page

Wednesday 24 October 2012

Crunchy sweet sour beef





Haaa....nmpk sedap kan? kan? kan? Memang sedap. Bukan nak puji masak sendiri tapi itulah hakikatnya. Easy and simple. Resepi ni saya mintak dari my dear gorgeous mummy, Fatmafarhana. Tengok kat instragram die trus wa tangkap cintan. Nampak nyum, nyum, nyum...lagi-lagi dia punya sos. Very the oriental. Saya bknlah penggemar makanan oriental/ala-ala chinese food ni. Tapi kena la pulak dengan selera saya. Moh...kita ke resepi kita.

Untuk daging:

Ketuk daging leper dalam 1/2 inci tebal die
Slice dalam 1 1/2 - 2 inci (tp ikut sukati la nak besar mana)
Salut daging dengan tepung jagung (tepung jagung kering, jgn bancuh dgn air)
Deep fry la daging sampai masak.
Dah masak tapis, kesat ngan tisu kasi sedut semua minyak.
Season kan dengan garam dan pepper.
Plating!

Daging, jgn masak lama nanti overcooked pulak. Macam saya buat. hahaha...

Untuk sos:

Cili sos, kicap dan jus lemon.
kacau then panaskan atas api sampai pekat.
then pour on top of the beef.

Siap! Senangkan?

Nak tambah sayur-sayur pun boleh. potong slice romain lettuce then tabur. Saya makan begitu saja. Sedap! Sampai menjilat jari la sos die..hihihi....




Tuesday 23 October 2012

Mari memotong bersama Adam

Petang semalam, langit cerah. Alhamdulillah. Setelah hampir seminggu setiap petang mesti hujan. Jadi rumput di laman tumbuh dengan rancaknya. Dan terpaksa la menundakan proses memotong rumput-rumput yang comel itu. (alasan, padahal dah brape minggu tak potong. salahkan hujan pulak padahal malas!). 

Jadi dgn rancaknya tangan memotong rumput guna gunting rumput yang kecik tu. Gigih weiii nak potong. Dengan aksi supermom, potong rumput sambil kelek adam. Tak boleh lepas, jalan pun huyung hayang lagi. Kalau lepas ade die merangkak kat porch tuh. Naya jer. Sambil memotong tuh, bising mulut die bebel. Siap tunjuk-tunjuk lagi. Konon nak cakap "Ibu, sana panjang lagi", "Eh, situ-situ tak potong lagi". Bila dah siap potong, tepuk tangan. "Yeay, dah siap" Alang-alang belom mandi, pimpin tangan die, jalan-jalan atas rumput. Suka sangat gayanya. Nampak kucing, laju tarik tangan kita nak pergi kejar. Seronok bila tengok gelagat si kecil bila dia excited. Dia memang sukakan haiwan. Pantang nampak mesti die excited jerit-jerit. 

Hari ni hujan sekejap. Tapi bawak jugak la die main kat luar. Seronok bukan main. Penat main, naik mandi berendam dan seterusnya makan. Dan...sekarang dah lelap. Belum pukul 8 dh tidur. Biasanya malam dia akan tidur lambat tapi disebabkan hari ni dia tak tidur siang. Pagi tadi pulak bangun awal. Penat dan mengantuk sangat la tuh. Orang kata tak baik biar bayi tidur waktu maghrib. Tapi nak buat macam mana. Badan dia pun letih jua. Biarlah... Nyaman tengok anak tidur. Hilang segala kekecewaan dalam hati. Rawat segala duka.

Okay la...jom layan gambar Adam dan rumput semalam. Ada rezeki lebih nak menanam pulak. Hahaha...angan-angan!

Seronok la. Ibu ni patah pinggan tahu!

Masih lagi kene berpimpin. Kena praktis hari-hari jalan.

Wah! Lebat bulu mata Adam...
Potong sudah, bila nak buang rumput tuh Adam?
Tunggu ayah la bu. Biar la ayah buang pulak...


Saturday 20 October 2012

seminggu di HTAA



Petang ahad,sprti biasa hantar ebi balik ke asrama di sekolah agama bukit ibam. semasa pergi tiada apa apa. on the way back to muadzam hujan turun dgn lebat. jadi tutup tingkap dan bukak aircond. aircond kereta pulak sgt la sejuk. tiba-tiba sakit dasa yang amat sgt. tidak boleh nk bernafas. rasa seolah-olah hayat akan habis di situ. teman di sebelah panik. tidak berani nak bawak kereta dlm keadaan hujan lebat tambah pulak tak pernah bawa kereta auto. perjalanan br di kg aur. digagahkan juga bawa kereta sambil teman mengurut dada perlahan-lahan. akhirnya tiba di hospital muadzam. berhenti di emergency, masuk ke dlm terus cari katil. tidak sempat letakkan kereta. MA terus periksa keadaan pesakit. mungkin kerana kenal akan pesakit, xbyk soalan ditanya. buat beberapa ketika selepas di beri dadah, terus tdak sedarkan diri dan unstable. sangkakan hanya krn jantung rupanya ada penyakit baru, paru-pari berair. itulah kisah di awal oktober.

Kisah tentang papa.

bila dh stabil, papa dikejarkan ke HTAA. seharian tidak sedarkan diri. kami dr KL terus pulang esoknya. Smpi kuantan terus ke ccu. Masuk tgk keadaan papa. Ya Allah, kesiannya. tak sanggup tgk. pusing menghadap ke monitor dan nangis. kesat. takut papa nampak. jika keadaan yg aku lihat doktor kata sudah stabil dan beberapa tiub dh cabut. aku tak dapat bayangkan keadaan tidak stabil. seminggu berkampung di sana. Operation untuk jantung dh selesai. Allah menguji kekuatan dan kesabaran mama. menguji ketahanan ank-ank. kerana bila papa dh sihat,sikapnya agak berubah. jadi cepat marah dan moody. kenapa? kerana die rasa die menyusahkan semua org. susahkan adik beradiknya yg datang dari jauh,anak isteri ambil cuti, tak masuk kelas, saudara mara yg kami tumpang tidur makan. itu yg dia rasa. tapi...itulah rasa seorg ayah. yg seboleh-bolehnya taknak menyusahkan org lain. Alkhamdulillah...semuanya berjalan lancar. sihat sentiasa harapnya.

pesanku buat semua. BERHENTI MEROKOK. DENGAN SEGERA. sayanglah diri dan juga org tersayang.

Ketika masih tidak stabil

Sudah stabil. Menunggu masa untuk di operate je.

facebook?

skrg facebook dh tak seronok macam dulu...mana tak, ckp skit org ni terasa. cakap skit org tuh terasa. pastu mula la ngadu domba sana sini. benci ahh!!!

bila post gambar anak dan suami pulak, ada pulak kata2 sinis

'eleh...macam la die sorg ada laki,ada anak'
'nak tunjuk happy family la tu'
'tgk...gmbr anak n suami je,takut nk letak gmbr sndiri la tuh'

haiiyaaaaaa...itu pun jadi isu.iya..sy memang xchantek. tapi tak perlu pulak sy nk camwhore sambil buat duckface tuh.

letak gmbr makanan pulak.

'macam la die sorg pndi masak'
'takkan msk macam ni pun nak post kot. agak-agakla'

update ttg drama or cerita kat tv

'ek eleh.mcm die sorg tgk julia'
'takde keje ke kak? sy pun tgk jugak la mhi pg td'

padanla ramai kawan-kawan dh jarang nk update facebook. bosan dgn org yg takde keje dok skodeng pastu pm sindir pulak. slalunya pm tuh akan dpt bila ada ramai yg komen kt post2 tuh. dan selalunya org yg sama. haiii...tinggal eden ni malas nak memblock org jer. kang jadi lain pulak.

satu lagi penuh dgn jualan MLM. tolonglah..saya memang tak berminat nak join. nak bli pun sy tgk. kalau ada wang, dan bagus y not. sy ni surirumah SEPENUH MASA. ni dah la bila  xnak join di katakan kita pulak.

contoh terbaru: kelmarin. jual premium beautiful

' wani...jom la join. bagus utk ko. lagi2 ko surirumah.byk masa terluang. mesti cepat boleh naik pngkt pastu ko kan bgantung kt suami je.susahkan die je. cari duit sndri la. income masyuk. dpt join trip lagi. lagi suami sayang. lagipun ko kan bekas cikgu. leh promote kat diorg'

dgn tenang menjawab

'sorry la babe. aku dh bli la satu ngan kawan aku. nak join mmg xla. kalau nk join dh lm aku jd downline kwn aku tuh. xpelah...kalau aku tak susahkan suami sape lagi nk susahkan die kn? masa aku mmg byk tp utk family aku la. takpe la. tgk ko berjaya n happy, aku tumpang happy utk ko. aku xblh la. sorry'

skali die post kat fb..tak smpi 2 minit

"setakat tumpang happy tak guna. kena berusaha dan berkorban. cari happy sendiri"

ok fine. tak kisah pun. berkorban? iya..mmg perlu berkorban. tp utk bkorban kuarkan duit 20k utk permulaan. ke sana ke mari cari downline atau erti kata lain client.mungkin tidak la. kalau pun aku boleh buat loan 20k. baik aku buat byr pdahuluan bli rumah da...
nak cari rezeki secara MLM ikut suka ko la..tp jgn cara paksa hingga susahkan org. kawan sy pun join jugak. cara kena betol babe...

kan dah emo kejap. well..

itulah realiti fesbuk skrg. boringgg...banyak yg suka complaint bukan2. kalau kamu tuh mmg kawan yg mmg dh kenal lama n kenal sgt cara pewatakan sikit pun tak kisah. ini..kamu sape?

dah tuh knape approve?
sbb kenal tapi takde la kenal sampai kamu boleh lebih batasanya. know your limit okey.

sampai situ saja cerita tentang facebook dr saya...