page

Tuesday 27 January 2015

Pasta & stew ayam

Buntu hari ni masak apa Untuk Adam. Balik sekolah kejap lagi confirm lapar tu. Minum pagi kat sekolah pukul 10. lepas tu main-main sampai 12.30. Balik rumah...lapar atau dalam erti yang sebenar, kebulur. Nak masak nasi tapinya macam malas. Kalau nasi ni, liat sikit budak ni nak makan. Dalam kul 4-5 petang kang baru makan. Dalam masa kebulur taknak makan nasi tu, asyik nak roti coklat je. (Roti+Nutella). Jadinya, aku cadang nak buat stew ayam la cmpur dengan pasta. Harapnya, suka lah Adam makan. Kalau tak, asyik mee pedas je setiap hari,bosan jugak weh. Mee pedas ialah spageti bolongnese. Stew, adiknya, boleh tumpang sekaki jugak. 

Caranya:

Tumis bawang merah, bawang putih (dua-dua cincang halus),
Masukkan sos tomato, sos tiram, kicap manis (sikit je),
Masukkan ayam (rebus dulu utk cepat masak),
Ubi kentang, carrot, sawi & sebagainya ikut selera. Honestly, kalau ada celery,mesti lagi best.
Last, bancuhan tepung jagung untuk bagi likat
Dah likat dan masak. Masukkan garam dan gula.

Tadaaaa! 

Eh! masukkan pasta yang dah direbus!

Tadaaaa! Siap!


Likat sedang molek!
Tadaaa! Dah siap! 
Okay...dah 11.40. Nak bersiap-siap dulu. Sarung jubah pakai tudung. Nak amek anak balik sekolah. Nak kejutkan yang kecik tu pulak. Terlajak masa nap dah ni. 


Bye-bye... Jumpa lagi.

سلموليكم


Thursday 22 January 2015

D.I.Y Wardrobe

Lama dah sebenarnya aku usha wardrobe macam ni. Dari awal tahun lepas kot. Haaa...yelah, sejak wujudnya si kecik tu. Sebab almari si Adam tu macam tak muat je nak share-share. Nak beli lagi satu, tak beli-beli. Lepas tu, ralik dok scroll instagram nampak almari comel-comel ni. Alahai...kiutnya. Gigih kumpul duit la mulanya, last-last sayang nak guna duit tu. Guna je la duit encik suami. Nanti nak letak boxer, stokin dia jugak belah atas-atas tu.

At first, nak beli yang plain je. Tapi stock habis. Malas nak tunggu stock untuk plain sementara tabung tengah tebal lagi ni. Kang tak beli wardrobe beli menda lain pulak. Tak ke membazir? Hehehhe..Jadi kita belilah yang sesuai untuk dua-dua gender. Taklah kelelakian sangat, keperempuanan sangat. Order, Bayar, Sampai. 

Masa untuk pasang. Eleh...senang jer. Takla belit-belit sangat. (review kata leceh!) Sekejap je. Tak sampai setengah jam siap. Tapi...yang pasangnya, Adam dangan ayahnya. Ibu dengan Aina, duduk tepi makan kuaci. Ini kan kerja abang-abang sado! 

D.I.Y Wardrobe:
Material : Plastic
Weight: 15 kg (semput gak nak bawak naik atas)
Type: 16cubes
Installation: Sonang baitu! 

Ada sesuatu di bawah tu. Alih-alih jadi mainan pulak
Sudah muncul! Peace!
Tahan lasak. Aina yang seberat 8kg bleh guling-guling dalam tu
Actually, aku beli ni 16 cubes, tapi aku pasang 12 je untuk letak pakaian budak-budak ni. Lagi balance 4 pasang lain, letak dalam playroom. Hajatnya, nak simpan buku-buku dalam tu, sudahnya, jadi kubu si Aina. Kemas-kemas kang sepah balik. Sudahnya, biar lantak je lah. Hahaha..
Oh ya, aku beli kat igshop ni: niababyworld.
Harga boleh runding dengan owner dia. 

Okaylah..bye-bye. Ini entry bosan namanya!

Tuesday 20 January 2015

School time!

  Tahun ni umur Adam Zafran dah nak masuk 4 tahun. Cepatnya masa berlalu. Tup-tap tup-tap dah 4 tahun. Jangan lah membesar cepat sangat sayang. Rindu nanti. Paling rindu nak gomol-gomol lah. Sekarang ni mintak kiss pun liat dah. Kita merajuk pun taknak pujuk sangat dah.

Kisah nak hantar Adam ke sekolah ni unplanned sebenarnya. Campur was-was. Rasanya macam xready je lagi dia nak ber-uniform. Memang asalnya dari pertengahan tahun lepas lagi niatnya nak masukkan Adam ke sekolah masa umur 4 tahun. Tapi aku ni survey sekolah pun ala kadar je. Setakat call tanya availability and no further action pun. Tambah pulak dengan satu hal ke satu hal. Aku jadi kurang bersemangat. Tangguh dan tangguh, dah masuk tahun baru. 

One day, husband tanya bila adam masuk sekolah. Aku macam....????? Bila masa pulak aku ade registerkan Adam. Rupanya, selama ni dia ingat aku dah register Adam masuk sekolah. Sekolah mana pun xdecide lagi. Hahahaah.... Aku tanyalah...dah ready ke nak bagi Adam sekolah. Dia dengan yakin. Apa salahnya. Green light la tu. Dia kalau boleh nak Adam masuk Genius Aulad. Aku macam...alamak! So, first aku tanya wife cousin aku, kak Zureen. Rayyan & Rayhan dua-dua ke GA. Lepas sedikit sebanyak info. Terus call. Sayangnya, full sudah untuk 4 years old.

Then, aku Google area Setia Alam ni. Banyak jugak. Ada Brainy Bunch, ada Nuri, ada Q-dees, ada Little Caliphs, ada banyak Tadika la. Waaa....payah ni. Jadi, kecilkan skop ke Alam Nusantara. Tadaaaa... Ni takyah Google sangat. Pergi la pusing-pusing bawak kereta. Lepas call, jumpa principal then aku decide nak hantar ke Tadika Inovasi Ceria. Dia guna Program Little Caliphs. Walaupun baru, tapi macam bagus dan meyakinkan. Nanti lain entry aku cerita kenapa pilih Inovasi Ceria. Semua ni dalam masa satu hari je aku buat. Kata pun unplanned.

2 hari sebelum masuk sekolah bawak Adam ke tadika, nak bagi Adam familiar dengan sekolah. Bagi kenal teacher dan environment. Mula-mula memang excited. Tiap-tiap hari eh....tiap-tiap masa ajak pergi sekolah. Hair ahad nak pergi pasar pun cakap, 'ayah, sini lah. Nak pergi school lah/ sekolah'. Puas la nak pujuk dan explain. Tunggu esok...Sampai malam nak pergi school. Nak pergi school.

Isnin, yakni semalam. Hari dinanti telah tiba. Dari lepas mandi sampai la tiba Kat sekolah, Ibu..Ibu...Ibu jaga along Kat sekolah ye (soh teman la tu. Xbagi balik). Masuk je pagar sekolah... Waaaaa!!!! Ibu...Ibu....Ibu...tiyok! Adik tengok abang nangis, pun ikut nangis. Ah sudah! Teacher pun suruh hantar sampai pintu. Menangis lagi. Aduh! Rasanya tadi macam dah keraskan hati. Tapi bila dengar nangis tu. Hiba wehhh!!! Dalam kereta, Ibu dengan Adik sama-sama nangis. T_T

 
Ni gambar sebelum masuk sekolah. Tayang bekas roti yang baru beli.  Sengih lagi la.

Nak gerak dah ni. Tak sudah-sudah dengan bekas dia.

Abaikan ibunya yang sememeh tu. Xdan nak touch up weh pepagi. 

Gambar masa tengah nangis xde la pulak. Xdan nak amek gambar. Hahaha.... Disebabkan first day, aku dengan semangat pergi ambil Adam balik sekolah awal. Kul 12 dah terpacak depan sekolah. Tapi, lengah-lengah dulu. Beberapa minit kendian baru la pergi picit loceng. Aku tengok Adam okay je. Tapi main sorang-sorang la. Ada kawan keliling dia, dia buat tak tahu je. Tapi bila dia nampak je aku. Waaaaaa!!! Nangis lagi. Sambil cakap. Ibu balik rumah. Ibu tinggal along kat school. Dah jadi drama kat situ. Budak-budak lain datang kerumun, teacher pun datang pujuk. Dah reda baru tanya teacher dia. Adam macam mana. Okay x. Alhamdulillah. Positive feedback. Tapi...biasalah. First day. Aku tak dapat bayangkan nak masuk sekolah rendah nanti macam mana. 

Habis sudah untuk hari pertama. Yeay! Tapi hari ni, second day masa hantar nangis. Tapi masa nak ambil, tak menangis dah. Itu dah kira bagus tu. Kita tunggu day 3, esok pulak macam mana. Harapnya esok lusa tak menangis dah la.

Poligami- pandangan orang biasa

Kalau cerita tentang poligami, perempuan mana la yang sanggup. Ramai yang sanggup dilepaskan daripada dimadukan. Realiti. Kalau aku pun, mungkin macam tu. Orang kata, xpe. Kalau izinkan suami poligami, dapat payung emas kat syurga nanti. Lagipun, kan sunnah nabi. Memang, itu memang sunnah nabi. Tapi, yang menjadi persoalan, kenapa sunnah yang ni je orang selalu ambil berat. Sunnah-sunnah yang lain? Xpun, laksanakan yang wajib dulu. Nak poligami, tapi abaikan tanggungjawab terhadap isteri sedia ada dan anak-anak. Macam mana tu? Banyak sangat kes yang macam ni aku tengok. Malah...depan mata aku sendiri. Anak-anak terabai, keperluan isteri diabaikan. Tapi, sibuk lah nak kahwin banyak. 

Yang paling, paling membuat aku cukup menyampah, alasan nak poligami ialah nak bantu isteri uruskan rumahtangga dengan bebanan kerja rumah yang banyak. (Ada beberapa Orang kawan aku dok bahas sebab apa mereka perlu poligami)

Dah kenapa? Itu ke solution paling bagus? Kenapa tak bantu isteri tu buat kerja rumah. Tak pun, upah orang gaji. Kalau xmampu nak upah maid, macam mana boleh pulak rasa mampu nak tambah sorang lagi. Lainlah kalau memang kaya raya yang harta takkan habis 7 keturunan. Dan mampu membahagiakan hati semua yang terlibat.

Ingat, kalau kahwin dua, perlu bahagiakan:
1. 2 hati isteri
2. Anak-anak dari dua-dua isteri
3. Dua ibu mertua dan dua ayah mertua
4. Ipar duai Dari dua keluarga.

Kalau tiga, empat? Congaklah sendiri.

Bukan menidakkan poligami, tapi ikutlah kemampuan dan keupayaan. Kemampuan dari segi pembahagian nafkah untuk isteri-isteri. Mampu nak sediakan rumah sorang satu - ini pening, kalau dihimpunkan semua dalam satu rumah, bahaya (Cuba tengok bini-biniku gangster). Mampu sediakan keperluan semua sama rata. SAMA RATA. Paling pening, mampu Untuk jadi adil & bijaksana. 

Keupayaan bukan setakat atas katil je, hati dan perasaan isteri tu. Belaian dan kasih sayang. Bermanja-manjalah sepanjang hayat. Ini tidak isteri minta peluk minta pegang-pegang tangan minta manja-manja ditolak. Katanya, zaman bercinta dah tamat.  Lepas tu, tiba-tiba nak kahwin lain. Haduiiii...

Sebelum nak berpoligami, fikir masak-masak. Buat percaturan yang paling baik dalam kehidupan. Istiqarah. Bukan drama petang-petang istiqarah cinta tu ye. Banyak kan solat sunat. 

Tapi...biarlah berpoligami dari berzina. Itu lebih hina. 

Patin oh patin!


Ikan patin. Lagi-lagi buat masak gulai tempoyak! Memang terbaik lah. Memang kena lah. Baru sinonim. Pada aku, itu je kelas untuk ikan patin. Gulai Tempoyak. Kalau tetiba buat patin asam pedas...macam pelik je aku rasa. Pada akulah. Lepas tu, kalau makan kat kedai, jarang lah dapat yang kaw. Even, kalau hentian temerloh tuh pun...biasanya kuah dia cair jer. Kalau nasib malang, terhanyir la, tawar hebe. Tapi, tulah la. Nak sedap kena masak sendiri lah. 

Ni, aku nak share satu restoran yang patin masak tempoyak dia, best! Boleh dikatakan, berbaloi la jalan jauh ke damansara semata-mata nak makan ni. (Asal keluar boundary kelana jaya ialah jauh!)

Nama restoran ni, Ana Patin House. Lokasi : Mutiara Damansara. Aku tahu tentang restoran ni dari officemate husband, si Zaim. Dialah yang promote baik punya kat si husband. Si husband dengan pantas meng-follow intagram restoran ni (dengan menggunakan instagram aku). Aku yang ka rumah scroll-scroll nampak pulak ikan patin..ikan patin...ikan patin... teruslah naik selera. Memang dengan sepantas kilat menggesa si husband bawak aku g makan sini. Tambah pulak, ada puding raja. Memang takkan la aku lepaskan. Hahahah...

Instagram : ana_patinhouse

Pada mulanya, aku ingat restoran dia besar, 3,4 pintu ke sebab based on gambar-gambar kat instagram tu macam meriah gila. Tapi restoran biasa je. Taklah besar mana tapi kalau pergi betul-betul time lunch tu aku rasa padat jugak la kot. 

Review makanan:

Okay, 4bintang untuk ikan patin tu. Sedap, pedas pun aku tak heran dah. Sebab nyum-nyum. Ikan pun fresh. Itu yang paling penting. Untuk lauk pauk lain tak dapat nak bagi komen sebab time smpai, lauk almost habis. Nak tunggu order perut dah lapar sangatttt!!

Paling kecewa ialah no puding raja that day. Rasa nak menangis bawah meja time tu. T_T

Harganya, taklah mahal pun. Aku mulanya takut jugak kena ratus-ratus ke sebab ikan besar jugak. 2 mangkuk pulak tu. Sorang satu. Hahahah...tapi, takdelah. Aku tak ingat exactly harga dia. Yang pasti below 30 kot.

Budak ni ber-drama tak kasi ibu nak menjamah makanan. Nampak tak ekor ikan tu memanggil-manggil suruh makan.
Berhenti kejap nangis sebab tangkap gambar kan? Selfie Suka sangat.
My turn!

Guna tangan lagi nikmat lah. Sudu-sudu ni leceh!


  
Kualiti gambar agak mendukacitakan. Mungkin kena tukar iPhone 6 pulak kot. iPhone 4s ni macam segan nak hidup je gambar. hahahah...

Kepada penggemar-penggemar ikan patin tu. Silalah ke mutiara damansara. Kalau nak puding raja, better call dulu la. Make sure ada ke tak. Kang menangis tepi bucu kaunter pulak. Dannnnn...sila pergi awal! Rugi pergi dikala sayur-sayur, ulam-ulam dah tinggal batang je. Sedih!

Okay, selamat berpatin!

Saturday 17 January 2015

Aina Join Contest

Assalamualaikum & good day everyone! Pagi ni, mata panda. Tidur lewat malam tadi. Menyudahkan kain-kain yang bertimbun atas sofa tu. Tengok sofa dah kosong. Leganya! Kerja yang paling leceh nak settlekan. Erti kata lain, paling malas nak buat. Mencabar kot kerja ni. Lagi-lagi kalau yang kecik-kecik ni. Sapa tak suka lipat kain, angkat tangan! Sayaaaaa!!!! Hehehe...

Haaa...meh nak bitau sikit ni. Sini sikit, baca rapat-rapat.
 
Aina join the contest! Cutest Ever Baby Photo Contest by withlovemummy. Hahaha...Over lak mak! Tambah poyo! Saja je nak meriahkan dan mencuba. Terasa malu okay sebenarnya. Macam promote dan tayang anak. Tapi, sesekali sesekala nak mencuba. Bukan nak menang sangat.(ayat artis bila tercalon dalam ABP) Tapi, kalau menang syok tu hadiah dia. . Hehehehe... By the way, baby-baby yang join comel giler kot! Budak yang ni je. Comot! Hahaha...

Contest ini same concept with others. Kena vote. Meh la vote same-same. Senang je. Tekan vote, masukkan nama dan email add then vote! Tarikh tutup 31th January 2015. Jomlah! Join sama-sama dengan Aina. Kita meriahkan keadaan kat sana. http://www.withlovemummy.com/cutest-ever-baby-photo-contest/.

Aku tahu contest ni sebab aku follow Instagram SharifahSofia & blog dia withlovemummy.com ni. Interesting blog dia ni. Lagipun, aku memang peminat sharifah sofia. Sebelum ni, family contest, at first macam nak tapi macam malas. Plus, i ni pemalu orangnya. Hahahha....



Ni waktu mula-mula meng-upload gambar budak kecik ni. Vote pun 0 lagi. heeee...

Okay, nak menyudahkan kerja yang hampir nak selesai. Bye-bye...See ya later!

Friday 16 January 2015

Tukar Blog Address

Di tengah malam macam ni, sambil-sambil lipat kain sambil-sambil tengok tv (dan minum ephyra) , tiba-tiba mood datang nak bukak blog yang lama menyepi awal-awal tahun ni. Agak sibuk, maklumlah sekarang, kena jaga 4 orang kat rumah. Pertambahan : mak mertua. Mak mertua pun kurang sihat. Jadinya, kerjanya lebih sikit la. Dengan budak kecik dua orang yang sangat melasak. Yang si adik asyik ke dapur nak main selipar dapur, yang si abang asyik ajak main car la, siram pokok la, pergi taman la Takpun, tiba-tiba nak mee pedas (its spageti). Haduhhh!!! Dan maknye ni pun, sejak channel HITS dok tayang cerita lama-lama, tak nak lepas peluang jugak. lagi-lagi Criminal Minds. Oh my Reid!

(Panjang pula mukadimahnya)

Mulanya, ingat nak tukar backgroud. Nak setting gempak-gmpak, tiba-tiba jadi malas pulak. Hahaha.... Dan dengan tiba-tiba idea nak tukar blog address datang tiba-tiba. Sebelum ni, CeritaHazwani. Aku tukar kepada ke TheOnlyHazwaniHussin. Nak jadi omputih sesekali sesekala. heh? Sebenarnya, lepas satu persatu dugaan dan dugaan datang jengah hidup aku sejak Ogos tahum lalu, aku jadi lebih tekad, kuat dan sayangkan diri sendiri & kesayanganku dari orang lain. Aku lebih pentingkan diri aku. Dan aku cuba elakkan dari terlibat dalam mana-mana group. Well...lebih berdiri tegak sendiri. Itu yang jadi TheOnlyHazwaniHussin. Terpenting sekali la kononnya.

Jadinya, welcome to new me!

Ini bukan entry sampah.

Friday 2 January 2015

Selamat Datang 2015

Assalamualaikum semua! Selamat tahun baru! (Lewat sehari nak wish) A new start for everyone to be better. Alhamdulillah..bertemu lagi dengan tahun baru. Waaaaa....get ready to be 3 series!!! Mcm tak percaya la. Sedar tak sedar dah nak masuk 30 tahun dah bernafas atas dunia ni. Alhamdulillah sekali lagi. 

Tahun ni kita mulakan dengan selsema & demam berjemaah. Mula-mula budak dua orang ni. Selsema je. Then berjangkit ke ibunya seterusnya Ayahnya pulak. Kemudian ibunya demam dan sakit kepala (time tulis ni pun denyut je kepala). Sekarang, semua demam. Ayah dah okay sikit kot. Larat pergi kerja tu. Walaupun lewat pergi. Kul 9 baru pergi. One thing, I hate getting flu is you become PEKAK. Deeemmmmm!!!! Semoga cepat sembuhlah kami-kami ni. Nak pergi berfoya-foya ni. Hahaha...


 Masih pengsan. Ibu tetap kena bangun awal. Semalam, tinggalkan sink penuh dengan pinggan mangkuk. Jadi pagi ni kena buat kerja! Bagi peluh sikit badan. 

Okay lah....next nak cerita tentang matlamat 2015. Yeay!!!

Be nice to me 2015. Good bye 2014.