page

Wednesday 8 July 2015

Sahur Awal @ Celebrate Birthday Husbeng

7 Julai lepas, officially, en.husbeng genap la 30 tahun. Yerp...kami beza dalam 9 hari je. Dan ye...dia lagi muda dari aku. Alaaa...muda sikit je pun. Hahaha... Again! Untuk birthday en.husbeng pun takde kek-kek ni. Makan untuk berbuka pun lauk singgang je. Hahahah.... sebabnya, aku dah atur nak supper a.k.a sahur awal kat Zawara Coffee. Teringin nak makan churros sebenarnya. Dan sambil-sambil celebrate birthday en.husbeng la. 

Keluar umah kul 10.30 malam. Alang-alang dah dia bukak sampai kul 1 pagi, pergi la lewat-lewat sikit. Dalam 10-15 minit je. Bukan jauh pun Setia Alam dengan Bukit Jelutong ni. Lokasi, dekat bebenor dengan Masjid besar tu. Singboard dia pun gabak besar, memang kompem nampaknya la.

Tadaaaa....sampai sudah. Kereta banyak. Orang pun ramai. Tapi masih ada seat la. Concept dia sangat santai. Cantik. Service, okay sangat! Self-service, dah order, dia bagi pager then kita tunggu kat seat. Dah siap, pager akan berbunyai dan...pergi ambil je order kita tadi.



Birthday boy taknak makan sangat. Kenyang katanya. Jadinya, ambil roti with Nutella, Spagetti, dan Nutella Cheesecake. Portion dia xla banyak sangat. Tapi okaylah, sekadar untuk kenyang makan sorang. Kalau kongsi, kena beli triple. Hahahah...                            


En.husbeng layan Mocha dia. Sedap katanya.



Sesuai bawak bebudak terutama yang macam Adam, yg suka explore tempat pelik-pelik, celah celah kayu. Pakai baju tidur je senang, dalam kereta kang comfirm tido, masuk rumah angkut je. Takyah dah nak tukar-tukar baju dah.




Langsung tak menjadi family photo. 
Harapan betul! Aina masih mengadap tepon dengan kerut-kerut tu. 


Dengan si bujang yang dah banyak kali menguap tapi taknak jugak tidur sebab "cantiknya kedai ni".


Happy birthday dear Husbeng! I love you! We love you!


No comments: