page

Thursday 12 April 2012

Family Outing : Part II

Okay, sambung citer part I arituh. Baru boleh update entry. Sangat sibuk dgn kerja yg tak berkesudahan, tapi kadang-kadang kene rileks jugak! Enjoice kawan2!

Setelah semalamnya penat ber-sukaneka, pagi ni agak lewat bangun. Dah la baru lepas hujan, angin sejuk menampar pipi, memang syahdu! Bangun, ke dewan then breakfast! again! Tak cukup! Sbb kami kelaparan. Adam Zafran masih tidur tp angkut jugak sbb takut nasi lemak abis. Hahahaha!!!


Nasi lemak 2 pinggan lagi!


Ngantok-nya Adam! Paksa bangun!


Ada apa ek pagi ni? oh! sesi ambil-bagi hadiah, then continued, karaoke! Tapi kami prefer buat outdoor aktiviti. Mau tak, after kawen, mane ade sesi keluarkan peluh sangat. Dua bulan pas kawen, dh lekat si Adam dlm rahim. Jadi, sekarang ambil kesempatan la..=)

Adam Zafran pun sama, aktiviti keluarkan peluh: Main bola. (eh! boleh dikira main ke)


Ni, ibu-ibu dok karok!


Yeay! Adam Zafran tengah praktis 

Mcm kat entry Part I, tak ku duga tempat ni agak best la. Ada ATV, ada boat utk di-row, boleh kayak dan boleh jugak memancing. Actually, midnite tuh suami aku g mancing tp guna dedak sbgi umpan, manenyer ikan nak ngap! Jadi, aktiviti sesaja je la. Sesaje nk bg nyamuk hisap darah yg masih lagi manis. Sebelum aku dan suami pergi meneruskan aktiviti kami, Adam zafran akan diserahkan pada neneknya. Untuk itu, sesi makan minum untuk Adam Zafran harus dilakukan. 


Kasi Adam Zafran kenyang, tidur. baru ibu ayah leh dating.
(Abaikan muka pucat itu!)

After siap semuanya, 1st sekali aktiviti ialah ATV. Supposely, ATV ni kene naek sorg je. Tapi, base degil time ni. hahaha... nak manja2 la konon ngan suami. hihihi...tp takpe, sy kan ringan. Tak bg effect kot kat ATV tuh. RM 30/hour. Tp ada 2 je. 1 lagi tayarnya takdak angin. Disebabkan kami semua nak ber-ATV, jd sekejap pun jadi la. Better dari tak naik langsung. kan?


Panaskan enjin dulu!


Yeah! vrrrommm! vrrrooommm!


Be'am ngan Joe pun selok jugok!

Lepas ber-ATV, kami ke kolam untuk row-row the boat ngan kayaking. Aku? berkayak la. Takmo la row-row boat. hihihihi... Pasanganku siapa lagi kalau tidak, suamiku...hahaha...
Lama d'oh tak ber-paddle begini. Last, 2007. 5 tahun tuh tinggal. Mau tak sengal tangan aku. dah la tulang. kata suamiku! Dia masih tak faham, macam mana aku leh wakil rowing UiTM tuk MASUM. hahaha...actually, aku pun tak paham. =)


Bapa-bapa bersama anak sulung mereka!
So sweet la!


Merekalah lanun, Pari & Chad



Depan: Atok sedara kami, tp kami panggil Pokcik Noor. Masih mmp ber-kayak
Belakang: Ayah Su 



Posing! Abah peluk tiang! 
Nmpk comel jer


Depan: Pakcikku, Ayah Li.
Belakang : Papaku. 
Eh! Eh! Nape ke sana? 


*Malu*


Girls!


Dah ber-kayak dan bergambar, cadangnya nak ke aktiviti seterusnya, memancing but then, suami dapat call dr mak dia. Mak dia demam. So, kami pun bergegas pulang ke Pekan. Alhamdulillah. Takda pape. Demam biasa je. Seterusnya, kami nak ke Melaka. Suami nak g tangok site kat sana. Dr Kuantan lalu ikut highway Kuantan-Segamat. Ntah macam mana, aku pun terlupa, patut ke Melaka kami ikut Segamat, kami terus ikut Kuala Pilah. Jammed yang amat pulak tuh. hahaha... Ade la dalam 2jam lebih kt Pilah je. Dr nak ke Melaka  terus balik KL. hahaha... Bengong je. Lain planning, lain yang jadi.

Tamatla cerita hari ke-dua. Walau kejap jer jumpa tp seronok sangat! Me heart them! Family Outing menjadi acara tahunan Al-Yamani. Jadi, kemanakah destinasi tahun depan? harap-harap la, dapat ke Pulau! =)

No comments: