page

Tuesday 28 October 2014

satay ikan free


Siapa pernah Makan satay ikan ni? Saya!!!! Siapa tak pernah Makan, sesungguhnya anda rugi. Heheheh.... Sebenarnya, aku sendiri pun lama dah xmerasa satay ikan ini. Lama sangat dah. Rasanya, sejak pregnantkan Adam kot. Kalau nak beli sesaje memang xla. Ni pun, kebetulan dapat free.


Sebelum bertolak balik ke shah alam, lepas dah hantar asyraf balik rumah sewa, dah jenguk ma & tok Kat umah cik tan, kami singgah la Kat jaga gading. Nak beli kepok lekor punya pasal. Stok Kat umah dah habis. Beli la kopok tu sikit, kopok ni sikit. Orang yg tukang jual ni dr awal kami sampai sampai nak bayar dok geram ke Adam. Putih la, comel la, bulu Mata panjang la, dagu mahal la. Geram sangat, sampai di baginya satay ikan ni free sebungkus. 


Adam tak pernah Makan satay ikan ni. Mula-mila dijilat duly. Hmmm...sedap. Lepas tu, trus ngap. Baru 3 cucuk, dah Ibu. Taknak la. Tak sedap. Nah...Ibu habis kan. Hahahah...ape lg, bedal la. Memang xsesedap dulu dah. Nipis sangat weh. Tinggal 2,3 batang tuk ayah.


Dah habis Makan, kita tangkap gambar skit. Muka yang langsung tanpa mekap. Xdan nak touch up. Tapinya, aku nampak berisi la. Macam best jerrr!!!!

Thursday 23 October 2014

Makan-Makan: Teochew Chendul

Malam ni dinner kat luar la pulak. Padahal dah siap masak satu lauk, tinggal nak goreng sayur je lagi. Nampaknya ikan tu buat nasi goreng je la esok. Tak sempat nak dinner Kat rumah tadi sebabnya nak keluar. Nak beli barang dapur sikit. Lepas tu en.suami nak sambung masuk Ofis kejap. Takpelah, balik nnt baru lah kita dinner.

Namun yang demikian (aik?), masa lalu lalang kat kedai-kedai tu, bau laksa macam menarik-narik hidung ni. Aku pandang en.suami, en.suami pandang aku. "Macam sedap je bau laksa bang". Hahaha....ayat seorang isteri yang sedang memancing selera suami. Jadinya, dinner la kami kat sini. Hehehe....


Menu yang kami order:

Assam Laksa : RM 8.90/bowl
Ice kacang ice cream (untuk si isteri) : RM 6.90
Teochew Chendol Original : RM 5.90

Lama tak makan ais kacang, walaupun biasa-biasa je tapi orang kata lepas lah kempunan nak makan ais kacang. Chendol dia, okay la. Sedap lagi Chendol Lori tepi jalan kat pekan tu. Ni kurang lemak sikit lemaknya. Laksa? Pedas-pedas manis. Untuk yang tak makan pedas macam aku ni, memang berpijar lah, berdesing telinga. Over giler xmakan pedas langsung. Tapinya, jamah la laksa sampai habis. Kuah je xsanggup nak hirup. 



Tunggu ais kacang sampai. Adam pulak tidur. Penat seharian main, tak tidur. Lama jugak lah dia Lena dalam tu. Biasanya, xnak langsung duduk dalam stroller.


Menatarias rambut si anak dara, rambutnya jenis xnak duduk diam. 

Lokasi tempat kami santap malam ni, dalam paradigm je pun. Betul-betul sebelum pintu masuk dalam tesco. Sebelah dia, Delifrance. Asalnya, tempat cendol ni ialah kedai kek yang ada jual aiskrim potong sedap. Tak ingat nama kedai, tapi yang aku ingat, ada satu cerita, Nadiya Nissa dengan Remy Ishak berlakon kat situ. Destinasi Cinta Sara kot tajuk dia. Kedai tu dah takde, ade kedai ni pulak. 

Lepas ni, kalau agak-agak nak sangat makan ais kacang tapi malas nak cari, boleh la singgah sini lagi. Hahahaha....

Jumpa lagi di lain episod. Bye-bye.

Tuesday 21 October 2014

Breakfast of the day : Roti Telur

Hari ni masak roti telur je dulu. Sebabnya, bangun lambat. Bihun pun baru je rendam. Tapinya, Perot kelaparan. Berkeroncong bukan main. Roti telur resepi mama. 

Bahan-bahan:

Telur 2 biji
Garam sikit
Susu pekat 2 sudu
Roti putih 6keping- potong 4

Cara-cara:

Pukul telur, garam ngan susu sampai nampak cantik. Pastu celop roti dalam telur yg dipukul tadi. Kemudian, goreng!

Bahan tambahan: 

Sediakan ubat elergik sekiranya nampak anak anda menggaru-garu. 


Tadaaaaa....dah siap! 


Budak baru bangun terus makan. Tak dan mandi gosok Gigi dulu. Muka pun busuk


Sesi suapkan adik aina. 


Dessert. Sedap. Yummeh.


Assalamualaikum semua....
Hari ni, aku nak share tentang satu tempat yang aku akan tuju Untuk dapatkan pemanis mulut yang lazat. Seriously, memang sedap. Can't deny it. It's Sugarpotdesucrè. What??? Sugarpotdesucre. Aku nak pronounce pun berbelit. Hehehe....Owner die ni, schoolmate masa kat teknik dulu. Fatmafarhana. Biasa org panggil dia Faye, tapi aku terbiasa panggil fatma. One of my bff la ni. Bukan nak bias sbb dia kawan, tapi seriously, Untuk tekak yg biasa-biasa macam aku akan cakap ianya sedap.

Actually, dia Ada cafe Kat lembah beringin. More to western la. Tapi, aku xpernah pergi, berkesempatan lagi buat masa ni. Dan aktif jual secara online, nak apa-apa call/what apps dia. search sugarpotdesucre at Facebook & Instagram, then place your order. Then she will deliver to you. 

  

Fb & IG sugarpotdesucre


Meh Kita lihat Antara yang aku pernah dan selalu order.

1. Death by Brownies

It's delicious, not too sweet. Makan dengan aiskrim vanilla...pergh!!! Ohsem! Last order 60 bekas, bekalan untuk rombongan pengantin ke majlis bersanding.

2. Blueberry cheesetart


Untuk cheesetart ni, memang sedap. Kecik ke besar ke memang sedap n puas hati. Filling dia, banyak. Tak kedekut la kiranya. Dua kali aku order. Satu untuk majlis Kahwin best friend aku, Shafinas. Satu lagi, majlis merisik angah yang sudahnya jadi majlis bertunang. Tapi, gambar atas, untuk majlis bertunang angah. 

3. Japanese cotton cheesecake & chocolate cake

Gambar kat atas ni, aku order sekali gus, cheesecake, chocolate cake, brownies & cream puff. Banyakkan, buat stock. Hahahaah....waktu ni, dah dapat gaji, tu yg banyak sikit ambik. Heheheh...

4. Wedding cake 

Cantik tak? Cantik kan???? Sayang nak bagi pihak perempuan. Okay, ni aku order untuk wedding angah. Sponsor cake je la. Memang exactly macam yang aku nak. Nak yang ala-ala sesuci embun pagi. Chocolate cake with Pearl & Orchid. Dia boleh buat according your budget too. 


She WA me the detailed of orchid. Either is it okay or not. Sebabnya, aku xnak orkid yang purple putih biasa tu. Aku nak orkid purple hijau, yang baru nak berbunga tu. 

Thanks darling, memang berkenan di hati. 

5. Cream puff

Okay, this puff sebenarnya order sebab teringin sangat. Selalunya, makcik yang buat. Memang nak sangat. Try la order. Alhamdulillah....Yeay! Dapat. Ononomnomnom....

6. Kinder bueno Swiss roll

Swiss roll dia....BESAR wehhhh!!!!! Kenyang!


Dah la besar, sodap pulak tu. Hehehe


Thanks Fatma. Awak lah penyelamat wani setiap kali wani nak kan sesuatu yang sedap! Heheheh....
En.suami, biasanya...geleng kepala jer la... 

Monday 20 October 2014

Mentari Palestin

Dokumentari travelog yang patut di tonton oleh semua Muslim. Or maybe wajib ditonton? Cerita dari bumi palestin itu sendiri, cerita apa yang diharungi penduduk tempatan palestin. Apa yang aku boleh cakap. Best. Memang best sebab kau akan rasa bersyukur dengan apa yang kau Ada sekarang.

Di sini,
Kau boleh keluar rumah pergi taman bawak anak, gelak-gelak. Boleh makan sedap-sedap tanpa gangguan. Boleh tutup Mata dengan tenang. Semuanya kau boleh rasa dengan sedikit aman tanpa risau tengah mkn tetiba darah anak kau percik Kat muka. Tengah tidur tiba-tiba booommmm!!!

Cerita yang aku tunggu setiap minggu. Setiap isnin. Channel TV Alhijrah. Jam 9 malam sebelum 30minit ustaz don tu. Tapi kejap sangat. Setengah jam je. Xpuas betul. Jom kita sama-sama tengok!

Sunday 19 October 2014

weekend: tengok bola je

Hari ni, duduk melepek & melepak di rumah je. Dinner pun awal. Ajak en.suami g jenjalan petang ni. Dia xmo la pulak. Lepas tu, Suruh en.suami g kedai jap belikan roti. Tak nak la pulak. Aku pulak, kemalasan nak drive. 

Jam 8.30 trus amek remote. Ehhh??? Ade bola ke? Ye la tu...padanlah dia xnak kemana-mana. Separuh akhir pertama. Pahang vs Kedah. Jadinya, malam ni kita layan bola yer. Hogoh pahang hogoh! 


Bola time!



Si peneman ayah! 







Friday 17 October 2014

Moh Kita Baca Buku

Mengadap exam lagi. Dah tua-tua cenggini kena mengadap study Malaysia Kita. Sebenarnya, ni exam kali ke-4 untuk jawatan PTD. Tak lepas-lepas jugak lagi. Hahahaah...tapi nak jugak lagi apply tu. Tak serik-serik. Hahahaha... Renew je SPA, tak tukar lak jawatan yang dipohon. Xpelah...bukan kena bayar pun. Kan?


Seperti detail di atas, examnya malam. Masa-masa yang sangat kritikal ni. Dah la online, Harap-harap unifi xbuat perangai la hari tu. Selalu bila nak guna untuk perkara penting mesti dia slow la, dia hidup-hidup mati. Tapi bagusnya, xde la en.suami kena mintak cuti, kena tunggu setengah hari dalam kereta. Heheheh...

Sesiapa yang Ada masa lebih, bolehlah pergi kursus menjawab exam. Jadual semua Ada kat website SPA. Pergi lah, manatau Ada rezeki. Good luck pada yang sama-sama join saya 1/11 ni. Selamat berjuang. 

Okay...goodbye. Nak p study ni. ;)

oh my pretzel

Nak sangat Makan mendalah ni. Semuanya gara-gara one of my besties, kecewa dgn pretzel yg dia beli semalam. Liat dan keras macam kayu katanya. Yes Lydia, yes you! Ko punya pasal la ni. Malam ni jugak aku gagahkan keringat mencari pretzel ini. Dan...nyum...nyum...okay la. Xjadi kayu lagi. Hahahah...

Thanks Lydia!


Sesuatu yang sukar Untuk ditolak. Sekiranya saya merajuk, sola belanja saya ini. Dan tutti fruitti juga. Dan blueberry cheese cake juga. Dan tiramisu juga. Dan nasi kukus ayam berempah Oh ya...jangan lupa. Keropok. Dan keropok. Dan keropok. 

Agak-agak Ada berapa keping pretzel dlm plastik bawah tu yer.


Di samping pretzel, dpt sebungkus crazy potato. Oh man! Why you give me your wallet, dear husband? Why? Why? Untunglah mall Susah mahu tutup. Kalau tak? Berdosa rasanya pada perut ini.

Okaylah...its time for turun naik tangga. Kalau rajin lah. Hahahaha....

Bye-bye...gunite! 




Wednesday 15 October 2014

weekend : Bawak kereta kecik

Last Sunday, en.suami as always had to work. Nak je complaint tapinya kang stress lak en.suami. Dahlah kerja kena pressure kena maki, Kat umah pulak bini dok bok bek bok bek. Hahaha....takpe la, sesekali sesekala beralah. I know, he try at his best to be a great father to his children and be a lovely husband. 

Since alang-alang dah kena kerja, and aku pun agak malas nak bermalasan di rumah, hehehe....aku cadangkan Kat en.suami yg aku nak bawak bebudak g memain kt playkids tu. Tapi, ramai pulak orangnya. Kami g la Cari Makan kt giant dlu. Lupa la pulak, kt food court tu Ada mendalah main-mainan ni. End up, main kt sini je la atam yer. Okay her kata atam. :) 


Sesi pujuk memujuk. Dia nak remote, suruh ayah duduk kt malam. (Rasanya la) Hahahaah....


Uuuu....aweks la Ibu


Nampak x betapa mithalinya seorang bapa. Dengan tuala anak ditangan. Senang nk lap hingus bila àtam bersin


Enjoy the ride bebeh.


Kami? Selfie dlu sepukul. Bhahaaha..

Okay. Itu saja. 

Bye-bye.
Wassalam

Thursday 2 October 2014

Breakfast of the day


Finally....its nasi kerabu. Paling sedap di Muadzam. (My opinion la of course). Kedai isteri pakcik mahusin, lokasi di pasar basah, gerai ujung (yg xjual roti canai).

Sambal tumis, kelapa, sayur-sayur, budu, telur masin, gaul! Ohsem la. Memang sangat ke-kelantan-nya.





Keropok cicah budu. Hahahaha

Wednesday 1 October 2014

Which one is better?

(Cerita Throwback)

Berjalan-jalan di Setia Mall sambil mencari baju Inchik Suami Untuk kenduri Angah nanti. Tapi si Adam pulak over nak shopping topi la kunun. Lepas try satu persatu (hampir semua di-try-nya), akhirnya beli la jugak satu. Tapinya!!!! Nak pakai setiap masa pulak tu. Jom tengok sesi me-try-topi-itu.

Breakfast of the day

Morning everybody! Yeay!!! Jom breakfast sementara bebudak masih tidur. Nasi minyak in the morning.  Together with L.A Coffee. Yummeh!