page

Wednesday 9 July 2014

Tasks & pengasuh

Ingat lagi aku nak story tentang taska budak comel berdua ni? Okay, let the story begin.
Masa dalam pantang, aku dah mula calling-calling taska area umah aku. Kebanyakkan nye xambil baby. Kalau yang ada pun, ada cerita xbest disebaliknya. Ada satu hari tu en.suami kata ada satu dekat area catarina. Ambil dr bayi 2bln-4 tahun je. Okaylah terus calling owner. Bincang-bincang. Balik shah alam nanti terus g tengok taska. 

Dah abis pantang, balik shah alam awl skit sebab kena masuk kerja awl. Orang dah memanggil-manggil. Nak wat camno. Jadi, pergi la buat lawatan tapak ke taska. Ada 3 pengasuh. Ada 11 orang budak. Baby sorang. Environment okay dan banyak jugak aktiviti yang dirogol buat. Puas ati site visit, buat investigation lak. Call JKM, tanya status taska. Okay. Berdaftar. Hmmm...lulus. Mulanya, was-was sebab budak menjaga mudanya. Tapi, dah pergi kursus, kira okay la. Keputusan: hantar.

Bayaran agak mahal. Untuk setahun ke bawah, rm380. Setahun ke atas, rm350. Aku pulak campur dengan hari Sabtu half day lagi. Jadi, owner kata Sabtu kira kemudian. Untuk memudahkan perkiraan ot. Bila dah sebulan hantar, dapat bil ot. 300. 100 untuk lewat ambil. Kira lump sum 100/2pax. Another 200, 100/sat. 2xsat : 200 lah... Tak ke seribu lebih. Jadi, fikir-fikir balik. Nak stop. 

Jadi, aku tanya kenapa mhl sgt. Sedangkan half day je. Owner ckp, sebab terpaksa bayar bil letrik & air cikgu. Makan minum cikgu semua kena tanggung. Aku pelik. Tp aku fikir mungkin, setiap Sabtu cikgu-cikgu balik kampung. Jadinya, aku nekad la. Kita berhenti.

Then, aku bitau la pengasuh dulu. Nk stop. Diorang terkejut. Siap nangis, pujuk jangan berhenti. By the way, Diorang dah rapat dengan aina&adam. Aku pun ringan mulut bagi alasan cakap, sian korang, sebab akak korang xbalik kampung. Dan-dan tu Diorang, mana ada kak. Kitorg jarang balik. Dalam ati aku, aik? Then...aku pun story la conversation antara aku ngan owner. Pulak tu, tetiba diorg senyap. Lama tu, baru salah seorg citer, diorg br sekali dapat duit ot. Tu pun, enam ringgit lebih. Bahagi lak 3orang. Lepas-lepas tu tak pernah. Ot puluhan jam, yillek! Gaji yg asalnya 900 jd 600++ sebabnya tolak bil letrik, air, rumah. Duit lauk pauk untuk budak-budak ni 50/week. Beli ayam, sayur, brg kering lain untuk budak -budak ni. Budak yg makan ada 10org. Makan sarapan, tghari dengan minum petang. Agak-agak cukup ke? Dah la Sabtu aku hantar anak-anak. Jadinya, setiap Sabtu pagi aku bekalkan makanan untuk anak-anak & cikgunya sekali. 

Kesian aku dengan diorang. Baya adik-adik aku. Kebajikan tak terjaga. Sedih kan? Marah pun ada. Aku cerita kat en.suami. Dia suggest kami belikan lauk basah jugak untuk taska. Jadi setiap ,minggu aku beli lauk, aku belikan sekali untuk taska. Bukan apa, bukan nak bagi lemak kat owner, tapi mikir anak kita. Anak-anak yang tengah membesar & fasa makan banyak. Kalau cikgu-cikgu dah okay. Jaga anak kita macam jaga adik sendiri, apa salahnya. 

Yang buat kami laki bini termenung panjang ialah, taska ni kepunyaan owner yang berpangkat besar. Dato' lagi. Ada macam-macam bisnes. Bawak kereta datang taska pun kereta besar. Mesti berkepuk-kepuk duit. Jangan kata kebajikan, maintenance taska pun, hadoooiiii!!!! Untuk taska ni, publisiti agak meluas, masuk majalah Pa&Ma lagi untuk taska pilihan. Takkan yang di tayang pada ibu bapa, macam ni. Kami bertahan masih hantar sebab keserasian cikgu dan anak-anak. Hari Sabtu dah jarang hantar. Bawak pergi office, xpun cuti la. Hahahahaha.....

Harap, selepas aku komen pada owner, adalah perubahan dekat taska tu. Harap-harapnya. :)

Kalau tak, berhenti keje la aku. ( laki den punya option ) . Hahaha....

No comments: