page

Showing posts with label Adam Zafran. Show all posts
Showing posts with label Adam Zafran. Show all posts

Monday, 7 January 2013

Duck face


Lately, Adam suka sangat buat muncung-muncung gini. Buat-buat duck face yang menjadi trend anak muda sekarang. Eh, anak yang tak muda pun ramai je yang suka buat macam ni. Yang dah boleh jadi mak orang pun ramai suka muncung itik ni. Entah mana Adam ni tiru. Kadang-kadang nampak la comelnya. Tapi menyampah pun ada, rasa nak ikat jer muncung tuh. Bila ditarik, makin galak dibuat muncung itik ni. Alaaahhhh...masih kanak-kanak, buat apa pun comel je. Jangan besar nanti Adam buat macam ni dah la yer. Buruk no gayenye.


Hah! ni kompilasi mulut itik si Adam. Ibu copy dari IG je. Malas nak upload bebanyak. Internet line punya la slow nak upload satu-satu. Jadi, kita compile kan saje. Comel ape. Plus, sorok sikit bilik yang bersepah tuh. Nampak bulu kaki ayah takpe. Hahahah...

Hahahaha...bukan main syok dimuncungkan mulutnya itu.

Tuesday, 23 October 2012

Mari memotong bersama Adam

Petang semalam, langit cerah. Alhamdulillah. Setelah hampir seminggu setiap petang mesti hujan. Jadi rumput di laman tumbuh dengan rancaknya. Dan terpaksa la menundakan proses memotong rumput-rumput yang comel itu. (alasan, padahal dah brape minggu tak potong. salahkan hujan pulak padahal malas!). 

Jadi dgn rancaknya tangan memotong rumput guna gunting rumput yang kecik tu. Gigih weiii nak potong. Dengan aksi supermom, potong rumput sambil kelek adam. Tak boleh lepas, jalan pun huyung hayang lagi. Kalau lepas ade die merangkak kat porch tuh. Naya jer. Sambil memotong tuh, bising mulut die bebel. Siap tunjuk-tunjuk lagi. Konon nak cakap "Ibu, sana panjang lagi", "Eh, situ-situ tak potong lagi". Bila dah siap potong, tepuk tangan. "Yeay, dah siap" Alang-alang belom mandi, pimpin tangan die, jalan-jalan atas rumput. Suka sangat gayanya. Nampak kucing, laju tarik tangan kita nak pergi kejar. Seronok bila tengok gelagat si kecil bila dia excited. Dia memang sukakan haiwan. Pantang nampak mesti die excited jerit-jerit. 

Hari ni hujan sekejap. Tapi bawak jugak la die main kat luar. Seronok bukan main. Penat main, naik mandi berendam dan seterusnya makan. Dan...sekarang dah lelap. Belum pukul 8 dh tidur. Biasanya malam dia akan tidur lambat tapi disebabkan hari ni dia tak tidur siang. Pagi tadi pulak bangun awal. Penat dan mengantuk sangat la tuh. Orang kata tak baik biar bayi tidur waktu maghrib. Tapi nak buat macam mana. Badan dia pun letih jua. Biarlah... Nyaman tengok anak tidur. Hilang segala kekecewaan dalam hati. Rawat segala duka.

Okay la...jom layan gambar Adam dan rumput semalam. Ada rezeki lebih nak menanam pulak. Hahaha...angan-angan!

Seronok la. Ibu ni patah pinggan tahu!

Masih lagi kene berpimpin. Kena praktis hari-hari jalan.

Wah! Lebat bulu mata Adam...
Potong sudah, bila nak buang rumput tuh Adam?
Tunggu ayah la bu. Biar la ayah buang pulak...


Wednesday, 4 July 2012

Oh! Anakku...

Cerita tentang insiden malam tadi.

Seperti selalu, nak tidurkan si Adam ni kene usap-usap belakang dia. Sampai dia lena. Nak kasi lena dia panjang dan cepat, selalunya aku usap-usap belakang sampai ke punggungnya. Tapi malam tadi lain lakunya. Dah usap-usap, tido la kejap pastu terjaga, terjaga dan terjaga...Tak lena. Last-last angkat dan tidurkan atas badan aku... Kejap-kejap angkat punggung, kejap- kejap angkat kaki... Ishhh....nape pulak Adam ni. Aku pun usaplah belakangnya..pastu usap punggung. Tiba-tiba....

"Lembik? Hah!! Adam berak...."

Tengok jam dah pukul 2 pg. Takkan nak basuh pagi buta ni. Cari wipes dalam bag, habis! Dalam almari, habis jugak! Parakkk!! Ish...nk tunggu pagi kang, xlena lak tidur dia.

Nak tak nak...
Angkut Adam masuk bilik air, air pulak sejuk jer arini. Alamak... jangan la nangis! 
Dh cabut pampers, berdirikan dia, basuh iyyak die. Ishhh...senyap jer budak ni... 
Intai-intai, sekali tidur sambil berdiri da!!!
Hahahaha.....
Lawak la Adam ni...dr tadi dok soh tido molek-molek tak mboh...
Tengah basuh berak ni jugak die tido.

Dah sudah, lap, pakai pampers. Letak sebelah ayah smbl menghadap kipas, tepuk-tepuk... tidur! Senang hati ibu! 

Pesanan:

Wipes itu sangat penting! Jadi, kene beli la wipes untuk hal-hal macam ni.
New lesson for me! 

Monday, 25 June 2012

Cameron Highland!

Strawberry, Tea plantation, Rose Valley, Fresh Vegetables!

Yeah! It's Cameron Highland. Early of May, my family went to Cameron Highland. Not for family vacation actually, but my husband's uncle married! The youngest one! Lucky for us when Pok Mid married with Cameron's lady, so here we are! Kalau tak, takde masa nak berpoya-poya di sana. Anggap je la this is our honeymoon since kami tak pernah lagi p honeymoon! hihihih....

Adam Zafran pun suka sbb sejuk! Lena jer tido. Tak bergaduh panas-panas, himpit-himpit. Kami asalnya nak masuk ikut PLUS dr Setia Alam ni, tak teringat pulak my cousin yang hensem tuh bertunang that day. Jadi plan dan route bertukar. Early in the morning, (Ceh! early la sangat kul 10 tu!!) kami ke Bentong dulu. Selesai semua bincang dan lunch, br terus ke Cameron Highland. Jimat duit lunch kami (Thanks Pari a.k.a Uncle Don). Disebabkan first time nak pergi ke sana lepas berumah tangga, runsing la jugak diri ni. Dr Bentong ke simpang Lipis ok la, sbb biasa balik Kelantan ikut situ, tapi lepas masuk simpang tuh cuak babe... Takde kereta mahupun perumahan. Dari simpang Lipis tuh ada satu jer signboard CAMERON HIGHLAND.  (They should add more signboard, lagi-lagi yang cepat cuak macam saya!) Terus... Terus... Terus... dan, akhirnya sampai juga kami. Dengan "ber-baju kenduri", kami check-in di Equatorial Hotel. Superb! Hanya itu yang mampu di ucapkan. 

Aktiviti malam, ke Puncak Arabella. Disebabkan tersangatla jammed, kami tak sempat p nikah Pokmid. Datang, makan..Malam yang sejuukkk!!! Balik hotel, tidur awal sb esoknya nak bangun pagi. Strawberry time! Esoknya, pagi strawberry park tepi hotel. Jalan kaki aje! Tengahari makan kat kenduri. Petang, singgah Bharat Tea Plantation before balik KL.

Hmmm..Sedikit spoil la sbb sangat jammed. Baru nak lari dr sesak kat KL... haiyaaa... Nak buat macam mana, wrong timing pun. Ada perarakan thaipusam, dapat jugak tgk secara live diorg berarak dengan cucuk-cucuk kat badan, ada siap makan kaca kat atas jalan. Fuuuhhh!!! Ngucap panjang! Anyway, short and nice vacation! Will be there again soon!

Selamat menjamu mata melihat gambar-gambar kami di sana. Will upload more later!


Selamat Bertunang Faris!


Welcome to the family Nadira


Baru lepas check-in! Santai tak berbaju.


Dalam jammed dengan perut yang sangat la lapar...Adam jugak yang kenyang sentiasa


Breakfast! 


7,8,9... tak cukup ni ayah. Petik lagi ayah, please!


Adam punya ni. Bak sini!


Penat di kebun, mata pun dah layu.. Ngantoknye... Zzzzzz....


Next time, nak menikmati teh kat situ! hihihi...


Posing before balik KL


Muka kene paksa jadi strawberry man! hahahha....







Tuesday, 1 May 2012

7 bulan dah nak berakhir

Muhammad Adam Zafran, dah sampai masa berganjak ke 8 bln. Besar dh hero ibu ni. Masa berlalu sangat la pantas. Banyak sangat yang dh ibu belajar selama 38 minggu kamu di dalam dan hampir 8 bulan kamu di luar. Ibu/ Emak/ Mama/ Mummy/ Ummi. Mana satu gelaran anda untuk anak anda? Tak kisah mana satu tapi yan pasti kita mempunyai satu naluri yang sama. Mahu menjadi ibu yang terbaik dan mendidik anak dengan sempurna bukan? 

Jarang sekali update tentang perkembangan Adam Zafran. Dia masih dalam proses meniarap. Bilalah anak ibu ni nak merangkak pulak ek? Tak sabar rasanya. Tapi bila di dudukkan, hebat sangat lagaknya. Hero la katakan, takkan nak tunjuk lemah depan ibu kan? Apa yang tidak berubah tentang hero ku ni ialah, kuat menangis dan taknak dengan org lain. Erti kata lain, manja. Yup...anak saya meman manja, tapi apa salahnya kan? baby lagi kot...

Mula meniarap

Ketika berusia 4bulan lebih, Adam dh mula memusingkan badannya. Dan pertama kali mula meniarap masa tgh dok syok main ngan ayah. Rutin harian, ayah balik kerja, bercakap ngan ayah (mengadu kot!). Then, masuk bilik, kucar kacirkan katil yang sebelum tuh cantik tersusun rapi.  Haiiiyyyyaaaa!!!! Ibu yang kat dapur ni dok cheng! chong! chang! berperang kat dapur ni hangin jer. Tengah dok ralik goreng kangkung masak belacan ( fav suami ye!) 

tiba2, ayah jerit.. 

" sayang! sayang! meh sini cepat!"
" napenye?"
" cepatla..tak kemana nyer kuali tuh"
 berlari-lari anak...

upenye, budak bertuah tuh meniarap. Cisss!! seharian dengan ibu, depan ayah jugak nak tunjuk hero ek? hahaha (jeles! harusla!)

dan seterusnya...meniarap. sampai skrg dan dh jatuh katil pun..



Ber-walker

Sememangnya, dari awal aku menolak dengan keras! taknak bagi anak guna walker. Dari sumber bacaan aku yang bertimbun tuh, banyak pendapat bersetuju, walker ni kurang bagus dan tak membantu bayi berdikari. Tapi, mama dan mak mertua aku bising. suruh beli! Bile suruh beli, kami buat tak tahu je mulanya. Balik dr kedai mesti cakap " alamak, lupa la nak beli! " takpun " mahal la. membazir je. baik beli beras" takpun " design byk tuk baby pompuan". Tapi alasan pertama la paling selalu guna. 

Sampai la satu hari tuh, mak mertua kasi la duit RM50, soh beli. Then, my mum pun bagi lagi duit. hmmm...dah kasi duit, tak beli kang takut terasa lak hati. demi menjaga hati kedua-dua belah pihak, kami pun beli...taraaaa!!! tapi skrg, dh jarang letak sbb Adam dh boring. bukan boring jer...siap nangis bile ltk dlm tuh. 


Duduk

Adam dah boleh duduk tapi masih tak stabil la. Makin hari, makin pandai nak balancekan badan. Kadang-kadang belagak macam dh besar sangat! Duduk taknak orang pegang. Aishhh....Baru la nampak macho! Asek pegang je, jatuh la air muka handsome boy ibu ni. 

Selalunya, bila baringkan dia(atas bantal), mesti dia angkat kepala. Bersungguh-sungguh lak tuh. Tanda nak bangun dan duduk sendiri. Kalau dibiarkan je, mesti menangis sbb tak lepas nk duduk. Ace angkat, letak, duduk! Kompem lebar dia senyum! Malah makin handsome. (mestilah puji anak sendiri kan?)


Ala-ala Fasha Sandha posing tak? Hahaha....

Bebel

hahahahah... ini memang keistimewaan Adam. Setiap masa  membebel. Tak kira masa, tgh main, tgh minum susu, tgh makan even tgh nangis! Mulut-nya bising membebel... Kadang-kadang sampai dalam tidur pun leh bebel. Dah tak sabar nk public speaking kot. Kalau kita lawan, lagi la. Sampai tangan2 naik nak menjawab! hahaha....Tapi tuh ngan ibu/ayah la...Ngan org lain, kadang2 terus naik pitching tuh. Kelas vokal trus kat situ. Selalunya la...


Budak ngah u'uk tapi masih membebel

|
|
|
|
|
v


Walau macam mana pun, aku tetap bangga dengan setiap perkembangan yang ditunjukkan oleh Adam. Lain budak, lain caranya! Aku berpegang pada tuh. Bila tengok anak kawan2 yang dh boleh merangkak, ber-tatih mesti tiap kali tuh aku akan cakap ngan Adam

" Adam, kawan-kawan Adam dh boleh buat ni, buat tuh... Adam kene rajin praktis ek. Kene kejar ni. Adam boleh"

Namun aku yakin, setiap anak ada caranya untuk membanggakan ibu ayahnya. Mungkin bukan dgn perkembangan yang cepat tapi mungkin dgn cara lain. Yang penting, kita sama2 usaha. kan? 

Semoga membesar dengan sihat, Sayang!



Monday, 16 April 2012

Jatuh Katil

Adam Zafran jatuh katil. Entry yg dah berkepuk tp baru lepas edit untuk kesesuaian umum.
Yup, Adam jatuh katil. Bukan tengah malam, tapi tengah hari. Ketika berusia 5bulan 3 minggu.

Pada suatu tengahari yang suam-suam kuku panasnya.

Makan bubur nasi yang di-blend dengan carrot. Minum susu kegemarannya. Dan seperti biasa, selepas Adam lunch dan diberi susu sampai kenyang, dia akan mengantuk yang amat sangat. Gomol lah macam mana pun, mata takkan bukak, cuma suara jer bunyi tanda marah dan minta supaya jangan kacau. Lebih kurang macam ni la.

"mmmm...arrrr...issshhhh" mungkin maksudnya, " Janganlah ibu..ngantok sangat ni. Gi la main jauh-jauh"

Pandai ek, tak bagi kita kacau dia tido. Tapi kalau kita tengah tido, di sepak-sepak la. Sampai tidur tempat lain la kita ni. 

Disebabkan Adam dah nyenyak tido, aku yang kebetulannya ketika itu, sakit perut yang amat. Salah makan kot. Jadi, letak la Adam rapat dengan dinding dan dibentengkan dengan bantal yang banyaknya lebih kurang 5 bijik la. Walaupun, ketika itu Adam tidaklah hebat sangat meniarap. Baru boleh golek 2,3 pusingan jer. Puas hati dengan susunan bantal, pergi la tunaikan hajat. 

Lebih kurang 8-10 minit

Baru je jengah dari pintu dapur, dengar suara tangis yang nyaring sangat. Berlari, rupanya Adam dh atas lantai. Kuat sangat dia jerit. Angkat, usap kepala, pelok dia, tepuk-tepuk belakang tapi masihmenangis. Amik kain, tuam kat kepala. Seluruh kepala la, sbb tak tahu kat mana sakitnya. Tuam..tuam..tuam...sampai seluruh badan. Jenguh jugak la nak hembus udara kat kain tuh. Dah la tu, tak tahu mana yang jatuh dulu. Kaki ke, badan ke, kepala ke. 

Lama-lama. 
Senyap... Rupanya tertidur. 

Rasa serba-salah...of course! Baring je tepi dia, tengok dia tidur sambil usap kepala. Then, call husband.

"Abg...Adam jatuh katil"
"Hah? Macam mana boleh jatuh? awak jaga anak macam mana ni? Awak buat apa kat umah?"

Tersentap. Senyap. Terus letak phone.
Nangis sekejap.

Phone bunyi. Tak angkat. Nak redakan hati dan tangisan.

Phone bunyi lagi, baru angkat.

"Adam macam mana? Macam mana Adam boleh jatuh ni sayang?"
" Adam baru tidur balik. Dia nangis kuat sangat... bla bla bla......"
" Pasni, kalau tak yakin, letak Adam kat atas toto depan tv. Takpun letak dalam katil dia, kalau dia nak bole?"

Suami mana yang tak marah, tak terkejut kan? Normal la. Dengan tengah sibuk kat site, aku call bgtau dia anak jatuh katil. Katil pulak tinggi. Tapi baik aku bgtahu awal-awal. Kalau tunggu dia balik baru bagitahu lagilah aku kena marah. Itu suami aku. 

Sekarang, Adam sangat terer la pusing. Kejap kiri, kejap kanan. Jadi, bilangan bantal makin banyak atas katil. Yang peliknya, sekarang dia tidur sorang-sorang atas katil, taklah mengganas. behave jer.  Tapi, kalau kami suami isteri join tidur, di tolaknya kesana kesini. 
Aku ingat, aku takkan alami la peristiwa anak jatuh katil. Rupanya, berlaku jugak. Pengalaman.
So, kenalah beware selalu sekarang.


Friday, 20 January 2012

Sepetang Di Tasik Shah Alam

Well, ceritera kali ni patutnya dah di post last two weeks, tapi disebabkan kesibukan urus Adam Zafran yang tengah selsema that time and my father warded for angiogram. Jadi agak ketinggalan la cerita ini. Tapi tak apa. This is my first experience bawa Adam ke taman! Lokasi : Taman Tasik Shah Alam






Dulu, waktu zaman belajar selalu la jugak ke sini, berjogging, jalan-jalan dengan housemate dan yang paling kerap bile kene training tuk Masum. Sampai hitam-hitam la muka kami. Sunblock? Owh...tak sesuai pakai, nanti menggelupas or lagi worse burn kulit muka. So, dibiarkan aje bare skin gitu. (Kulit sangat sensitif)

Stop!
Bukan ini yang mahu diceritakan. 

Last weekend, kami sekeluarga berjalan-jalan di tasik. Saja bawa Adam Zafran jalan-jalan. Lagipun, waktu berdating dengan husband time pregnant dulu selalu berangan nak bawa anak-anak ambil angin. So, tercapai la hasrat itu. Tapi cuaca agak mendung. Kami park kereta dekat restoran terapung tuh...ape ke namanya, tak ingat la pulak. Dari parking, kami jenjalan sampai ke wet world. Tujuan utama, membeli keropok goreng. panas-panas. Sedap!

                                                                      
Adam yang masih blur


Akhirnya tiba di Wet World
Sedang ibu dan ayah sedang asyik menikmati keropok dan rojak, hujan mula turun dengan halusnya. Apalagi, kelam kabut la kami berlari-lari anak ke tempat kami parking kereta. Tapi, kelajuan yang tidak seberapa menyebabkan kami berhenti di sebuah pondok. Terpaksa la tunggu sampai hujan reda.

Menunggu dan terus menunggu
Adam kesejukan
Setelah hujan reda, kami pun teruskan perjalanan dan pulang. Disebabkan kami tak bawak stroller, jadi pantaslah sikit perjalanan kami. Cardigan Adam digunakan sebagai payung untuk Adam. Betul kata pepatah lain kali, sediakan payung sebelum hujan.


On way back!
Hujan, Sejuk dan LAPAR, akhirnya kami akhiri perjalanan kami dengan makan-makan di Pizza Hut, Giant Kelana Jaya. Adam pun lapar jugak. Kesian anak ibu yang comel ni.

Adam, Adam
dulu waktu ibu kecik,
mana ada atuk ngan nenek bawak g pizza
Makan lempeng kelapa adalah.



Habis sudah cerita untuk perjalanan Adam.