page

Wednesday 10 December 2014

Penat la ibu


 Sejak-sejak dah banyak cakap ni (banyak menjerit sebenarnya), macam-macam perangai luar jangka dia. Pening dan tak larat jugak nak layan sebenarnya. Tapi...aku cuba untuk terus pegang pada ayat ni 

"Kalau sekarang, ibu bapa malas nak melayan, bercakap dan bergaul dengan anak. Jangan tanya suatu hari nanti kenapa anak bersikap menyisihkan ibu bapa"

Aku tak ingat sebenarnya siapa yang cakap, tapi ade betulnya jugak.

Sekarang ayat favourite Adam, "Ibu, penat la"

First time aku dengar beberapa minggu lalu. Sabtu yang penuh aktiviti. Tapi memang pun penat. Kenapa penat?

Pagi
Bangun awal. Tolong ibu potong rumput yang memanjang kat depan. Ibu potong, dia mencakar rumput. 'Cantik' sangat laman jadinya. Hahaha...

Tengahari
Pergi birthday party Iskandar. Kat D'Kayangan. Anak kawan zaman hingusan aku, Pizan. Temanya circus. At first, aku rasa macam tak dapat pergi. Yelah, sabtu kan? Suami kerja. Nak pergi bertiga, memang taklah...Dengan Adam yang malu-malu kucing parsi. Aina pun dah taknak dengan orang sekarang. Memang tak sanggup nak bawak pergi berjalan kalau xde ayahnya, takpun nenek, takpun pakcik-pakcik dia. Nasiblah, kebetulan hari tu ayahnya kerja malam, jadinya boleh la ambil kesempatan keluar jap. Bawak anak bini pergi birthday party.

Adam enjoy jugak la sebab banyak belon. Tapinya, takut clown. Ayahnya kena teman kesana kemari. Budak ni memang suka explore cumanya takut. Asyik ajak ayah teman. Teman main air, Teman main belon. Sian ayah makan ciput je. Dah la lapar. Tak lunch sebab nak makan kat sini banyak-banyak. Tapi, anak asyik ajak main.  Makanan sedap! Tenkiu pizan! Next time, jangan lupa jemput lagi. Hahaha...

Nak bergambar, tapi malu sebab malu. Orang pandang dia.
Muka ala-ala macho je bila nak bergambar. Ibu tak ready pun kena paksa tangkap gambar.

Iskandar. Birthday boy tengah moody, sebabnya mengantok yang amat. Adam? Menggaru je. Aina, ralik tengok ikan. Suka sangat nampak ikan.

Aunty Aini nak selfie tapi Adam asuruh ambilkan belon.
gambar formal. hahaha...Abaikan muka aku tu. Tudung pun dah senget benget. Nak pakai tudung instant, laki aku marah. Katanya, macam indon je. Walaupun ko pakai jenama Fareeda yang harga 200-300 tuh. Tudung sauk tu ialah tudung indon katanya. Kalau layer-layer lak, nak terbang pergi mana sayang? T_T
Petang
Ayah masuk kerja. Masuk ofis. Kira masuk ofis la walaupun ayah kat sini. Site ayah kan ni. Tempat favourite dia la ni. Hari-hari "Ibu, nak g main ball tempat ayah work x? nak x? nak x?"
Kalau jawab taknak, "Kenapa taknak? kenalah nak. Best main ball tempat ayah work". Aku rasa macam dah ada share kat jkids ni. Kalau dh sebulan tu, 5,6,7 kali kat sini. Staff dia pun dah boleh cam. Aina pun still tak kena charge walau dah 10bulan.

Nampak tu excitednya dia!
Sama naik jugak pun yang ni.
Lagi excited kalau orang tangkap gambar dia. Dia rasa dia sangat comel kot. =)
  Malam
Lepas solat maghrib, first sekali bawak Adam main air dekat dataran tu. Budak-budak kan suka tengok air pancut, ada lampu-lampu. Suka sangat. Tapi disebabkan ayahnya sangat lah lapar tadi, terpaksa potong mood Adam. Kita cari makan. At first, nak makan kat Seoul Garden. Tapinya, weekend kn, ramai orang la pulak. Tengok harga 48++ per person. Cancel la. Nak makan Uncle K dah bosan, (cari makanan yang portion dia besar). Last-last, Serai! konon nak jimat, sekali terorder macam-macam. Nasib lah habis semua aku sapu. Yes...sekarang aku sangat kuat makan Ya Rabbi! Nak kata pregnant tak. Tak tahulah kenapa. Perut pun dah hilang rupanya.
 
Ayah: Serai Platter. Adam: Fish&Chips
Ibu: Nasi Ambang. Makanan ini licin ye. Termasuk makanan Ayah & Adam aku bahan. Sebabnya, membazir kot kalau tak habis. Dah la tak murah. 

Dah siap makan semua, tiba-tiba Adam "Penat la ibu. Along kenyang. Along mengantok la. Jom balik. Along nak tidur"

Okay, tunggu ayah punch card, kita gerak balik...

Dalam kereta "Along penatlah", 5 minit tengok kat belakang, dah pengsan.

No comments: