Friday, 16 August 2013
Sunyi
Thursday, 15 August 2013
Sekali lagi!
Sunday, 7 April 2013
Friday, 5 April 2013
Pantang lepas gugur
Genap sebulan
Sunday, 10 March 2013
Ianya kosong
Walaupun aku antara patient yang sampai awal, tapi nak tunggu jumpa dengan doktor, punyalah lama. Perut pulak dah berbunyik-bunyik mintak di isi. Makan roti je petang tu, mana nak kenyang. Rasanya, mungkin doktor tuh nak study dulu case aku kot. Sebabnya follow up dengan doktor lain. Doktor aku ade emergency case.
Saturday, 9 March 2013
The chronology
Wednesday, 6 March 2013
Ianya bukan lagi milik kami
Beberapa minggu yang lalu merupakan antara detik terindah dalam hidup aku. Paling indah. Aku, suami dan Adam paling gembira, paling seronok untuk terima kehadiran ahli baru dalam hidup.
Namun sayang, Allah lebih menyayanginya dan menghendakinya. Allah terlebih awal mengambilnya dari kami. Hanya sempat 2bulan setengah dlm hidup aku.
Inilah dugaan paling hebat,paling besar dalam hidup aku. Tiada tandingan. Tidak setanding dugaan ketika bertunang, tidak setanding kata maki keji manusia.
Ya Allah, kau tempatkan anakku di Jannah. Peliharalah dia sebaik-baiknya. Walau tidak ku tahu jantinanya, ku namakan nya Aisyah. InsyaAllah kita akan bertemu kembali anakku,Aisyah.
Thursday, 28 February 2013
Berbeza memang berbeza
Alhamdulillah...hari ni dh 7minggu adik adam dalam perut ibu. Masih dalam trimester pertama. Walau pernah alami keadaan yang sama sebelum ni, tapi masih nervous and still need to do some research, read the related articles and do all the stuff like it first time being pregnant. Hahahaha...
Kali ni, keadaan first trimester ni sangat berbeza ketika mengandungkan Adam. Dulu, paling tidak, tak boleh nak bau minyak yg dipanaskan dan bau minyak yang tengah goreng ikan atau ayam. Cuma itu. Tapi tidak kali ni. Sangat mencabar. Bukan setakat morning sickness, evening sickness pun ada. Hahahhaa... Tidak lalu nak makan nasi putih. Apatah lagi bau nasi yg sedang masak. Sentiasa loya dan mual dan confirm ke sinki. Dengan sakit pinggang yang amat, pedih ulu hati, dan macam-macam la kali ni. Dan dengan mempunyai toddler yang dlm proses nak belajar, bermain,mengenal, merajuk dan bermain emosi. Sememangnya hanya Allah yang tahu betapa payahnya nak lalui trimester pertama utk kali ini.
Namun syukur aku dikurniakan suami yang banyak membantu. Walau penat balik dr kerja, terpaksa melayan anak yang lasak. Walau letih dengan masalah di pejabat, masih mampu melayan kerenah dan manja ku.
Walau sakit pinggang mengharungi jammed setiap pagi petang, masih boleh minta di urut kaki lenguh ku.
Kali ni, tahap loya dan mual sangat tinggi. Berbeza dengan Adam. Lain anak, lain ragam mengandung. Itu aku pegang sbgi penawar dan pelembut hati bila datang masa aku mengeluh buat perbandingan.
Kehadiran kamu sangat dinanti wahai si kecil. Membesar dalam perut dengan sihat yer.
Thursday, 21 February 2013
New chapter
This february really makes me excited and happy. Falling in love again and again. More and more.
Its all because of this
Tuesday, 22 January 2013
Sotong Celop Tepung
Semalam, tekak ni meronta-ronta nak rasa sotong celop tepung. Tahap meronta-ronta. Sungguh ni. Entah semalam kenapa selera jin sotong datang. Nak buat macam mana ni ek? Aku teringat kawan baik aku si lydia atau nama manjanya ejat, pernah share resepi sotong celop tepung minggu lepas. Beria cari, akhirnya usaha gigihku berhasil.Tapi malangnya, kena guna tepung serbaguna. Takde la pulak. Dalam malas nak meng'gugel' tuh. Terpaksa la. Aku ni kalau start tangan di keyboard habis semua aku bukak. Dr gossip, berita, shopping...Huh! Hampit sejam la aku kat depan pc tuh. Jumpa pun. Paling senang dan aku modified sikit ikut selera aku. Jom kita share.
Bahan:
Sotong (hello! Obviously)
Telur putih, telur kuning jangan buang, goreng kasi anak makan.
Tepung gandum
Tepung jagung
(nisbah 1:2, tepung gandum sesudu tepung jagung 2 sudu)
Serbuk kari
Garam secubit
Lada sulah/lada hitam (ikut suka)
Cara:
Potong sotong cantik-cantik, buang dakwat itam dan mata dan bontot(ala yg tengah-tengah antr janggut2.tatau ape tuh)
Basuh,keringkan dgn tisu dapur. Jgn tisu bilik air atau living room sebab tisu tuh lembut sangat. Nanti lekat-lekat kat sotong. Guna kertas atau kain pun boleh. Reason: nanti masal tak la meletop-letop sotong kalian.
Telur putih satu mangkuk.
Tepungs (campur 2 kan,jamak utk tepung), garam, kari dan lada sulah satu mangkuk.
Panaskan minyak, jangan banyak sangat. Membazir. Minyak mahal kowt! Lainlah kalau pastu nak masak ikan celop tepung ke, udang celop tepung ke takpelah.
Sotong, celop dalam telor kemudian gaul dengan adunan tepung tadi. Masukkan dalam kuali yg minyak sudah panas tadi td. Dan agak kuning cantik. Angkat. Tapis.
( Jangan lama atas dapur nanti sotong tu keras, tak sedap!)
Hidang. Siap!!
Senang kan? Jom buat lagi arini.
Bila suami nak balik baru goreng yer. Baru sedap.makan panas-panas. Sedap pun sedap.
Tadaaa....selamat mencuba!
Thursday, 17 January 2013
Tersungkur jua akhirnya
Dua minggu yang lalu, panjat laju je ke atas |
Semoga engkau tenang bersemadi di sana encik spider |
Wednesday, 16 January 2013
Hot Air Balloon 2013
Ps: Cuti sekolah la sayang, kita ajak atuk, nenek dengan Cu jom. Nanti mesti atuk belanja Adam aiskrim. Hihihi...
Tuesday, 15 January 2013
Rutin maghrib
Sudah mandi, keringkan, balut badan dengan tuala.
Balik Kampung: Kelantan lagi. Yeay!
MFC, Packaging lebih kurang KFC. |
Adam layan fries. Semua dia punya. Tak boleh kongsi. |
Makan mee cambo. Licin mangkuk |
Suami aku, Zul, Aku, Adam, Yus, Amirul |
Lokcin |
Pergi pasar kena seberang jalan ketapi. |
Beli budu |
Tumpang pelamin |
Bersiar-siar. Akhirnya. |
Air naik di Kuala Krai |
Saturday, 12 January 2013
Aku dan lauk
Haaaa...siapa ingat tentang bebelan dan sinisan suamiku tentang lauk-pauk beberapa hari lepas. Masa aku masak lauk yang sangat bujang dan sangat malas tu. Tak ingat atau tak pernah baca? Sila lah baca kat sini. Okay, sebenarnya suami aku bukan lah jenis yang memilih makan orangnya. Janji ada budu ataupun sambal belacan ataupun cili potong dengan kicap. Itu dah boleh buka selera. Tapi kadang-kadang lauk ni jadi peranan jugak, sama ada untuk dia makan sikit ataupun makan banyak bertambah-tambah, sampai kena masak nasi lain pulak.
Pucuk paku masak lemak cili api/padi. Ikut mana yang korang biasa sebut |
Ikan goreng (wajib) dan Daging masak kicap. |
Masih dalam pembikinan. Di atas dapur |
Daging dendeng kebanggaan aku. Muahahaha... |
Puding Roti Berkaramel! |
Friday, 11 January 2013
Riadah
Budak betuah tahu dah mana hala tujunya. Jalan tak ingat orang belakang dah. |
Muka penuh kegembiraan |
Lebar senyum nak slide. Tak kasi ayah pegang tuh sebenarnya |
Gelak besar dapat slide. Suka tengok anak happy! |
Turn ibu pulak. Muka Adam konon rilex la. Macam abg-abg |
Muka super excited dapat slide, Dengan ibu senyum lebar nampak taring. Hahahaha |
Monday, 7 January 2013
Duck face
Hahahaha...bukan main syok dimuncungkan mulutnya itu. |