page

Showing posts with label Tentang sesuatu. Show all posts
Showing posts with label Tentang sesuatu. Show all posts

Monday, 19 November 2012

I love food

I love food. Really loved food. Semua jenis makanan aku suka cuma aku tak makan pedas dan tak boleh minum air ber-gas. Langsung tak boleh carbonate drink ni. Aku bukan tak suka makan pedas tapi tak boleh makan. pedas. Mungkin darah Kelantan sgt pekat membuatkan aku tidak tahan pedas. Tapi, kalau masakan itu pedas yang sedap..mesti aku makan punya. Ada satu kes, aku pergi ziarah cousin aku, Abang Izwan kat Taman Melawati. Isteri dia, Kak Maya (orang nogori kalau tak silap aku) masak daging salai masak lemak cili api. Perghhhh!!! Pedasnyer Ya Allah! Maharaja pedas. Tapi sebab sedap, licin pinggan siap boleh tambah lagi. Mama pun terkejut tengok aku boleh makan pedas camtu. Sejak  aritu aku tahu aku boleh makan pedas sebenarnya. Hihihihi....

Aku paling suka makan kambing. Sangat. Kalau makan nasik beriyani, seboleh-boleh nak yang kambing. Tapi susah nak jumpa yang sedap. Satu lagi gulai kambing. Kalau kena yang sedap, perghh!! bertambah-tambah. Waktu bujang dulu, every weekend papa selalu beli capati 'tok'. Capati dia biasa jer, tapi kuah gulai kambing dia, power! Sbb tuh papa akan beli kuah kambing extra punya. Masa aku GSTT, aku selalu singgah beli capati kat tok. Beli 2 dapat 3, Beli 3 dapat 4. dan kuah nya mesti lebih. Sampai kadang-kadang tok suruh bungkus sendiri kalau dia ada ramai customer. Best kan?

Dan...keropok!
Ini memang dah azali sebati dengan jiwa. Kawan-kawan aku malah musuh aku pun tahu aku suka keropok. Boleh naik gila kalau seminggu tak dapat keropok. Keropok ni bukan keropok jajan tuh yer, tapi keropok ikan. Either keropok lekor atau keropok kering. Mana aku pergi kalau boleh mesti ada keropok. Kalau parents aku nak datang umah, siap order 2,3 bungkus. Kalau tak order pun memang dah tahu akan ade punyer! Dah kawen pun masih gilakan keropok.Sampai suami aku pun bosan dah. Kalau ajak pergi pasar, mesti keropok wajib beli. Adam pun dah terikut-ikut habit makan keropok aku ni. The power of ibu! Hahaah...

Pernah sekali, nikmat makan aku di tarik oleh ALLAH. Ketika aku sakit beberapa bulan yang lepas. Lepas satu-satu penyakit datang. Aku hanya boleh makan dalam bentuk cecair jer, takpun nasi dengan sup atau apa-apa saja yang berkuah. Tapi itupun susah nak telan. Sudahlah aku direct feeding anak aku. Memang sentiasa dahaga la. Dengan tak boleh makan, seksa dan derita. Sudah la memang underweight, makin critical underweight aku. Hanya ALLAH saja yang tahu derita aku. Waktu tuh aku dah bernekad, andai aku sihat aku akan hargai makanan yang di beri pada aku dan bersyukur. Dan hingga ke hari ini, alhadulillah, aku masih mampu makan dan kenyang dengan rezeki yang diberi. Cumanya, berat aku segan nak naik. 

Food hunting. Kan best kalau aku boleh buat food hunting ni. Try makanan tuh, try makanan ni. Rasa nikmat makanan. Lagi-lagi manisan dan pencuci mulut. Kalau aku seorang yang bekerjaya mungkin ya. Aku boleh hunting kemana-mana tanpa rasa bersalah habiskan duit suami. Hihihi...Tapi aku seorang surirumah, jadi aku simpan jer niat tuh. Dan bukan bermakna aku menyesal jadi surirumah. Tidak. Malah aku bangga. Sekarang bila suami ada kewangan yang lebih, ada jugak pergi jejak makanan. Hihihi... Bergantung pada kewangan dan masa. Pada masa yang sama, hubungan pun bertambah erat gitu...


Aiskrim Malaysia yang dah lama tak makan. Tak sangka ada lagi bunyi motor 'pin..pin..' kat sini.

Hawaii Teriyaki Ciken Chop kat New York New York Deli OU. Ni mmg sdp. Tapi mahal la. AKu pun dapat makan free sbb biras aku head kitchen kat situ. Jadi, pow die la...Hahah...


Ini hunting cake for celebrating Hari Ayah kat Secret Recipe, Setia Mall.

Cruchcy Deep Sweet Sour. 
Mushroom Soup at Silver Spoon, Damansara
Pengat pisang! Its yummy!
Minum-minum di Pakli Kopitiam
     
Muara Ikan Bakar, Tanjung Harapan 

   
Marche, The Curve

    
Ni kat Fullhouse, Sunway Pyramid



Ni kat Sari Ratu Nasi Padang,
Kelana Jaya

Friday, 16 November 2012

Selamatkan Palestin


Apa kita buat pagi ni? Masih tersenyum ketika bangkit. Masih mengeliat di atas katil. Bangun melakukan rutin harian pagi. Melakukan kerja seperti biasa. Masih enak makan, bersembang dan bergelak ketawa. Masih mencongak bila gaji nak masuk. Poket dah makin kering. Gaji masuk nnt brape kene tolak hutang, bayar bil-bil, beli barang dapur. Masih mengira budget untuk shopping fav stuff, untuk next vacation. Masih lagi keluar ambil udara segar. Masih punya kekuatan dan tenaga untuk ber-jogging, ber-hiking, ber-sukan lasak di hujung minggu. Juga ada yang masih menyelak newspaper cari kerja, tak kurang cari berita sensasi. Masih on TV untuk tengok berita, tengok cerita korea ataupun layan kartun dengan anak. Masih lagi bermain dengan anak, bersenda gurau dengan suami/isteri. Masih memikir menu untuk hari ini. Masih lagi planning nak bawak family pergi mana petang ni. Kan? Masih...masih... dan masih... Itu yang antara yang kita lakukan di sini. Antara yang AKU lakukan di masa ini.

Tapi..

Bagaimana dengan mereka di sana?

Takut untuk keluar rumah. Takut nak bukak mata. Takut nak menghadapi hari esok. Takut berdepan kenyataan ahli keluarga sudah tiada ataupun anggota badan sudah hilang. Hanya mampu menyorok supaya tidak terkena bedilan bom. Hanya mampu berserah dan berdoa diselamatkan Allah. Hari demi hari mereka dalam ketakutan. Bukan takutkan pihak musuh. 

Sementara kita masih punya masa bersenang-senang, apa salahnya kita berdoa untuk mereka
Sementara kita masih punya wang untuk bersenang-senang, apa salahnya kita hulurkan pada mereka

Aku sendiri
Tidak mampu untuk menjadi sukarelawan untuk membantu
TIdak mampu untuk berperang untuk mereka
Tapi aku tidak mampu melihat penderitaan mereka.
Tidak mampu ikut sertai demostrasi di Kedutaan Amerika

Apa salahnya,
Kita berdoa untuk dihentikan penderitaan mereka
Kita berdoa untuk dilaknat musuh kita itu
Kita berdoa untuk diberi perlindungan untuk mereka
Kita berdoa untuk diberi kekuatan pada mereka supaya tetap mampu bertahan
Apa salahnya,
Kita hulurkan bantuan dengan perlindungan
Kita hulurkan kewangan
Kita hulurkan sokongan
Kita hulurkan sekadar termampunya kita
Ada pihak yang boleh menyampainya niat kita.
 

Untuk berita lanjut perkembangan Serangan ke atas Gaza oleh pihak Israel

Boleh tengok kat page: Aman Palestin

Dan jugak kat fesbuk: Selamatkan Palestin 

Dan banyak lagi page yang boleh kita baca.

Kalau nak lagi tambahkan pengetahuan, baca dulu sejarah tentang Israel dan Palestin. How it touch me! Betapa kejamnya Israel dan sekutunya. dan betapa bodohnya kita kerana sentiasa menyanjung mereka! Yup...saya pernah sanjung dan puji melangit Obama dan sekarang betapa kuatnya keinginan untuk memaki! 

Semoga Allah beri kekuatan pada mereka dan selamatkan mereka.




Wednesday, 14 November 2012

Awal Muharram

Asar tadi, berakhir sudah tahun lalu. Bacaan doa akhir tahun pun dah di baca. Semoga tahun yang baru jer berlalu membawa segala kesakitan, keperitan, perasaan dengki, iri dan semua yang negatif dalam hidup aku. Semoga aku bakal lalui 1434H yang penuh warna-warni dan penuh positif dalam segala hal. Maghrib tadi menjemput Muharram dengan penuh kesyukuran. Aku masih berkesempatan bernafas di Muharram baru. Terima kasih Ya Allah!

Banyak lagi yang perlu diperbaiki. Dan diharap tahun baru ini aku dapat menjadi muslimah yang baik. Disamping, menjadi isteri dan ibu yang sempurna untuk keluarga aku. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki dalam diri. Semoga Allah memberi kekuatan dan tekad hati untuk perbaiki. 

Antara perubahan yang perlu aku lakukan.  Dan apa yang aku ingin capai.

Mungkin sekarang aku selalunya di tangga 5 dan 6, dan aku perlu berganjak naik ke tangga 7. Tak mustahil juga ke tangga 8. InsyaAllah. Semoga aku diberi kekuatan dan tidak lalai.






Solat ikut waktu. Masuk waktu kena terus solat. Takmo tangguh-tangguh dah. Bab ni memang aku selalu terbabas. Selalu sangat. Lagi-lagi dapat tengok citer best. Oh! Tv memang berhantu. Dasat! 

Me-rajinkan diri untuk memasak instead of asek ajak husband makan kat luar. Selalu bila aku dah rasa jemu dengan masakan sendiri. Selalu jer jadi. Pasni kena belajar suka makan makanan sendiri. Dan bila juga penyakit 'M' datang. Payah jadinya. Ini memang wajib. Buang M letak R. Hihihi....

Jaga mulut! Oh..bukan mulut berbau yer. Tapi lidah ku yang bila berkata-kata sangat pedas. Terutamanya bila tak puas ati dan bila mana orang lain menyusahkan aku. Erti kata lain 'bila kemalasan, kebodohan orang lain menyusahkan aku dan terutamanya suami aku'. Jauhkan aku dari yang satu ni. Huh! Sungguh payah nak buat. 
Sentiasa menjaga persaudaraan ini. Kekal dan bahagia selamanya. Walau macam mana dan apa pun terjadi, mereka tetap keluarga. Darah daging. Susah senang. Sakit sihat.  dulu lagi Tok ayah ingatkan, buruk mana pun mereka, cantik mana pun mereka, mereka ialah keluarga. Semoga ikatan ini tidak pernah putus.
Paling penting, Membentuk dan menjaga keluarga ini supaya lebih bahagia dan penuh warna-warni coraknya. Semoga dilimpahi rahmat dari Allah dan restu dari family kami. Aku ingin menjadi ibu yang sempurna, yang mampu mendidik Adam menjadi anak soleh dan insan yang berguna. Begitu juga, menjadi isteri yang tidak akan mengheret suami ke neraka. Menjadi isteri yang sederhana serba serbi. InsyaALLAH.

 DAN

Aku menjadi aku. Tidak perlu menjadi sehebat, secantik dan se-gah orang lain. Sebab aku tidak boleh menjadi orang lain. Dan orang lain tidak boleh menjadi aku. Aku adalah istimewa!
Banyaknya! InsyaAllah...aku akan cuba lakukan dan harus lakukan untuk menjadi the new and better of Hazwani Hussin. Di mata ALLAH dan disamping mereka-mereka yang menerima aku sebagai dirinya aku. Amin... Amin Ya Rabbal Al-amin.

Saturday, 10 November 2012

Anugerah skrin ber-fantasi?

Siapa tengok anugerah skrin malam tadi? Mesti semua nampak ke-janggalan anugerah skrin malam tadi. Sebenarnya aku tak tahu pun anugerah skrin live mlm tadi, lepas abis tengok running man bukak tv3. Nak tengok berita la mulanya, tiba-tiba ada slot utk anugerah skrin ni la. Hmmm...nampak macam menarik sbb siap ada fantasi, fairy tale gitu kan? So, decided nak tengoklah. Bersemangat la dengan suami ni. Baru start teringat inti untuk popia atas dapur lagi. Berlari ke dapur. Settlekan la pape yang patut. Dari dapur intai-intai la skit. Nampak okay lagi, pelakon kecil atas pentas.

Dah settle kat dapur. 

Join suami tengok. Awal? Lofa? Abon? Rahim Razali?Umie Aida? Ahhhh...apa diorg buat atas pentas tuh? Pelik? Eh, macam set power rangers jer. Mereka pelakon dan gandingan yang hebat tapi semuanya SAMPAH! Malu lah. Mungkin kami kat rumah nampak mcm sampah tapi tak tahulah yg ada kat sana kan? ;)

Suami tukar channel, tengok Van Helsing. Aku? Ala...biarlah. Nak tgk jap jer. Tukar balik ke anugerah skrin. Skali ada Cinderella, dan 'adik tiri' yang lagi menghancurkan. Haduhhh... suami naik atas. Aku tukar channel. Then bukak balik, kot-kot persembahan best ke, skali ada dayang senandung, orang minyak dan red riding hood. Oh! Noooo.... enuff... semua macam sampah. Bosan dan memalukan la... 

Padan muka aku. Nak tgk sangat!

Hmmm...mana eksklusifnya anugerah skrin macam dulu-dulu. TV 3 yang sentiasa bagi yg terbaik dan tidak mengarut macam ni. Satu kegagalan yang besar untuk tv3. Anugerah yang berprestige macam ni, jadi caca marba. Tak perlu la nak ber-tema dasyat-dasyat. Kalau nak Kegemilangan Melayu Lama, buat ikut tema. Kalau nak ber-fantasi, tak perlu nak angkut little mermaid berdukung bagai atas pentas. Kan?

Tv3, please bring back the exclusive one! The great one! Bukan anugerah jer, rasanya tengok berita pun bosan jugak. RTM lagi better. Iyer, sy hanya boleh komen dan tak alami penat lelah yg anda lalui krew-krew anugerah skrin. Tapi itu kerja kamu. Buat sehabis baik. Puaskan hati penonton. Nak buat kelainan, cari yang gah! Walau macam mana pun, tahniah pada team anugerah skrin. Penat lelah berbulan-bulan berakhir sudah. Cuma, kalau boleh, next time takmo yang mengarut macam ni dah yer. 

Di dunia fantasi. Tapi realitinya boring.

Ikut tema kan? Lupa pulak...
Malu la ai kena dukung macam ni?
Zizan ada air semayang, takleh pegang. Good one!

Hik..Hik..Hik.. Lawaknya! Siap gangnam yer!
Sapa ingat rosyam cakap apa.
Tv3 boleh la cuit-cuit. Kalau Al-hijrah? Gurauan kah itu?
Genie pun ada? 

Okay, cukup sampai di sini. Banyak-banyak kang bosan jugak. Semoga lepas ni tiada lagi anugerah yang memalukan lagi yer. Adios!

Saturday, 21 July 2012

:: Kosong ::


Bila mana suatu masa

Aku menjadi

Letih... Penat... 
Penat... Letih...
Jiwa sedang kacau
Jiwa tidak tenteram
Batin terasa terseksa
Batin pedih terluka
Hati ini layu
Hati jadi sayu
Mata sangat sedih
Mata jadi perit
Badan tersungkur jatuh
Badan terheret jauh

Mana tangan yang sudi capai
Jiwa, batin, hati, mata dan badan?

Ianya sekadar menjadi

Kosong
Kosong
Kosong