page

Tuesday 16 December 2014

Tahun ke-4

 November lalu. Sudah 4 tahun rupanya. Atau baru 4 tahun. Yang penting ianya tahun ke-4. Ulang tahun perkahwinan kami. Alhamdulillah, jodoh kami masih dipanjangkan. Empat tahun, Dua anak. Sepasang. 3 tahun 3 bulan & 10 bulan. Ini, entry throwback jugak. Sebabnya, nak cari idea nak tulis. Kalau tulis dari hati kang, meleleh 5 hari baca. Hahahaha... Cadangnya nak throwback dari zaman perkenalan 16 tahun dulu tapinya, panjang sangat! Kita throwback makan-makan je lah. He he he ...

Macam biasa, small celebration. Dinner. Cadangnya aku nak melantak ribs kat Tony Roma's. Tapi fikir, dah la baru melantak daging, ayam sepanjang minggu tu. Tak boleh. Tak boleh. Encik suami ajak makan kat Fullhouse. Sayangnya...Fullhouse kat Setia City Mall ni dah tutup. Malas nak pusing-pusing, (kebulur weh!), jadinya kita pergi je seberang tu je, The Manhattan Fish Market. 

Kita order platter ni dengan beberapa side dish lain. Nasiblah, tak order banyak. Sebab dukacita dengan makanan kat situ. Tapi, habiskan jugak sebab lapar!!!


Sementara tunggu makanan, layan dua budak bertuah yang sangat la lasak. Mana lah ibunya tak membesar-besar. Halus je.. Hahahaha ....






Habis makan. pergi pusing-pusing kejap. Pastu balik. Kejap je. Takde aktiviti menarik sangat sebab bebudak dah mengantok dan meragam. 

Tapinya, aku ada order kek sebenarnya. Nak buat surprise lah konon. Tak jadi sangat surprise sebab cake tu delivered kat birthday party anak cousin. So. en.suami tahu awal lah. Tapi takpe. At least, dia tersipu-sipu malu depan semua family aku. Hahaha... At first, order chocolate cupcake, tapi my baker lady, ada problem. She baked me this lovely red velvet. Sedapnya! Tebus sekali kekecewaan dinner sebelum tu. That night, inilah dinner kami yang awesome

  

Selamat Ulang Tahun Ke-4 my dear husband. Thanks for being such a wonderful man to us. To me specially. Susah dan senang. Jatuh dan  bangun. Sakit dan sihat. Lapar dan Kenyang. Segalanya lah. Semoga dipanjangkan umur. Dan berjumpa lagi di tahun kelima. InsyaAllah.

This video dedicated from en.suami kat facebook dia. Tetiba...sweetttt sangat! Aku lak senyum sengsorang.

 

1 comment:

Unknown said...

Semoga berkekalan hingga ke jannah dan moga Allah increase your love for each other every single day.