page

Wednesday, 28 November 2012

Kemas rumah

Weekend lepas, kami sekeluarga balik la kampung sebabnya adik ipar aku nak kawen dah. Pekan vs Chini. Sampai kampung, tengok rumah dah cat baru. Eh...bilik kami dah siap. Tapi...tak gaya bilik, gaya stor. Ye lah, baru jer siapkan. Dengan kayu, plywood, paku merata. Jadi kami dalam penat tetap nekad nak kemas bilik. Hampir 3 jam la jugak nak setel semua. Angkat almari, katil, tikar getah buang. Letih wooo...

Tapi dalam pada tuh, ada cicakman baru muncul! Tengok lah pic cicakman beraksi. Dengan mata coklat yer. Saya Sayang cicakman ni. Jangan culik cicakman saya tau.

Solat Zohor paling lama

Sejak Adam dah pandai jalan ni, bebas sikit la nak solat. Lebih tenang pun ye. Kalau dulu, asal nak solat je letak dalam playpen. Confirm-confirm dia akan mengamuk marah. Menangis macam kena dera la. Tak bebas nak main kot. Sempit. 

Hak bermain hak kami! Erk??

Sejak dah boleh jalan ni, biar je dia atas lantai. Letak setambun pampers die, ralik la dia. Tak kacau langsung ibu solat. Dan senyap jer. Tak bebel, tak nangis, tak merungut. Hormat ibu tengah solat ye sayang. Bagus anak ibu. Jadi anak soleh yer. Tapi kali ni tak, dia siap berdiri sebelah. Mulanya biarkan je, sebab dia tak ganggu langsung pergerakan solat aku tapi tak kusyuk la jadinya. Tengah rakaat kedua, aku tengah ruku', dia datang. Aku nak sujud tak boleh. Adam berdiri betul-betul tengah sejadah tu. Posing tadah tangan. Lama pulak tu nak tunggu 'amin' nya. Bila dah 'amin', dia meniarap pulak. Punya la lama aku tunggu nak sujud ni. Entah berapa minit barulah dia bangun. Itupun sebab dengan bunyi notification tone kat handphone. Adam pergi je, cepat-cepat aku habiskan solat zohor aku.

Habis je solat, aku berdoa. Habis doa, terus capai Adam, geletek smpi nangis..

Haissshhh la anak. Uji kesabaran betol.  

Sejak pada tuh, bila aku ruku' dia mesti intai muka aku, sambil sengih tunjuk gigi kapak dia tuh. Dah la comel. Saje jer. Ishhh...

Tuesday, 27 November 2012

2 tahun bersama


Perkenalan bermula masa kami di menengah rendah lagi. Aku form 1-3, sekolah kat rompin. Gara-gara nak duduk asrama. Dapat pulak kelas rancangan khas, memang sukalah. Aku suka belajar bahasa arab. masa tuh la. First aku kenal dia, form 1, masa jadi ajk koperasi sekolah. Sebelum tu aku pernah dengar nama je, sbb ada  a few dormmate and classmate aku kat kelas admire gile kat mamat ni. Hmm..boleh tahan! Patut asal balik asrama je, dengar citer pasal die. Aku layankan jer,sbb aku tak kenal sangat mamat ni. Plus, aku ni takde pulak nak admire sesiapa lagi waktu tuh. Hahaha... Ada la beberapa lagi budak lelaki batch aku ni yang agak feymes. Siap berebut orang nak jadi adik angkat. Yelah, muka masing-masing comel time tuh. Budak lagi kan.

Nak dijadikan cerita, form 3 aku sekelas pulak dengan dia. Dalam 10 orang budak lelaki dalam kelas aku, dia sorang je yang tak banyak cakap ngan aku. Susah giler nak sembang dengan die. Mungkin sbb dia sorang bukan budak asrama. Tapi sebab tuh jugak aku dah mula suka tengok dia. Comel! Patutlah kawan-kawan aku suka kat mamat ni. Tapi aku lebih banyak senyap dari cerita ngan kawan-kawan aku. Sebabnya, dah tentu-tentu kawan aku suka kat dia, takkan aku nak kacau line pulak kan? Tapi...disebabkan aku ni bendahari kelas, ada point la nak cakap. Kalau tak mintak duit yuran, agak susah la nak borak ngan dia. Yelah, aku ni sape la. Budak lain comel, cantik. Aku ni pulak comot. huuuu... Sedey kan? Dah la aku ni pemalu orangnya. Dalam erti kata lain 'sombong'. Hahahah...

Ala...gambar tak clear la pulak, Tapi kami sekelas  la form 3.

Dia duduk depan saya, saya berdiri dibelakangnya, Jodoh kah? Hahahah...

Lepas PMR aku 'dipindahkan' ke SMTMS. Dipindahkan. Paksa tak rela. Aku nak jadi doktor, tapi terkubur harapan. Takpelah, masuk sekolah ni lagi happening. Geng gila-gila aku ada, geng skema aku ada, geng ponteng aku ada. Senang cakap, sekolah ni mewarnai memori aku. Tapi tuhla, terpisahlah aku dari si muka comel tuh. Nak kata lost contact ye jugak tapi aku slalu je dapat cerita tentang die. Kawan-kawan perempuan aku rajin tulis surat dan cerita tentang life diorang kat sana. Ada la terselit satu, dua cerita tentang dia. Tapi sampai situ jer.

Bertahun tak jumpa dan berhubung.

Aku buat latihan industri kat JKR Rompin. Waktu tu tahun 2004 tak silap aku. Aku praktikal sekali dengan kawan dia si Bob. So, dari situ kitorang mula contact balik. Pulak tu, ada friendster kan? Time tuh giler friendster. So, sembang-sembang melalui friendster. Sekali dia mintak number phone. Dari situ, terus rapat dan akhirnya couple. Hahaha...memang tak sangka la wei. Dahla aku minat dia diam-diam. hihihi...Kawan-kawan waktu sekolah bila jumpa dia mesti cakap 'Eh buck, ko ngan wani?'. Kalau jumpa aku pulak 'Eh wani, ko ngan buck?'.  Diorang pun tak percaya la wei. 

Bertahun bercinta, ada pasang surut. Ada luka sembuh. Dan pada 10 April 2010 kami bertunang. Dah bertunang pun lagilah...pasang surut. Bak kata orang, masa bertunang ujian dia Maha dasyat. Untuk sesetengah orang la. Yup..aku akui. Syaitan memang menggangu hubungan kami. Namun, kami di ijab kabulkan pada 26 November 2010 malam selepas isyak. Menangis la syaitan time tuh tengok anak adam mendirikan masjid. 27 November 2010, majlis besar. Dan sahlah aku menjadi isterinya. 
Kini, sudah 2 tahun kami mendirikan rumahtangga. Siap ada si lasak, Adam Zafran. Yang mewarnai lagi hidup kami. InsyaAllah, akan aku pertahankan rumahtangga aku hingga ke akhir hayat aku dan membesarkan zuriatku dengan sempurna. 

Itulah kisah aku dan si dia, Mohd Zulfarik bin Zahari. Cinta hati aku selamanya.

Photo: ;)




Friday, 23 November 2012

Jenuh mak di mall!

Adam dah boleh jalan dengan lajunya. Walaupun belom cukup tuff dan masih macam ketam, senget sana, senget sini..tapi lajunya macam lipas kudung. Kadang-kadang terhuyung-hayang. Kalau nasib baik, berdiri tegak lagi, tapi kalau tak, terduduk la. Kalau kita buat muka terkejut, nangis lah. Tapi kalau buat tatsu jer, sengih kemain. Siap gelak-gelak lagi. Konon tak sakitla. Eh, big boy kan?

Kalau masuk mall, semua kedai nak disinggahnya. Kalau datang masa peramah yang amat tuh, semua orang disalamnya. Tapi, yang pasti kalau nampak pak guard (shopping mall kan selalu ada pak guard berlegar-legar), selalunya Adam akan membebel. Macam marah pun yer. Pernah sekali, aku bawak Adam ke mall. Ayahnya masuk office, aku bawak Adam pusing-pusing. Biasalah bila budak baru berjalan, terhuyung-hayang la. Kejap ke kanan, kejap ke kiri. Lagi pulak mana nak didukungnya. Tengah Adam jalan depan aku, sepasang pakwe makwe sedang berpegangan tangan dari arah bertentangan terlanggar Adam. Dup! Adam terduduk. Aku angkat Adam and say sorry. Aku pun memang tak perasan diorang dr arah depan. 

Then that girl merungut. Dengan jelas aku dengar dia cakap:

 "Lain kali, jagalah anak tu betul-betul. Ni biar langgar orang." 

Aku diam. Dukung Adam. Tenung Si awek dengan sgt tajam. Again mintak maaf. 

" I nnt ada anak...... kan B?"

Aku tak brape nak dengar sangat apa lagi yang di komen nya kat boifren die. Kalau ikutkan hati aku, nak jer sound balik, kasi tepek kat muka tuh. Tapi, bila kenang orang ramai keliling tuh, malu pulak budak ni kang. Nasib la aku ni baik hati waktu tuh. 

Alahai budak, berapa umur kau? Tiada rasa hormat langsung. Aku tak hadap maaf dari kau, cuma hormat sikit orang yang lagi tua ni. Terang- terang aku ada anak. Confirm la aku lagi tua dari kau. Tak tahu la pulak kalau muka aku ni 'baby face'. Muka ala-ala lepas PMR. Rasanya tak. Hahahaah....

Takpelah, tunggu la hari kau dah ada anak. Semoga nanti kita jumpa lagi yer aweks bila kau dah ada anak. Nak jugak tengok macam mana cara jaga anak yang sebenar. ;)

 

Wednesday, 21 November 2012

Rindu Rowing


Last week, one of my team mates attached this pic(below) in our conversation. Ajak ber-kayak. Perghhh!! Memang teringat la zaman muda remaja yang aktif dan solid dulu. Huh! Memory wei...Walaupun kalah. Of course la kalah, kalau menang memang ajaib. Kami ni instant jer. Practice pun baru berapa kali, tapi takde orang lain yg berminat, kami take as a challenge. MASUM tuh. Ingat senang. Huhuhuhu... Kontigen UiTM mostly budak sport tuh. Aku ni yang bukan sape-sape masuk MASUM, Bangga jugak la! 

Ni last weekend. Memang takla nak join. Stamina ilang boh!
Aku tak ngat sangat cane aku leh terjebak dalam aktiviti sukan air ni. Yang aku boleh recall balik skit jer. Aku dan few members join Karisma. Kelab Rekreasi UiTM. One of the reason, aku sukan aktiviti lasak dan bersukan. Pulak tu, Karisma ada open untuk new member and orientation kat sungai chiling. Aku join then selalu ikut aktiviti diorg. Petang main kayak kat tasek Shah Alam. Daripada tuh la kalau tak silap aku. Then we were introduced with rowing. Practising guna Ei-go kat belakang swimming pool UiTM. And, finally became athlete for rowing. Yang buat lagi seronok, team perempuan and lelaki mostly dari our faculty. So, nak practise senang la skit. Hihihi...

Team members gegurl: Aku, Fara, Lynn, Ina, Nono, Isma
Team members boboyot: Tapong, Idham, Botak, Cha'ong.

Yang seingat aku. Yang lain tak ingat nama. Hahaha... Best ape main rowing. Walaupun aku tak pandai berenang langsung, tapi setakat praktis tuh takde lagi terbalik boat tuh. Seingat aku. Kitorang selalu praktis kat putrajaya. Dalam training room dan jugak kat tasek tuh la. Coach pulak hired yg hensem dan sasa gitu. Mahu tak semangat gadis-gadis dayung ni. Laki bini main rowing. Power dowh! Boss kitorang, aku panggil 'koi'. Nama betul tak ngat. Awek dia, Kak Zila.Itu aku ingat. Hahaha... Giler lama kot tak kontek. Ntah ingat lagi ke tak kat aku.

Gaya perlu hebat!
  
The ladies. Masih cerah wajah kami.

Jeng..jeng..jeng.. Sudah gelap!

Burn tapi manis gitu!

With the suit yang kitorang nak guna waktu game.
Hai..bila lagi la dapat ber-rowing ni. Ntah larat lagi ke tak. Kena kumpul stamina ni kalau nak main balik. Hahaha...angan tak sudah la wani ni! Mencari gambar waktu dinner. Tapi tak jumpa la pulak. Mana la ilangnya gambar-gambar ni. Sayang wooo!!!