page

Thursday 30 July 2015

Terkenangkan Dia


Hari ni dah masuk 14 syawal. Kejap je rasanya dah  masuk 2 minggu raya. Cepatkan masa berlalu? Sedar tak sedar dah nak penghujung Julai, masuk Ogos. Lepas tu September. Genaplah setahun papa pergi tinggalkan kami. Rindu sangat dekat papa. Dari malam raya, aku teringat dekat arwah. Lagi-lagi bila dengar takbir raya. Tapi aku gagahkan diri buat-buat kuat. Lagi pulak, banyak kerja aku nak kena buat masa tu. Nak memasak lagi, nak mengemas rumah mertua lagi. Berdua dengan en.husbeng buat semua kerja. Mahu tak pengsan. 

Pagi raya, masa mandi sunat Aidilfitri tu aku dalam bilik air dah mengalir la jugak sikit-sikit. Tapi tak boleh nak layan sangat sebab banyak lagi nak buat pagi raya. Fuh! Penat! Balik raya rumah sendiri tahan jugak air mata, takut mama nampak atau mama sedar. Taknak mama lagi sedih. Jadi, boleh dikatakan sepanjang di Muadzam aku meng-happy-kan diri je.

Dalam balik rumah sendiri asyik teringat jer kat papa. Macam mana lah papa kat sana yer. Semoga tenang dan ada dikalangan orang-orang beriman yer papa. Along sentiasa rindukan papa. Sentiasa teringatkan papa. Sentiasa. Walau dah nak masuk setahun papa pergi, rasa macam baru je papa pergi. Allah lebih sayangkan papa.


************************************************************************

Gambar-gambar lama, saat-saat akhir papa


Masa ni dekat hospital Muadzam. Sebelum tu setiap hari call, tanya mama keadaan papa macam mana. Jarang berborak dengan papa sebab takut dia semput. Bila call, mama kata macam tu la, macam biasa la keadaan dia. Tapi...aku dah tak sedap hati. Satu hari tu, call mama tak angkat-angkat. Call papa tak angkat-angkat. Last, call yus. Yus kata papa masuk wad. Rasa nak nangis sebab mama tak bitau pun. Mama kata taknak along risau, nanti kesian farik. Yes! Kalau aku tahu awal-awal, memang aku desak farik hantar aku balik. Takpun, aku ugut balik naik bas 3 beranak. 


Ni pulak keadaan dah agak teruk, papa kena transfer ke Hospital Besar Kuantan. Kat emergency ni. Kesian mama time ni. Kelam kabut. Dengan nak ambil ebi kat sekolah, kemas-kemas barang nak bawak lagi. Dah la malam. Mujur ada anak jiran, izzat boleh hantarkan mama ke Kuantan. Abah sebelah rumah follow papa dalam ambulance. Saudara mara dah ada tunggu kat hospital. 


Kaki papa dah kuning sebab organ dah tak berfungsi. Still tak dapat icu sebab penuh. Lepas sorang-sorang jiran dekat dengan katil papa meninggal. Seram sejuk setiap kali nak naik ke tingkat 8. Ada je berita tak sedap singgah di telinga. Namun, aku bersyukur sebab ramai yang datang ziarah. Tak putus-putus orang datang. Masa melawat, masa tak melawat pun ramai orang. Sebabnya, papa dikirakan kritikal, jadi guard bagi lepas je.

Pernah satu masa tu, aku tak tahan sangat tengok papa terbaring, aku menangis sambil merayu "Papa, bangunlah...kata nak celebrate birhday Adam. Aina pun dah pandai merangkak"..Tapi, papa macamtu jugak. Yang dengar nafas kuat dia je.  


Eh budak kecik ni. Sedap je dia tidur kan? Bagus...tak banyak karenah tau time-time macam ni. Sangat memahami tau. 

Memang ada yang pertikaikan kenapa bawak budak-budak naik sampai atas. Kesian budak-budak. Dengan germ banyak-banyak, penyakit bertaburan sana sini. Aku mampu senyum je. Mujurlah saudara mara aku banyak membantu. Dah Alhamdulillah, sekurang-kurangnya, cucu-cucu dia ada dekat dengan dia di masa-masa akhir dia.

**************************************************************

Selamat Hari Raya Papa! 

No comments: