page

Wednesday, 24 September 2014

Masak tak ari ni?

Assalamualaikum wbt...

Dah lama xupdate blog. Bersawang berhabuk bagai dah. Hehehe....

Semalam sudah hari ketujuh 
papa pergi tinggalkan kami. Pergi berjumpa Sang Pencipta. Pergi buat selaman-lamanya. Hampir setiap hari aku menangis. Apatah lagi mama. Tapi mama tidak meratapi. Tangisnya dalam tidur setiap malam. Sejak adik-adik balik kembali bekerja dan belajar, mama tido sekali dengan aku 3 branak. Setiap malam jugak aku dengar esakan kecil. Teman hidup Susah senang gaduh gurau mama selama 30 tahun. 

Semalam, masa aku baru sudah masak untuk tengahari, aku dengar bunyi pintu depan (masih kt dapur basuh pinggan), tiba-tiba dengar macam suara papa tanya "masak tak arini?". Aku trus pusing. Lama aku pandang ke luar. Ya Allah, aku day kenapa. Terlalu rindu papa barangkali. 

Memang rutin aku yang masak tengahari dr aku diploma (kalau cuti sem) 
sampai ke mengajar (kalau cuti sekolah) sampai la ke beranak pinak bila aku balik saja nak berehat kt kampung. Dan memang rutin papa kalau balik tengahari, itulah ayat dia. "MASAK TAK ARINI?" Padahal bau ikan goreng, kangkung belacan, ikan bilis goreng, sambal sotong semerbak bau satu rumah.

Dah lama xmasak Kat kampung. Walaupun aku ni xla pandai sangat masak dan slalu terlebih masin. Tapi papa jamah jugak. Cuma sejak-sejak aku dah kerja memang aku jarang balik dan jarang la masak. 

Sekarang, aku rindu nak masak Untuk papa. Sangat. Cekodok la dia paling feveret. Lagi-lagi cekodok bodoh. Tepung+garam. Bancuh. Goreng. Siap. Ada sardin ialah bonus. 

Really..I miss him. So much. I miss you papa.


1 comment:

Min Min said...

Be strong ye wani.. <3