page

Showing posts with label Ceritanya. Show all posts
Showing posts with label Ceritanya. Show all posts

Tuesday, 20 November 2012

Takmo cili!

Dulu, kalau makan kat kedai, time order makanan last sekali mesti aku cakap, "takmo cili ek. Taknak cili langsung. Terima Kasih.". Kalau nasi pataya pulak " Taknak letak cili sos atas die. Terima kasih". Dan akan habiskan ngan terima kasih, sbbnya muka waiter tuh akan jadi kelat bila aku cakap takmo cili. Dulu tu zaman sekolah la. Waktu form 1-3, duduk asrama kan, makan tak boleh pilih. Ikut menu yang ada. Asal lauk pedas mesti aku tak makan, sanggup tuh lari pergi koperasi beli roti 5,6 bungkus. Mungkin sebab tuh dulu aku tembam comel. Makan roti hari-hari. Sedap pun sedap. Berkrim lagi.

Bercakap pasal pedas, aku memang tak boleh makan pedas dari kecik. Dulu lagi teruk. Sos cili pun rasa pedas giler. Sampai minum air bercawan-cawan la. Tapi tuh dulu la. Sekarang sos cili thai pun boleh. Tapi ujung-ujung la. Darah pekat kelantan kot. Hahaha...Tapi hampeh, cakap kelantan hancus. Bunyi siam jer. Namanya kelantan celop. Tapi IC -03-. Well, I am proud to be Kelantanese. Makan manis-manis, itu yang manis sangat aku ni. *masuk troli tolak sendiri*


Ingat lagi, arwah wan aku. Mak kepada papa aku. Kalau family aku balik bentong, mesti dia akan masak satu lauk khas untuk aku. Yang takde cili langsung. Kalau raya, ayam rendang kan pedas, dia bagi aku makan ayam goreng. Kelakar jer. Orang raya makan rendang, aku makan goreng. Aku bukanlah cucu kesayangan, tapi aku sentiasa rasa special bila bab makan-makan ni. Kalau pergi ziarah rumah sedara mara kat bentong, atau bilut tuh, Wan mesti cakap "Kicap ada tak?cucu wan yang ni tak makan pedas." Best kan jadi aku? Sebabnya, cousin-cousin aku belah papa memang kuat pedas. Pergh!!! Tak tahu macam mana lidah diorang boleh tahan. Tapi belah mama, mostly sama ngan aku. Hihihi...

Siapa yang berkawan dengan aku, mesti tahu aku tak makan pedas. Most of them la. Kalau zaman belajar pergi makan kat kedai, kalau makanan aku pedas mesti diorg habiskan. Kadang-kadang, tukar pinggan terus. Takpun, kalau ada sambal-sambal atau pun cili, diorang ameklah...Takyah mintak terus ceduk dari pinggan aku. Tapi kalau prosperity burger tuh pulak boleh lak aku habiskan. Lada hitam kot. Aku boleh makan. Tapi pedas cili tak boleh tolerate langsung.

Itu cerita dulu...

Sekarang, alhamdulillah. Boleh la jugak aku telan. Tambah pulak aku kahwin dengan orang yang boleh tahan pedasnya. Paling dia gemar, sambal belacan. Tapi, sayang...aku tak pandai buat sambal belacan. Jadi, switch pada sambal kicap. Penah sekali aku buat.. hahahahampeh! Jadi belacan tumbuk cili. Failed! Lepas ni, kne try lagi sambal belacan. Sian pengarang jantung den. Tak dapat makan sambal belacan. Itu yang bila balik kampung, bertambah-tambah nasi. Dapat sambal belacan tok dia buat. Tapi aku dah pandai masak kangkung goreng belacan, masak lemak cili api. *nak jugak up diri sendiri*
Haaa...itulah orang kata. Kalau dah kahwin, yang kita tak pandai pun boleh buat tau. Yang tak pernah akan jadi pernah. Yang tak suka akan jadi suka. Yang busuk pun jadi wangi. Erk?

Pedas-pedas cili padi!
Kenal tak sape ni? Cerita apa?



Friday, 16 November 2012

Selamatkan Palestin


Apa kita buat pagi ni? Masih tersenyum ketika bangkit. Masih mengeliat di atas katil. Bangun melakukan rutin harian pagi. Melakukan kerja seperti biasa. Masih enak makan, bersembang dan bergelak ketawa. Masih mencongak bila gaji nak masuk. Poket dah makin kering. Gaji masuk nnt brape kene tolak hutang, bayar bil-bil, beli barang dapur. Masih mengira budget untuk shopping fav stuff, untuk next vacation. Masih lagi keluar ambil udara segar. Masih punya kekuatan dan tenaga untuk ber-jogging, ber-hiking, ber-sukan lasak di hujung minggu. Juga ada yang masih menyelak newspaper cari kerja, tak kurang cari berita sensasi. Masih on TV untuk tengok berita, tengok cerita korea ataupun layan kartun dengan anak. Masih lagi bermain dengan anak, bersenda gurau dengan suami/isteri. Masih memikir menu untuk hari ini. Masih lagi planning nak bawak family pergi mana petang ni. Kan? Masih...masih... dan masih... Itu yang antara yang kita lakukan di sini. Antara yang AKU lakukan di masa ini.

Tapi..

Bagaimana dengan mereka di sana?

Takut untuk keluar rumah. Takut nak bukak mata. Takut nak menghadapi hari esok. Takut berdepan kenyataan ahli keluarga sudah tiada ataupun anggota badan sudah hilang. Hanya mampu menyorok supaya tidak terkena bedilan bom. Hanya mampu berserah dan berdoa diselamatkan Allah. Hari demi hari mereka dalam ketakutan. Bukan takutkan pihak musuh. 

Sementara kita masih punya masa bersenang-senang, apa salahnya kita berdoa untuk mereka
Sementara kita masih punya wang untuk bersenang-senang, apa salahnya kita hulurkan pada mereka

Aku sendiri
Tidak mampu untuk menjadi sukarelawan untuk membantu
TIdak mampu untuk berperang untuk mereka
Tapi aku tidak mampu melihat penderitaan mereka.
Tidak mampu ikut sertai demostrasi di Kedutaan Amerika

Apa salahnya,
Kita berdoa untuk dihentikan penderitaan mereka
Kita berdoa untuk dilaknat musuh kita itu
Kita berdoa untuk diberi perlindungan untuk mereka
Kita berdoa untuk diberi kekuatan pada mereka supaya tetap mampu bertahan
Apa salahnya,
Kita hulurkan bantuan dengan perlindungan
Kita hulurkan kewangan
Kita hulurkan sokongan
Kita hulurkan sekadar termampunya kita
Ada pihak yang boleh menyampainya niat kita.
 

Untuk berita lanjut perkembangan Serangan ke atas Gaza oleh pihak Israel

Boleh tengok kat page: Aman Palestin

Dan jugak kat fesbuk: Selamatkan Palestin 

Dan banyak lagi page yang boleh kita baca.

Kalau nak lagi tambahkan pengetahuan, baca dulu sejarah tentang Israel dan Palestin. How it touch me! Betapa kejamnya Israel dan sekutunya. dan betapa bodohnya kita kerana sentiasa menyanjung mereka! Yup...saya pernah sanjung dan puji melangit Obama dan sekarang betapa kuatnya keinginan untuk memaki! 

Semoga Allah beri kekuatan pada mereka dan selamatkan mereka.




Thursday, 15 November 2012

Namanya Sumayyah


Comel kan anak ni? Nama dia Sumayyah. Nama penuh tak ingat la pulak. Ni anak kepada kawan husband. Jimi dan Has. Diorang ni satu univesiti ngan husband aku. Sumayyah ni baru 2 bulan. Comel sangat! Geram...Hari ni, cuti jadi bercadang nak g jenguk baby-baby kawan husband. Kebetulan, ramai yang baru dapat anak. Tapi berkesempatan pergi yang satu ni jer. Lepas maghrib, kami  ke Taman Medan. Excited woo...

Sumayyah.

Yang buat aku teruja ialah namanya. Memang sangat kena dengan raut wajah anak kecil ni. Kena jugak dengan peribadi abah dan mamanya. Aku tak kenal sangat dengan Jimi dan Has ni. Jimi mungkin la sbb housemate husband aku dulu tapi Has ni baru brape kali jumpa. Setiap kali tengok muka Has ni, tenang je rasa. Orang kata ada 'nur'. Sama jugak bila tengok Sumayyah ni. Sejuk hati. Lagi lah, baby pulak. Ntah kenapa, bila aku pegang Sumayyah ni, perasaan aneh datang. Mungkin dah lama tak pegang anak kecil. Atau mungkin jugak...aku tak sabar nak ada baby girl. hihihi....



Adam mula-mula takde mood. Suruh 'sayang' Sumayyah. Taknak. (Sayang: Kiss).Baru bangun barangkali. Berkepit ngan ibu n ayah jer. Hampir setengah jam jugak la nak tunggu mood sampai. Dah datang mood dia, asek nak 'sayang' jer. Tengok tuh, semua nak pegang. Muka, mata, hidung Sumayyah, semua dia nak pegang. Biasa main dengan yang baya-baya dia. Ni ada baby. Suka lah dia... eh! suka ke? InsyaALLAH.. Boleh la kasi adik kat Adam. Hahaha....

Bila di-tengok balik, dalam geng husband aku kat UM dulu, husband jer dapat anak laki. Yang lain semua dapat gegurl. Aiyooo...jadi romeo la Adam. Macam ayah zaman muda dulu. Hahaha.... Tapi husband aku akan slalu cakap "Ish...takla. Adam baik." 

Husband aku pun baik jugak muda-muda dulu cuma nakal. Lelaki kan? Perempuan yang datang semua cantik-cantik, seksi meksi pulak tuh, open minded dan jugak pandai ber-sosial. Bukan macam aku, hanyalah seorang 'perempuan kampung'. Hey, aku pernah di gelar camtu okeh oleh gegurl-gegurl. Tapi. ada aku kisah? tak..sbb memang betul aku orang kampung. Sikit pun aku tak terguris. Dah memang diakui suami aku memang 'mulut manis'. Jadi, tak hairan la kalau ramai tergoda. Walaupun hanya sekadar nak jaga hati. Tak gitu encik suami? Takpelah, dah lama pun cerita itu.

Pasni nak 'Sumayyah' jugak la...InsyaAllah. Jika Allah izinkan.