page

Thursday 25 September 2014

No more mosquitoes



Sejak balik kampung ni, kerap sangat adik kena gigit di nyamuk. Maklumlah, rumah lama dah berpenghuni, nak dekat 2 minggu jugak la. Sejak papa kena admit hospital Muadzam lagi. Mama dengan yus balik sekadar tukar baju dengan solat je. Waktu papa confirm kena hantar ke hospital Kuantan pulak, mama tarik & angkut mana yang dan je. Memang tinggal rumah dengan harapan sok lusa keluarlah papa tu. Jadinya, memang sempatlah nyamuk menyorok balik langsir ke celah kotak ke belakang almari. Dan amek kesempatan lah si nyamuk menyerang anak-anak aku.

Aku pun ke watson, mulanya nak cari mopiko je, tapi jumpa pulak yang ni. Macam best je. Jadi aku smbr je la. Ye...memang best. Kenapa aku kata best. 

Sebabnya:
1. Sticker dia cantik dan comel. Gambar-gambar animal yg comel. 
2. Senang nk guna. Buka dan tampal
3. Selamat untuk bebudak ni. Sticker pun kuat. Yang penting xrosakkan baju
4. Bau dia, best... Bau serai wangi. Macam yang kita semua tahu,serai wangi memang bagus untuk halau serangga. Sebab tu kalau dalam pantang, wajib mandi air rebusan serai wangi tau! Harummmm!
5. Keberkesanan mendalah ni. Sekurang-kurangnya mmg berkesan pada anak-anak aku.

Dalam satu kotak ni, ada 10 pelekat je. Harga dalam Sepuluh ringgit lebih. Jadi aku boleh guna untuk 5 hari sahaja. 10pelekat/2anak. Okay la. Memang agak mahal tapi berbaloi. Apa salahnya kan? Kat bawah ni gambar bungkusan dia. Tengok kartun dia. Cutekan? Hahaha....mak dia lebih sebenarnya.
 


Ada rabbit, mouse, sheep....


Pura-pura tito je ni. Malam ni dia yang pilih, nak sheep.


Budak aina ni memang dah tito. Tengok, pipi tu kena serang dah kelmarin. Eh, singkat dah baju aina sampai nampak pusat dah.hik hik hik...

Aku rasa, nyamuk sekarang ni mutant la. Dah sembur guna ridsect pun masih bernyawa. Pasang yg elektrik pn ada jugak sekor dua. Nasib jumpa ni. Tapi xkn nk beli sokmo kn? Kena cari kelambu ni. Solution untuk jangkamasa yang lama. Tak nak yang moden macam sekarang tu,nak yang stail lama, gantung-gantung boleh gulung. Mana mau cari yek? Huhu...

Okllah, selamat mencari. Semoga berkesan pelekat ni pada kamu juga!

Asalamualaikum

2 comments:

Unknown said...

Yang ni bagus ye wani? .. rumah kak min gila banyak nyamuk. Habis the boys kena attack time tido. Nanti i'll try this one. Thank you for the recommendation. Hope u and family are well xxx

hazwani said...

Aah kak min....so far alhamdulillah. Xkena gigit la setakat dah guna ni. Try la...mana tahu berkesan kt hero-hero hensem tu. Thanks kak min. :)