page

Wednesday 16 May 2012

Hari ini hari cikgu

Hari ni 16 Mei la. Tarikh keramat untuk meraikan para pendidik!
Selamat Hari Guru untuk guru-guru yg mengajar aku dr kecil sampai la besar.
Segala pengorbanan dan tunjuk ajar memang tiada bandingan la.

Masih aku ingat, dulu aku sangat la nakal kat sekolah especially menengah tinggi. Form 4,5 dulu. Menengah rendah nakal jugak tapi nakal tersembunyi, di sebalik langsir kononnya. Mesti letih cikgu-cikgu aku melayan keranah nakal aku dulu. hahahaha....Macam aku masa GSTT, letih memikirkan perangai bebudak ni dan selalu terlintas ' aku macam ni ke dulu? '

Dalam banyak peristiwa yang aku lalui, aku paling ingat detik yang satu ni, aku dan rakan-rakan subahat aku membuat onar di sekolah teknik.Paling meng'haru'kan waktu tu, aku merupakan penolong ketua pengawas sekolah yang juga anak saudara pengetua. Aku tak tahu la sama ada makcik aku tahu semua ke'nakal'an aku tuh. hihihih...

PERANG MERCUN 

Kolej 6(gegurl) vs kolej 1/2 (boboi). Sebenarnya aku takla main mercun tu tp join jugakla. Diorg dok asik perang bom! bom! Warden serang!!!! Ada la beberapa kene tangkap, that time aku ngan sorg kawan ni terselamat la mula-mula. Tapi sekali ada yg petik nama daaaa... Jd masukla ke bilik gelap menghadapi hukuman. Mungkin ketika itu aku pangawas, jd cikgu disiplin aku taklah beri hukuman pape kat aku lagi waktu tu. Abis sesi di bilik tuh, aku kene g rumah warden. Ape lagi, dasat aku kene marah! memang kaw-kaw. Sekali, penampaq kena! Uiiissshhh!!! Pedih. Tangan cikgu tuh keras wooo!!! Dengan serta-merta aku digantung pengawas seminggu. Hahaha...haru nak cari baju putih waktu tuh. Dh nak abis skolah kot! Sebelum tuh banyak dah perangai setan kuar. mentang-mentang nak abis exam. 

Masak dalam bilik (nasi goreng, cekodok, bubur dsb )
Main hujan kat tgh padang ala-ala cite hindustan
Bawak handphone? ni tak pernah kantoi la
Ponteng prep! Lepak kat koridor luar tingkap, usha vavi terkedek2 masuk hutan

Tapi kami tak pernah merosakkan harta sekolah. Tak macam budak sekarang, abis exam, conteng dinding, bakar sampah dlm bilik, koyak tilam bantal, pecahkan almari, patahkan katil...

Pa yang aku buat, apa balasan yang aku dapat, aku tak pernah salahkan cikgu-cikgu aku malah sampai sekarang aku berterima kasih kerana tanpa diorg aku takkan ke menara gading. aku takkan boleh nak berdikari. yeah! aku belajar banyak sangat dari mereka yg ber-profession sbgi GURU. 

Terima kasih kerana ber-sabar dengan karenah ku wahai guru!








 

No comments: