page

Showing posts with label Marriage Life. Show all posts
Showing posts with label Marriage Life. Show all posts

Friday, 9 November 2012

Kahwin: Ikut kemampuan

Lately, banyak orang bising pasal kahwin. Bajet untuk kahwin dan keperluan untuk kahwin sangat tinggi. Lagi-lagi sekarang kan dh nak masuk musim cuti sekolah. Jadi, orang yang nak kahwin pun ramai. Setiap hujung minggu penuh dengan 3,4 undangan. Mana yang berkesempatan untuk pergi tuh, pergilah. Tak salah untuk memeriahkan majlis orang. Sebab majlis kita pun mesti nak meriah dengan orang ramai kan?

Ada aku baca satu status di fb yang mana dia pening nak kahwin. Di buat kira-kira hampir 50k. Lepas tuh bising-bising suruh kerajaan turunkan harga sekian-sekian. Oh yer, 50k tak termasuk makan catering. Hamboiii...apa yang dia rancangkan sampai terpaksa berhabisan banyak camtu. Jangan di ikutkan sangat kehendak sendiri dan kata-kata orang lain. Susah senang nnt diri sendiri yang tanggung.

Aku punye perkahwinan banyak jugak belanjanya tapi aku buat sikit-sikit dan cut cost sana sini. Selepas bertunang, aku dah bli sikit-sikit. Nasib lah aku bukannya orang yang bergantung dengan barang yang high class. Aku cumalah seorang perempuan kampung yang simple. Mama papa pun jenis yg bkn cerewet dan ikut ala kadar. Janji orang kampung kenyang makan katanya.

Macam aku sendiri, banyak jugak tersasar. Ter-rugi sana sini. Tapi, masih terkawal. Kalau boleh putar masa, banyak aku nak cut cost. Sana sini..hihihi...

Masa majlis aku 2 tahun lepas

Catering: 

Cari orang kampung sendiri. Yang memang masak sedap dan harga berbaloi. Lagi seronok tokey tuh kenalan mama dan papa. Harga boleh runding, siap dapat free puding raja untuk pengantin. Banyak pulak tuh. Makanan pun lebih. Suppose untuk 1000 orang jadi 1500 orang. Banyak tuh. Dan alhamdulillah, tidak membazir. Cukup. Tetamu yang hadir puas hati. Tambah pula, duit untuk katering, papa mama guna duit tabung haji aku. Yang memang simpan dari kecik. Mama kata, tabung haji aku memang simpan khas untuk perkahwinan aku. 

Baju Pengantin, Facial, Lulur badan, Pelamin, Hiasan bilik, Gambar

Ini aku amek under orang yang sama. Pakej semua sekali. Aku puas hati dengan service diorg cuma tang gambar tuh jer yang failed sikit. Takpelah..cousin-cousin aku pun byk snap gamabr di hari besar aku. Ambil dan edit balik jer. Service lain. Ok. Puas hati. Untuk aku la. Sederhana. Cukup. Buat sendiri lagi jimat. Aku sebenarnya nak buat sendiri tapi masalah banyak sgt time tuh. Tak boleh nak concentrate n no focus at all. Tapi kain tuk baju nikah bli sendiri. 4m satin+2m lace prempuan free 4m satin tuk lelaki. Tailor, orang kampung aku. Design aku sendiri tapi hasil sangat memuaskan hati aku. Beading? mak andam aku sendiri. Jadi murah la sikit...=)

Abaikan muka tuh. Tengok baju tuh. Cantik kan?
Hihihii....
Singgahsana yg simple kn?
Gift

Aku beli semuanya kat rantau panjang. Kebetulan aku balik Kelantan. Pergi dengan mama dan Cik da(adik mama). Bli byk dapat lagi murah. Asalnya nak bli kat mundok. Lagi murah. Tapi pergi ngan papa kan, semua tak boleh. Hihihi...kalau pergi ngan mama ngan cikda jer. Mungkin ke mundok dah kami. Cup cakes pulak, mak (makcik sy) sponsor. Sy dapat sponsor byk sbb saya anak sedara perempuan first yang kahwin kot. hihhihi...

Aunty and the cousin with the gift bag.
Kad Kahwin and gift bag

Disini silap besar aku. Terlalu terburu-buru nak settlekan cepat untuk kad, jadi tak pergi byk tempat pun. Nak kata murah tak jugak. Tapi di sebabkan aku amik skali ngan gift bag so, ada la discount sikit. Sini aku boleh jimat banyak sebenarnya. Sangat rugi!

Hantaran

Yang ni, aku bli waktu sale kat sogo. Jadi faham-faham la. Murah jugak. Dan bli yang mana perlu. Lucky for me, aku dapat byk sponsor untuk hantaran. Jiran aku, cousins, besties. Hiasan pun buat sendiri dengan my besties, shafinas. Ringkas tapi cantik. Aku puas hati. Itu yang penting.
Gubahan?my besties, Asha.
Sponsored!
Just nice. Nmpk serabut sbb alas dulan tuh bercorak. Warisan Al-Yamani

Penginapan dan khemah

Yang ni papa mama sponsor 100%. Dapat staff price. Untuk family aku dan rakan-rakan, aku sewa hostel kat uniten. Guna staff price ank sedara papa. Untuk rombongan lelaki di homestay pingir pelangi. Staff price mama. Khemah? free...JKR dan Desa punye. Eh, tapi ada jugak sewa. Dengan company tempat mama kerja. Tapi dpt staff price la. Jimat lagi

Uncle and the cousins melantak sebelum orang ramai datang.

Pakaian untuk family

Yang ni, meman aku peruntuk khas. Guna gaji aku dan jugak duit kelas tambahan. Gigih wei...petang g kelas tambahan, malam lagi. Nak kumpul duit punya pasal. Hihihi...Theme colour for family was dark silver. Papa dan adik-adik aku, baju melayu sepasang kelabu bli kat kedai Indian Muslim depan SSF Kuantan. Baju kurung mama bli kat deret kedai sebelah Kamdar Kuantan. Kain untuk macik-macik aku dan my dear cousin(girls!). Done! Semua tak sampai RM400, dalam RM 375. Ni siap simpan resit tau... 

I love my sisters!


Sebenarnya nk jimat senang, jangan banding dgn org lain. Plus aku bli sikit-sikit. Duit gaji bg mama simpan RM1000 a month. Kalau aku simpan...takde maknenyer la.Dan, kalau agak-agak takde duit sangat, tangguh la dulu. Jangan sampai buat pinjaman bank. Kalau kamu ada kerja tetap no prob. Boleh bayar bulan-bulan Ini, pendapatan tak tentu, nak buat pinjaman. Kang bulan-bulan tak boleh bayar nak buat cane? 

Dan aku paling tak suka, bila menyusahkan adik beradik. Sampai duit hantaran mintak tolong adik beradik. Walau nampak hal kecil, sampai ke mati orang ingat tau. Cari lah duit yang cukup. Buat ala kadar. Tak payah nak kenduri besar bagai, tumbang lembu 2,3 ekor. Jangan nak gah sangat kalau makan minum pun mak ayah yang tanggung. Kerjalah, cari duit, nanti nak sara anak org pulak.

Untuk si gadis, jgnlah letak hantaran sampai puluhan ribu. Tengoklah kemampuan si lelaki. Kalau bakal suami tuh mmg lebih dr mampu, xsalah nk demand. Tapi, kalau sekadar nya shj, jgnla bebankan mereka. Kesian...

Jangan nk ikutkn kata org. Kita buat besar dikata membazir. Kita buat kecik di katanya kedekut. Tapi yg nak menanggungnya siapa? Yang penat, Yang letih. Diri dan pasangan jugak. Ikut berpadanya jer. Kan elok gitu.  Dan yang paling penting, jangan sampai datang FITNAH. 




Thursday, 5 July 2012

Perubahan Terbesarku

Kehidupan selepas kahwin banyak mengubah diri aku. Terutamanya dari segi hal-hal isi rumah. Dah kahwin, jadi isteri dan sekarang jadi ibu semua hal kena tahu dan kalau boleh jadi expert dalam semua hal, semua perkara. Lagi-lagi bila menjadi surirumah ni expectation orang tentang melakukan kerja-kerja rumah ni tentu lah 100% hebat kan? Tapi tidak aku. Namun, aku akan tetap belajar sehingga jadi supermom. Pasti!

Perubahan terbesar aku after kahwin ialah ke dapur untuk MEMASAK. Aku bukanlah seorang gadis yang pandai masak before this. Plus, aku sorang anak perempuan yang sentiasa dimanjakan oleh mama agar tidak ke dapur. Renyah katenye... 

Sejak kecil, sekolah rendah la yer ni. Balik sekolah kebangsaan dok umah orang before pergi sek kamus ( skolah agama petang). Kalau weekend pulak, memang takde la ke dapur. Pagi-pagi menghadap ke whiteboard belajar matematik sampai pukul 10 pagi. Then pergi main sampai tengahari, balik makan. Mama dah masak. Petang lepas asar, sebelum g main lagi kene baca sifir dulu depan papa. Dah pass baru boleh main. Balik nak dekat maghrib dah. Mandi, semayang, ngaji, makan lagi. Rutin weekend aku main. Asal nak tolong mama kat dapur, mama marah. Bukan tolong tapi makin sepahkan dapur. Lalu, disuruh tengok tv. Papa pantang tengok aku rilex-rilex ni di suruh belajar. Haddduuuuiii...
Bila nak belajar masaknya?

Sekolah menengah masuk boarding school. Lagi la...Balik hujung bulan bukan nak tolong, g main takpun tidur. Alasan: penat kat asrama. Banyak menda kena buat. Tapi yang best, asal balik je hujung bulan, lauk-pauk mesti sedap2... Pastu dengar la Papa ngomel: bila anak balik baru la papa dapat rasa makan sedap-sedap. hahahaha.... (Sampai sekarang pun!) 
Cuti sekolah, konon nak belajar la...tapi harammm!!!! Keluar jer. Jumpa kawan-kawan! Yelah, sekolah dah lain-lain. Takpun g main. Tapi sekolah menengah tak main lasak-lasak dah. Paling koman pun, dok lepak-lepak borak kat taman ke, kat umah member-member!
Bila nak belajar masaknya?

Bila dah masuk ipta lagi best! Semua beli...Tapi ada lah jugak masak-masak walaupun tidak dibenarkan. (yang tak boleh tuh la yang nak). Sampailah degree dok umah sewa. Rumah sewa memang kena masak sbb jimat duit. Tp aku ada tukang masak kat rumah tuh. Sedap pulak tuh diorg ni masak. Farah, Mai, Aa...memang suka masak. Aku? paling power pun cekodok la... Tuh yang hari-hari/pagi-pagi aku masak. hahaha...

Dah kawin ni?
Belajar la masak untuk jimat. Baru kahwinkan? Duit banyak nak guna...aku ingat lagi first time nak buat sayur kobis masak lemak. Aku tak pernah masak guna santan. Tak reti, kol mai,housemate aku tuh tanya cane nak buat... Kene gelak la... Bukan taknak tanya mama, nanti mama gelak. Ayat biasa: Laaa...bukan payah pun along! Pastu kene gelak kaw-kaw before ajar. Spageti pun mintak resepi kat farah, housemate aku. Oh! ingat lagi waktu ngandung, ngidam nak makan ikan rebus, call makcik aku kat kelantan nuh. Tanya cane nak buat sesedap air tangan die. Huissshhh! Memang aku sangat rugi sbb tak belajar dari awal masak-masak ni.

Now? 
Nak kata expert takla. Tapi boleh la kasi suami kenyang ke-buncit-an. Janji kenyang perut dan jimat duit kan? Diri sendiri pun puas hati bila masak sendiri. Lagi-lagi yang tak pernah masak langsung. Pastu call mama, bitau tadi masak tuh, masak ni... Mama tanya: Jadi ke? Pastu gelak lagi. 

Yang penting, sekarang aku dah boleh masak kari, kurma, masak lemak cili api dan paling penting, kangkun goreng belacan. Suami aku kata.... SEDAAAPPPP!!! 
Kira oklaaa....aku bersyukur sbb dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam bab makanan dan terima kasih ALLAH, kerana percepatkan jodoh aku. Akhirnya, aku dah pandai masak! 

Nak rasa masakan aku? Mai la datang umah...hihihi...

Wow! Panjangnya entry ni...hihihi....

Wednesday, 4 July 2012

Hari jadi saya

28 June 2012
8.00pm

Celebrating my birthday with my lovely hubby and my only one, Adam Zafran at Pappa Rich, Setia City Mall. Pusing-pusing dalam mall tatau nak makan katne. Last-last husband decided kita try Pappa Rich. Tak pernah makan kat sini, tp pernah la makan bun die yg sedap tuh. Pilih menu, macam biasa harus makan nasi walau ke mana je kami pergi. Minum? Hmmm...ni yang payah. Selalu memang macam tuh. Then aku decided amek Soy Milk Pudding. Yang Adam pun boleh minum. Makanan sampai... Minuman sampai... Eh! Sedapnyer air ni.... Sungguh! The best ever birthday celebration! huhuhu...sbb dapat minum yang sedap! Dah sudah makan sampai kenyang, pergi hunting for present! 


Husband jarang bagi hadiah and surprise-surprise ni, biasa dia akan tanya nak hadiah apa? Tak reti katanya. Takpe...tak kisah pun. Tapi aku la malu, nak mintak ape ek? Siap bagi limit lagi, not more than RM 500. Min 1 barang, max 3 barang.
Aduh! Nak ape ek? 

Baju? baru beli selai last week
Handbag? Baru jugak dapat satu last week
Kasut? Bukan nak pakai g keje pun. No need. Yan ada pun elok lagi.
Barang kemas? Mahal wooo...

Dtg 2 benda dlm pale ni : Oven atau mesin jahit. 

Tapi tak cakap la kat husband. *malu seh*

Pusing punya pusing, sekali mall mau tutup sudah!

"Abang, nnt la sok-sok la kita beli. Syg pikir dulu yer" (padahal dh tau nak ape!)
" Esok ek? Okeh. Adam pun dh ngantuk ni"

Balik.....

Esokannya: Oven in the house!
Yeay! boleh baking!

"Hah! pasni buat kek ke biskut ke. Tak la hari-hari makan cekodok."
*aduh! kene setepek! 

Baik! Sayang abg banyak2!!!


Inilah hadiah harijadi saya!
First skali, bakar ayam!


Owh...semalam dah pergi Popular. Beli buku untuk baking-baking ni. Harap-harap berbaloi bile beli buku ni. Padahal google pun boleh kan? Saja nak beli buku. Lamadah tak membeli majalah masak-masak ni.

Ehhemmmm..... 
Semangatku untuk baking sudah datang! Esok mau buat puding roti!
Selamat berjaya ya Wanie! 





Thursday, 24 May 2012

Masih teringat detik itu!

Hari ni, sepupu aku yang dh sarat tuh mula terasa sakit-sakit. Now, kat hospital serdang! Dh bukak 3cm. Dlm kul 5 kot dh rase sakit- sakit dan terus g hospital. Semoga baby keluar cepat! Teringat pulak waktu aku nk delivered si boolat, Adam Zafran.

6 Sept 2011 dalam masih mood raya. Selepas seminggu beraya,  aku dari kampung nak balik KL la sbb suami dah start kerja on Monday, 5th Sept 2011. Dah siap packing , tibe-tiba mama datang dan cakap

 "Along, tak yah la balik. Papa tak bagi balik. Papa tuh rasa awak dh tak lama je lagi. Kalau sakit masa farik kt site camne? "
 "Tapi tak rasa sakit pun lagi, lambat lagi tarikhnya. 16 Sept"
 " Takyah la. Kang bising papa tuh"
 "....... baiklah" 

Jadi, keluarkan semula baju aku dr beg. Tinggal barang suami je dalam beg. Sabtu tuh suami aku pulang ke KL dengan adik aku, balik awal la taknak redah jammed katanye.  Ahad tuh mereka berpoya-poya. AMboiiii suamiku, mentang-mentang jadi bujang kejap yer. Seronok bersuka ria nampak! Hihihi...

Subuh isnin, aku bangun nak sembahyang subuh tapi badan rasa melekit jadi aku buat keputusan mandi dulu lah. Opppssss! ada tompok merah di situ. Dh siap mandi, aku bitau mama...dh risau la sbb tanda dh sampai. Terus kemas-kemas beg nak bawak g hospital. Ishh...excited sungguh mama nak jadi nenek. Pagi tuh pergi KKIA Muadzam. Transfer case ke MS la sbb nk branak kt sini kan. Register pastu citer kat staff nurse tuh. Dia kata kalau sikit takpe. Tapi kalau dh sakit sangat terus ke wad bersalin kt hospital. 

Esok pagi, kejadian yg sama berulang. Mama ngan papa suruh pergi hospital tapi malas la...nnt jadi macam semalam kena balik rumah semula. Tapi tiba-tiba macam nak minum air kelapa. Dan sakit dah mula datang. Nak cakap sakit sangat tuh tak lah tapi lenguh la pinggang. DH lepas zohor rasa sakit smpi tak senang duduk. Papa suruh g hospital, aku cakap lepas asar la. Makin lama makin sakit. Setiap 10min contraction. Dh abis solat asar rasa sakit yang amat. Kekerapan ke bilik air sangat la banyak. Aku dh tak boleh degil lagi. Terus ajak papa ke hospital. Mengalir air mata tahan sakit.... 

Sampai jer hospital, nurse suruh masuk labor room. Dtg bidan usap-usap perut sambil cakap 

" Kak long, napa lambat sgt datang ni. Dh turun kepala baby ni. " .
 
Di baringkan atas katil, di suruh kangkang...suuuppp, jari dia masuk da! Nyilu pun ada. Rupanya dah 6cm bukaan. Patut la sakit sangat! Jam 5.30 pm aku masuk dan sakit yg sangat bermula kul 7 pm  waktu tuh dah bukak 8 cm. Inilah yang dikatakan sakit yang tak boleh nak cakap. Nyawa dihujung tanduk! Kagum dgn mama yg tahan karenah kami 5 beradik walau dh 5 kali juga hampir nak mati. Kagum juga kepada semua ibu-ibu di luar sana dan juga kagum dengan diri sendiri kerana berjaya merasai detik ini.

3 jam dalam labor room akhirnya, jam 8.30 pm si kecik keluar! Keluar je dari pintu tuh, nyaring suaranya nangis. UUUwwwwaaaaa!!! Hilang rasa sakit. Itupun lepas doktor laki datang sbb aku teran baby takmo kuar! Malu weh!!! Masa jahit dh tak terasa sakit sbb tak sabar nak pegang baby tapi lamanya nak tunggu kene jahit. ada la dekat 2jam. Dh la sejuk.. Ketaq! Nasib la nurse kat situ baik-baik. Bagi segelas milo panas dan selimutkan aku. hihihi.... Suami yang kat luar pun tak sabar siap sms lagi.

" sayang, lamanya. Nak tengok Adam "
Alahai...nak tgk Adam je... Ibunya? sob...sob...sob.. T_T
Dah la sampai lambat. Kata nak teman! 

Dh setel semua, jahit, bagi susu, check jahit barulah masuk wad. Jam dh kul 11. Tapi disebabkan ada 2 kes je bersalin aritu, nurse kasi la mereka masuk melawat aku. Wahhh!!! ramainya kat luar! Mama, papa, ebi (adik bongsu aku), jiran-jiran, rakan-rakan (patut dinner ngan diorg malam tuh), dan suamiku.

Bergilir-gilir mereka masuk. Masih terbayang gigilnya tangan suami aku pegang Adam Zafran buat kali pertama dan azankan nya. Gigil juga tangan papa aku pegang cucu pertamanya dan azankan jugak. Nenek pun gigil. EH, 2 kali Adam Zafran di azankan la!

Dan bermulalah episod baru dalam hidup aku menjadi seorang ibu dan lengkap sudah kitaran hidup aku.

Lepas bersalin ramai tanya

" Pasni nak beranak lagi? aku serik... CUkup la sorg"

Aku jawab dengan selambanya

" Haruslah nak branak lagi. Aku nak 6 orang anak.  Mana cukup sorg. Pasni nak kembar la. "

Serik? Tidak! Pengalaman yang sangat bernilai. 
Seronok mungkin. Aku tahu ianya sakit tapi percayalah kesakitan tuh akan hilang bila lihat wajah polos si comel! Percayalah! ANtara nak atau tidak jer.

Kalau mak ayah aku boleh didik aku dengan sempurna. PAsti aku dan suami boleh juga. Aminn... InsyaALLAH kami boleh. 


:: My great weekend ::


:: Ayah dan Adam Zafran ::


:: Ibu dan Adam Zafran ::


Wednesday, 4 April 2012

:: Home Sweet Home ::

Sudah sebulan tak update blog.
Manakan tidak, sibuk! hey, jgn ingat surirumah dok goyang kaki je kat rumah.
Bulan tiga penuh dgn aktiviti. Akan ku kupas satu persatu dlm entry yg lain.
Cerita hari ini...rumah baru!

Yup, rumah baru. Sy sudah berpindah ke rumah baru. Tp masih menyewa. 
Alhamdulillah, environment okay, neighbour baik dan peramah. Kiri dan kanan neighbour Cina tp very friendly. Biarpun jauh dari tempat lain tp lokasi menarik.

Proses nk pindah, Oh! sangat penat! Seriuosly, sampai skrg rasa letih tak hilang. Pasni, kalau nk pindah kena bersiap sedia sebulan sebelum. Rasenya, barang sikit jer, tp jenuh gak nk kemas. Nak bungkus2, sort according to the type. Tapi, itupun still tak jumpa barang bila cari. hahahah...

Seminggu before masuk rumah, pergi cuci rumah dan angkut barang-barang yg boleh diangkut. Seminggu jugak dok ulang alik Subang - Shah Alam, bayar tol rm 2.20. Nak jimat duit lori katakan! 

Penjimatan yg dilakukan: 
  1. Lori 5 tan, 1 trip = RM 300. Kalau angkut semua naik lori, ade kena 2 trip = RM 600. Banyak seh! Rela kami ulang alik! 
  2. Seminggu angkut barang, seminggu jugak bawak bekal ke rumah baru. Masak siap2, isi dlm tupperware, dinner di rumah baru. Biasanya, kami kalau keluar slalu bg duit kt org. hahaha
  3. Daripada membeli kotak2 utk packing buku-buku yg sedia banyak, dua kotak buatan sendiri hasil dr kotak fridge yang gabak itu. huhuhuh....
  4. Menggunakan khidmat sepupu-sepapat yg dikasihi untuk mengangkut barang2 kecik dan kereta2 mereka! Diorg memang terbaek! Sentiasa membantu bila diperlukan.
  5. Selepas angkut brg, for sure lapar. Jadi menggunakan voucher KFC dan melantak beramai2!
Senangkan?Duit pun tak byk sgt habis...

Now, dh 2 minggu di rumah baru. And still nk kene adapt dgn suasana. Why? rumah ni, byk sgt kipas, tidur pun nyenyak sgt. Bangun pun lmbt jer! No more dgr org gadoh tgh mlm, No more dengar dan bau org mabuk awal pagi. No more enjin motor yg bising giler. Seronok kan? Moh la pindah sini... =)




Tuesday, 28 February 2012

Abg tak jealous ke?

Patang ahad yang lalu, dalam perjalanan pulang ke rumah

" Abg tak jealous ke tengok kawan-kawan abg? "
" Jealous apa? "
" Wife kawan-kawan abg semua kerja, leh bantu ringankan beban suami diorg."

Conversation di atas after kami melawat officemate husband kat Setia Alam. Tak lama lagi, nak jadi bapak budak. Now, wife die dah mengandung 37 minggu. Bermula topik bila mereka bercerita dan bertanya tentang persediaan nak sambut bayi, kos- kos yang kene keluar nanti. Dan jugak, tentang isu nak bayar sewa rumah sbb kami tengah mencari rumah sewa time tu. =)
Dan semestinya, aku la yang jeles bila isteri dia dapat membantu serba sedikit dalam nak sediakan semua2 tuh.. aku? tiber je rase diri tak berguna sbb semua suami aku yang prepare. 

Bila aku tengok husband-wife kerja, nampak semuanya mudah, teratur dan boleh bantu antara satu sama lain, especially kewangan la. 
Iyelah, duduk di ibu kota ni. Gerak punggung sikit dah kene keluar duit. 
Bukan kemewahan aku maksudkan, cuma bile suami sorang yag kerja, tanggung anak bini sorang-sorang macam derita jer dia..hihih...Mana tak, semua dia yang tanggung. Kan dh beruban di kala baru menjengah 27 thn. Sian suami ku

Tapi, jawapan dari suami seringkali buat aku termenung

" Patutnya sayang, diorg la yang jealous sbb kita tak pening-pening nak fikir cari nursery, cari maid, nak belanja lebih untuk hantar anak ke nursery, beli susu formula, dan duit yang mengalir keluar untuk perkara yang surirumah boleh buat. betol tak? "
" Hmmmm...."
" Tengok, awak bagi 1 je sebab sayang, bantu ringankan beban suami. Abg boleh bagi 100 kalau awak nk. "

Sambil dia tersenyum geleng kepala.

Nampak gaya tunggu Adam dah besar la baru boleh kerja, tp takpe boleh membesarkan Adam dengan tangan sendiri. =)

Tengah berangan nak bukak bisnes ni, tp tunggu modal. hihihi...