page

Thursday 20 August 2015

Peneman Setia

Sejak Adam dah sekolah, keraplah aku berdating dengan Aina. Pagi-pagi lepas hantar Adam pergi sekolah, aku akan bawak Aina pusing-pusing dulu sebelum balik rumah. Kalau ada barang rumah nak beli, pergilah Tesco shopping apa-apa yang patut. Itu kalau Aina dah siap mandi pagi-pagi. Takpun, lepas hantar Adam, balik mandi lepak-lepak dulu. Sebelum nak ambil Adam pergi shopping dulu.

Bukan je peneman pergi jalan-jalan sambil makan-makan, Tapi peneman dalam bilik air, kat dapur, kat atas katil. Memang setia lah peneman ni. Teman baca buku kadang-kadang. Belum 10min dah habis satu buku (Asyik dok selak je). Hahahah...

Jom cuci mata tengok aksi si anak dara saya ni.


Nak pergi ambil Along tapi mengantok sangat, sampai senget-senget kepala dia tidur. 


Pergi servis kereta. 4jam mengadap budak ni kebosanan main mainan yang sama. 








Nak cari baju raya untuk nenek, tapi dia yang beria fitting baju, Ulanh-alik masuk fitting room


Nak pergi Sambutan hari raya kat sekolah Along


Oh...wajib ada makanan dalam kereta kalau nak pergi jauh-jauh sikit. Hahaha...jauh mana sangat la pernah aku drive bawak dedua ni. Setakat Paradigm tu je lah





Teman shopping barang dapur. Fuhhhh! Mencabar. Lagi-lagi masuk kat tempat biskut. Semua biskut dia nak sambar. Huh!!!

Pernah sekali aku nak ambil Adam, tapi Aina tidur jadi aku tinggalkan Aina dengan mak mertua kat rumah. Balik-balik tengok pintu terbukak luas, dengar Aina melalak. Berlari kami dua beranak masuk rumah, risau ada apa-apa jadi. Sekali tengok ramai orang kat rumah. Jenjiran datang sebab dengar Aina menangis. Kebetulan, mak mertua aku memang kurang sihat. Serba salah jadinya. Tapi, aku bersyukur, sebab jiran-jiran aku memang prihatin walaupun berlainan agama dan bangsa.

Sejak daripada tu, aku kelek Aina kemana-mana je. Walaupun dia tengah tidur. Tu yang jadi bestfriend sangat sekarang. Harapnya sampai ke besarlah bestfriendnya. Hihihi.... 







Monday 10 August 2015

"Saya sudah makan. Makan itu kanji"

Jiran aku kiri kanan depan belakang semuanya cina. Semua baik dan friendly sangat. Dan yang paling utama, diorang suka bercucuk tanam/berkebun. Lagi-lagi aunty belakang rumah ni. Penuh pasu belakang rumah dia. Siap tanam macam-macam tu. Cili padi, daun pandan, serai, lengkuas, macam-macam la. Dan setiap kali aku bukak pintu belakang, terutamanya time nak masak la, mesti aunty ni hulur-hulur hasil tanaman beliau. Aku juga yang untung. Hehehe...

Setiap pagi, aku bukak pintu mesti tegur-tegur aunty ni. Kalau kebetulan dia pun tengah lepak kat luar la. Samada tengah siram pokok-pokok kesayangan atau exercise kat tangga belakang rumah dia.


"Morning aunty. Sudah minum? Sudah makan?"
"Not yet la makan. Tapi sudah minum"
"Minum kopi ke? Kenapa tak makan lagi?"
"Itu nanti pukul 10 baru saya masak & makan"
"Mahu masak apa?
.
.
.
.
.
"Mahu masak kanji. Buat bubur kanji"

_________________________________________________________________

"Aunty, masuklah dulu, makan sekali"
"Takpa...takpe...saya sudah makan bubur kanji itu pagi. Kenyang lagi"

_________________________________________________________________

"Lu masak apa pagi ni?"
"Macam biasa aunty, mee goreng. Anak-anak suka makan la aunty. Kejap aunty, saya bagi kamu sikit"
"Takpa-takpa..saya tak mau. Kenyang. Pagi ni sudah makan kanji."

Itulah menu dia pagi-pagi. Kanji. Bila tanya..kenapa aunty suka makan kanji. Sedap dan sihat. Aku setuju bab sihat tu, sebab dengan umurnya yang pada aku dalam 80lebih tu, masih boleh angkat pasu besar. Dan takde masalah kesihatan yang lain.

Lepas ni nak masak kanji je jugak lah untuk diri sendiri. Tapi...kenyang ke aku? Pagi tadi je dah baham 4 keping roti canai. Huk huk huk...




Friday 7 August 2015

2 Mak 7 Anak

Gelagat 2 mak dan 7 anak nak bergambar. =)

Lokasi: Rumah Rumateku Farah








Itu saja

Selamat Hari Raya. =)



Wednesday 5 August 2015

'KOT' yang menyenangkan

Rasanya...semua orang suka tambah perkataan 'kot' diakhir ayat. 

"Ye kot"
"Mungkinlah kot"
"Rasanya kot"
"Kat sana kot"
"Macam ni kot"

Dulu, selalu kena marah dengan mama sebab 'kot' ni lah. Ye lah, 'kot' ni biasanya untuk sesuatu yang kita tak sure atau jawapan yang paling selamat. Kalau sure pun, untuk jaga hati takut orang terasa dengan jawapan yang tak sedap di dengar. Selalunya lah. 

Tapi...

Kalau dah selalu sangat guna, menyampah jugak. Hahaha...macam Adam baru-baru ni. 

"Along, beg sekolah mana?"
"Dalam almari kot"

"Along, ibu kata baju letak dalam bakul mana?"
"Bakul blue kot"

"Nak makan nasi ke mee pedas ni?"
"Mee pedas kot"

Dan tiba-tiba, dalam bentuk arahan pun dia jawab kot

"Along, masuk bilik air mandi"
"Boleh kot"

Haaaa??? Nak kot jugak? Bertuah betul.

Tapi...aku ada satu situasi yang agak awkward sebenarnya terjadi pada aku minggu lepas. Dan aku rasa perkataan 'kot' itu menjadi satu penyelamat untuk aku. Penyelamat dari keluarkan perkataan tidak sepatutnya. Seriously.

Masa tengah lepak tunggu sekolah Adam punya  roadshow habis, sambil makan nasi lemak 3 bungkus dan bubur lambuk sebekas, datanglah seorang mak ni. Katanya, anak dia pun join jugak. Tapi dari branch lain. Aku pun berborak-borak la. Sampai la dia tanya "ambil half day la yer arini? I terpaksa ambil cuti sebab husband I kena pergi Jepun pagi tadi. Close deal business. Ni pun, I datang bawak myvi je. Audi I masuk bengkel" . Wahhh...orang kaya ni. So, dengan rasa rendah diri, sambil senyum-senyum aku jawab "Eh, taklah...sy memang tak kerja. Surirumah sepenuh masa. Duduk rumah je".  Dia reply "Oooooo..."  Dan seterusnya senyap je.

Kemudian, anak dia kena jawab untuk slot matematik.

"Alamak...anak I matematik lemah. Teacher cakap anak I untuk slot english" Dalam nada yang agak panik la. Tapi...okay je anak dia. Boleh jawab semua, bagus. Dia lega dan kemudian urut dada. Dia pandang aku kemudian cakap "Fuhhh...nasib baik tau. Nasib la I ada ajar kat rumah. Aritu I jumpa teacher dia suruh ajar I supaya senang I nak ajar anak I kat rumah". Waaa...kagum aku. Bagus dia ni. Cari inisiatif untuk anak berjaya. Aku pun nanti nak buat perkara yang sama la. Nak faham kaedah kat sekolah macam mana. Boleh apply dekat Adam nanti. Senang. Taklah pening dia nanti. Sekolah ajar lain, aku ajar lain. Hahhaha...

Tiba-tiba kawan baru aku tu keluarkan pen dan kertas. "Meh I ajar U cara teacher tu terangkan kat I. U mesti tak tahu ni sebab U kan suri rumah. Biasanya mak-mak yang kerja mesti tahu  ni"

Hmmm...Lain macam ayat last tu. Takpe, kita dengar je sambil kutip-kutip ilmu. Dia cuba explain guna kaedah-kaedah tu, tapi jawapan pulak salah. Contoh: 7+2 = 9, tapi guna kaedah tu jadi lain pulak. Dia pun garu-garu kepala sambil "kejap ye, I lupa macam mana". Aku pun tunggu je la... Last-last dia give up. "Kesian la U. Macam mana U nak ajar anak U". Aku pun sedapkan hati dia, cakap "Takpelah anak saya ni kecil lagi. Baru nak masuk 4 tahun."

Aku pun belek-belek la kertas yang dia conteng-conteng tu. Dengan perlahan aku ambil pen, then conteng balik. Buat kira-kira guna kaedah number line tu. "Eh...macam ni KOT kan cara dia". Dia tengok-tengok, belek-belek..."Aah la...betullah ni, Haaa...macam ni la. Mana U tahu ni. Jiran-jiran I yang surirumah pun tak tahu. I ada ajar diorang hari tu".

Jawab aku

"Sy main hentam je. Hehehe"

Dalam hati nak jugak jawab, senang je ni. Oh ye, saya dulu cikgu math. Tapi takut lak dia malu pulak. Kan saya ni surirumah je. =)