page

Friday, 20 March 2015

Gambar lama



Godek laptop ni, jumpa gambar zaman dua tahun lepas. Berdating kejap dalam train. Teringat pulak zaman belajar dulu-dulu. Hahahaha.... Masa ni pregnantkan Aina dah 4 bulan. On the way ke Putra ni, nak balik Muadzam jenguk Adam kejap. 


Nak bawak Adam naik train la. Lama dah janji, tapi tak sempat nak kotakan janji tu. Okay-okay, kena cari masa ni. =)

Cerita sisi aku

Bukan semua orang faham situasi dan cerita kita. Kita cerita dari sisi kita, bukan untuk pancing simpati, untuk glamer ataupun pancing undi. (eh?). Cuma ini cerita kita. Kita cerita suku dari apa yang berlaku. Tidak semua yang diceritakan kepada semua. Banyaknya untuk simpan. Jadi, bila ditegur atau dibahaskan "Ala...u can do this, u can do like that", buat apa nak melatah. Kalau tersentap pun, takpe, mereka tak faham. Dan mungkin mereka concern dengan keadaan kita.

Dari apa yang aku belajar daripada seseorang yang bukan musuh tapi bukan juga seorang kawan. Cuma seseorang yang pernah singgah menambahkan warna dalam hidup aku. Katanya "baca & hadam ayat i perlahan-lahan". Ingatkan hadam untuk makanan je. Selepas puas baca dan makan ayat-ayat dia, aku baru sedar yang dia bercerita dari sudut dia. Yang mana, dia menulis dalam nada dia bercerita. Tapi, dari pihak sebelah lain iaitu aku yang membaca. Aku membaca dengan nada aku. Ayat dan cerita yang sama tapi nadanya yang lain. Yang menyebabkan percanggahan di situ.

Kita tulis dalam ayat penyata, dia baca dengan ada tanda seru. Tak ke lain jadinya?

Tak mengapa...kasut aku hanya aku muat. Walaupun kita mungkin saiz yang sama. Saiz 5.

Terima kasih kerana sudi dengar dan baca cerita aku.


Monday, 16 March 2015

Melekat

Adam dan Aina ni memang tak mesra dengan orang lain. Dan agak penakut. Kalau hilang kelibat aku terutamanya, mesti menangis. Adam dah besar ni kurang la sikit. Tapi kalau tersilap tegur orang ke, tersilap pegang tangan mesti melalak macam kena pukul. Macam takut sangat pun ye jugak. 

Dulu, Aina waktu kecik-kecik okay je. Pass orang sana pass orang sini. Relax je. Tak nangis janji perut penuh. Siap, orang compare. Aina good, tak macam abang. Asyik menangis. Taknak dengan orang lain. Hmmm...bila dengar orang cakap macam tu, memang kecik jugak hati, tapi tahan je la dengan harapan, lama-lama senyap la nanti diorang tu. Tapi sekarang, lain pulak jadinya. Ainalah juaranya. Aku ke dapur je pun, dia punya melalak. Macam kena dera. Lagi dasyat dari Adam. Adam senang jugak untuk dipujuk. Aina? Susah...Bila sekarang Aina macam ni, orang-orang yang compare diorang ni dulu-dulu, terus tukar ayat. Ishhh...lagi dasyat dari abangnya ni. Abang dulu okay lagi. Waktu aku dengar omelan-omelan tu, senyum hujung bibir je aku. 

Dua-dua ni memang jenis melekat. Semua orang dia taknak kecuali aku, Farik dan nenek (mama aku). Yang lain, payah. Even, dengan pakcik-pakcik diorang. Kalau jumpa, Adam akan buat perangai. Malu-malu campur mengamuk. Nyorok-nyorok tapi baling barang. Dalam setengah jam lepas tu, okay dah. Macam tak boleh berpisah pulak. Nak mengekor je. Tak kisah dah ibu dan ayah.  Dan setiap kali Ayah Ngah nye datang, mesti nak ikut balik. Aina pulak, memang payah la. Tapi kalau ada Adam dengan dia, dia okay. Kiranya, Adam ni pelindung la. Macam aku tinggalkan budak berdua ni dengan adik aku bulan lepas.


Macam ni, dah kamcing, lepak celah kangkang Ayah Ngah pun okay je. Hahaha...

Bila anak-anak aku sentiasa melekat dengan aku, memang jadi lelah nak uruskan. Kadang-kadang memang tak boleh nak buat kerja rumah langsung. Lepak dan layan je lah perangai diorang. Sampai kadang-kadang aku nak masa untuk diri aku sendiri. Tapinya, bila takde bebudak ni mulalah rindu merindu. Takpelah...ikut je la flow kehidupan ni. Kejap je pun diorang ni kecik. Besar-besar nanti, mesti malu nak melekat dengan ibu dah. 

Cuma satu pesanan pada mereka-mereka yang jumpa anak-anak macam anak aku ni, tolonglah. Jaga pertuturan dan bahasa. Dalam banyak-banyak komen yang diberi, yang paling pedih aku dengar ialah "Asal nampak ibu je mulalah nak nangis, kena belajar tinggalkan anak-anak ni. Jangan nak berkepit je. Baru tak manja dan bergantung dengan ibu dia je."

Ada betulnya dalam ayat tu, cumanya aku lah satu-satunya ibu diorang. Diorang ialah anak aku yang lahir dari rahim aku ni. Kalau tak bermanja dan bergantung dengan aku dan jugak suami aku, dengan siapa lagi? Kadang-kadang aku yang tumpang bermanja dengan anak-anak ni. Feeling dia lain tak dimanjakan oleh anak. Dia akan treat kita macam mana kita treat dia. Berbunga-bunga je rasa bila manja dengan anak. Hehehe....


Tuesday, 10 March 2015

Cukupkan Keluarga Along Dulu

Beberapa minggu lepas, ada bersembang dengan mama tentang kehidupan aku yang sekarang. Yang kembali jadi seorang surirumah sepenuh masa. Yang bukan saja menjaga anak malah mertua juga. Dalam keadaan sekarang, yang aku paling risau ialah perasaan mama. Iyelah...dia yang membesarkan aku, menjaga aku, bagi pendidikan paling baik untuk aku. Dengan harapan aku menjadi seseorang yang bekerjaya, berada dalam golongan profesional, ada duit sendiri, dapat beli dan pergi mana yang aku mahu. Sama macam aku, mengharap anak-anak aku, membesar dan berjaya. Merantau keserata dunia. Itu harapan aku untuk anak-anak aku. Namun sebaliknya, aku surirumah. 

Mama cuma kata "Takpelah. jagalah anak-anak tu along. Jaga makan minum suami" 

Aku termenung "Tapi, along tak dapat nak bagi duit dekat mama. Macam dulu-dulu. Tak dapat bantu mama. Banyak dah mama habiskan untuk along dulu. Sekarang papa pun dah takde. Mama nak tanggung rah ngan ebi lagi."

"Mama tak pernah harapkan duit anak-anak. Jaga keluarga dan cukupkan untuk keluarga along dulu. Dahulukan keluarga sendiri. (part ni mama ulang 2kali)  Ingat...besarkan anak, ikhlas. Jangan pernah harapkan duit anak-anak bila dah tua nanti. Jangan sesekali. Dan jangan menyusahkan anak-anak. Anak-anak akan ada keluarga sendiri. Mama cuma mintak anak-anak ingatkan mama je. Itu je. Ni nak balik  duit cukup tak?

"Eh...cukup2. Setakat ni lebih dari cukup. Ada orang dapat bonus." 

"Waaaa...boleh la open table macam ni." 

Terus gelak besar dua beranak. Aina pun tiba-tiba melompat-lompat dengar kami ketawa.

Sempat lagi tu tanya orang ada duit ke tak. Nak hulur la tu. Itu memang perangai orang tua aku. Terutama arwah papa. Sentiasa menghulur. Sampaikan Adam warded, aku bersalinkan Adam dan Aina semua nak dahulukan duit dia. Kalau kami balik kampung, takpun dia datang sini, mesti menghulurlah. Sampai naik segan dah suami aku. Tolak-tolak kang kena marah. Tapi itu memang perangai papa.,. Tak ambil kena marah. Takpun, nanti dia bank in kan duit. Pernah, aku nak pergi interview, call pagi-pagi mintak doakan aku berjaya. Tup-tup dia kata, "Papa dah masukkan duit kat CIMB along" Hahaha...

Aku pernah tanya papa, cukup ke duit belanja papa nanti. Asyik bagi je. (Papa cuma technician kat JKR. Pulak tu setiap hari ulang alik Rompin-Muadzam)

Papa cakap "Sentiasa cukup. Anak perempuan, walau dah jadi isteri orang, tetap lagi anak perempuan papa"

Waktu tu, terus nangis lepas letak telefon.

Mama pun sama, dah terbiasa ikut papa. Menghulur je. Tapi mama banyak senyap-senyap. Tiba-tiba akaun tabung haji aku dah banyak...Dan masih, buku tabung haji aku, mama yang simpan.

Tapi rasanya semua mak ayah pun macam ni. Perangai yang taknak anak-anak susah walaupun dah beranak-pinak.

Dan,

Setiap kali sembang kat telefon, mama selalu pesan "Cukupkan keluarga Along dulu. Susah kita orang tak tahu. Yang orang nampak senang kita je" 



Monday, 9 March 2015

School Trip: kidzania

Jumaat lepas, sekolah Adam ada buat trip ke kidzania. Hamboi la bebudak sekarang, trip kemain. Ibu dulu, kalau kata pergi zoo negara suka sangat dah. Melompat-lompat.  Tapi, ongkos pun kemain la. Hehehe...suppose ibunya ni nak ikut tapinya, risau pulak si Aina ni. Meragam dia lain macam wooo!!! Susah nak handle sengsorang, dua budak ni kat public. Boleh pengsan aku kat situ jugak. Tapi, nak lepaskan dia pergi sorang-sorang tu berat jugak hati ni. Malam tu tak boleh tidur ibunya ni. Risau macam mana anak nanti kat sana. 

Diorang kena berkumpul kat sekolah pukul 8 pagi. Semangat la ibu ni ha...masak mee pedas dia. Tapi tak sempat jugak sarapan. Dok ngok ngek, ngok ngek atas katil. Mandi pun macam berperang dalam bilik air tu. Mujurlah ada lagi dua keping roti. Sapulah nutella buat alas perut. Lagipun, dalam bas nanti ada breakfast. Harap-harap Adam makan sampai kenyang. (Sebenarnya rasa bersalah dekat Adam sebab dia tak sempat breakfast kat rumah)

Dah ready semua, beratur & jalan pergi kat bas. Naik bas. Masa ni rasa, besar dah anak aku ni. Dah pandai dengar arahan cikgu. Terus ikut pulak tu. Tapi, dalam masa yang sama dok jeling-jeling gak ibu ngan adik kat tepi. (Iyer....kami tunggu sampai Adam naik bas!) Oh...Adam group merah yer.  Nampak tu riben merah dekat baju dengan tangan. Dari jauh.. "Ibu..red. Along red." Dia juga antara yang paling kecik kat situ. Alahai...kemetotnya lah anak aku ni.



Masa ni tengah beratur, check attendance again. Serius je muka dia. Kerut-kerut dahi. Kusyuk sangat dengar arahan tu. Hahaha...


Nampak tak Adam?Yang 3 dari depan tu. Nampak kepala dengan separuh je begnya. Kemetot kan? Hahahaha... Baju merah tu teacher Ika. Teachernya si Adam. Yang tudung purple kendong anak tu principal, Teacher Suhaili. Yang pakai spek tu, Masyitah. Antara parents yang follow trip ni.


Masih berkerut lagi dahi tu. Mungkin sebab kena pegang tangan kot. Tak abang-abang lah kena pegang tangan. Hahaha... Ishh...pakai selipar pulak. Adam taknak pakai kasut banana dia. Nak pakai selipar spiderman pula aritu. Puas suruh tukar. Taknak jugak.


Beratur nak naik bas. Macam comel je bila bebudak kecik naik bas. Masa ni episod sebak dada dan fasa-fasa nak bergenang dah ni.


Nampak x Adam? Muka mintak simpati. Muka mintak ibu ikut dia.

kita zoom in sikit gambar!


Huuuu..nampak x? waktu ni ibu dia dah meleleh air mata. Rasa nak naik jugak bas time tu. 

Sebenarnya, cikgu suruh duduk diam-diam. Itu yang skema jer duduk tu.

Nak tunggu petang tu lamanya lah. Tak senang duduk dibuatnya. Rasa nak je drive ke Kidzania tu ha. Hahahaha... Tapi...sabar. WhatsApp teacher dia tanya macam mana. Okay tak? Nangis tak? Meragam tak? Teacher dia kata "Adam Zafran okay. Behave sangat." Lega... Tapi yerlah... Adam ni tak banyak mulut dengan orang lain. Sekarang tengah nak collect gambar Adam kat sana dari teacher-teacher dia. Nak tengok la dia macam mana kat sana. Mesti selebet. hahahaha....

Dalam pukul 5 teacher dia inform boleh pergi ambil pukul 5.30 petang. Sharp pukul 5.30 aku depan pagar sekolah. Tutup enjin. Keluar kereta. Cari Adam. Muka memang selebet dah. Sebab dah ngantok la tu. Masa nap petang dah lepas. Teacher dia kata, dia taknak tidur dalam bas. Dalam kereta, dia cerita pasal jadi bomba. Excitednya la...sampai slow je suara. Rupanya cerita sambil nak tidur. Tersengguk-sengguk. Sampai rumah, naik atas. Mandi. Terus lelap....

Penat sangat la tu. 

Nanti nak bawak dia pergi lagi la. Sebab seronok sangat tengok dia tadi. Siap cakap, nanti along bawak ibu dengan adik pergi. Kita siram air sama-sama, nak tak?

Naaakkkk!!! Sambil tepuk-tepuk dia yang dah layu nak tidur.