page

Tuesday 20 January 2015

Poligami- pandangan orang biasa

Kalau cerita tentang poligami, perempuan mana la yang sanggup. Ramai yang sanggup dilepaskan daripada dimadukan. Realiti. Kalau aku pun, mungkin macam tu. Orang kata, xpe. Kalau izinkan suami poligami, dapat payung emas kat syurga nanti. Lagipun, kan sunnah nabi. Memang, itu memang sunnah nabi. Tapi, yang menjadi persoalan, kenapa sunnah yang ni je orang selalu ambil berat. Sunnah-sunnah yang lain? Xpun, laksanakan yang wajib dulu. Nak poligami, tapi abaikan tanggungjawab terhadap isteri sedia ada dan anak-anak. Macam mana tu? Banyak sangat kes yang macam ni aku tengok. Malah...depan mata aku sendiri. Anak-anak terabai, keperluan isteri diabaikan. Tapi, sibuk lah nak kahwin banyak. 

Yang paling, paling membuat aku cukup menyampah, alasan nak poligami ialah nak bantu isteri uruskan rumahtangga dengan bebanan kerja rumah yang banyak. (Ada beberapa Orang kawan aku dok bahas sebab apa mereka perlu poligami)

Dah kenapa? Itu ke solution paling bagus? Kenapa tak bantu isteri tu buat kerja rumah. Tak pun, upah orang gaji. Kalau xmampu nak upah maid, macam mana boleh pulak rasa mampu nak tambah sorang lagi. Lainlah kalau memang kaya raya yang harta takkan habis 7 keturunan. Dan mampu membahagiakan hati semua yang terlibat.

Ingat, kalau kahwin dua, perlu bahagiakan:
1. 2 hati isteri
2. Anak-anak dari dua-dua isteri
3. Dua ibu mertua dan dua ayah mertua
4. Ipar duai Dari dua keluarga.

Kalau tiga, empat? Congaklah sendiri.

Bukan menidakkan poligami, tapi ikutlah kemampuan dan keupayaan. Kemampuan dari segi pembahagian nafkah untuk isteri-isteri. Mampu nak sediakan rumah sorang satu - ini pening, kalau dihimpunkan semua dalam satu rumah, bahaya (Cuba tengok bini-biniku gangster). Mampu sediakan keperluan semua sama rata. SAMA RATA. Paling pening, mampu Untuk jadi adil & bijaksana. 

Keupayaan bukan setakat atas katil je, hati dan perasaan isteri tu. Belaian dan kasih sayang. Bermanja-manjalah sepanjang hayat. Ini tidak isteri minta peluk minta pegang-pegang tangan minta manja-manja ditolak. Katanya, zaman bercinta dah tamat.  Lepas tu, tiba-tiba nak kahwin lain. Haduiiii...

Sebelum nak berpoligami, fikir masak-masak. Buat percaturan yang paling baik dalam kehidupan. Istiqarah. Bukan drama petang-petang istiqarah cinta tu ye. Banyak kan solat sunat. 

Tapi...biarlah berpoligami dari berzina. Itu lebih hina. 

No comments: