Of course la my birth-date. 28th June, as stated kat mukadimah tadi. Tak sabar rasanya, nak jejak angka 3. End of this month, officially 30! Weeehuuu!

Second
My SIL, si Ain akan bersalin. Sekarang dah sarat tu. Esok dah 38 minggu. Teruja sangat!!! Tak sabarnya! Nak kasi birth-date sesame memang mustahil la. Overdue sangat la pulak nanti. Tak kisah la, janji selamat semuanya. Boboi...cepat keluar yer. Ibu tak sabar nak gomol dah ni!

Third,
Bulan puasa! Last year sambut birthday pun first day puasa. Tapi last year celebrate kat hospital since Adam admitted demam panas dia dengan eczema dia tu. Harap dapat la puasa penuh tahun ni. Aminnn... Dan azam, nak pergi bazar 4 kali je ; seminggu sekali. 

Forth & .....
Disebabkan nak dekat puasa dan lepas tu raya, macam-macam sale la yang ada. Terkini, hari ni sampai 7hb ada Toy r Us clearance sale (member) kat Jaya Shopping Centre, OKBB Warehouse Sale kat Bandar Bukit Puchong. Asal ada duit semua jadi. Hahaha... ;)

Okaylah... JUNE please be nice to me! And me, please be nice to JUNE.