page

Wednesday, 12 November 2014

Breakfast of the day: cek mek molek


Today breakfast: cek mek molek

Since sekarang harga kuih agak mahal/melampau, aku cadang nak buat sendiri je la. Bayangkan, sebijik cek mek molek 70sen. Mahal nak mampus! Jadinya, meh kita handmade saje kuih kita. So, Kita mulakan dengan yang paling senang. Yang sangat senang iaitu cek mek molek. Kuih dari Kelantan. 

Bahan-bahan:

Keledek, gula pasir, tepung, secubit garam

Moh kita mulakan

1. Potong keledek, lagi kecik lagi bagus. Lepas tu, kita rebus, lama sikit bagi betul-betul lembut. Dalam 20-30 minit. Api sederhana je. Dah lembut, angkat tos. Dah sejuk, ramas dan gul dengan tepung. Letak secubit garam tadi tu. Uli sampai xmelekit.


2. Bentukkan sesuatu hati, macam kat bawah ni.


3. Picit tengah dia, picit dalam sikit. Letak gula pasir lepas tu seal balik. Seal? Boleh la...katup balik.


4. Dah siap macam kat bawah ni, panaskan minyak dalam kuali. Goreng sampai garing. Ikut sukati la nak garing cane pun.


5. Lastly, taraaa!!! Jom makan!


Lepas ni kena tumpu ke kuih-kuih tradisional. Sebabnya, en.suami suka! 

Okay,Itu saje hari ni.



Tuesday, 28 October 2014

satay ikan free


Siapa pernah Makan satay ikan ni? Saya!!!! Siapa tak pernah Makan, sesungguhnya anda rugi. Heheheh.... Sebenarnya, aku sendiri pun lama dah xmerasa satay ikan ini. Lama sangat dah. Rasanya, sejak pregnantkan Adam kot. Kalau nak beli sesaje memang xla. Ni pun, kebetulan dapat free.


Sebelum bertolak balik ke shah alam, lepas dah hantar asyraf balik rumah sewa, dah jenguk ma & tok Kat umah cik tan, kami singgah la Kat jaga gading. Nak beli kepok lekor punya pasal. Stok Kat umah dah habis. Beli la kopok tu sikit, kopok ni sikit. Orang yg tukang jual ni dr awal kami sampai sampai nak bayar dok geram ke Adam. Putih la, comel la, bulu Mata panjang la, dagu mahal la. Geram sangat, sampai di baginya satay ikan ni free sebungkus. 


Adam tak pernah Makan satay ikan ni. Mula-mila dijilat duly. Hmmm...sedap. Lepas tu, trus ngap. Baru 3 cucuk, dah Ibu. Taknak la. Tak sedap. Nah...Ibu habis kan. Hahahah...ape lg, bedal la. Memang xsesedap dulu dah. Nipis sangat weh. Tinggal 2,3 batang tuk ayah.


Dah habis Makan, kita tangkap gambar skit. Muka yang langsung tanpa mekap. Xdan nak touch up. Tapinya, aku nampak berisi la. Macam best jerrr!!!!

Thursday, 23 October 2014

Makan-Makan: Teochew Chendul

Malam ni dinner kat luar la pulak. Padahal dah siap masak satu lauk, tinggal nak goreng sayur je lagi. Nampaknya ikan tu buat nasi goreng je la esok. Tak sempat nak dinner Kat rumah tadi sebabnya nak keluar. Nak beli barang dapur sikit. Lepas tu en.suami nak sambung masuk Ofis kejap. Takpelah, balik nnt baru lah kita dinner.

Namun yang demikian (aik?), masa lalu lalang kat kedai-kedai tu, bau laksa macam menarik-narik hidung ni. Aku pandang en.suami, en.suami pandang aku. "Macam sedap je bau laksa bang". Hahaha....ayat seorang isteri yang sedang memancing selera suami. Jadinya, dinner la kami kat sini. Hehehe....


Menu yang kami order:

Assam Laksa : RM 8.90/bowl
Ice kacang ice cream (untuk si isteri) : RM 6.90
Teochew Chendol Original : RM 5.90

Lama tak makan ais kacang, walaupun biasa-biasa je tapi orang kata lepas lah kempunan nak makan ais kacang. Chendol dia, okay la. Sedap lagi Chendol Lori tepi jalan kat pekan tu. Ni kurang lemak sikit lemaknya. Laksa? Pedas-pedas manis. Untuk yang tak makan pedas macam aku ni, memang berpijar lah, berdesing telinga. Over giler xmakan pedas langsung. Tapinya, jamah la laksa sampai habis. Kuah je xsanggup nak hirup. 



Tunggu ais kacang sampai. Adam pulak tidur. Penat seharian main, tak tidur. Lama jugak lah dia Lena dalam tu. Biasanya, xnak langsung duduk dalam stroller.


Menatarias rambut si anak dara, rambutnya jenis xnak duduk diam. 

Lokasi tempat kami santap malam ni, dalam paradigm je pun. Betul-betul sebelum pintu masuk dalam tesco. Sebelah dia, Delifrance. Asalnya, tempat cendol ni ialah kedai kek yang ada jual aiskrim potong sedap. Tak ingat nama kedai, tapi yang aku ingat, ada satu cerita, Nadiya Nissa dengan Remy Ishak berlakon kat situ. Destinasi Cinta Sara kot tajuk dia. Kedai tu dah takde, ade kedai ni pulak. 

Lepas ni, kalau agak-agak nak sangat makan ais kacang tapi malas nak cari, boleh la singgah sini lagi. Hahahaha....

Jumpa lagi di lain episod. Bye-bye.

Tuesday, 21 October 2014

Breakfast of the day : Roti Telur

Hari ni masak roti telur je dulu. Sebabnya, bangun lambat. Bihun pun baru je rendam. Tapinya, Perot kelaparan. Berkeroncong bukan main. Roti telur resepi mama. 

Bahan-bahan:

Telur 2 biji
Garam sikit
Susu pekat 2 sudu
Roti putih 6keping- potong 4

Cara-cara:

Pukul telur, garam ngan susu sampai nampak cantik. Pastu celop roti dalam telur yg dipukul tadi. Kemudian, goreng!

Bahan tambahan: 

Sediakan ubat elergik sekiranya nampak anak anda menggaru-garu. 


Tadaaaaa....dah siap! 


Budak baru bangun terus makan. Tak dan mandi gosok Gigi dulu. Muka pun busuk


Sesi suapkan adik aina. 


Dessert. Sedap. Yummeh.


Assalamualaikum semua....
Hari ni, aku nak share tentang satu tempat yang aku akan tuju Untuk dapatkan pemanis mulut yang lazat. Seriously, memang sedap. Can't deny it. It's Sugarpotdesucrè. What??? Sugarpotdesucre. Aku nak pronounce pun berbelit. Hehehe....Owner die ni, schoolmate masa kat teknik dulu. Fatmafarhana. Biasa org panggil dia Faye, tapi aku terbiasa panggil fatma. One of my bff la ni. Bukan nak bias sbb dia kawan, tapi seriously, Untuk tekak yg biasa-biasa macam aku akan cakap ianya sedap.

Actually, dia Ada cafe Kat lembah beringin. More to western la. Tapi, aku xpernah pergi, berkesempatan lagi buat masa ni. Dan aktif jual secara online, nak apa-apa call/what apps dia. search sugarpotdesucre at Facebook & Instagram, then place your order. Then she will deliver to you. 

  

Fb & IG sugarpotdesucre


Meh Kita lihat Antara yang aku pernah dan selalu order.

1. Death by Brownies

It's delicious, not too sweet. Makan dengan aiskrim vanilla...pergh!!! Ohsem! Last order 60 bekas, bekalan untuk rombongan pengantin ke majlis bersanding.

2. Blueberry cheesetart


Untuk cheesetart ni, memang sedap. Kecik ke besar ke memang sedap n puas hati. Filling dia, banyak. Tak kedekut la kiranya. Dua kali aku order. Satu untuk majlis Kahwin best friend aku, Shafinas. Satu lagi, majlis merisik angah yang sudahnya jadi majlis bertunang. Tapi, gambar atas, untuk majlis bertunang angah. 

3. Japanese cotton cheesecake & chocolate cake

Gambar kat atas ni, aku order sekali gus, cheesecake, chocolate cake, brownies & cream puff. Banyakkan, buat stock. Hahahaah....waktu ni, dah dapat gaji, tu yg banyak sikit ambik. Heheheh...

4. Wedding cake 

Cantik tak? Cantik kan???? Sayang nak bagi pihak perempuan. Okay, ni aku order untuk wedding angah. Sponsor cake je la. Memang exactly macam yang aku nak. Nak yang ala-ala sesuci embun pagi. Chocolate cake with Pearl & Orchid. Dia boleh buat according your budget too. 


She WA me the detailed of orchid. Either is it okay or not. Sebabnya, aku xnak orkid yang purple putih biasa tu. Aku nak orkid purple hijau, yang baru nak berbunga tu. 

Thanks darling, memang berkenan di hati. 

5. Cream puff

Okay, this puff sebenarnya order sebab teringin sangat. Selalunya, makcik yang buat. Memang nak sangat. Try la order. Alhamdulillah....Yeay! Dapat. Ononomnomnom....

6. Kinder bueno Swiss roll

Swiss roll dia....BESAR wehhhh!!!!! Kenyang!


Dah la besar, sodap pulak tu. Hehehe


Thanks Fatma. Awak lah penyelamat wani setiap kali wani nak kan sesuatu yang sedap! Heheheh....
En.suami, biasanya...geleng kepala jer la...