page

Thursday 30 July 2015

Aidil Fitri 2015

Tahun ni memang agak huru hara la. Gambar raya yg cantik, comel, sopan, lengkap dan sempurna takde langsung.  Sedih je rasa. Baju raya kemain eksited beli awal-awal (Ibu dengan Aina la). Memang nak cari baju kurung tenun. Fuh! Sekali pusing je PKNS tu, terus jumpa dan bayar. Nak cari baju melayu untuk hero-hero tu yang payah la pulak. Setiap hujung minggu mencari. Lastly, kat Alam Sentral jugak ada yang ala-ala matching. Nasib baik!

Bila cakap takde gambar raya, biasanya orang susah nak percaya. Betul...bukan lah takde langsung. Tapi takde yang orang kata boleh buat family photo. Set as Cover Profile ke, letak kat instagran cecantik sikit duduk bersimpuh ke. Memang takde la. Yang ada lengkap, hanyalah terpahat di memori je. Hahaha...poyo je ayat!

Meh kita tengok antara gambar-gambar yang elok di hari raya pertama.


okay...ni gambar sebagai testing je. Berlatarbelakangkan bilik yang baru dikemas dan kaki Adam Zafran yang sedang separa bogel. Hahaha...Okay


Dengan anak-anak takmo duduk diam. T___T
Next!


Dah jadi penanggal.
Next!


Bela tudung sikit, tangan Aina dok tarik-tarik je kat belakang tu. Nampak lutut lak dia. Cekci!
Next!


Adam lak merajuk 
 T___________T
Next!


Okeh! Selebet semua!

First day raya yang ohsem tanpa gambar raya. 



Terkenangkan Dia


Hari ni dah masuk 14 syawal. Kejap je rasanya dah  masuk 2 minggu raya. Cepatkan masa berlalu? Sedar tak sedar dah nak penghujung Julai, masuk Ogos. Lepas tu September. Genaplah setahun papa pergi tinggalkan kami. Rindu sangat dekat papa. Dari malam raya, aku teringat dekat arwah. Lagi-lagi bila dengar takbir raya. Tapi aku gagahkan diri buat-buat kuat. Lagi pulak, banyak kerja aku nak kena buat masa tu. Nak memasak lagi, nak mengemas rumah mertua lagi. Berdua dengan en.husbeng buat semua kerja. Mahu tak pengsan. 

Pagi raya, masa mandi sunat Aidilfitri tu aku dalam bilik air dah mengalir la jugak sikit-sikit. Tapi tak boleh nak layan sangat sebab banyak lagi nak buat pagi raya. Fuh! Penat! Balik raya rumah sendiri tahan jugak air mata, takut mama nampak atau mama sedar. Taknak mama lagi sedih. Jadi, boleh dikatakan sepanjang di Muadzam aku meng-happy-kan diri je.

Dalam balik rumah sendiri asyik teringat jer kat papa. Macam mana lah papa kat sana yer. Semoga tenang dan ada dikalangan orang-orang beriman yer papa. Along sentiasa rindukan papa. Sentiasa teringatkan papa. Sentiasa. Walau dah nak masuk setahun papa pergi, rasa macam baru je papa pergi. Allah lebih sayangkan papa.


************************************************************************

Gambar-gambar lama, saat-saat akhir papa


Masa ni dekat hospital Muadzam. Sebelum tu setiap hari call, tanya mama keadaan papa macam mana. Jarang berborak dengan papa sebab takut dia semput. Bila call, mama kata macam tu la, macam biasa la keadaan dia. Tapi...aku dah tak sedap hati. Satu hari tu, call mama tak angkat-angkat. Call papa tak angkat-angkat. Last, call yus. Yus kata papa masuk wad. Rasa nak nangis sebab mama tak bitau pun. Mama kata taknak along risau, nanti kesian farik. Yes! Kalau aku tahu awal-awal, memang aku desak farik hantar aku balik. Takpun, aku ugut balik naik bas 3 beranak. 


Ni pulak keadaan dah agak teruk, papa kena transfer ke Hospital Besar Kuantan. Kat emergency ni. Kesian mama time ni. Kelam kabut. Dengan nak ambil ebi kat sekolah, kemas-kemas barang nak bawak lagi. Dah la malam. Mujur ada anak jiran, izzat boleh hantarkan mama ke Kuantan. Abah sebelah rumah follow papa dalam ambulance. Saudara mara dah ada tunggu kat hospital. 


Kaki papa dah kuning sebab organ dah tak berfungsi. Still tak dapat icu sebab penuh. Lepas sorang-sorang jiran dekat dengan katil papa meninggal. Seram sejuk setiap kali nak naik ke tingkat 8. Ada je berita tak sedap singgah di telinga. Namun, aku bersyukur sebab ramai yang datang ziarah. Tak putus-putus orang datang. Masa melawat, masa tak melawat pun ramai orang. Sebabnya, papa dikirakan kritikal, jadi guard bagi lepas je.

Pernah satu masa tu, aku tak tahan sangat tengok papa terbaring, aku menangis sambil merayu "Papa, bangunlah...kata nak celebrate birhday Adam. Aina pun dah pandai merangkak"..Tapi, papa macamtu jugak. Yang dengar nafas kuat dia je.  


Eh budak kecik ni. Sedap je dia tidur kan? Bagus...tak banyak karenah tau time-time macam ni. Sangat memahami tau. 

Memang ada yang pertikaikan kenapa bawak budak-budak naik sampai atas. Kesian budak-budak. Dengan germ banyak-banyak, penyakit bertaburan sana sini. Aku mampu senyum je. Mujurlah saudara mara aku banyak membantu. Dah Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, cucu-cucu dia ada dekat dengan dia di masa-masa akhir dia.

**************************************************************

Selamat Hari Raya Papa! 

Wednesday 22 July 2015

Rambut raya - To the barber

Rambut raya kali ni, kami laki bini menggagahkan diri bawak Adam ke kedai. First time ni tangan lain nak gunting rambut ni. Fuuuhhhh!!! berdebar jantung ni. Takut banyak drama dengan melalak kecah satu kedai tu kang. Nak ajak Adm masuk kedai, mula-mula memang taknak. Tapi, pujuk punya pujuk, bila cakap "Ayah pun potong rambut jugak". Terus okay. 

Sejak-sejak dah besar ni, susah sangat nak guntingkan rambut dia, taknak duduk diam satu hal. Yang si kenit sorang lagi tu nak masuk campur jugak dalam hal ni. Bawak lari kang, mengamuk guling-guling nak tengok along dia. Letak lah iPad ke, mainan ke, makanan ke, memang tak jalan dah la. Apa yang along dia buat, selalunya dia nak jugak. Sebab tu, kalau along dia main car, dia nak main car jugak walaupun ada mainan masak-masak untuk dia. Tak pandang dah mainan dia. Dah campak kemana tah mainan dia.



Muka menahan perasaan. Merelakan diri rambut dipotong. Kepala kena pegang dengan ayah kalau tak, sikit-sikit pandang ibu, cari adik. Sambil sengih-sengih. 


Masa ni, ada budak baya Adam nak potong rambut jugak. Dia tak meragam mula-mula, tapi bila dh duduk atas seat tu melalak-lalak. Adam dengan lantangnya (nak lawan bunyi mesin kot) "Ayah..tengok tu kawan nangis nak potong rambut". Alahaiiii anak...jujur sangat ni. Tak sure la bapak budak tu dengar ke tak tapi tersenyum-senyum la dia. Dengar la kot.


Rambut dah siap dipotong dengan jayanya. Yeay!!! Tapi dah lepas raya ni macam panjang balik je. Cepat bebenor rambut tu nak panjang. 

Wednesday 8 July 2015

Sahur Awal @ Celebrate Birthday Husbeng

7 Julai lepas, officially, en.husbeng genap la 30 tahun. Yerp...kami beza dalam 9 hari je. Dan ye...dia lagi muda dari aku. Alaaa...muda sikit je pun. Hahaha... Again! Untuk birthday en.husbeng pun takde kek-kek ni. Makan untuk berbuka pun lauk singgang je. Hahahah.... sebabnya, aku dah atur nak supper a.k.a sahur awal kat Zawara Coffee. Teringin nak makan churros sebenarnya. Dan sambil-sambil celebrate birthday en.husbeng la. 

Keluar umah kul 10.30 malam. Alang-alang dah dia bukak sampai kul 1 pagi, pergi la lewat-lewat sikit. Dalam 10-15 minit je. Bukan jauh pun Setia Alam dengan Bukit Jelutong ni. Lokasi, dekat bebenor dengan Masjid besar tu. Singboard dia pun gabak besar, memang kompem nampaknya la.

Tadaaaa....sampai sudah. Kereta banyak. Orang pun ramai. Tapi masih ada seat la. Concept dia sangat santai. Cantik. Service, okay sangat! Self-service, dah order, dia bagi pager then kita tunggu kat seat. Dah siap, pager akan berbunyai dan...pergi ambil je order kita tadi.



Birthday boy taknak makan sangat. Kenyang katanya. Jadinya, ambil roti with Nutella, Spagetti, dan Nutella Cheesecake. Portion dia xla banyak sangat. Tapi okaylah, sekadar untuk kenyang makan sorang. Kalau kongsi, kena beli triple. Hahahah...                            


En.husbeng layan Mocha dia. Sedap katanya.



Sesuai bawak bebudak terutama yang macam Adam, yg suka explore tempat pelik-pelik, celah celah kayu. Pakai baju tidur je senang, dalam kereta kang comfirm tido, masuk rumah angkut je. Takyah dah nak tukar-tukar baju dah.




Langsung tak menjadi family photo. 
Harapan betul! Aina masih mengadap tepon dengan kerut-kerut tu. 


Dengan si bujang yang dah banyak kali menguap tapi taknak jugak tidur sebab "cantiknya kedai ni".


Happy birthday dear Husbeng! I love you! We love you!


Wednesday 1 July 2015

Happy Birthday To Me


Yeah! It's 30 this year. To be exact 28th June is equal to 30 years old me! Young me! Jujurnya, memang aku menanti saat angka 30 tu. It's a big number okay! Well, banyak jugak berubahnya bila kenangkan balik tahun-tahun sudah. Yang mana cela, kita ikat ketat-ketat then buang. Yang mana harum, ikat dan gantung. 

Disebabkan tahun ni jatuh dalam bulan puasa, otomatiknya memang xsambut la siang-siang. Nak makan masa berbuka di tempat-tempat sedap pun takut rushing nak kejar solat maghrib lak. Masa tu singkat sangat. Nak pergi lepas berbuka confirm dah mengantuk. Lagipun, terawih lagi. 

Tapi...kali ni sweet sangat rasanya. Dalam kul 1 pagi, ada orang main campak-campak bantal. Mata dah mengantuk, penat balik cari baju raya lagi sebelum tu. Memang bolayan la. Dan...sebenarnya lupa birthday sendiri sebab tahun ni tak la pulak nak countdown. Entah kenapa...hehehe...paginya pulak, ada dendangan lagu "Happy Birthday" dari 3 beranak tu. Alaaa...setitis dua keluar jugak la air mata ni walaupun dalan tengah siap-siap nak pergi pasar. Balik dari pasar, pergi tengok baby Rais pulak. Rindu, 2 minggu dah tak tengok si panjang tu. Jaundice macam dah kurang si kecik tu. Bacaan blood reading tinggi lagi. Get well soon sayang. Ibu Long beli baju raya untuk awak ni.

Orang lain yang lelebih tangkap gambar dengan Rais. Hehehe...


Balik dari Taman Melawati terus ke dapur, prepare barang nak masak. Dah siap siang semua, naik atas mandi-mandi settle kemas-kemas apa yang patut, turun balik nak masak. Sekali.... Eh! Ada orang masakkan untuk berbuka la. Goreng ayam & ikan, masak sayur, buat air. Sukanya saya. Lepak la tengok TV kejap. Tapi perasaan macam tak kena je, terus masuk dapur. Nak masak ayam lemak cili api. Satu tu je aku tambah. Yang lain ada orang yang tolong buat. Semua lah...sampai hidang nasik. 

Thanks en.suami. The sweetest ever in this 5 years marriage. I love you



Tapi..kalau dapat kek camni ni...kira bonus la! Cepat order! Hahaha...