page

Wednesday, 18 April 2012

Trifle : 1st trial

Ehhemmmm...
Cewah-cewah, ber-masakan pulak kali ni.
Sebenarnya, saya memang sgt suka makan manisan-manisan ni. Puding, agar-agar, trifle, kek. Urgh! Semua la. Tapi sayang, saya tak pandai sangat nak buat. 
Pandai makan? Absolutely! Oh! Sy paling suka puding roti. Memang gilakan puding roti. Yummy~

Kali ni, saya buat trifle sebab macam senang dan tidak memerlukan sebarang pembakaran. Rumah saya takde oven! (Harap-harap suami baca dan belikan). Hihihihi....

Oh, ya! Saya ada sorang cousin yang sangat suka masak-masak ni. Dan sentuhan air tangannya memang superb! Resepi ni ciplak dari dia. Disebabkan, baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni ku tiru 100% resepinya. Dan saya? tentulah suka makan saja! 

Tak susah pun, sape nak ikut resepi ni boleh je. =)

Bahan-bahan:


Mangkuk yg seharusnya jernih supaya trifle nmpk sexy gitu


Crystal Jelly ( Saya guna perisa strawberry!)
Buahan dalam tin ( Fresh fruit pun boleh guna)
Tepung Custard: Guna 4 sudu besar
Susu cair 1 tin
Swiss Roll (Saya guna vanilla)
Secubit garam
Gula 2-3 sudu besar

Cara-caranya:


Potong Swiss Roll, then susun chantek-chantek.



Tapis air buah tapi jangan buang



Letak buah dalam mangkuk tadi. Susun molek atas Swiss Roll tadi.



Custard kacau ngan air sikit, jadi macam dalam gambar



Susu cair, secubit garam dan gula masak dalam non-stick pan. Then masuk la custard yang kat atas.
Kacau, kacau dan terus kacau sampai pekat dan tidak berketul ya kawan-kawan



Sementara tunggu custard masak, letak dlm fridge dulu bahan yang kita dah buat awal-awal tadi. Bagi sejuk dan fresh. 
Ha, boleh la letak air buah tadi. Jangan banyak sangat, nanti manis.



Okay, Custard dh siap, tuang atas buah tadi. Disebabkan tak cukup custard, jadi gambar agak buruk sikit. Suppose biar byk custard, ratakan dan tutup permukaan buah. 
Baru nampak menarik!

Masak Crystal Jelly, ikut arahan pada kotak okeh? 
*gambar tiada*
Lupe nak snap la pulak!



Tuang Jelly yang dh di masak on top. Goyang-goyang sikit bekas tuh kasi cantik.
Letak dalam fridge.
Dalam 15-20 minit boleh di nikmati




Taraaaa!!!! Hasil nya! Nmpk buruk, tapi sedap.
Puji sendiri.

5 comments:

Kemn Azmaili said...

sedapnyer...pandai wani buat!

(^__^) miza muhd said...

wani, nnt air buah tu campur sekali je la erk? nak try buat la. sal pun suka manis2 ni. hehehe....

hazwani hussin said...

sowi babe..lama tak update! buat 2x pun bole.

ada 2 cara:

1. letak sekali je, curah kat ats buah. resapan air ke kek kurang sikit la
2. letak 2x. first, time dh susun kek, curah air buah sikit bg lembab2 gitu dan second lepas atur buah. ( ni betol2 yg suka manis la!)

selamat mencuba! makan time sejuk, br kuar dr freezer! nyum! nyum!

hazwani hussin said...

baru belajar la kemn...hik hik hik...malu la pulak!
takpe2...belum cuba belum tau jaguhnya kan?
try la...nyum! nyum!

DH said...

ini adalah dessert rasmi masa raya since last 2 years. tiap kali raya mesti saya akan jadi mangsa jadi tukang buat dessert. weeeeee!!