page

Saturday, 14 April 2012

Ketika anak sedang tidur

Sebagai ibu bapa, kita semestinya menginginkan anak yg soleh-solehah. Mendengar kata, peribadi yang mulia, hormat, dan berdikari. Semestinya, yang baik-baik dan positif bukan? Kita cuba mendidik anak agar lebih baik dari kita dan tidak ikut perangai kita yang tidak elok. Saya sememangnya banyak perangai yang tak senonoh ni. Sejak ada anak ni, cuba la untuk buang yang mana patut. Tapi, bila dah jadi tabiat, memang susah. Tapi, kena jugak! 


Jadi, bila nak anak jadi baik, aku akan google la kot-kot ada petua yang boleh aku ikut. Tup-tup jumpa la satu yang menarik minat dan senang di-applykan. Bukan apa, mestilah nak cari yang senang dan jimat masa. Plus, anak skrg dh makin mengganas, semua kerja nak kene buat macam lipas kudung. Ingat nak jadi Super-mak macam Nasha Aziz tuh tak boleh. Super power takde la pulak. =)


Ini antara amalan yang harus dilakukan dan InsyaALLAH akan ku buat secara teratur setiap malam. 




  1. Wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak mungkin atau 100 kali. Kalau boleh masa tengah dodoikan anak, lagi bagus. Masa dia dh mamai nak lentok tu. Kalau jenis anak yang tidur masa menyusu, masa menyusu wirid ke ubun-ubun. Pun boleh. 
  2. Baca Al-Fatihah 1 kali, Alam Nasyrah 1 kali secara perlahan dan lembut di telinga semasa sedang tidur dan seru nama penuhnya. Ianya, adalah nasihat dan pujian untuk anak. Sangat elok!
  3. Sapu air lebihan wuduk, masa tengah basah tu ke muka dan ubun-ubun anak.                       

Ni, antara 3 amalan yang senang untuk dilakukan.  Ada banyak lagi amalan yg boleh dilakukan tapi ni antaranya lah. Lagipun, sampai sekarang, Adam Zafran kalau tidur mesti di dodoi di bahu dulu. Kalaupun, tertidur masa menyusu. Mesti anak terjaga semula nak didodoi. Pandai kan? 

Anak...anak...walaupun berat dh hmpr sama seguni beras yg tiap-tiap bulan ayah beli, digagahkan juga ibu ni.  Demi anak! 
Semoga Adam Zafran membesar jadi khalifah yg soleh dan berguna suatu hari nnt. 
InsyaALLAH. =)



Tidurnya yang pertama


Nyenyak je tidur


Alahai Adam Zafran, dulu senang je nak tidur.



No comments: