page

Friday 27 June 2014

Menyakat

Sejak-sejak dah besar skitl ni. Gemor bebenor aina menyakat dan membuli abangnya. Kalau Adam tengah minum air, dia akan sedaya upaya dengan perlahan-lahan ambil botol air Adam. Tahu-tahu je botol kt tgn die. Lepas tu dengar la Adam nangis. 'Ibu... Adik tu..'

Most of the time, memang Adam akan menangis la. Sikit-sikit nangis. Dah la memang kuat nangis. Abis dh merah2 Mata dan hidung.

Pagi ni sedap Abg layan tv, di tarik-tarik baju Abg. Siap tendang- tendang la. Tp nasib la Abg xbrape nk sihat. Dibiarkan je. Kadang dengar la 'Adik...jangan la. Sakit ni'

Ni, Adik dah ketiduran. Malam td xbole nak tidur. Ni baru lama skit tidur. Okay la...ibunya pun nak tidur. Pening2 dh ni. Tatàaaaaaa!!!

Berkampung di hospital

Lima hari demam xkebah-kebah. Turun naik main 37-40. Dua klinik dh pergi. Ubat pun dh nak abis. Kali ni decide kena jugak pergi hospital. Dan memang dh prepare barang akan di warded. Cumanya Ibunya lupa nk prepare mental&fizikal. Yeah! Dh settle check up, blood test bagai, Adam diarahkan masuk 'asrama'. Bilik no 414.

Adam kne nebulizer every 3 hours. Untuk cairkan kayak and at the same time doktor kata Adam ade sikit asthma. Aku (silently)  'huh? Since when pulak Ade asthma? . Tiba-tiba doktor ckp 'budak eczema ni mmg akan Ade asthma walau skit' . hahaha....macam tahu je. Well, Dr Koshy ni la doktor yg treat eczema Adam sblm ni. So, history dgn Adam dh ada. Kita pun more confident la. Recommended doctor. Anyone yg anak eczema go DEMC and mntk nk jumpa Dr. Koshy. Actually, doktor lain pun okay jugak tapi haruslah aku recommend doktor anak aku. Huhuhu....

Adam on antibiotics. Tunggu la berapa hari pulak kne tahan. Adik aina pun dh start nk demam. Hadoii. Kejap2 bangun. Tido la Adik weiii... Ibu dh mcm zombie ni. Mengantok yang amat ni.
Menaip pun smbl tdo. Hahahaha....

Nurse paling baik sepanjang kami di hospital. Semua perbuatan dia mulakan dengan bismillah


Kat emergency. Tunggu naik atas. Insurans proses, lama sangat.


Dah la makanannya semua sedap-sedap! Adam punya lah. Ayah tak boleh. Tengok je.

Saturday 14 June 2014

Adam & Aina di hari Sabtu.



Hari Sabtu aku kena kerja. Separuh hari. Cuti pun Sabtu pertama je. Nurseri budak comel dua orang ni mulanya memang xambil ari Sabtu. Dan dikira sebagai ot. Jadinya owner letak 100/Sabtu. Gilakan? 3kali Sabtu. 300. Aku mintak kurang, katanya nak tanggung makan minum api air cikgu. Hmmmm....nanti aku story lain la pasal pengasuh, owner taska & kuasa besar.

Okey, rutin hari Sabtu anak-anak aku. Si aina kejenya mengadap cermin je. Tengok cermin senyum melebar tahapnya rasa macam nak kena lempang ngan gigit. Hahahah....


Adam pulak, kejenya berkebun. Kiranya aktiviti permata adam untuk hari Sabtu ialah berbudi dengan tanah. Rajin yang amat. Outdoor aktiviti macam ni memang kegemaran adam cumanya die xboleh berpeluh sangat. Habis garu sana sini. Tapi xpelah, dah minat die. Kita bagi je lah....agak2 berpeluh lap. Pasti mandikan terus. 


Ibu lupa biawak kasut adam. Jadinya pinjam selipar teacher die. Hahaha....




Penuh gaya dan konsentrasi




Semua gambar-gambar ni di send oleh teacher-teacher adam. Memang mendera perasaan tengok anak buat semua ni dengan orang lain. Tapi, xpelah...untuk skil adam. 

Tak pe, xlama je lagi. Ibu akan kembali menjaga semula. Adam ngan aina tunggu ibu tau.

Bihun Sup Dari Taska


Pagi ni dalam dilema. Nak hantar ke tak Adam&Aina ke Taska. Sebabnya, Owner charge mahal sangat. RM 100/saturday. Setengah hari je pulak tu. Hajat hati nak bawak ke ofis je. Tapi memikirkan tengah serabut dan banyak kerja, kebetulan ade tender-tender nak tutup selasa depan, memang xboleh bawak punya. Nanti tak jadi buat kerja. Mulanya nak hantar Aina je, tapi Adam pulak nak jugak pergi school. Nak main dengan teacher. Jadinya, aku hantar je la dua-dua. 

Biasanya, setiap sabtu aku belikan sarapan untuk cikgu sekali, tapi gerai dekat dengan rumah ni tutup pulak. Takde la breakfast untuk diorang. (Ada sebab kenapa aku sediakan sarapan sekali kalau hantar hari sabtu. Next time aku cerita). Jadinya, aku belikan lunch. Nasi Ayam, kat Tam Nasi Ayam Seksyen 23. Boleh la tahan kalau makan panas-panas. Yang best kat situ waffle ice-cream. Try la! 

Lepas dah tapau, balik. Sampai kat taska, macam biasa, sembang dulu setengah jam. Nasibla sabtu budak berdua ni je yang ada. Kalau x, beratur kereta depan taska ni tunggu aku habis borak. Dah habis sembang, angkut bebudak masuk kereta, tiba-tiba Teacher Adam hulur tupperware. Aku pun "Eh, ape ni dik".  Teacher Zila cakap "Kami masak sikit untuk akak. Bijun Sup je kak. Tapi tak tahu la sedap ke tak. Banyak dah akak tolong kitorang." Terharu pulak aku. Memang aku dah lapar gila. Bau sup memanggil-manggil pulak tu. Lagi pulak, dah lama nak makan bihun sup. Selalunya, makan kat kedai mesti kecewa!

Balik, tidurkan budak berdua (kat taska tak tidur, main je seharian), mandi, solat terus ke dapur. Ada nasi ayam, ada bihun sup. Ish...serba salah pulak. Jadi, niat nak makan bihun sup dulu sebab bihun ni kenyang kejap je, pastu sambung nasi ayam. Sekali, makan dan hirup! Mak aih! Sedapnya. Tak jadi makan nasi ayam. Simple but Tasty! Dh nak abis dah. Tinggal sikit untuk Adam. Macam nak suruh masakkan hari-hari je. Terima kasih ye adik-adik. Semoga Allah pelihara kalian, mudahkan kerja kalian, dan murahkan rezeki kalian. 

Bila orang ikhlas bagi, buatkan untuk kita, memang terharu sangat. Ini orang kata. Buat baik dengan orang, orang akan baik dengan kita. Sekali kita tolong orang, berkali-kali orang akan tolong kita. Ingat tu!



Yummeh! Simple but tasty