page

Monday 28 September 2015

Ibu! Tolong!

Pagi ni, Adam dan Aina masih lagi bergolek atas katil. Sekolah pun tutup sebab keadaan udara yang teruk sekarang ni. Jadi...sambung cutilah Adam.  Oleh kerana bebudak ni masih lagi tidur, cepat-cepat aku siapkan kerja rumah. Sapu sampah, mop lantai, jemur kain, dan last sekali masak untuk breakfast. Nasi putih, ayam goreng dan sup sayur. Siap! Dah siap semua, diorang masih lagi berdengkur. Ibu sambung la kayuh basikal kat rumah. Lemau pulak rasa badan sejak berhari-hari makan lemak je. Baru je kayuh 15minit tiba-tiba dengan Adam jerit dari atas "Ibu! Tolong!"

Eh! Bila Adam bangun?

Laju aku lari naik tangga. Langkau 2 tangga terus. Sampai atas, cari Adam dengan Aina takde atas katil. Rupanya, dalam bilik air! Ya Allah! Terkejutnya aku. Allah saja yang tahu betapa nak tercabutnya jantung ni. Bila masanya bangun dan terus masuk bilik air ni. Baru je nak bukak mulut, Adam dah bukak mulut dulu.

"Ibu..tolong bawak adik keluar. Along nak kencing ni. Kacau je adik ni"  

Laaaa....aku ingat sebab apa la nak mintak tolong tadi. Tapi...bagus jugak dia jerit, kalau tak, memang aku tak sedar yang diorang dah bangun. Dah siap kencing, mandikan terus. Dua-dua mandi sekaligus. Sental yang ni, bilas yang tu. Bilas yang ni, sental yang tu. Siap!

Lap badan Aina, Tekap badan Adam (badan Adam tak boleh lap sangat sebab luka eczema tu. Tekap-tekap je), sapu ubat dan cream Adam, kemudian pakai baju. Turun makan nasi! 

Okay..itu saje ceritanya. ;)


Friday 11 September 2015

Kurusnya...Apa rahsia?

Sejak dari dulu sampai lah sekarang...memang inilah soalan yang selalu dituju pada aku. 

"Kurusnya. Apa rahsia?"

Takpun

"Tak besar-besar pun. Diet ke?"

Atau yang gurau kasar sikit

"Kena tiup dek angin, melayang je tu"
"Laki tak bagi makan ke?"
"Dah macam mayat hidup gayanya"

Kalau dulu-dulu, rajinlah menjawab. Lama-lama bosan jugak dengan soalan macam ni. Kalau boleh aku nak je badan sedap-sedap ni. Montok-montok gitu. Hahaha... Tapi yelah, manusia. Lagi-lagi perempuan, mana pernah puas hati dengan diri sendiri. Ada je komplen. Lagi-lagi bab kecantikan.

Rahsia maintain kurus aku:

Per-tama, 
Genetik. Mama aku kurus. Arwah Papa pun takdelah besar mana. Standard boroi tu je lah. Tapi, mama memang kurus zaman muda. Pernah nak try baju mama masa muda, ohoiii...tak muat! Tak boleh butang baju weh. Hahaha...

Ke-dua,
Sistem pencernaan aku yang sangat hebat. Asal masuk pasti keluar. Tapi, aku yakin ni dari praktis sejak aku sekolah rendah. Masa darjah 3, Cikgu Rahim (tak silap GPK rasanya pangkat Cikgu Rahim ni) take over kelas Pendidikan Jasmani. Soalan pertama dia "Siapa tak minum air masak lagi pagi ni?". Aku antara yang bersemangat angkat tangan. Terus Cikgu Rahim cakap "Siapa tak minum air masak pagi-pagi nanti susah nak jadi pandai". Dari tu jugak, setiap hari aku minum air masak pagi-pagi. Nak pandai punya pasal. Kebetulan lepas tu ada exam pertengahan tahun. BM, BI dengan Math dapat 100% tu. Terus percaya teori tu. Hahahah...Bila dah besar sikit, baru faham tujuan dia. 

Ke-tiga,
Masa bujang (lepas habis belajar) aku suka bersukan dan berlari. Jogging, Pusing padang sekolah (Saya kan cikgu sebelum ni), main badminton, bola jaring, redah hutan, naik bukit ridan, camping sana sini atau apa-apa je aktiviti yang ada. Dan...pergi gym. Gym kat sekolah je. Tapi okaylah, boleh lupakan cerita-cerita sedih masa tu lah...

Ke-empat,
Dah kahwin, Ada anak. Breastfeed lagi. Putus susu sekejap sebab pregnantkan Aina. Then, sampai sekarang masih lagi breastfeed. Baru ternak lemak, ada yang datang sedut. Aku tak sure teori ni betul ke tak, tapi breastfeed memang buat aku susah nak naik badan. 

Last,
Masa makan yang terhad. Sejak jadi surirumah balik ni. Masa makan aku agak tak tersusun. Dan...nak makan banyak pun susah sikit. Sambil suap makan anak tu lah, aku baru dapat makan banyak sikit. Kalau makan sendiri. Susah sikit. Kejap-kejap, yang si kecik nangis nak tidur la nak susu la. Takpun yang besar nak berak la nak kencing la. Biasanya time kita nak suap nasi ke mulut tu lah yang buat perangainya. Kalau nak tunggu budak-budak tidur, time tu jugak la kita rasa nak tidur. Hehehe...

Sekarang, orang nak komplen, komplen lah. Ynag penting aku rasa sihat dan boleh urus macam-macam. Boleh dukung bebudak ni sekali hangkut turun naik tangga. Tapi, kalau badan fit mesti lagi cantik. Disebabkan masa nak ke gym agak terhad. Aku ber-joget dan exercise je dengan bebudak ni kat rumah. Senang. Bukak youtube, search squat workout pastu follow step je lah.Tapi...banyaklah cekadak nak sudahkan satu sesi.. Penat lah, dahaga lah. Nak air bandung lah. Hahahah... 

Kurus ke berisi ke, yang penting sihat. Kan? Kita kena jaga diri kita sendiri. 
Kalau bukan kita siapa lagi nak jaga. 


Tuesday 8 September 2015

To the Lanjut, Rompin!

Lama dah tak ber-piknik dengan family. Lama sangat!!! Sampai tak ingat aku bila last pergi piknik dengan diorang ni. So, cuti Hari Merdeka baru ni, kitorang pakat semua nak pergi Lanjut. Mandi pantai. Cadangnya nak bertolak dari Muadzam pagi-pagi butalah kononnya. Takde maknanya. Pukul 10.30 jugak la baru gerak. Lauk-pauk yang aku dengan mama masak pagi tu, pun dah jadi suam-suam. Hahahah....Sampai ke Lanjut tu dalam pukul 11.30 jugak la. Matahari dah tegak atas kepala. Legam oiii!!!

Ni nama je piknik tepi pantai, tapi kitorang sewa jugak chalet sebuah. RM 50 sehari. Senang nak bilas-bilas, nak mandi, nak solat, nak kencing berak semua lah. Lagipun, toilet jauhnya la hai. Nak terkencing, boleh la lari masuk air pantai, nak terberak? Hohoho....


Moh lah tengok gambar-gambar yang tak tersusun ni. 


Si kecik ni tengah-tengah mandi, seluar tertanggal. Si ibu mengejar seluarnya. Yelah, masa ni b aru baik demam, jadi badan susut sikit. Seluar pun longgar. 



Menanam si bongsu. Sepatutnya nak kambus si Adam, tapi dia takut siap jerit-jerit lagi. Cu la take over. Rasanya, sejak papa meninggal dia lah paling terkesan. Paling stress. Sebab dia memang paling manja. Sangat manja. Jadinya, kami kakak dan abang-abang kena pastikan dia kena diberi perhatian selalu. Sejak arwah takde, lain sangat dia. Lain... 


Ni memang si manja ayah ni. Ada ayah, ibu takde no hal dah. 


Hai baby Rais! Welcome to Rompin. Ibu Long jumpa Ayah Long kat sini lah. Eh! bukanlah kat pantai ni, kat sekolah rompin. 


Yusri, si No.3. Suka posing dia ni. Kesayangan si Adam & Aina



We at Lanjut!



Dah kenapa aok yus?


Makan dulu, nenek masak ikan patin! Lapar perut time ni, tapi tak berselera nak makan nasi. Jamah durian je 2 bijik. 2 bijik je. Kesian kan? 2 bijik je. Tu pun berebut dengan orang lain. T__T


Mama kesayangan saya. Baru je pencen, Bosan katanya tak kerja. Ajak duduk sini, dia taknak. Sayang rumah. Dan mak mertua saya.



Berehat sebentar untuk makan. baru dalam air 15minit dah kelaparan semua orang.


Posing dulu kat Jeti.



Muhammad Rais! Buat apa tu? Hehehe...
Ini adik ipar saya. Honestly, pelik bila ada adik perempuan. Sebab tu bila ada Ain ni, banyak je benda nak share, nak cerita dengan dia. 



Masa ni tengah geli dengan pasir lagi. Orang jarang pergi pantai. Jarang merasa pasir.



Ma Boys!


Dah Okay pun. Kejap je geli. 



Makan lagi. Baby Rais xsudah lagi makan tu. 

3 generasi wanita. Mama, aku dan Aina. Makan nasi denga sayur je yer adik. Jaga kulit. 

Ebi, Angah dan Yusri. Oh! Ni, ada orang baru beli tepon baru. Waterproof katakan. Tu yang eksen jer...


Tengok kedudukan tangan dan kaki. Tengah geli tu. Hahahah...


Budak kecil main pasir.


Budak besar pun main pasir


Makan lagi


Hallu Rais! Sudah kenyang la tu! Alang-alang celebrate 1st Anniversary diorang ni. Happy Anniversary Angah & Ain. Teruskan bercinta sampai ke Jannah. Bercinta selepas nikah lagi indah kan? 

Lepas penat-penat mandi-manda, kami ke Kuantan pulak. Pergi jumpa Asyraf. Oh ya! Dia tak join mandi-manda ni. Busy katanya. Jadinya, mama ajak pergi dinner dengan dia. Makan pun area-area kolej dia je. Senang. Walaupun cadangan awal ialah di Tanjung Lumpur. Lepas makan, terus balik Muadzam. Sampai rumah, semua pengsan!

Next time, kita pergi tempat lain pulak la. Takpun, kita BBQ pulak. 

Okaylah...sampai sini je. Bye-bye! 


Thursday 3 September 2015

Macam mana nak hidup?

Hari ni ada seseorang ajak aku join MLM dia. Aku ingat dah takde orang nak ajak join. Ada lagi rupanya. Taktik dan cara yang sama. Tunjuk kemewahan yang dia ada. Koleksi-koleksi handbag dan kasut yang dia ada. Gambar-gambar lokasi percutian yang ditaja.

Salah orang perempuan ni nak target aku rasa. Handbag? Kasut? Bukan citarasa aku. Cuba tunjuk gambar kek ke, cream puff ke, karipap ke, nasi kerabu ke. Barulah betul boleh pancing minat aku. Dan dalam banyak-banyak ayat pancingan tu, ada satu je yang menarik minat aku

"Kalau satu masa ko bercerai atau laki ko mati, ko nak hidup macam mana? 
You have no job. No money."

Well...perkara pertama dalam fikiran aku. 
Mana kau tahu aku takde duit walaupun aku tak kerja?
Apakah kerja itu tertakluk pada gaji bulanan ataupun bonus mencanak bila dapat downline?
Duit itu ada je mana-mana. Of course aku ada duit. Dan sentiasa dapat duit

Bila seluk poket seluar suami sebelum basuh baju
Bila kemas katil tiba-tiba ting..ting.. duit syiling jatuh
Bila kemas drawer atau almari atau shelf ada je kertas-kertas warna muncul
Bila nak vaccum sofa, ada je celah-celah tu.
Tengah-tengah baca novel mesti jumpa sekeping dua
Paling seronok, bila kemas handbag. Semua handbag. Setiap poket.

Duit la tu. ;)

Tapi taklah dapat segedebuk. 

Hehehe...

Jawapan aku:

"Hidup macam mana sebelum aku jumpa dia"

Rezeki Allah bagi. Usaha kena ada. Cuma sekarang aku memilih untuk menyusahkan suami aku. Sementara masa masih ada.