page

Thursday, 28 June 2012

Time to change!


Today, another plus years to go! Now, I'm 27. So much things happened to me for last 26 years. This year, celebrating birthday with my little one, Adam Zafran. I am a mother on 27 birth date celebration. Last year, as a mom-to-be. Thanks to ALLAH for giving me another year to be mature.. Hihihi...(blom cukup matang!)

Sedang tidurkan anak tadi, then bell rings. Suami ku pulang untuk lunch. Gelabah jap sbb tak masak. Nasib anak dah tidur. Jadi, dia naik tidur nan anak sementara aku masak. Kechang! Keching! Sruuppp! Tung! Tang! SIap sudah masak. Ayam masak paprik dan ikan goreng. Cukuplah tuh. Ayam, ikan dan sayur(dlm paprik). Naik atas nak kejut suami, tapi mengantuk sangat gayanya. Semalam tgk Spain Vs Portugal kan. Nasib baik berbaloi berjaga ke pagi. 

Baru nak keluar dr bilik, si kecil mengeliat lalu esak-esak.Ditonyoh-tonyoh muka. Dinganga mulut kat dada ayah. (Bukan ibu la sayang!) Nak susu la tuh.. Sambil menyusu aku tenung wajah suami yg sambung balik tido tuh. Sangat keletihan! Rambut pun dah bertambah uban. Kesian aku tengok! Umur baru 27 tapi banyak beban yang ditanggung. Perlu berkerja keras sentiasa. Banyak mulut yg nak disuap. Banyak hati yang nak dijaga.

Dengan isteri yang boros ni
Anak yg baru nak membesar
Mak yang tidak sesihat orang lain
Nenek yang sudah tua

(Mak mertua dan nenek tinggal skali. Jadi tak sunyi la rumah!)

Banyak sungguh pengorbanan yang suami aku lakukan untuk kami sekeluarga. 

Mana masa sosialnya dgn kawan-kawan takde (kes isteri kuat cemburu!), 
Mana masa nak semua balik kampung (kes 3 kampung kene singgah setiap kali balik!),
Mana masa nak bercuti sana sini (kes ikat perut!)
Banyak lagi la....

Jadi, di umurku genap 27 tahun ni. Aku bernekad untuk berubah dengan setekad-tekadnya la.

No more keep buying things that I want, but what I need. Say NO to BOROS!
No more being lazy! Especially baru balik dr kampung
No more delay doing house chore! 
Listen and always listen to his advise (degil!)

CHaiyookkk! Gambatte kudasai!

Monday, 25 June 2012

Cameron Highland!

Strawberry, Tea plantation, Rose Valley, Fresh Vegetables!

Yeah! It's Cameron Highland. Early of May, my family went to Cameron Highland. Not for family vacation actually, but my husband's uncle married! The youngest one! Lucky for us when Pok Mid married with Cameron's lady, so here we are! Kalau tak, takde masa nak berpoya-poya di sana. Anggap je la this is our honeymoon since kami tak pernah lagi p honeymoon! hihihih....

Adam Zafran pun suka sbb sejuk! Lena jer tido. Tak bergaduh panas-panas, himpit-himpit. Kami asalnya nak masuk ikut PLUS dr Setia Alam ni, tak teringat pulak my cousin yang hensem tuh bertunang that day. Jadi plan dan route bertukar. Early in the morning, (Ceh! early la sangat kul 10 tu!!) kami ke Bentong dulu. Selesai semua bincang dan lunch, br terus ke Cameron Highland. Jimat duit lunch kami (Thanks Pari a.k.a Uncle Don). Disebabkan first time nak pergi ke sana lepas berumah tangga, runsing la jugak diri ni. Dr Bentong ke simpang Lipis ok la, sbb biasa balik Kelantan ikut situ, tapi lepas masuk simpang tuh cuak babe... Takde kereta mahupun perumahan. Dari simpang Lipis tuh ada satu jer signboard CAMERON HIGHLAND.  (They should add more signboard, lagi-lagi yang cepat cuak macam saya!) Terus... Terus... Terus... dan, akhirnya sampai juga kami. Dengan "ber-baju kenduri", kami check-in di Equatorial Hotel. Superb! Hanya itu yang mampu di ucapkan. 

Aktiviti malam, ke Puncak Arabella. Disebabkan tersangatla jammed, kami tak sempat p nikah Pokmid. Datang, makan..Malam yang sejuukkk!!! Balik hotel, tidur awal sb esoknya nak bangun pagi. Strawberry time! Esoknya, pagi strawberry park tepi hotel. Jalan kaki aje! Tengahari makan kat kenduri. Petang, singgah Bharat Tea Plantation before balik KL.

Hmmm..Sedikit spoil la sbb sangat jammed. Baru nak lari dr sesak kat KL... haiyaaa... Nak buat macam mana, wrong timing pun. Ada perarakan thaipusam, dapat jugak tgk secara live diorg berarak dengan cucuk-cucuk kat badan, ada siap makan kaca kat atas jalan. Fuuuhhh!!! Ngucap panjang! Anyway, short and nice vacation! Will be there again soon!

Selamat menjamu mata melihat gambar-gambar kami di sana. Will upload more later!


Selamat Bertunang Faris!


Welcome to the family Nadira


Baru lepas check-in! Santai tak berbaju.


Dalam jammed dengan perut yang sangat la lapar...Adam jugak yang kenyang sentiasa


Breakfast! 


7,8,9... tak cukup ni ayah. Petik lagi ayah, please!


Adam punya ni. Bak sini!


Penat di kebun, mata pun dah layu.. Ngantoknye... Zzzzzz....


Next time, nak menikmati teh kat situ! hihihi...


Posing before balik KL


Muka kene paksa jadi strawberry man! hahahha....







Saturday, 23 June 2012

Happy Father's Day

Happy father's day to these two important person in my life
 My father, Hussin and my hubby, Zulfarik.



Poem for Papa

He never looks for praises

He's never one to boast

He just goes on quietly working

For those he loves the most
His dreams are seldom spoken
His wants are very few
And most of the time his worries
Will go unspoken too
He's there.... A firm foundation
Through all our storms of life
A sturdy hand to hold to
In times of stress and strife
A true friend we can turn to
When times are good or bad
One of our greatest blessings,
The man that I call Papa.

                                                                                                                                         By © Karen K. Boyer
 


The poem above tells about my father. Who seems so cool, relax and doesn't bother about me OUTSIDE, but INSIDE he really care, and always worried even I am married! Selalu, bila nak balik KL Papa mesti tanya "Duit cukup tak?" takpun "Ada duit tak?" Dari bujang sampai la dah ade anak sorg. Kalau dh sampai tak call mesti Papa suruh my lil brother or my mom call tny. He never call!

Full of exciting, I've called him last sat morning and wish "Selamat Hari Papa" then he replied "Hmmm...time kasih. Papa tgh gosok baju ni. Jap g nak p kenduri kawen ni"
Me? dah biasa...hihihi... 

My husband, first time celebrating father's day. Last year didn't count since Adam Zafran still dalam perut. He so malu-malu arnab! but with BIG SMILE!!! Nak decided dinner kat mana pun payah okeyh! So, celebrated at Secret Recipe, Setia City Mall which near to our house! No toll! No jammed! Easy to access!

Selamat Hari Bapa suamiku. Semoga menjadi suami yang mithali dan sama2 mendidik anak-anak dgn sempurna!



Muka malu-malu macam anak dara kene sunting kan?


Adam Zafran loved the cake



We always fight but we loved each other


My finger miss to tap..tap..tap..

Waaaahhhhh!!! Almost a month i did not update in my blog and shared the joyous i have recently! So many things I want to tell u my dear friends!  Here the list, ( poyo okeh wani!)

  1. Celebrate Father's Day
  2. New cousin of Adam Zafran
  3. Dating with hot mom and her sweet-cutie daughter
  4. MLM?
  5. One step ahead! ( My business actually!)
  6. Garage sale!
  7. Cameroon highland!
  8. How korean drama turns me into monster!
  9. Etccc....etc...
  10. Motivasi?

Hahahaa...banyak kan? Mampu kah? Gambatte Kudasai Wani-san!

Thursday, 24 May 2012

Masih teringat detik itu!

Hari ni, sepupu aku yang dh sarat tuh mula terasa sakit-sakit. Now, kat hospital serdang! Dh bukak 3cm. Dlm kul 5 kot dh rase sakit- sakit dan terus g hospital. Semoga baby keluar cepat! Teringat pulak waktu aku nk delivered si boolat, Adam Zafran.

6 Sept 2011 dalam masih mood raya. Selepas seminggu beraya,  aku dari kampung nak balik KL la sbb suami dah start kerja on Monday, 5th Sept 2011. Dah siap packing , tibe-tiba mama datang dan cakap

 "Along, tak yah la balik. Papa tak bagi balik. Papa tuh rasa awak dh tak lama je lagi. Kalau sakit masa farik kt site camne? "
 "Tapi tak rasa sakit pun lagi, lambat lagi tarikhnya. 16 Sept"
 " Takyah la. Kang bising papa tuh"
 "....... baiklah" 

Jadi, keluarkan semula baju aku dr beg. Tinggal barang suami je dalam beg. Sabtu tuh suami aku pulang ke KL dengan adik aku, balik awal la taknak redah jammed katanye.  Ahad tuh mereka berpoya-poya. AMboiiii suamiku, mentang-mentang jadi bujang kejap yer. Seronok bersuka ria nampak! Hihihi...

Subuh isnin, aku bangun nak sembahyang subuh tapi badan rasa melekit jadi aku buat keputusan mandi dulu lah. Opppssss! ada tompok merah di situ. Dh siap mandi, aku bitau mama...dh risau la sbb tanda dh sampai. Terus kemas-kemas beg nak bawak g hospital. Ishh...excited sungguh mama nak jadi nenek. Pagi tuh pergi KKIA Muadzam. Transfer case ke MS la sbb nk branak kt sini kan. Register pastu citer kat staff nurse tuh. Dia kata kalau sikit takpe. Tapi kalau dh sakit sangat terus ke wad bersalin kt hospital. 

Esok pagi, kejadian yg sama berulang. Mama ngan papa suruh pergi hospital tapi malas la...nnt jadi macam semalam kena balik rumah semula. Tapi tiba-tiba macam nak minum air kelapa. Dan sakit dah mula datang. Nak cakap sakit sangat tuh tak lah tapi lenguh la pinggang. DH lepas zohor rasa sakit smpi tak senang duduk. Papa suruh g hospital, aku cakap lepas asar la. Makin lama makin sakit. Setiap 10min contraction. Dh abis solat asar rasa sakit yang amat. Kekerapan ke bilik air sangat la banyak. Aku dh tak boleh degil lagi. Terus ajak papa ke hospital. Mengalir air mata tahan sakit.... 

Sampai jer hospital, nurse suruh masuk labor room. Dtg bidan usap-usap perut sambil cakap 

" Kak long, napa lambat sgt datang ni. Dh turun kepala baby ni. " .
 
Di baringkan atas katil, di suruh kangkang...suuuppp, jari dia masuk da! Nyilu pun ada. Rupanya dah 6cm bukaan. Patut la sakit sangat! Jam 5.30 pm aku masuk dan sakit yg sangat bermula kul 7 pm  waktu tuh dah bukak 8 cm. Inilah yang dikatakan sakit yang tak boleh nak cakap. Nyawa dihujung tanduk! Kagum dgn mama yg tahan karenah kami 5 beradik walau dh 5 kali juga hampir nak mati. Kagum juga kepada semua ibu-ibu di luar sana dan juga kagum dengan diri sendiri kerana berjaya merasai detik ini.

3 jam dalam labor room akhirnya, jam 8.30 pm si kecik keluar! Keluar je dari pintu tuh, nyaring suaranya nangis. UUUwwwwaaaaa!!! Hilang rasa sakit. Itupun lepas doktor laki datang sbb aku teran baby takmo kuar! Malu weh!!! Masa jahit dh tak terasa sakit sbb tak sabar nak pegang baby tapi lamanya nak tunggu kene jahit. ada la dekat 2jam. Dh la sejuk.. Ketaq! Nasib la nurse kat situ baik-baik. Bagi segelas milo panas dan selimutkan aku. hihihi.... Suami yang kat luar pun tak sabar siap sms lagi.

" sayang, lamanya. Nak tengok Adam "
Alahai...nak tgk Adam je... Ibunya? sob...sob...sob.. T_T
Dah la sampai lambat. Kata nak teman! 

Dh setel semua, jahit, bagi susu, check jahit barulah masuk wad. Jam dh kul 11. Tapi disebabkan ada 2 kes je bersalin aritu, nurse kasi la mereka masuk melawat aku. Wahhh!!! ramainya kat luar! Mama, papa, ebi (adik bongsu aku), jiran-jiran, rakan-rakan (patut dinner ngan diorg malam tuh), dan suamiku.

Bergilir-gilir mereka masuk. Masih terbayang gigilnya tangan suami aku pegang Adam Zafran buat kali pertama dan azankan nya. Gigil juga tangan papa aku pegang cucu pertamanya dan azankan jugak. Nenek pun gigil. EH, 2 kali Adam Zafran di azankan la!

Dan bermulalah episod baru dalam hidup aku menjadi seorang ibu dan lengkap sudah kitaran hidup aku.

Lepas bersalin ramai tanya

" Pasni nak beranak lagi? aku serik... CUkup la sorg"

Aku jawab dengan selambanya

" Haruslah nak branak lagi. Aku nak 6 orang anak.  Mana cukup sorg. Pasni nak kembar la. "

Serik? Tidak! Pengalaman yang sangat bernilai. 
Seronok mungkin. Aku tahu ianya sakit tapi percayalah kesakitan tuh akan hilang bila lihat wajah polos si comel! Percayalah! ANtara nak atau tidak jer.

Kalau mak ayah aku boleh didik aku dengan sempurna. PAsti aku dan suami boleh juga. Aminn... InsyaALLAH kami boleh. 


:: My great weekend ::


:: Ayah dan Adam Zafran ::


:: Ibu dan Adam Zafran ::