page

Monday, 16 April 2012

Jatuh Katil

Adam Zafran jatuh katil. Entry yg dah berkepuk tp baru lepas edit untuk kesesuaian umum.
Yup, Adam jatuh katil. Bukan tengah malam, tapi tengah hari. Ketika berusia 5bulan 3 minggu.

Pada suatu tengahari yang suam-suam kuku panasnya.

Makan bubur nasi yang di-blend dengan carrot. Minum susu kegemarannya. Dan seperti biasa, selepas Adam lunch dan diberi susu sampai kenyang, dia akan mengantuk yang amat sangat. Gomol lah macam mana pun, mata takkan bukak, cuma suara jer bunyi tanda marah dan minta supaya jangan kacau. Lebih kurang macam ni la.

"mmmm...arrrr...issshhhh" mungkin maksudnya, " Janganlah ibu..ngantok sangat ni. Gi la main jauh-jauh"

Pandai ek, tak bagi kita kacau dia tido. Tapi kalau kita tengah tido, di sepak-sepak la. Sampai tidur tempat lain la kita ni. 

Disebabkan Adam dah nyenyak tido, aku yang kebetulannya ketika itu, sakit perut yang amat. Salah makan kot. Jadi, letak la Adam rapat dengan dinding dan dibentengkan dengan bantal yang banyaknya lebih kurang 5 bijik la. Walaupun, ketika itu Adam tidaklah hebat sangat meniarap. Baru boleh golek 2,3 pusingan jer. Puas hati dengan susunan bantal, pergi la tunaikan hajat. 

Lebih kurang 8-10 minit

Baru je jengah dari pintu dapur, dengar suara tangis yang nyaring sangat. Berlari, rupanya Adam dh atas lantai. Kuat sangat dia jerit. Angkat, usap kepala, pelok dia, tepuk-tepuk belakang tapi masihmenangis. Amik kain, tuam kat kepala. Seluruh kepala la, sbb tak tahu kat mana sakitnya. Tuam..tuam..tuam...sampai seluruh badan. Jenguh jugak la nak hembus udara kat kain tuh. Dah la tu, tak tahu mana yang jatuh dulu. Kaki ke, badan ke, kepala ke

Lama-lama. 
Senyap... Rupanya tertidur. 

Rasa serba-salah...of course! Baring je tepi dia, tengok dia tidur sambil usap kepala. Then, call husband.

"Abg...Adam jatuh katil"
"Hah? Macam mana boleh jatuh? awak jaga anak macam mana ni? Awak buat apa kat umah?"

Tersentap. Senyap. Terus letak phone.
Nangis sekejap.

Phone bunyi. Tak angkat. Nak redakan hati dan tangisan.

Phone bunyi lagi, baru angkat.

"Adam macam mana? Macam mana Adam boleh jatuh ni sayang?"
" Adam baru tidur balik. Dia nangis kuat sangat... bla bla bla......"
" Pasni, kalau tak yakin, letak Adam kat atas toto depan tv. Takpun letak dalam katil dia, kalau dia nak bole?"

Suami mana yang tak marah, tak terkejut kan? Normal la. Dengan tengah sibuk kat site, aku call bgtau dia anak jatuh katil. Katil pulak tinggi. Tapi baik aku bgtahu awal-awal. Kalau tunggu dia balik baru bagitahu lagilah aku kena marah. Itu suami aku. 

Sekarang, Adam sangat terer la pusing. Kejap kiri, kejap kanan. Jadi, bilangan bantal makin banyak atas katil. Yang peliknya, sekarang dia tidur sorang-sorang atas katil, taklah mengganas. behave jer.  Tapi, kalau kami suami isteri join tidur, di tolaknya kesana kesini. 
Aku ingat, aku takkan alami la peristiwa anak jatuh katil. Rupanya, berlaku jugak. Pengalaman.
So, kenalah beware selalu sekarang.


2 comments:

Husna Hadzarami said...

Ala sedihnya part kena marah dengan husband tu. Biasalah, dia tengah terkejut tu. Ehem, Ammar Yusuf dah 2 kali jatuh katil. Huu. Alhamdulillah tak ada apa-apa. As long as dia tak demam or takde muntah-muntah lepas jatuh tu, should be okay inshaAllah.

hazwani hussin said...

sedihkan? hihihi...tuh yg letak phone. Kang tak pasal-pasal, lain jadi. Itulah, tgh penat keje, dgr anak jatuh katil. terkejut la si suami. ALhamdulillah, pas jatuh aritu takde pape.Harap2 la.
Sedangkan kita jatuh katil sakit, inikan anak yg baru 7 bulan. kan?