page

Showing posts with label Family. Show all posts
Showing posts with label Family. Show all posts

Sunday, 11 November 2012

santai ahad

Pagi ni bgn agak lambat. sbbnya si budak bertuah tuh tak lena tidurnya semalam. tergaruk2 tidur. pusing sana,pusing sini. solutionnya, ibunya ni terpaksalah usap spnjg malam. Ayahnya takleh kacau sbb nanti dia ada game pagi ni. Tournament badminton. Kononnya lah nak kumpul stamina,katanya. Tup-tup kul 2 bgn tgk MU berentap awal pg. Habis bola dia bantai sambung tgk cerita indon 'Di bawah lindungan kaabah'. Sudahnya smpi ke pagi tak tidur.

Disebabkan nak follow g tgk suami lawan badminton, jadi terkocoh kacah la. Bangu, mandi, masak bubur adam, siapkan adam, prepare baju, seluar, stokin, elbow guard tuk suami. Sblm keluar, goreng popia skit (smlm dh buat,frozen kan). Bubur adam tak sempat siap,jadi bawak biskut dia jer. Takpe la..kat sana kang kita cari breakfast. Lagipun mungkin balik awal sbb xbyk game. Quarter,Semi and final je. Game start 8.30 tapi kitorg smpi lewat kul 8.45. Nasib baik tak disqualified. Husband main double ngan Azri,his partner. Azri pun bwk isteri dan anaknya. Kebetulan isteri dia, fara tu junior aku kat UiTM dulu. Kenal camtu-camtu jer la. Anak dia si akef pulak sebaya ngan Adam. Beza 2 bulan jer. Aku ada la geng sembang. Adam ada game main.Tak la gaya kera sumbang. Walau aku kenal a few officemate perempuan tapi segan la jugak. Ngan Fara pun dok sembang pasal anak jer pun.


Okay. Game start. 

First set kalah, second menang, last kalah. 
Kecundang.
Alasan: xckp rest. masing2 tgk MU awal pg td.


Apa yang aku suka tengok sbnrnya ialah veteran-veteran yang cukup sporting. Power lak tuh. Umur 45 still lincah lagi. Dan bila suami kalah pada senior-senior ni makin galak la aku sakat. huhuhu... Game habis suppose kitorg terus nak balik tapi husband kne jadi umpire pulak. So, aku n adam pun berkeliaran la dulu. Bila duty dah habis, baru balik.

Dalam kereta husband tanya nak g memana ke? Aku ckp tak de kot. N tanya balik, kenapa? Rupanya nak suruh aku masak kangkung goreng belacan. His favourite. So,cancel breakfast kt luar. Balik. Masak nasi. Goreng kangkung blacan, ayam goreng, ikan masin. Cukup katanya. Simple dan sedap. *malu ai!*

Dah kenyang aku dan suami. Suap Adam bubur sambil layan 'Cheaper by a dozen'. My favourite movie all the time. Terkekek-kekek aku tengok. Suami aku senyum simpul jer. Konon cover gelak la. Sebab bila dia gelak memang habis la. Suara dia jer dengar nanti. Apa lagi, aku sakat la...geletek sikit-sikit. Skali ada part kelakar giler. Aku pandang suami. Dia gelak besar. Hilang cover macho tadi terus geletek aku. Aku pulak tak boleh kne geletek. Bukan geli, sakit. Die geletek kuat. Menjerit-jerit la. Skali Adam pun datang terkekek gelak.  Hahaha...habis..satu rumah gelak. Dah la sunyi kawasan rumah aku. Ramai balik kampung. Cuti panjang kan.. Habis cerita. Husband nak tidur. Ngantuk katanya. Aku tengok Nona sambil susukan Adam. Adam tidur. Aku pun tertidur.


Jam 4 bangun. Terus ajak suami 'Jom g burger bakar kaw-kaw Puchong. Nak sangat'. Suami cakap okay. Yeay! Dia turutkan sebab dah lama aku ajak. Tak pernah dapat. Masa tak sesuai, penat kerja lagi,masalah bertimbun lagi. Kali ni yesh! Finally...


Mandi. Siap-siap. Kasi Adam makan. Kul 6 kuar rumah. Gigih aku baca direction yang cousin aku kasi. Akhirnya sampai. Dalam 630. Cuaca pun baik, seolah-olah kasi can kat aku nak makan burger.Aku beratur. Dapat nombor. My lucky number, 4. Tunggu burger. Double beef baconizer+set meal. Oh No! besar dan habis. Sedapnya!!!! Alhamdulillah...dapat jugak aku makan. Terima kasih cinta hati sbb sudi turutkan kemahuan si isteri. Lepas ni, kena tatang husband lebih sikit la...hihihi...


Itulah cerita ahad ku yang santai dan indah.
Hensem bergaya nak lawan ni.
Sayangnya..kalah! Takpe, nest time cuba lagi yer yayang!
Nak lagi! Burger bakar..Puas makan tau! Pasni triple lak!

Monday, 5 November 2012

penyokong setia

hari ni suami ada tournament badminton. mulanya malas nak ikut. ingat nak kemas umah la kononnya. yelah...seharian semalam keluar. pg bwk adam lepak ngan qaleesya. ptg pergi round-round kt paradigm. sambar la skit barang kat kaison tuh. murah pun murah. sesuai la ikut kemampuan kami anak beranak.

Okay, sambung balik... dr malas nak ikut tuh mulanya jadi semangat nk siap-siap. mandi,siap...main kat sport arena sentosa. kami smpi agak lewat tp nasib baik la game tak start. siap kami boleh berkeliaran kt situ. lamanya tunggu turn husband lawan. tp berbaloi la. first game, menang free. pihak lawan xdtg kot. second game menang. so dapat masuk quarter. Tp next game minggu depan pulak. Setengah hari jugak la kami kat situ. Dah la tak masak untuk breakfast. Kan situ takat jual apollo adalah. Mana nak cukup isi tank yg sentiasa kosong ni. Hihihi...

Adam meragam la jugak tp still boleh handle lagi la. mragam comel gitu. spnjgn proses menunggu,2x adam tidur. boring kot? sejuk lagi. tidur pulak atas kerusi empuk. mmg syok. aik? ble pulak nk jd penyokong? cane nak jd penyokong, nmpk je ayahnya dlm court laju je nk ke ayah. kang tak jadi main pulak. hahahha... ayah masuk quarter final. next week pulak sambung game.

Tuesday, 23 October 2012

Mari memotong bersama Adam

Petang semalam, langit cerah. Alhamdulillah. Setelah hampir seminggu setiap petang mesti hujan. Jadi rumput di laman tumbuh dengan rancaknya. Dan terpaksa la menundakan proses memotong rumput-rumput yang comel itu. (alasan, padahal dah brape minggu tak potong. salahkan hujan pulak padahal malas!). 

Jadi dgn rancaknya tangan memotong rumput guna gunting rumput yang kecik tu. Gigih weiii nak potong. Dengan aksi supermom, potong rumput sambil kelek adam. Tak boleh lepas, jalan pun huyung hayang lagi. Kalau lepas ade die merangkak kat porch tuh. Naya jer. Sambil memotong tuh, bising mulut die bebel. Siap tunjuk-tunjuk lagi. Konon nak cakap "Ibu, sana panjang lagi", "Eh, situ-situ tak potong lagi". Bila dah siap potong, tepuk tangan. "Yeay, dah siap" Alang-alang belom mandi, pimpin tangan die, jalan-jalan atas rumput. Suka sangat gayanya. Nampak kucing, laju tarik tangan kita nak pergi kejar. Seronok bila tengok gelagat si kecil bila dia excited. Dia memang sukakan haiwan. Pantang nampak mesti die excited jerit-jerit. 

Hari ni hujan sekejap. Tapi bawak jugak la die main kat luar. Seronok bukan main. Penat main, naik mandi berendam dan seterusnya makan. Dan...sekarang dah lelap. Belum pukul 8 dh tidur. Biasanya malam dia akan tidur lambat tapi disebabkan hari ni dia tak tidur siang. Pagi tadi pulak bangun awal. Penat dan mengantuk sangat la tuh. Orang kata tak baik biar bayi tidur waktu maghrib. Tapi nak buat macam mana. Badan dia pun letih jua. Biarlah... Nyaman tengok anak tidur. Hilang segala kekecewaan dalam hati. Rawat segala duka.

Okay la...jom layan gambar Adam dan rumput semalam. Ada rezeki lebih nak menanam pulak. Hahaha...angan-angan!

Seronok la. Ibu ni patah pinggan tahu!

Masih lagi kene berpimpin. Kena praktis hari-hari jalan.

Wah! Lebat bulu mata Adam...
Potong sudah, bila nak buang rumput tuh Adam?
Tunggu ayah la bu. Biar la ayah buang pulak...


Saturday, 20 October 2012

seminggu di HTAA



Petang ahad,sprti biasa hantar ebi balik ke asrama di sekolah agama bukit ibam. semasa pergi tiada apa apa. on the way back to muadzam hujan turun dgn lebat. jadi tutup tingkap dan bukak aircond. aircond kereta pulak sgt la sejuk. tiba-tiba sakit dasa yang amat sgt. tidak boleh nk bernafas. rasa seolah-olah hayat akan habis di situ. teman di sebelah panik. tidak berani nak bawak kereta dlm keadaan hujan lebat tambah pulak tak pernah bawa kereta auto. perjalanan br di kg aur. digagahkan juga bawa kereta sambil teman mengurut dada perlahan-lahan. akhirnya tiba di hospital muadzam. berhenti di emergency, masuk ke dlm terus cari katil. tidak sempat letakkan kereta. MA terus periksa keadaan pesakit. mungkin kerana kenal akan pesakit, xbyk soalan ditanya. buat beberapa ketika selepas di beri dadah, terus tdak sedarkan diri dan unstable. sangkakan hanya krn jantung rupanya ada penyakit baru, paru-pari berair. itulah kisah di awal oktober.

Kisah tentang papa.

bila dh stabil, papa dikejarkan ke HTAA. seharian tidak sedarkan diri. kami dr KL terus pulang esoknya. Smpi kuantan terus ke ccu. Masuk tgk keadaan papa. Ya Allah, kesiannya. tak sanggup tgk. pusing menghadap ke monitor dan nangis. kesat. takut papa nampak. jika keadaan yg aku lihat doktor kata sudah stabil dan beberapa tiub dh cabut. aku tak dapat bayangkan keadaan tidak stabil. seminggu berkampung di sana. Operation untuk jantung dh selesai. Allah menguji kekuatan dan kesabaran mama. menguji ketahanan ank-ank. kerana bila papa dh sihat,sikapnya agak berubah. jadi cepat marah dan moody. kenapa? kerana die rasa die menyusahkan semua org. susahkan adik beradiknya yg datang dari jauh,anak isteri ambil cuti, tak masuk kelas, saudara mara yg kami tumpang tidur makan. itu yg dia rasa. tapi...itulah rasa seorg ayah. yg seboleh-bolehnya taknak menyusahkan org lain. Alkhamdulillah...semuanya berjalan lancar. sihat sentiasa harapnya.

pesanku buat semua. BERHENTI MEROKOK. DENGAN SEGERA. sayanglah diri dan juga org tersayang.

Ketika masih tidak stabil

Sudah stabil. Menunggu masa untuk di operate je.

Saturday, 14 July 2012

Tiga kali

Tiga kali tahun ni sambut birthday. Bukan aku. Tapi suamiku. Hah? sampai 3 kali? Hihihi... Yuppp...Meh sini aku  kupas satu-persatu yer. Panjang tp jangan risau, tak boringnyer sbb ada gambar lg! Huhuhu...

 At first, nk buat surprise dengan ex-officemate die, merangkap kawan-kawan baru saya la. Nak buat advance party, celebrate kat umah Kak Yati kat TBS, sebab die buat makan-makan time tuh. Tapi tak dapat nk buat, sbb suami kena kerja malam. Jadi cancel. Aduh...cane ni? 

Sehari sebelum masih tak dapat idea, call cousin i, Kak Zurin. Dia soh buat kek. Alamakkkk...mane pndi lagi plus barang takde. Google skit cara nak suprise suami. Browse...browse...tetiba, ada satu cadangan yang aku jumpa dalam forum tuh dan aku suka. Jap g aku citer ek. Yang tuh surprise no.2. 

No 1: Surprise tengah malam

Kul 3 ptg, 6 July, nekad pergi Secret recipe kt Setia Mall. Lama giler tak drive! Seingat la, after delivered tak pernah lagi drive kat KL ni. Naseb la adik aku si Yusri ada. Leh pegangkan Adam. I've no car seat. Sbbnya, tak muat kereta. Kalau g mana-mana biasa bawak Tok Ma(mak suami) ngan Nyang (nenek suami). Jadi, no point pun kalau bli tp tak guna kn? Okeh...sambung. Walaupun Setia Mall tuh dekat jer tp dh lama tak drive, gelabah jugak. Sampai, Park keta, withdraw money, g secret recipe, bli sepotong je kek. Sepotong cukupla...nk surprisekn tgh mlm. Kalau beli besar-besar, kantoi dlm peti ais. Rutin suami, balik keje g dapur terus minum air peti. So, waiting for 12 am on 7 July mmg mencabar. Mata lak ngantuk. Suami lak tido awal. Wahhh!! bagus ni. Tapi masa sangat lama berlalu, tak tahan dah. Jam 11.45 aku idupkan lilin, kejut die, nyanyi skit. Terkesima! Yes...berjaya! Tp tak cakap pape kecuali, "awak bawak keta ke siang td?" Macam nak kena marah dah tapi tak sampai hati kot. Aku berjaya buat die surprise. Dia makan sikit je, 2 suap yang lain aku habiskan kek tuh. Macam biasa...hahaha...


Birthday cake for Hot Dad!


Muka mengantok giler+terkejut!


No.2: Surprise yang kurang jadi

The idea came after read some blogs and forums. Gigih oke aku google nak buat surprise. So, the idea is, ajak my cousins dinner kat rumah, one of them blikan kek then baru betul celebrate. Since dah lama tak ajak diorg makan-makan, aku ajak la semua-semua yang ada area KL/Selangor ni. Suami aku mmg tak kisah aku ajak org dtg umah makan-makan. Tuh yg at first die tak syak pape bila kata ajak diorg dinner. That time jugak,mencurah-curah idea datang nak masak ape, tapi tak mampu nak buat sorg. So, my sis, Kak Ilah datang after work(where she suppose cuti that day!), p bli barang dan masak-masak. Menu: Nasi putih, Ayam goreng berempah, Ikan goreng kicap, sayur and special: Yee mee sizzling, Lychee lemonade, dan koktail. Wow! Banyak kan? Dah siap makan, kenyang, mula la operasi. P amek kek dalam kereta Abg Fdah. Nyanyi-nyanyi skit. Muka die of course, malu-malu. Time nak potong kek suami cakap: "Abg dah tau. Kantoi mesej". Aku pulak yang ter'surprise'. Rupanya, time tengah masak, Kak nurul mesej tanya ' wat surprise ni, farik ada kat rumah tak?'... Ala...kantoi la pulak! Takpe la...niat dah terlaksana cuma tak berjaya jer.. Pape pun, kek kali ni memang sedap. Bukan secret recipe. RT Pastry House tak silap. Memang sedap la! Thanks Abg fdah n Nini tolong blikan kek! Thanks my family cause always be there support me. Love ya! 


Cake yang sedap! Pudding cake! Menarik kan?


My chef, Kak Ilah and lil Ayra


Tengok! Denan berkain pelikat potong kek. Time ni la die cakap tuh.


Ayraa, Nini and Ab Fdah! Thanks cuz!
The cake really amazing!


Kak Nurul, Muizz and Lil Mia. Baru habis pantang sanggup turun padang. 
Thanks! Really appreciate it!

No 3: Double surprise

Okey, last surprise happened last night kat Seri Kembangan. Disebabkan hari tuh dah plan nak wat surprise ngan kawan-kawan suami, Intan and the geng, tapi tak jadi so kitorg proceed nak buat malam tadi. At first, makan-makan jer sambil 'pow' sate willy kat abg bob. Tp dah alang-alang kan? Wat surprise tuk hubby skali, ape salahnya. Lokasi umah titi. Dinner kat sana. Menu: Bihun kak yati masak, Sate sponsor by abg bob, suppose puding roti dr aku tp terlupa nak bawak. Rushing. Dan aku suruh Intan blikan kek. Nanti sampai terus celebrate la. Disebabkan suami balik lambat skit semalam jadi kitorang sampai lambat la kat sana. Tup-tup diorg dh dine dulu. Takpela...so, Intan bawak kuar kek. Cantik kek tuh. Chocolate cheese tak silap. Eh, tengok kek cantik skali...ada nama aku sekali la. Terperanjat aku! Rupanya celebrate kami berdua!  Happy birthday Wani & Zul. Haiyaaa... Surprise I tau!
Itulah dikatakan double surperise. Bukan surprise 2 kali Tapi surprise utk 2 org. Thanks korang! 




Kami berdua tiup lilin bersama Adam! Celebrate birthday together with Adam!
Tahun lepas Adam dalam perut lagi. Hihhi...


Thanks semua
Titi, Intan, Kak wati, Kak Long, Kak Yati and Hubby, Kak noli and Kak Nora


May, June, July
Celebrate Together!



Adam at the top! 
Titi, Intan, Kak wati, Kak Long, Kak Noli, Kak Yati dan Abg Bob!

Okey...habis sudah cerita! Untungkan suami sy? Tiga kali makan kek. Hahaha...Saya surirumah, tak mampu nak belanja mahal-mahal makan kat luar. Jadi, tak salah untuk mintak bantuan untuk sesuatu yang boleh diingati kan. Hadiah? Postpone lepas raya. Budget kurang. Terima kasih kat kazen-kazenku yang sudi menolong, membantu dan bagi sapot. Too my husband's friends cum my new friends yang sudi taja lokasi dan buat surprise! yeay! Berjaya akhirnya...Sapa-sapa yg tengah cari idea jugak untuk surprise kan suami masing-masing, jangan lupa yer, mintak bantuan! Itu yang penting. Jangan malu-malu. Okay, sampai sini entry panjang ni. Sayang korang!!!!


Saturday, 23 June 2012

Happy Father's Day

Happy father's day to these two important person in my life
 My father, Hussin and my hubby, Zulfarik.



Poem for Papa

He never looks for praises

He's never one to boast

He just goes on quietly working

For those he loves the most
His dreams are seldom spoken
His wants are very few
And most of the time his worries
Will go unspoken too
He's there.... A firm foundation
Through all our storms of life
A sturdy hand to hold to
In times of stress and strife
A true friend we can turn to
When times are good or bad
One of our greatest blessings,
The man that I call Papa.

                                                                                                                                         By © Karen K. Boyer
 


The poem above tells about my father. Who seems so cool, relax and doesn't bother about me OUTSIDE, but INSIDE he really care, and always worried even I am married! Selalu, bila nak balik KL Papa mesti tanya "Duit cukup tak?" takpun "Ada duit tak?" Dari bujang sampai la dah ade anak sorg. Kalau dh sampai tak call mesti Papa suruh my lil brother or my mom call tny. He never call!

Full of exciting, I've called him last sat morning and wish "Selamat Hari Papa" then he replied "Hmmm...time kasih. Papa tgh gosok baju ni. Jap g nak p kenduri kawen ni"
Me? dah biasa...hihihi... 

My husband, first time celebrating father's day. Last year didn't count since Adam Zafran still dalam perut. He so malu-malu arnab! but with BIG SMILE!!! Nak decided dinner kat mana pun payah okeyh! So, celebrated at Secret Recipe, Setia City Mall which near to our house! No toll! No jammed! Easy to access!

Selamat Hari Bapa suamiku. Semoga menjadi suami yang mithali dan sama2 mendidik anak-anak dgn sempurna!



Muka malu-malu macam anak dara kene sunting kan?


Adam Zafran loved the cake



We always fight but we loved each other


Thursday, 24 May 2012

Masih teringat detik itu!

Hari ni, sepupu aku yang dh sarat tuh mula terasa sakit-sakit. Now, kat hospital serdang! Dh bukak 3cm. Dlm kul 5 kot dh rase sakit- sakit dan terus g hospital. Semoga baby keluar cepat! Teringat pulak waktu aku nk delivered si boolat, Adam Zafran.

6 Sept 2011 dalam masih mood raya. Selepas seminggu beraya,  aku dari kampung nak balik KL la sbb suami dah start kerja on Monday, 5th Sept 2011. Dah siap packing , tibe-tiba mama datang dan cakap

 "Along, tak yah la balik. Papa tak bagi balik. Papa tuh rasa awak dh tak lama je lagi. Kalau sakit masa farik kt site camne? "
 "Tapi tak rasa sakit pun lagi, lambat lagi tarikhnya. 16 Sept"
 " Takyah la. Kang bising papa tuh"
 "....... baiklah" 

Jadi, keluarkan semula baju aku dr beg. Tinggal barang suami je dalam beg. Sabtu tuh suami aku pulang ke KL dengan adik aku, balik awal la taknak redah jammed katanye.  Ahad tuh mereka berpoya-poya. AMboiiii suamiku, mentang-mentang jadi bujang kejap yer. Seronok bersuka ria nampak! Hihihi...

Subuh isnin, aku bangun nak sembahyang subuh tapi badan rasa melekit jadi aku buat keputusan mandi dulu lah. Opppssss! ada tompok merah di situ. Dh siap mandi, aku bitau mama...dh risau la sbb tanda dh sampai. Terus kemas-kemas beg nak bawak g hospital. Ishh...excited sungguh mama nak jadi nenek. Pagi tuh pergi KKIA Muadzam. Transfer case ke MS la sbb nk branak kt sini kan. Register pastu citer kat staff nurse tuh. Dia kata kalau sikit takpe. Tapi kalau dh sakit sangat terus ke wad bersalin kt hospital. 

Esok pagi, kejadian yg sama berulang. Mama ngan papa suruh pergi hospital tapi malas la...nnt jadi macam semalam kena balik rumah semula. Tapi tiba-tiba macam nak minum air kelapa. Dan sakit dah mula datang. Nak cakap sakit sangat tuh tak lah tapi lenguh la pinggang. DH lepas zohor rasa sakit smpi tak senang duduk. Papa suruh g hospital, aku cakap lepas asar la. Makin lama makin sakit. Setiap 10min contraction. Dh abis solat asar rasa sakit yang amat. Kekerapan ke bilik air sangat la banyak. Aku dh tak boleh degil lagi. Terus ajak papa ke hospital. Mengalir air mata tahan sakit.... 

Sampai jer hospital, nurse suruh masuk labor room. Dtg bidan usap-usap perut sambil cakap 

" Kak long, napa lambat sgt datang ni. Dh turun kepala baby ni. " .
 
Di baringkan atas katil, di suruh kangkang...suuuppp, jari dia masuk da! Nyilu pun ada. Rupanya dah 6cm bukaan. Patut la sakit sangat! Jam 5.30 pm aku masuk dan sakit yg sangat bermula kul 7 pm  waktu tuh dah bukak 8 cm. Inilah yang dikatakan sakit yang tak boleh nak cakap. Nyawa dihujung tanduk! Kagum dgn mama yg tahan karenah kami 5 beradik walau dh 5 kali juga hampir nak mati. Kagum juga kepada semua ibu-ibu di luar sana dan juga kagum dengan diri sendiri kerana berjaya merasai detik ini.

3 jam dalam labor room akhirnya, jam 8.30 pm si kecik keluar! Keluar je dari pintu tuh, nyaring suaranya nangis. UUUwwwwaaaaa!!! Hilang rasa sakit. Itupun lepas doktor laki datang sbb aku teran baby takmo kuar! Malu weh!!! Masa jahit dh tak terasa sakit sbb tak sabar nak pegang baby tapi lamanya nak tunggu kene jahit. ada la dekat 2jam. Dh la sejuk.. Ketaq! Nasib la nurse kat situ baik-baik. Bagi segelas milo panas dan selimutkan aku. hihihi.... Suami yang kat luar pun tak sabar siap sms lagi.

" sayang, lamanya. Nak tengok Adam "
Alahai...nak tgk Adam je... Ibunya? sob...sob...sob.. T_T
Dah la sampai lambat. Kata nak teman! 

Dh setel semua, jahit, bagi susu, check jahit barulah masuk wad. Jam dh kul 11. Tapi disebabkan ada 2 kes je bersalin aritu, nurse kasi la mereka masuk melawat aku. Wahhh!!! ramainya kat luar! Mama, papa, ebi (adik bongsu aku), jiran-jiran, rakan-rakan (patut dinner ngan diorg malam tuh), dan suamiku.

Bergilir-gilir mereka masuk. Masih terbayang gigilnya tangan suami aku pegang Adam Zafran buat kali pertama dan azankan nya. Gigil juga tangan papa aku pegang cucu pertamanya dan azankan jugak. Nenek pun gigil. EH, 2 kali Adam Zafran di azankan la!

Dan bermulalah episod baru dalam hidup aku menjadi seorang ibu dan lengkap sudah kitaran hidup aku.

Lepas bersalin ramai tanya

" Pasni nak beranak lagi? aku serik... CUkup la sorg"

Aku jawab dengan selambanya

" Haruslah nak branak lagi. Aku nak 6 orang anak.  Mana cukup sorg. Pasni nak kembar la. "

Serik? Tidak! Pengalaman yang sangat bernilai. 
Seronok mungkin. Aku tahu ianya sakit tapi percayalah kesakitan tuh akan hilang bila lihat wajah polos si comel! Percayalah! ANtara nak atau tidak jer.

Kalau mak ayah aku boleh didik aku dengan sempurna. PAsti aku dan suami boleh juga. Aminn... InsyaALLAH kami boleh. 


:: My great weekend ::


:: Ayah dan Adam Zafran ::


:: Ibu dan Adam Zafran ::


Thursday, 12 April 2012

Family Outing : Part II

Okay, sambung citer part I arituh. Baru boleh update entry. Sangat sibuk dgn kerja yg tak berkesudahan, tapi kadang-kadang kene rileks jugak! Enjoice kawan2!

Setelah semalamnya penat ber-sukaneka, pagi ni agak lewat bangun. Dah la baru lepas hujan, angin sejuk menampar pipi, memang syahdu! Bangun, ke dewan then breakfast! again! Tak cukup! Sbb kami kelaparan. Adam Zafran masih tidur tp angkut jugak sbb takut nasi lemak abis. Hahahaha!!!


Nasi lemak 2 pinggan lagi!


Ngantok-nya Adam! Paksa bangun!


Ada apa ek pagi ni? oh! sesi ambil-bagi hadiah, then continued, karaoke! Tapi kami prefer buat outdoor aktiviti. Mau tak, after kawen, mane ade sesi keluarkan peluh sangat. Dua bulan pas kawen, dh lekat si Adam dlm rahim. Jadi, sekarang ambil kesempatan la..=)

Adam Zafran pun sama, aktiviti keluarkan peluh: Main bola. (eh! boleh dikira main ke)


Ni, ibu-ibu dok karok!


Yeay! Adam Zafran tengah praktis 

Mcm kat entry Part I, tak ku duga tempat ni agak best la. Ada ATV, ada boat utk di-row, boleh kayak dan boleh jugak memancing. Actually, midnite tuh suami aku g mancing tp guna dedak sbgi umpan, manenyer ikan nak ngap! Jadi, aktiviti sesaja je la. Sesaje nk bg nyamuk hisap darah yg masih lagi manis. Sebelum aku dan suami pergi meneruskan aktiviti kami, Adam zafran akan diserahkan pada neneknya. Untuk itu, sesi makan minum untuk Adam Zafran harus dilakukan. 


Kasi Adam Zafran kenyang, tidur. baru ibu ayah leh dating.
(Abaikan muka pucat itu!)

After siap semuanya, 1st sekali aktiviti ialah ATV. Supposely, ATV ni kene naek sorg je. Tapi, base degil time ni. hahaha... nak manja2 la konon ngan suami. hihihi...tp takpe, sy kan ringan. Tak bg effect kot kat ATV tuh. RM 30/hour. Tp ada 2 je. 1 lagi tayarnya takdak angin. Disebabkan kami semua nak ber-ATV, jd sekejap pun jadi la. Better dari tak naik langsung. kan?


Panaskan enjin dulu!


Yeah! vrrrommm! vrrrooommm!


Be'am ngan Joe pun selok jugok!

Lepas ber-ATV, kami ke kolam untuk row-row the boat ngan kayaking. Aku? berkayak la. Takmo la row-row boat. hihihihi... Pasanganku siapa lagi kalau tidak, suamiku...hahaha...
Lama d'oh tak ber-paddle begini. Last, 2007. 5 tahun tuh tinggal. Mau tak sengal tangan aku. dah la tulang. kata suamiku! Dia masih tak faham, macam mana aku leh wakil rowing UiTM tuk MASUM. hahaha...actually, aku pun tak paham. =)


Bapa-bapa bersama anak sulung mereka!
So sweet la!


Merekalah lanun, Pari & Chad



Depan: Atok sedara kami, tp kami panggil Pokcik Noor. Masih mmp ber-kayak
Belakang: Ayah Su 



Posing! Abah peluk tiang! 
Nmpk comel jer


Depan: Pakcikku, Ayah Li.
Belakang : Papaku. 
Eh! Eh! Nape ke sana? 


*Malu*


Girls!


Dah ber-kayak dan bergambar, cadangnya nak ke aktiviti seterusnya, memancing but then, suami dapat call dr mak dia. Mak dia demam. So, kami pun bergegas pulang ke Pekan. Alhamdulillah. Takda pape. Demam biasa je. Seterusnya, kami nak ke Melaka. Suami nak g tangok site kat sana. Dr Kuantan lalu ikut highway Kuantan-Segamat. Ntah macam mana, aku pun terlupa, patut ke Melaka kami ikut Segamat, kami terus ikut Kuala Pilah. Jammed yang amat pulak tuh. hahaha... Ade la dalam 2jam lebih kt Pilah je. Dr nak ke Melaka  terus balik KL. hahaha... Bengong je. Lain planning, lain yang jadi.

Tamatla cerita hari ke-dua. Walau kejap jer jumpa tp seronok sangat! Me heart them! Family Outing menjadi acara tahunan Al-Yamani. Jadi, kemanakah destinasi tahun depan? harap-harap la, dapat ke Pulau! =)

Thursday, 5 April 2012

Family Outing Part I

Last month, I had a great moment with my big family. Family Outing, diberi nama kerana kami-kami peminat Korea Variety Show, family outing, Running Man dan seumpamanya lah. Drama-drama, filem-filem...penuhla hard disk hny kerana korea! 


Okay, this family outing venue at Kempville, Kuantan on 10-11 March. At first, I thought that, Kempville same with other boring chalet. Seriously! Goggle Google bout it and it doesn't impress me. But, it totally wrong. it wasn't that bad and boring. The owner should do something to interact  attract more people! It's good place actually. 


* Ampun AJK! Biasala, judgement before see it!


Jumaat mlm all the family gather at Kmpg Padang. Umah abah ngan mak except us la : me, hubby, adam n my cousin, Kak E. We arrived at Kmpg Padang next day. Sabtu pg yg hening. Disebabkan mereka tiba awal, they prepared all the things. Mine, supposedly sort the tshirt, since I was late, beam telah mengambil alih.  Oh! sgt bersalah sbb tidak terlibat secara aktif. =(


Saturday afternoon, kami gerak ke Kempville. Kalau tak silap, dlm 11 buah kereta berkonvoi dr umah Mak. Sampai, amik kunci bilik dr AJK Kunci, Abg fdah! Angkut brg, then lunch together di bwh pokok. Activity on first day : 3pm. Rehat, Smbhyang Zohor, berkumpul. Acara dimulakan.


Antara aktiviti yg dilakukan:


  1. Ayah-ayah : Membuat sandwich
  2. Hero remaja : Mkn buah epal di udara
  3. Ibu-ibu : Gubah bunga
  4. Dewi remaja : Susun Epal
  5. Family: Draw in row
  6. Baby: Paling kuat nangis( hahahah! ada ke?)
  7. Pasangan: Sehati Sejiwa a.k.a Serasi Bersama 
Ni la tokey kunci, Abg Fdah!


Roti Sandwich maker by Bapaks...


Makan Epal


Chantek kan gubahan bunga-bunga ni


Turn my family main Draw in row!

Sebelah ptg, menanti maghrib, episod berehat. Menikmati suasana pantai dan row-row the boat. Sebelah malam pula, ada tahlil skit, then dinner yang tak cukup. Harap maklum, keluarga saya ramai hero-hero, kadar makanan yg diperlukan sangatlah banyak! Dan seterusnya, acara kemuncak SeHati Sejiwa. First Round: Senior couple, Second Round: Junior couple. Final: Senior vs Junior. Lebih kurang begitula serba sedikit ceritanya. AKhir sekali, penyampaian hadiah utk acara siang tadi. Ditambah dan diakhiri sesi karaoke. Sempoi la!!



Lama tak dgr mak bg ucapan! Ni pengetua saya dulu.


originally made by sis AYu, red velvet sedap okeh!


Girl's Generation


Bring the boys out!


Okehla, cukupla sampai sini Family Outing: Part I (Day 1).
Nnt sambung di Part II