page

Friday 16 January 2015

Tukar Blog Address

Di tengah malam macam ni, sambil-sambil lipat kain sambil-sambil tengok tv (dan minum ephyra) , tiba-tiba mood datang nak bukak blog yang lama menyepi awal-awal tahun ni. Agak sibuk, maklumlah sekarang, kena jaga 4 orang kat rumah. Pertambahan : mak mertua. Mak mertua pun kurang sihat. Jadinya, kerjanya lebih sikit la. Dengan budak kecik dua orang yang sangat melasak. Yang si adik asyik ke dapur nak main selipar dapur, yang si abang asyik ajak main car la, siram pokok la, pergi taman la Takpun, tiba-tiba nak mee pedas (its spageti). Haduhhh!!! Dan maknye ni pun, sejak channel HITS dok tayang cerita lama-lama, tak nak lepas peluang jugak. lagi-lagi Criminal Minds. Oh my Reid!

(Panjang pula mukadimahnya)

Mulanya, ingat nak tukar backgroud. Nak setting gempak-gmpak, tiba-tiba jadi malas pulak. Hahaha.... Dan dengan tiba-tiba idea nak tukar blog address datang tiba-tiba. Sebelum ni, CeritaHazwani. Aku tukar kepada ke TheOnlyHazwaniHussin. Nak jadi omputih sesekali sesekala. heh? Sebenarnya, lepas satu persatu dugaan dan dugaan datang jengah hidup aku sejak Ogos tahum lalu, aku jadi lebih tekad, kuat dan sayangkan diri sendiri & kesayanganku dari orang lain. Aku lebih pentingkan diri aku. Dan aku cuba elakkan dari terlibat dalam mana-mana group. Well...lebih berdiri tegak sendiri. Itu yang jadi TheOnlyHazwaniHussin. Terpenting sekali la kononnya.

Jadinya, welcome to new me!

Ini bukan entry sampah.

No comments: