page

Saturday 10 October 2015

Angah the laki orang

Cerita setahun yang lepas. 

Belek-belek draft yang sedia banyak tu, pilih mana yang nak dibuat entry dulu. Disebabkan cerita ni antara paling lama yang dikepam dalam draft, kita start dengan yang ni. Boleh jadi entry untuk 1st anniversary Angah & Ain. Eh..eh...kakak dia pulak yang lebih!

Setahun lebih yang lepas, 30 Ogos angah nikah dan 31 Ogos majlis bersanding kat Laman Pengantin Taman Melawati. Cantik kawasan dia. Sesuai pun dengan nama dia. Cuma tak sempat nak buat lawatan tapak secara menyeluruh sebab panas sangat masa tu. 


Tema warna biru pink. Cantik sangat warna dia. Lembut je kan? Nanti wedding anak nak buat kaler ni lah. Hah! awal dah ibu korang fikir tau. Simpan duit awal-awal lagi. Untuk belajar, kerja, kahwin. Sekarang semua guna duit tau!


Dak Aina masa ni, baru 6 bulan. Demboi lagi muka tu.


Kelaut betul shawl tu. Asalnya lilit lain, dah ada anak kecik ni, tarik sana, tarik sini. Huh! 


Makan beradab. Masa ni arwah nampak segar sikit, tapi tak sihat dah masa ni.





Raja sehari kelaparan. Nasib sihat sepenuhnya Angah masa ni. Sebulan lebih sebelum tu warded di Hospital Tawakkal sebab heat stroke.


Tahulah seronok jadi pengantin, Cover sikit gigi tu ngah. hehehe..


Laman dia besar, Ada guest house kat situ. Nak berehat nak solat boleh. Selesa sangat. Memang convenient la tempat ni. Catering : makanan dia pun sedap-sedap. Ain kata sewa sangat berbaloi. Management pun bagus, senang nak berurusan. Ada juga aku baca review tentang servis yang teruk. Tapi, mungkin rezeki kami. Alhamdulillah...semuanya senang.

Kalau sesiapa nak tempah tempat ni, boleh bukak page dia di facebook. 
Disebabkan hari ni mood baik, aku sediakan link dia. Klik saje! =)

Okay lah...jumpa lagi!
Bye-bye!

Friday 2 October 2015

Gadget, Anak & Tidak Adil

Seminggu ni, banyak berbincang tentang kesan gadget pada anak-anak. Semuanya, dari group-group kat whatsApp dari kawan sekolah ke kawan kolej ke kawan kerja ke saudara mara. Semuanya tentang gadget dan anak-anak. Aku sokong dengan point yang banyak buruknya kita dedahkan gadget pada anak-anak. Kesan paling besar : Lack of communication in the family. Dan action perlu dilakukan ialah, jangan bagi anak gadget di rumah. Aku setuju, TAPI dengan syarat. Ibu bapa pun perlu buat perkara yang sama. No gadget juga (bila dengan anak-anak) especially dekat rumah.

Kebanyakkannya, taknak bagi anak main iPad, tablet, handphone, tapi ibu bapa tu sendiri leka dengan Facebook, Instagram, Twitter, Wechat, WhatsApp, Youtube, Online shopping pun dikira tau. Jadi, apa point nya, taknak bagi anak tapi kita sendiri yang buat. Tidak adil kan? Kita suruh anak main mainan yang kita beli sebakul tu, tak bagi main iPad, tablet tapi kita tekan-tekan, slide-slide telefon kita. 

TAK ADILNYA KITA


 Macam aku sendiri, baru-baru ni, masa baru je sampai Kelantan jam 5 pagi tu, lepas dah angkat segala mak nenek beg tu, masing-masing belek telefon dulu. Aku dan Farik. Tiba-tiba, Adam masuk bilik (lepas pergi kacau nenek dia suruh bangun) mengeluh. Sambil cekak pinggang dia cakap dengan kuatnya "Ibu Ayah ni, dua-dua tengok telefon. Apalah." Dan dia terus keluar pergi dekat nenek semula. Masa tu, aku dah tersentap. terus letak telefon, keluar bilik cari Adam. Tapi, dia taknak. Nak tidur nenek pulak. Fuhhh!!! Tergamam ibu ni hah! Padahal sebelum tu, dia nak main game Pou kat phone aku, aku tak bagi. 

*Bad mother*
*Bad mother*
*Bad mother*
*Bad mother*
*Bad mother*
*Bad mother*

Sejak pada tu, aku jarang dah nak main phone depan dia. Dan, seminggu ni, aku tak bagi dia main iPad dia sebelum pukul 6 petang. Lepas 6 petang tu baru aku bagi. Biasa kejap je, dia akan tengok cerita Mr.Bean, Robocar Poli dengan Tobot tu je. Nak maghrib aku ambil balik. Biasanya, bagi tu sebab upah sebab nak mandi & makan. Sejak-sejak dah besar ni, liat naw nak ajak mandi petang dan makan. Macam hari ni, taknak langsung nasi. nak makan spageti je. Pagi Petang makan spageti je lah. Rasanya, masa mengandungkan dia takde pulak mengidam makan omputih ni. Hehehe...

Aku tetap akan bagi dia bermesra dengan gadget-gadget ni. Cuma dilimitkan dan seimbangkan. InsyaALLAH. Sebab ini, zaman diorang. Mungkin sekarang main slide-slide, mana tahu nanti zaman diorang dah remaja, teknologi hologram ambil alih. Interview, discussion, meeting, gossip semua appear muka secara live depan mata. Makanan nak order atau masak atau nak makan pun appear macam tu je. Click, hidu terus kenyang. Mungkin ke? Penangan tengok movie banyak sangat! 



"Didiklah anak-anakmu mengikut zamannya. Kerana zamannya adalah tidak sama dengan zamanmu" - Saidina Umar Al-Khattab




Thursday 1 October 2015

Aidil Adha 2015

Turn balik kampung untuk beraya tahun ini

AidilFitri : Suami
AidilAdha : Isteri

Jadinya, tahun ni kami beraya di Kelantan. Sebabnya, mama nak beraya kat sana. Kalau mama nak beraya di Muadzam, ke Muadzam lah kami. Kemana mama tuju, kami follow. Terkebetulan pulak, Farik ni tak pernah beraya haji di Kelantan. Biasa balik, ada kenduri kahwin je. Raya puasa pun baru sekali balik Kelantan selama 5 tahun perkahwinan. Alhamdulillah, dalam proses nak balik kampung siapa dulu untuk hari raya, tak pernah jadi masalah. Gilir-gilir. 

Kami gerak malam raya, lepas Farik balik kerja, mandi-mandi, angkut barang masuk kereta. Makan dan solat maghrib. Lepas tu baru kami mulakan perjalanan. Lebih kurang dalam pukul 8 la dari Setia Alam ni. Memang dah agak, akan jem. Sebelum Hentian Duta kereta dah banyak dan slow sampai lah ke Bentong. Hajatnya nak ikut Gua Musang, tapi tengok kereta berjujut nak exit Bentong, kami cancelkan, terus je ikut LPT. Perjalanan akan jadi lebih jauh la. Takpelah, janji highway dan tak redah jem. Kami tiba di Pasir Mas dalam pukul 5 pagi. Pagi raya mata panda weh!

Raya Pertama




Nampak tak mata ibu dengan ayah sangat tak bermaya. Tapi disebabkan raya, takkan nak tidur je. Lepas sembahyang raya, makan-makan dulu, terus pergi kubur kat Salor. Cadangnya nak pergi tengok korban lembu Ayah Su, tapi panas sangat, tak jadi lah. Badan pun letih lagi. 



Gambar Atas dan bawah : Sang bujang-bujang 




Mama kat belakang tu, masuk sikit je muka. 



Nampak hujung kepala je Aku dengan Cikda. Ini hasil tangan Adam Zafran. Redha je la phone penuh gambar yang senget benget dan blur-blur. 


Angah, Ain dan Baby Rais. Mana baju raya awak Rais? 

Balik dari Salor singgah lunch dulu kat rumah SuNie, sup gearbox dengan daging goreng. Aku tambah lagi dengan roti benggali cicah kari ayam. Fuh!!! Sedap! Makan tak ingat dunia! Sup gearbox tu yang syoknya! Dah kenyang. Tidur. Semua orang pengsan. Senyap sunyi rumah. Aku terjaga banyak kali sebab panas sangat. Malam ke rumah Ayah Li. Pekena Gearbox lagi, daging goreng lagi, mee kari lagi. Juara beraya kali ni!

Raya Kedua

Ke Mulong. Ye kot nama tempat tu. Area-area situlah. Aqiqah anak saudara sepupu, si Puteri budak manja. Makan lagi. Daging lagi. Tapi sebab sedap, takde arah lah. Singgang daging, daging goreng, tapai (yang ni aku jamah secubit je. Serik nak makan). Aku tak tahu lah macam mana makcik-makcik ni masak. Sedap sokmo! Bertambah-tambah makan! Tapi kalau aku masak sendiri, sedih je rasa. Tak sama langsung. Fail lah masak daging-daging ni. Kalau dengan daging, buat begedil je aku rasa macam hebat gila! 


Aina, sampai rumah orang terus tidur. Tak bergerak langsung. Usik-usik pun tak bangun pun
Adam, dah kenyang makan nasi. Ambil botol minum. Nak baring dengan baby Rais.
Rais, ada bodyguard. Si Adam. Kemana je Rais ada mesti Adam ada. Siap nak tidur dengan Rais
Okay, dah cukup 3 anak. Boleh rehat dah la. Hihihi...


Inilah si Puteri budak manja tu. Asyik hulur tangan nak suruh aunty dukung. Rasa macam ringan je dukung Puteri ni tapi berat dekat 8 kilo jugak. Bulat-bulat padat badan puteri ni. Biasanya, bila pegang baby ni, mulalah rasanak pregnant lagi. Rindu dengan "womb service". :) 

Malam pula, ke Bunut Susu. Beraya sambil makan-makan. Singgang daging, Daging goreng. Tak tahulah berapa kali tambah. Dan! Berapa banyak lemak terkumpul dalam badan ni. Penuh rasa perut. Hajatnya...malam nak tidur awal sebab esoknya nk balik redah perjalanan yang jauh tapi bau kuih muih Cikda masak kat dapur terus buat mata ni terbuka luas. Kebetulan order banyak untuk esok, aku pun tolonglah sikit-sikit. Sambil-sambil masuk mulut. Hahaha...



Antara yang siap. Kasui. 200 bijik. Dalam perut tak tahu berapa bijik. 
Siap ni sambung kole kace (kole kacang), creampuff. Tapinya...aku sempat smpi kole kacang je. Cream puff dah tak larat. Terus pengsan. Bangun pagi makan je cream puff. Tak sempat nak curik resepi rahsia dia. 

Raya KeTiga

Pergi pasar mundok, beli beras siam. Sambar 2 beg. Makin mahal pulak beras ni. Nak buat macam mana, duit kita jatuh teruk. Jadinya, barang dia pun makin mahal. Kacang siam pun jadi rm7/botol. Dulu rm4/botol. Ini pun, dijangka nilai makin jatuh. Tak tahu lah macam mana... Balik dari pasar, siap-siap kemas beg ready nak balik. Perjalanan kami agak jauh dari Kelantan-Kuantan-KL. Pusing jauh lagi. Gerak pukul 10.30 pagi sampai rumah 12.30 pagi esoknya. 


Raya kali ni, jadual padat dengan makan-makan di rumah orang. Rumah sendiri tak berasap sangat. Berasap bila nak masak air buat teh o dan goreng keropok. Balik kena exercise la...Penuh lelemak jahat kat badan. Badan pun jadi lemau je nanti. Confirm dah!

Sebelum mengakhiri cerita tentang Raya Korban tahun ni, nak belanja sikit la gambar pengantin lama yang feng-feeling pengantin baru sebab pakai baju nikah, yang 5 tahun lepas.



Hehehe...Okaylah...Babai!






Komputer Buat Hal

Rasa nak hempuk je CPU ni. Baru start window dah keluar macam-macam corak, kaler dan garis sana-sini. Dulu dah pernah jadi sekali. Hantar kedai, dia kata virus. Kena format. Farik kata takpela, kita hantar kat kawan dia. Boleh format PC. Aku pun setuju la. Asalnya nak format je, tapi Farik ni kaki game jugak. Jadi macam-macam la add-on. Tukar grafik kad la, tukar hard disk la, upgrade tu upgrade ni. Sekali total bil : Ringgit Malaysia Satu Ribu ++. T_T

Nasiblah elok dan smooth je nak melayari internet sambil online shopping. Sempatlah aku beli macam-macam, baca gossip, main game tembak sana sini, google resepi itu ini... ;)

Tapi...yang indah hanyalah sementara. 6 bulan berlalu, kembali buat hal. Langsung takde view langsung bila on. Bunyi kipas yang berputar-putar je. Dah la aku baru je transfer gambar beberapa hari sebelum tu. T_T lagi.

Pergi kedai, dia kata problem motherboard. Tapi takyah tukar pun takpe. Boleh cuci-cuci, sental-sental, keringkan dan jemur. Erti kata lain : FORMAT! Semua C,D,E,F,G,H,J,K kena format. Ku relakan di format. Tapi..kali ni hantar kat kedai je. Takyah dah hantar kat kawan Farik. Nanti ada je memandai nak tambah macam-macam. Kali ni..kena tegas! 

Dah dapat...okay! Boleh main game! Tujuan utama! 

TAPI...

Sekali lagi! Dia buat hal macam mula-mula kena strok tu. Fuh! Mengucap panjang. Ni lah...masa tengah tulis entry ni, baru je lepas reset 5 kali. Dan tukar pada Safe Mode. Tulisan, gambar pun jadi kembang macam zaman guna dial-up jaring.

Sabar je lah...Lepas ni beli CPU baru je lah jawabnya. Dah berterbangan duit melayang. Bukan sikit. Banyak tu! Baik beli yang baru! Yang lama ni, kita buat akuarium je lah. Eh! CPU mana boleh buat akuarium. Kalau monitor tu boleh la. Tapi...itupun monitor yang gemuk tulah. Jenis yang kucing suka buat tidur kat atas dia tu.

Buat sementara ni, gunalah Safe Mode ni. Yang klasik!

Tunggu belanjawan la baru cari baru. Belanjawan untuk langsir pun tak lulus lagi ni. Kena beratur la ye. Huhuhu....