page

Sunday 17 May 2015

Menyesal Tak Sudah

Menggigil, menggeletar satu badan petang isnin tu. Semuanya sebab kepala Aina berdarah, terhantuk bucu tangga. Darah meleleh-leleh, penuh tutup mata. At first, aku ingat mata yang berdarah, pergi cuci mata, baru perasan dahi rupanya. Darah mengalir macam air paip dah. Lencun habis baju kami dua beranak dengan darah. Laju aku lari naik atas, cabut baju Aina, cuci darah yang penuh kat pipi dengan mulut, mintak Adam ambilkan minyak gamat (Alhamdulillah..dah boleh diharap). Terus aku tuang atas dahi. Baringkan Aina. Lama kelamaan slow je darah keluar. Cuma kena baringkan, kalau duduk darah tu akan mengalir laju je. (tarikan graviti?). Puas jugak la nak pujuk. Tapi dalam dia nangis, aku pun nangis jugak. Sakit wooo!!!! Bila dah keadaan reda sikit, terus aku susukan Aina sampai dia lena. Cuit-cuit jugak pipi dengan badan, takut-takut pengsan. Lega bila ada respon.

Sedu-sedu suruh peluk, Bila peluk slow sikit dia nangis.

Dalam kelam kabut macam tu, tak tahu nak buat macam mana. Nak pergi klinik macam mana? Takkan nak letak dalam car seat, Takkan nak suruh tokma (mak mertua) yang pegang. Call suami tak angkat-angkat. Stress! Call kali ketiga baru dapat cakap, itupun "Abang, balik sekarang jugak. Adik jatuh. Darah tak berhenti-henti ni. Balik cepat!". Apa dia bebel lepas tu, aku tak dengar dah.... 

Seterusnya, call mama. Aku punya kalut campur laju aku berserita ni, mama dengan rileks je tanya, "ada dalam seinci tak panjang luka tu?" Aku macam...ha??? blur-blur tapi ukur lah jugak guna jari. Lepas aku jawab lebih kurang dalam seinci jugak la, mama suruh letak ibu jari kanan (kiri boleh jugak) pada luka sambil tu baca Al-fatihah dan Surah Lahab (Tabbatyada) sampai habis. mama kata boleh hentikan/kurangkan darah. Aku buat..Alhamdulillah...memang darah dah kurang lah. 

Elok sampai je ayahnya, terus aku capai tudung untuk ke klinik. Adalah ayat yang tak sedap didengar keluar tapi aku buat bodoh je. Kang menjawab, lain pulak jadinya. Hahahah.... Ayahnya pun bawak kereta macam apa dah. Gelabah tengok anak kepala berdarah kan. Dengan Adam yang tak berhenti bercakap. Cerita pada ayah dia apa yang berlaku. 

Klinik first, doktor takde, pergi rehat. Menapak ke klinik kedua pulak. Doktor ada. Register. Terus masuk ke treatment room. Nurse cuci dulu luka. Dan memang nampak dengan jelas, besar weh luka tu! Doktor masuk, letak gam. Siap! Kejappppnyaaa!!! Kekalutan yang sampai nak putus nafas tadi tu, dalam masa 10 minit settle. 

Was-was kenapa kena baring depan semua orang

Rasa tak secure, pandang ayah mintak diselamatkan

Ayah datang menyelamat!

Bertanda dah dekat dahi tu. Dah macam samseng kampung pisang la dik. Oh ya, dapat dua ubat. Antibiotik dengan tahan sakit. Aku cukup xgemar bagi antibiotik dekat budak kecik. Haiiisshhh.. 
Dalam dua malam jugak la lepas insiden berlaku, tidurnya agak kurang lena. Merengek tengah tidur. Aku pun memang tak lena..Kejap-kejap bangun, takut tangan menggaru luka tu. Dan sejak tu jugak lah, kalau aku nak kemana-mana, even masak, cuci pinggan semua la aku guna carrier kendong si Aina. Risau jadi lagi bila aku tak pantau diorang ni main. Padahal, waktu kejadian ada orang lain dengan dia. Bukan dia main sorang-sorang pun. Menda dah jadi, takpelah...pengajaran untuk aku jugak.

Bila terpandang luka tu, rasa menyesal sangat! Sangat-sangat! 





No comments: