page

Thursday 7 June 2018

New Post

Lama betul tinggal blog ni. Sejak-sejak aktif ber-instagram ni, semua cerita update situ je.  Senang. Guna phone je. Kalau nak update blog ni tak puas kalau guna phone. Feeling menaip tu takde.

To be exact sejak duduk Johor ni memang susah la nak jenguk blog. Mahu tak, masa awal-awal pindah sini, coverage DiGi punyalah susah. Asal malam, nak call orang pun sayup-sayup je suara dengar. Inikan pula nak ber-sosial media.  Pergi ofis okay la sikit tapi time awal-awal dulu busy sangat. Best jugak bila coverage ni ciput. Banyak masa boleh spend buat perkara manfaat sikit. Selalunya lagho je. Hihihihi...

 Tak pernah pun terfikir akan keluar dari KL. Apatah lagi ke Johor ni. Selalunya, husband kena transfer project ke area Lembah Klang je. Tapi ni ke Johor. Fuh...sarat jugak kepala sebelum nak pindah. Lepas tu hujung negeri selatan ni ha. Seberang tu je boleh nampak Singapore. Sementara masa ada kat sini, banyak nak explore kat sini. Especially  makanan.


Okay lah...nanti sambung. Nak siapkan report. Curi masa kat office jap ni. Dosa dah kat situ.