page

Saturday 5 July 2014

Ramadhan kembali lagi

Sejak-sejak dah kawen ni, Ramadhan aku ade je perkara/kejadian yang jadi. Baik/buruk. Dua-dua ada. Seronok ada, tak seronok pun ada. Tapi semuanya adalah pengalaman.

2010

Eh, ni belum kawen. Masih lagi bertunang. Ni masa dugaan datang sangat hebat. Dugaan bertunang orang kata. Husihhh...macam xsanggup nak cerita dan dikenang. Lagi pun, dah tutup rapat-rapat letak dalam tupperware. Simpan dalam gobok kat stor comey-comey. Nak buang xboleh sebab it is part of my story. Part of my life. 

2011

Time ni tengah pregnantkan Adam. Dah 8 bulan kalau xsilap. Huishhhh....seksa. Asek dahaga je. Kepanasan. Ade jugak la tewas 2,3,4 ari. Bersahur ,melepek. Tak bersahur lagi la. Tp tahun tu jarang aku xsahur. Memang rajin giler masak sahur. Berbuka lak rajin giler g bazar. Bawah rumah je kot. Dugaan ya Allah... Seksa! Hari-hari nak g bazar. Hahahaha.... Minggu kedua Syawal Adam pun keluar! 

2012

Berpuasa dengan adanya adam. Kita sahur dia pun bangun sahur. Cumanya, time ni aku sakit. Sampai ke hospital Klang sebab suspek denggi. Rupanya, terkena sihir orang. Time ni, aku bukan lagi wani. Kurus kering tahapnya cengkung terkeluar mata. Terbaring dan selalu tak larat. Tak suka bau suami. Macam alahan mengandung pulak kan? Macam-macam la jadi...Jeng...jeng...jeng....scary dowh!!!! Alhamdulillah...pulih sekarang! Aminnn!..

2013

Tahun yang ni pulak, aku mengandung kan si aina. Ni dasat jugak. Dengan bleeding nye. Lama jugak la. Kena bedrest. Lepas tu ni jugak time aku start kerja. Huhuhu....letih wo!! Tp banyak harinya aku tak puasa sebab kejang dekat perut, muntah teruk dengan bleedingnya lagi. Masa ni jugak....aku br tahu aku pregnant kembar!! Waktu tu campur baur perasaan. Seronok tapi risau sebab doktor pun cakap satu lagi kantung xnampak janin. Tp stay positif la. Harap jadi lah kembar. Huhuhu....dalam hati terfikir, dapat ke aku handle kalau betul-betul kembar? Fuh!!! Berat tanggungjawab tu. Aku taknak nanti anak ramai tapi kualiti....(kualiti bukan dalam jenis pendidikan je tau. Ade yg belajar xpandai tapi pandai jaga orang tua. Nanti kita elobarate lain yang tu)

2014

Tahun ni beraya seronok sebab anak dah dua. Sepasang lagi. Nak shopping baju raya pun seronok. Sebabnya ade geng baju sama. Asek ayah dengan adam je sedondon. Kali ni dah ade geng. Baju raya pun dah siap. Ehhh...lari topik pulak. Puasa kali ni okey tp banyak kurangnya jugak. Okey sebab setakat hari ni baru sekali makan kat luar. Itupun subcon suami yg belanja. Banyak masak sendiri. Balik kerja ambil budak-budak. Cabut tudung, pap! Tung tang tung tang kt dapur. Masak simple-simple sudah. Mak mertua ade jugak masak. Tp aku akan tambah jugak . Kali ni xde pulak si suami request macam-macam. Tp bising jugak la, tanya mana kangkung die. Hahaha...suka sangat kangkung die tu. Oh dengan air mesti penuh satu jag. Kalau aina tidur, berjemaah la kami makan. Kalau xtidur, aku pegang si aina, ayah makan dgn adam dulu. Kemudian baru tukar shift. Aku xboleh makam dulu, sebab aku ni jenis makan lambat. Kalau aku makan dulu, kebuluran la si suami tu. Huuuu....

Itu saja cerita Ramadhan aku. Sementara bulan baik ni, aku pohon ampun maaf pada semua. Atas salah silap aku selama ni. Semoga amalan kita diberkati. Dan kita sama-sama banyakkan muhasabah diri. Baiki celanya diri. Enjoy your Ramadhan!


No comments: