page

Tuesday, 20 January 2015

School time!

  Tahun ni umur Adam Zafran dah nak masuk 4 tahun. Cepatnya masa berlalu. Tup-tap tup-tap dah 4 tahun. Jangan lah membesar cepat sangat sayang. Rindu nanti. Paling rindu nak gomol-gomol lah. Sekarang ni mintak kiss pun liat dah. Kita merajuk pun taknak pujuk sangat dah.

Kisah nak hantar Adam ke sekolah ni unplanned sebenarnya. Campur was-was. Rasanya macam xready je lagi dia nak ber-uniform. Memang asalnya dari pertengahan tahun lepas lagi niatnya nak masukkan Adam ke sekolah masa umur 4 tahun. Tapi aku ni survey sekolah pun ala kadar je. Setakat call tanya availability and no further action pun. Tambah pulak dengan satu hal ke satu hal. Aku jadi kurang bersemangat. Tangguh dan tangguh, dah masuk tahun baru. 

One day, husband tanya bila adam masuk sekolah. Aku macam....????? Bila masa pulak aku ade registerkan Adam. Rupanya, selama ni dia ingat aku dah register Adam masuk sekolah. Sekolah mana pun xdecide lagi. Hahahaah.... Aku tanyalah...dah ready ke nak bagi Adam sekolah. Dia dengan yakin. Apa salahnya. Green light la tu. Dia kalau boleh nak Adam masuk Genius Aulad. Aku macam...alamak! So, first aku tanya wife cousin aku, kak Zureen. Rayyan & Rayhan dua-dua ke GA. Lepas sedikit sebanyak info. Terus call. Sayangnya, full sudah untuk 4 years old.

Then, aku Google area Setia Alam ni. Banyak jugak. Ada Brainy Bunch, ada Nuri, ada Q-dees, ada Little Caliphs, ada banyak Tadika la. Waaa....payah ni. Jadi, kecilkan skop ke Alam Nusantara. Tadaaaa... Ni takyah Google sangat. Pergi la pusing-pusing bawak kereta. Lepas call, jumpa principal then aku decide nak hantar ke Tadika Inovasi Ceria. Dia guna Program Little Caliphs. Walaupun baru, tapi macam bagus dan meyakinkan. Nanti lain entry aku cerita kenapa pilih Inovasi Ceria. Semua ni dalam masa satu hari je aku buat. Kata pun unplanned.

2 hari sebelum masuk sekolah bawak Adam ke tadika, nak bagi Adam familiar dengan sekolah. Bagi kenal teacher dan environment. Mula-mula memang excited. Tiap-tiap hari eh....tiap-tiap masa ajak pergi sekolah. Hair ahad nak pergi pasar pun cakap, 'ayah, sini lah. Nak pergi school lah/ sekolah'. Puas la nak pujuk dan explain. Tunggu esok...Sampai malam nak pergi school. Nak pergi school.

Isnin, yakni semalam. Hari dinanti telah tiba. Dari lepas mandi sampai la tiba Kat sekolah, Ibu..Ibu...Ibu jaga along Kat sekolah ye (soh teman la tu. Xbagi balik). Masuk je pagar sekolah... Waaaaa!!!! Ibu...Ibu....Ibu...tiyok! Adik tengok abang nangis, pun ikut nangis. Ah sudah! Teacher pun suruh hantar sampai pintu. Menangis lagi. Aduh! Rasanya tadi macam dah keraskan hati. Tapi bila dengar nangis tu. Hiba wehhh!!! Dalam kereta, Ibu dengan Adik sama-sama nangis. T_T

 
Ni gambar sebelum masuk sekolah. Tayang bekas roti yang baru beli.  Sengih lagi la.

Nak gerak dah ni. Tak sudah-sudah dengan bekas dia.

Abaikan ibunya yang sememeh tu. Xdan nak touch up weh pepagi. 

Gambar masa tengah nangis xde la pulak. Xdan nak amek gambar. Hahaha.... Disebabkan first day, aku dengan semangat pergi ambil Adam balik sekolah awal. Kul 12 dah terpacak depan sekolah. Tapi, lengah-lengah dulu. Beberapa minit kendian baru la pergi picit loceng. Aku tengok Adam okay je. Tapi main sorang-sorang la. Ada kawan keliling dia, dia buat tak tahu je. Tapi bila dia nampak je aku. Waaaaaa!!! Nangis lagi. Sambil cakap. Ibu balik rumah. Ibu tinggal along kat school. Dah jadi drama kat situ. Budak-budak lain datang kerumun, teacher pun datang pujuk. Dah reda baru tanya teacher dia. Adam macam mana. Okay x. Alhamdulillah. Positive feedback. Tapi...biasalah. First day. Aku tak dapat bayangkan nak masuk sekolah rendah nanti macam mana. 

Habis sudah untuk hari pertama. Yeay! Tapi hari ni, second day masa hantar nangis. Tapi masa nak ambil, tak menangis dah. Itu dah kira bagus tu. Kita tunggu day 3, esok pulak macam mana. Harapnya esok lusa tak menangis dah la.

2 comments:

Min Min said...

Wah abang adam dah go to school. Abdullah homeschool je la. All the best abang adam and mummy wani.

Min Min said...

Wah abang adam dah go to school. Abdullah homeschool je la. All the best abang adam and mummy wani.