page

Saturday, 2 August 2014

Family Potrait

Throwback

Ini ialah gambar raya kami bersama papa yang terakhir 


Friday, 1 August 2014

Borak-borak


Adam bangun. Cari ibu, peluk ibu.

Sambil gentel pusat....

'Ibu, ayah mana?'

'Ayah pergi work Adam'

'Ayah naik motor ke?'

'Aah...ayah naik motor. Kenapa?'

'Adam nak naik motor. Nak pergi taman. Jom ibu.'

'Petang la. Tunggu ayah balik nak? Adik tidur lagi'

'Adam tidur lagi ke?'

'Iye...Adik tidur lagi. Tunggu Adik bangun yer'

'Tunggu Adik bangun ke?'

'Kita tunggu Adik bangun. Jom mandi nak?'

'Nak mandi ke?'

'Mandila...Adam busuk. Kita gosok gigi'

'Adam busuk ke? Gosok Gigi ke?'

'Busuk la...Adam Xmandi lg. tak gosok Gigi lagi.'

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.








Sunday, 13 July 2014

Sekeping gambar


Look at the picture, can u guess my brothers? Hahahaha....dua orang budak gelap yang buat muka tak senonoh tu. We love to spoil the picture.

Lagi dua orang Adik aku entah kemana hilangnya. Yang depan skali makcik aku paling bongsu, sunie. Yang pakai kopiah tu, abah. My know-everything-encyclopedia uncle.  Seriously. Tanya la apa saja, selalunya dia akan Ada jawapan. Yang pasangan Kat pintu tu pengantin baru. Baru 6bln kalau xsilap. Yang lain...my lovely cousins. Handsome2, cantik2 belaka. :)

Iftar & sahur di kampung

Hari ni ada di muadzam. Sampainya malam tadi. Suppose semalam gerak awl dr shah alam, dengan harapan sempat la nak berbuka dengan family. Tapi, apa yang dirancang xsemestinya akan ikut plan kan? Semalam, kereta kat bengkel lambat pulak siapnya. Lepas asar jugak la gerak. Kompom-kompom la memang xsempat buka kat Muadzam. Jadinya, berhenti kat restoran warisan di terachi (kalau xsilap la). Tunggu makanan sampai dekat sejam lebih baru sampai. Lepas makan, perjalanan di teruskan, kul 10 sampai Muadzam. Walau perut dah kenyang, tetap ke dapur tengok juadah. Oh my! My ayam percik dengan puding raja. My mother really loves me! Spoil kan aku dengan makanan sedap-sedap. Wuhuuuuu!!!!

Pagi ni sahur, lauk sambal sotong, kari kepala ikan. Haaaa...xke mewah sahur den. Alhamdulillah....habis semua! Sedap hingga menjilat jari. Ni, maka tengah prepare untuk berbuka. Nyum! nyum! Mama soh aku tidur. Alang-alang aina tengah tidur. En.suami dengan adam hantar tokma(mak mertua) balik pekan. Mata taknak lelap la pulak. Tapi kena tidur jugakni. Kang nk teman en.suami drive.

Hamboi dik, lena nya awak!

Kacau mama masak kejap la. Tengah preparing for her only daughter favourite, nasi ayam! Hmmmm....dapnye bau tumis-tumis ni. Keroncong kerincing sudah perutku.



Mama in action! Dari kecil, aku jarang di kasi dok dapur. Kalau nak tolong, duduk kat meja potong bawang, sayur. Hehehehe....lagi pun, aku memang kurang masak-masak ni. Lebih suka dok bilik, baca buku. Buku lah sangat! Novel-novel memang feveret la. Kat pustaka minda (kedai buku yg buat servis sewa buku), hampir semua novel aku dah baca. 

Bawah ni, juadah mama dah siap masak tadi. Sambal udang dengan sambal ikan bilis. Ni masak awl sebab adik aku si asyraf dah nak balik kolej. Buat bekal utk berbuka nanti. Bas dia kul 1, jadi mama masak udang ni terus. Udang ni baru dr Rompin. Kompem manisnyeeeee..... 


Waaaa....lambat nya nak berbuka! Xsabar nak makan udang dengan nasi ayam mama....huuuu!


Mother's cook always the best! I love u mama! 




Wednesday, 9 July 2014

Tasks & pengasuh

Ingat lagi aku nak story tentang taska budak comel berdua ni? Okay, let the story begin.
Masa dalam pantang, aku dah mula calling-calling taska area umah aku. Kebanyakkan nye xambil baby. Kalau yang ada pun, ada cerita xbest disebaliknya. Ada satu hari tu en.suami kata ada satu dekat area catarina. Ambil dr bayi 2bln-4 tahun je. Okaylah terus calling owner. Bincang-bincang. Balik shah alam nanti terus g tengok taska. 

Dah abis pantang, balik shah alam awl skit sebab kena masuk kerja awl. Orang dah memanggil-manggil. Nak wat camno. Jadi, pergi la buat lawatan tapak ke taska. Ada 3 pengasuh. Ada 11 orang budak. Baby sorang. Environment okay dan banyak jugak aktiviti yang dirogol buat. Puas ati site visit, buat investigation lak. Call JKM, tanya status taska. Okay. Berdaftar. Hmmm...lulus. Mulanya, was-was sebab budak menjaga mudanya. Tapi, dah pergi kursus, kira okay la. Keputusan: hantar.

Bayaran agak mahal. Untuk setahun ke bawah, rm380. Setahun ke atas, rm350. Aku pulak campur dengan hari Sabtu half day lagi. Jadi, owner kata Sabtu kira kemudian. Untuk memudahkan perkiraan ot. Bila dah sebulan hantar, dapat bil ot. 300. 100 untuk lewat ambil. Kira lump sum 100/2pax. Another 200, 100/sat. 2xsat : 200 lah... Tak ke seribu lebih. Jadi, fikir-fikir balik. Nak stop. 

Jadi, aku tanya kenapa mhl sgt. Sedangkan half day je. Owner ckp, sebab terpaksa bayar bil letrik & air cikgu. Makan minum cikgu semua kena tanggung. Aku pelik. Tp aku fikir mungkin, setiap Sabtu cikgu-cikgu balik kampung. Jadinya, aku nekad la. Kita berhenti.

Then, aku bitau la pengasuh dulu. Nk stop. Diorang terkejut. Siap nangis, pujuk jangan berhenti. By the way, Diorang dah rapat dengan aina&adam. Aku pun ringan mulut bagi alasan cakap, sian korang, sebab akak korang xbalik kampung. Dan-dan tu Diorang, mana ada kak. Kitorg jarang balik. Dalam ati aku, aik? Then...aku pun story la conversation antara aku ngan owner. Pulak tu, tetiba diorg senyap. Lama tu, baru salah seorg citer, diorg br sekali dapat duit ot. Tu pun, enam ringgit lebih. Bahagi lak 3orang. Lepas-lepas tu tak pernah. Ot puluhan jam, yillek! Gaji yg asalnya 900 jd 600++ sebabnya tolak bil letrik, air, rumah. Duit lauk pauk untuk budak-budak ni 50/week. Beli ayam, sayur, brg kering lain untuk budak -budak ni. Budak yg makan ada 10org. Makan sarapan, tghari dengan minum petang. Agak-agak cukup ke? Dah la Sabtu aku hantar anak-anak. Jadinya, setiap Sabtu pagi aku bekalkan makanan untuk anak-anak & cikgunya sekali. 

Kesian aku dengan diorang. Baya adik-adik aku. Kebajikan tak terjaga. Sedih kan? Marah pun ada. Aku cerita kat en.suami. Dia suggest kami belikan lauk basah jugak untuk taska. Jadi setiap ,minggu aku beli lauk, aku belikan sekali untuk taska. Bukan apa, bukan nak bagi lemak kat owner, tapi mikir anak kita. Anak-anak yang tengah membesar & fasa makan banyak. Kalau cikgu-cikgu dah okay. Jaga anak kita macam jaga adik sendiri, apa salahnya. 

Yang buat kami laki bini termenung panjang ialah, taska ni kepunyaan owner yang berpangkat besar. Dato' lagi. Ada macam-macam bisnes. Bawak kereta datang taska pun kereta besar. Mesti berkepuk-kepuk duit. Jangan kata kebajikan, maintenance taska pun, hadoooiiii!!!! Untuk taska ni, publisiti agak meluas, masuk majalah Pa&Ma lagi untuk taska pilihan. Takkan yang di tayang pada ibu bapa, macam ni. Kami bertahan masih hantar sebab keserasian cikgu dan anak-anak. Hari Sabtu dah jarang hantar. Bawak pergi office, xpun cuti la. Hahahahaha.....

Harap, selepas aku komen pada owner, adalah perubahan dekat taska tu. Harap-harapnya. :)

Kalau tak, berhenti keje la aku. ( laki den punya option ) . Hahaha....