page

Tuesday 30 June 2015

Hello Baby Rais

الحمدلله 

My SIL, Ain finally dah bersalin. Syukur sangat-sangat. Senang sangat tu si boboi nak keluar. Sangat senang. Lawak jugak proses bersalin dia. Bersalin sambil berdiri. Dekat pintu bilik wad. Tak perlulah aku elaborate kisah bersalin Ain, nanti rasa nak marah dekat nurse tu muncul balik. Bulan-bulan puasa ni, kena chill je. Kalau ikut amarah ni kang, macam-macam bahasa keluar. 

Boboi ni nama dia Muhammad Rais. Kecik je tapi badan panjang. Berat masa lahir 3 kg. Adam dengan Aina excited sangat jumpa Rais. Masing-masing asyik nak cium je. Aina lebih pada nak picit. Suka-suka tapi jeles boleh tahan jugak. Tak bagi pangku lama-lama. Tapi ni, Adam asyik ajak pegi rumah mak ngahnye. Nak jumpa Rais katanya. Nak main dengan Rais... Ibu Long pun rindu kat Rais. Bila nak jumpa lagi ni???



Inilah Rais. 
Baru sehari usianya masa ni dan masih di hospital. Geramnya!


Sedap sangat tidurnya weh.


Masa ni baru tiga hari. Misi menjaga orang dalam pantang dan menjaga baby Rais. Fuhhh!! berpoluh-poluh den! Dengan Aina dan Adam nye. Mahu pengsan. Kena tunggu 4 tahun lagi baru boleh tambah no.3 kot ni. Hahahah...


Dah bangun!



Yang ni sebijik macam abi die! Kuat nau menganga!


Baik sangat Rais ni. Tak banyak sangat ragam dia. Tapi lasak!!!



Nampak tak, Adam asyik nak berkepit je dengan Rais. Asal Rais bangun, dialah yang eksited panggil semua orang. "Baby Rais dah bangun. Tengok! Tengok" 


Hai semua...saya Rais! Comelkan saya? Halus je mukanya.


Rais dengan Abi ni. "Eh, sejak bila abi pun botak ni?"
Rambut dapat baby. Hehehe...

Adam dah ada geng ni. Boleh la main badminton sesame. Nak main bola tak cukup geng lagi. Apapun, tahniah pada angah and ain. Welcome to parenting world. Tough but happening. Semoga baby Rais sentiasa membesar dengan sihat dan menjadi khalifah islam berjaya. Sama-sama dengan Along dan Kakak Aina. Kakak dah!!!










No comments: